Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Pakatan Kian Rapuh’

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 6 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( ZULKIFLEE BAKAR )

‘PAKATAN Rapuh’ (PR), ‘Parti Kian Rapuh’ (PKR) – inilah dua istilah yang mungkin layak untuk menggambarkan pelbagai kekalutan dalam pakatan pembangkang yang disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Tahun 2010 atau lebih tepat lagi menjelang dua tahun pakatan berkenaan diwujudkan sejak Mac 2008, kesepakatan yang dicapai atas dasar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan tanda-tanda keretakan yang boleh menjuruskan kepada perpecahan.

Perbezaan ideologi, perasaan ingin menjadi parti dominan dan hasrat mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa telah memungkinkan pergolakan berlaku dalam pakatan yang baru berusia setahun jagung itu. Sama ada hendak diakui atau tidak, dalam konflik yang berlaku, PKR – sebuah parti yang ditubuhkan atas semangat dendam dan marah pada tahun 1999 – paling merasai tempiasnya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 7 Komen »

PAS DIPERGUNA UNTUK PECAHBELAHKAN MELAYU DARI DALAM DAN LUAR PARTI?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh: Kawan Lama

Pergolakkan dalam pakatan pembangkang sememamg telah diduga dan acapkali disuarakan oleh ramai pemerhati politik. Namun disebabkan keghairahan atas kemenangan yang sedikit dalam PRU 12 lalu, ia cuba dinafikan oleh pemimpn mereka. Penyokong tegar dan tidak sedar akan ancaman yang akan melanda parti mereka ‘per se’, maka mereka menerima sahaja cereka ciptaan pemimpin mereka mentah-mentah. Kegagalan untuk mewujudkan parti komponen baru yang mereka namakan Pakatan Rakyat bukti jelas bahawa mereka tidak mampu bersatu sebagai sebuah komponen di bawah satu lambing parti. Mengapa susah sangat nak daftarkan nama pertubuhan mereka? Jawapannya ada pada prinsip dan agenda perjuangan mereka yang berbeza-beza. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Jangan tumpahkan air ditempayan bila mendengar guruh di langit.

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Jasa pemimpin-pemimpin UMNO terhadap orang-orang melayu sungguh besar sehingga sukar untuk di nilai. Kita perlu fikirkan tentang kehidupan orang melayu sebelum merdeka. Ia nya jauh berbeza, seperti langit dengan bumi

Perbezaan taraf hidup semasa sebelum dan selepas merdeka ini hanya dapat diketahui dan di nilai oleh manusia yang berfikiran waras yang berumur 60 tahun keatas sahaja. Kita ingin mengingatkan kembali di zaman kita pada tahun 1950 dahulu. Pada zaman itu di kampung kita nak lihat motor kapcai pun susah. Tetapi Hari ini jika kita pergi ke mana-mana kampung ceruk rantau negeri pun kita ternampak di sana sini kereta motorkar. Bab motor kapcai tak payah cerita lah Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Kisah teladan: Gelojoh, gelojoh dan gelojoh

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 3 Februari 2010

Oleh :- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( Zaini Hassan )

ORANG politik cakap tak serupa bikin. Semuanya kerana harta, berebut pangkat, penting diri sendiri dan ketamakan. Itulah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang. Baik dalam Pas di Kelantan atas sifat nepotisme dan kronisme, begitu juga di Selangor dan di Pulau Pinang. Jangan cakaplah sama ada orang politik itu kononnya alim dan berserban atau tidak alim, semuanya sama saja

Lim Guan Eng yang kononnya mahu mewujudkan kerajaan yang bersih pun sama. Setelah berada di puncak kuasa, beliau sudah lupa janji-janjinya dalam pilihan raya lalu. Itu pasallah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengamuk dengan menuduh Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berotak-komunis”. Tuduhan itu cukup serius. Setakat ini tiada desas-desus Guan Eng akan saman Zahrain Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

POLITIK MALAYSIA 2009

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 2 Februari 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Dua peristiwa bersejarah dalam konteks kepemimpinan Negara berlaku pada 2009. Pertama, berakhirnya era Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009 sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima, kedua bermulanya fasa baharu pentadbiran Negara dibawah kepemimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Walau bagaimanapun, peralihan teraju tertinggi pentadbiran Negara tidak bererti meredakan krisis politik domestik. Walaupun kestabilan dalam beberapa parti politik tertentu kian pulih, semua itu tidak menjanjikan ketenangan politik diperingkat nasional. Najib mengetengahkan manifesto “Satu Malaysia” untuk menarik semula sokongan rakyat. Pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam gagasan Satu Malaysia memaparkan keinginan dan motivasi beliau untuk mengukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional ( BN )

Walaupun pemilihan UMNO pada Mac 2009 membawa sinar baharu kepada parti terbesar di Malaysia ini dengan kemunculan barisan kepimpinan yang baharu, hal ini tidak bermakna menjadikan BN kembali kuat. Kemelut dalaman beberapa parti komponen BN yang lain menjejaskan imej BN dimata rakyat Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Institusi Raja Perlu Dipertahankan Jadi Payung Rakyat Bernaung

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Tanah air bukan saja tempat dimana kita bermastautin, tetapi dimana kita menaruh harapan dan sanggup berjuang hingga ketitisan darah terakhir untuk kita rakyat Malaysia, tanpa perasaan cintakan tanah air rasanya macam menyewa rumah sahajalah

Kesetiaan kepada raja adalah antara asas utama kerakyatan kita. Namun sejak kebelakangan ini ada perkara berlaku yang adakalanya dapat dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan syak dan juga kemarahan terhadap institusi raja kita. Isi diperak umpamanya jelas menunjukkan ada pihak yang secara terang menghina istana dan sultan kerana tidak mendapat keputusan yang mereka mahu. Ada yang baring dijalan raya dan menyerang kereta yang membawa anggota diraja Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KISAH MOHAMAD TASRIF DAN ADUKA TARUNA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010

Oleh Kawan Lama

ALFATIHAH. Negara kehilangan dua tokoh utama Negara yang dekat dengan rakyat. Kemangkatan DYMM Sultan Johor dan tokoh negarawan ulung Tun Ghazali Shafie. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka bersama para solihin. Amin.

Dua insiden yang melibatkan anak Melayu yang berlaku baru-baru ini perlulah kita amati dan renungi bersama. Kisah Mohamad Tasyrif yang menulis dalam blog beliau mengenai penglibatan beliau dalam insiden kebakaran sebuah gereja dan kini telahpun dihadapkan ke mahkamah. Manakala seorang lagi adalah penulis blog adukataruna yang menghina Almarhum DYMM Tuanku Sultan Johor yang baru mangkat pada Jumaat lalu. Insiden pertama membabitkan perihal agama manaklala insiden kedua melibatkan institusi Raja. Kedua-dua insiden ini telah lama tidak berlaku di negara kita yang mendukung prinsip Rukun Negara dan memartabatkan Perlembagaan Negara. Penulis tidak mahu meletakkan apa-apa pandangan terhadap insiden yang dilakukan oleh kedua-dua anak muda ini. Tetapi penulis ingin berkongsi pendapat dengan rakan pembaca mengenai apakah faktor yang mendorong mereka bertindak sedemikian. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »

Apabila Seorang Paderi Memeluk Islam…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 12 Januari 2010

Berikut adalah paparan video seorang bekas paderi Kristian, Ustaz Farhan yang berkongsi pengalaman beliau sebagai sorang paderi sebelum memeluk Islam. Beliau yang sebelum itu merupakan seorang paderi seterusnya mubaligh Kristian dari Sabah telah memeluk Islam setelah berdebat sebanyak 9 kali dengan penganut Islam. Sejak itu, pelbagai cabaran dan tentangan diterimanya tetapi Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Semasa, Perundangan | 3 Komen »

GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010

Oleh: Kawan Lama

Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 11 Komen »

ISU BAJET 2010: AHLI PARLIMEN BN KENA SEDAR?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 31 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Bajet 2010 merupakan bajet pertama yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke 6, DS Mohd Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan. Tanggal 14 Disember 09 lalu, bajet ini hampir-hampir tidak dapat diluluskan. 66 ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong manakala 63 ahli Parlimen daripada pembangkang tidak menyokong bajet tersebut. Kelebihan 3 undi daripada BN dalam undian belah bahagi yang dijalankan telah menyelamatkan air muka DS Najib. Sekiranya 2/3 kelebihan yang diperlukan untuk meluluskan bajet yang dibentangkan maka ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada kepimpinan BN yang diketuai oleh DS Najib – TS Muhyiddin. Penulis amat tertarik dengan kenyataan DS Rais Yatim dalam Utusan Malaysia 31 Disember 09 mengenai perkara ini. Tumpuan beliau adalah kepada ahli Parlimen Pembangkang yang dikatakan bersikap gila kuasa dan tidak mementingkan kepentingan rakyat. Itu tidaklah dapat dinafikan. Sikap mereka dah lama pun kita tahu. Mereka mahu berkuasa. Mereka nak pastikan DSAI jadi PM. Tapia pa yang menarik perhatian penulis adalah “Bagaimana pula dengan sikap ahli Parlimen BN yang diberikan kepercayaan untuk hadir di Parliemen bagi mewakili rakyat yang tidak melaksanakan amanah tersebut ?” Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »

PERPADUAN NASIONAL MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 31 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Perpaduan nasional harus terus disuburkan oleh kerajaan dalam usaha mencapai wawasan 2020. Hal ini bukan bermakna Perpaduan Melayu tidak penting, malah seharusnye dipertingkatkan dengan kesepaduan kaum melayu maka usaha untuk meningkatkan perpaduan nasional boleh dijayakan.

Jika ditinjau dari aspek pembangunan, pemimpin Negara memang sedar ketidakseimbangan dalam pembangunan Negara. Dalam wawasan 2020 terkandung Sembilan cabaran yang perlu dilalui sebelum Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Komen »

PERPADUAAN MALAYU ATAU PERPADUAN NASIONAL ?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 29 Disember 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Kaum Melayu, Cina dan India di negara ini mengalami masalah perpaduan “dalaman” masing-masing selepas PRU ke 12.
Namun dari satu sudut lain, penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak pula mempunyai ikatan keakraban yang lebih baik berbanding dengan penduduk yang tinggal di semenanjung Malaysia. Mengapa perkara ini masih berlaku.?

Mungkin salah satu sebab utama ialah semagat etnosentrisme lebih tinggi wujud dalam kalangan penduduk di semenanjung, perkara ini sukar diubati walaupun sudah lebih daripada 52 tahun negara ini merdeka. Mengapa orang Melayu sekarang tidak bersatu apabila menyentuh hal ehwal kaum mereka.? Berbeza daripada orang Cina, walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang tidak sehaluan, mereka tetap bersatu dalam isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka saperti hal ehwal ekonomi, pendidikan dan identiti kebudayaan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

ISU MB BUKAN MELAYU DI KELANTAN: BUKTI TG NIK AZIZ TIDAK YAKIN DENGAN PEMIMPIN PAS

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 29 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Kecelaruan fikiran TG Nik Aziz semakin lama semakin ketara. Isu kronisme dalam PAS melibatkan menantu kesayangan beliau yang masih lagi belum meletakkan jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan masih lagi hangat dipersoalkan oleh pemimpin PAS seperti YB Mahfuz Omar, kini isu yang agak sensitif sudah diutarakan oleh beliau. Ia melibatkan soal kesediaan TG Nik Aziz untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan hanya kerana mahu memberi ruang dan peluang kepada kaum Cina untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Apa dah jadi dengan TG Nik Aziz ni? Beliau nak tukar tumpuan masyarakat Kelantan dan penyokong PAS dari isu amalan kronisme PAS ke? Atau beliau nak tutup kegagalan beliau sebagai MB Melayu mentadbir Kelantan ke? Atau beliau nak pastikan pengganti beliau sebagai MB Kelantan kelak adalah dari kaum Cina kerana beliau tidak yakin dengan pemimpin PAS di Kelantan? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

“PAS TAK UBAH SEPERTI KAKI PEKUK LENGGANG KE PERUT”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Disember 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Nampaknya perang dari kedua-dua pihak iaitu UMNO dan PAS dalam mengira detik demi detik ke Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat terasa

Dalam pada masa yang sama juga UMNO begitu bersemangat untuk mengadakan satu program raksasa di seluruh negara, bermula bulan depan sehingga pilihan raya umum ke-13, melalui program ‘UMNO JUARA RAKYAT’ dalam mengajak ahli parti supaya bekerja lebih keras dalam menjalankan aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi merangkumi bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Parti Ajaran Songsang pula begitu sibuk memburukkan Umno dengan melancarkan kempen ‘UMNO PENGKHIANAT RAKYAT’ pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh UMNO hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PERSETUJUAN MAUT, PAKATAN RAPUH?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Kelmarin Pakatan Pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah menandatangani satu perjanjian bersama dalam memastikan kerjasama dan pakatan mereka dizahirkan sebagai sesuatu yang nyata demi mewujudkan satu parti bersama dalam PRU-PRU yang mendatang. Sejarah baru dalam lembaran politik tanahair ini tercipta. Secara langsungnya perjanjian ini mewujudkan apa yang dipanggil ‘two party system’ di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walau apa pun yang terjadi selepas ini, tiada lagi parti pembangkang yang dibenarkan memperjuangkan doktrin atau falsafah perjuang mereka walaupun dalam konteks seperti kebiasaan yang mereka amalkan sejak lebih 50 tahun lalu. Tujuan utama dan terpenting kewujudan sebuah parti baru bagi gabungan parti-parti pembangkang ini adalah tumbangkan kerajaan BN di bawah satu bendera. Justeru itu, PAS tidak boleh lagi membawa perjuangan Islam mereka. DAP tidak dibenarkan pula bercakap pasal Malaysian Malaysia @ Chinsese Chauvinist. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PR Bakal Menuju Ke Arah Perpecahan… !

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya diadakan di Shah Alam pada 19 Disember telah dengan secara rasminya menyatukan tiga sekutu dalam pakatan campuran iaitu PKR, biaDAP dan PAS. Tujuan atau matlamat utama mereka adalah untuk mendapat tempat di hati rakyat, sedangkan kewujudan pakatan tersebut lambat laun bakal menuju perpecahan. Apa tidaknya, kewujudan pakatan campuran ini umpama sandiwara yang hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat, sedangkan dari segi realitinya rakyat sudah muak dengan sandiwara para pemimpinnya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Komen »

DAP SEBENARNYA “ RACIST “ !!

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 19 Disember 2009

Oleh : Putera_Adnan

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat. Jika Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PAKATAN PEMBANGKANG HANYA PANDAI TABUR JANJI

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 16 Disember 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Analisisnya mudah, Pembangkang hanya tahu untuk membuat gimik politik bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan mereka. Undi yang diterjemahkan oleh rakyat kepada pembangkang tidak di manfaatkan sebaik-baiknya. Akibat keghairahan untuk mentadbir dan mengurus negeri melalui janji-janji kosong yang ditaburkan ketika berkempen, mereka kehilangan hak untuk mentadbir perak yang hanya mampu bertahan hampir setahun.

Selepas menyaksikan “Kehilangan” Perak, Pakatan Pembangkang mula tidak memperdulikan dan menghormati perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Institusi Raja-Raja Melayu dihina sewenang-wenangnya. Sensitiviti dan adat Melayu juga mula tidak dihormati, Perlembagaan dan undang-undang negara juga sudah dicabuli. Pakatan Pembangkang ketika ini juga tidak pernah lekang dengan isu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Komen »

SALAM MA’AL HIJRAH 1431H

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 16 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

LOGO MURAHAN PAKATAN RAKYAT..

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 16 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Apakah logo di bawah merupakan logo rasmi Pakatan Rakyat yang akan dirasmikan pada 19hb Disember ini?

Logo ini dikatakan draf akhir logo Pakatan Rakyat dan logo ini hangat diperkatakan di dalam FaceBook. Jika sekali imbas, warna oren cerah itu mengingatkan kita kepada baju-baju yang dipakai oleh anggota Hindraf yang pernah membuat kacau suatu ketika dahulu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Komen »

PAS DAN PKR BANTU DAP SEMARAKKAN API PERKAUMAN?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Penulis sekali lagi terpanggil untuk menulis artikel ini adalah berdasarkan kenyataan Nga Kor Ming baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.2 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 manakala tiada pun bantuan bagi membina rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini, Karpal Sing (The Sin King) mahukan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. Sekali lagi DAP bermain dengan sentimen tanpa mengira sensitiviti orang Islam khususnya orang Melayu. Kebiadapan DAP hari ini adalah kesinambungan mereka dalam perjuangan yang mereka warisi daripada PAP atau lebih tepat lagi Lee Kuan Yew. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila DAP yang acap kali mempersoalkan isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Umumnya tahu bahawa ketiga-tiga perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dijadikan bahan jajaan demi kepentingan politik Chinese Chauvinist DAP yang sempit. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

“MCA MACAM WAYANG CINA”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Tak habis-habis rupanya cerita parti MCA ( Malaysian Chinese Association). Kita rasa macam tengok opera cina pula, atau wayang cina. Banyak sangat dramanya, banyak sangat suspensnya, dan banyak sangat saat mendebarkannya.

Kita harap pemimpin MCA selesaikan masalah ini, demi kebaikan MCA dan BN (Barisan Nasional). BN tak boleh menghadap pilihan raya umum akan datang dengan keadaan begini. Dahlah keadaan MIC (Malaysian Indian Congress) yang juga kelam-kabut, MCA pula ada masalah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KETANDUSAN IDEA, PAS MULA MENCARI KEBURUKAN UMNO..!

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh : Putera_Adnan

Nak tergelak pun ada, apabila parti PAS semakin hari semakin tidak relevan di pentas politik tanahair. Entah apa yang mereka sumbangkan kepada negara pun tak tahu. Setiap hari hanya kedengaran gimik-gimik politik murahan mereka dijaja di sini-sana bertujuan untuk menjadikan mereka sentiasa mendapat perhatian, walapun kita sebagai rakyat marhaen disajikan dengan politik-politik murahan.

Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program “Umno Pengkhianat Rakyat”, yang akan dilancarkan 9 Januari ini tahun depan . Program ini kononnya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PAS MEMANG KUDA TUNGGANGAN DAP-19 DISEMBER INI…!

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 14 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Parti PAS telah cuba untuk melenyapkan atau sekurang-kurangnya mengenepikan isu kewujudan sayap baru di dalam parti PAS iaitu kelab penyokong PAS. Usaha itu berjaya kerana kita tidak lagi mendengar sebarang ulasan mengenainya lagi. Jika tidak, kita akan kerap mendengar komentar dan pandangan kononnya kelab penyokong PAS akan diberi tempat di dalam hariki kepimpinan parti PAS.

Realitinya, pemimpin PAS tahu bahawa untuk membawa bukan Islam di dalam kepimpinan parti PAS adalah merupakan satu tindakan yang menempelak diri sendiri setelah mereka mengkafirkan parti UMNO kerana bersekongkol dengan orang kafir. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Di mana silapnya Biro Tata Negara?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari petikan Utusan Malaysia

DI mana silapnya Biro Tata Negara (BTN)? Satu persoalan yang menjadi isu baru yang dimainkan oleh parti pembangkang. Kenapa? Kerana dia takut rakyat Malaysia menjadi manusia. Dia takut rakyat Malaysia menjadi insan yang baik, itu yang dapat saya simpulkan.

Mungkin ada sesetengah mereka sebagai orang yang pernah mengikuti kursus BTN ini sependapat dengan saya tapi mereka tidak dapat luahkan apa yang mereka rasa.

Ini pendapat saya dan pengalaman yang saya pernah mengikuti kursus ini. Memang banyak kebaikan. Tidak kira sekiranya Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah ataupun pakatan pembangkang sendiri mungkin pada suatu hari nanti. Pakatan pembangkang yang berkeinginan sangat mahu membentuk kerajaan. Sebab, semasa mengikuti kursus ini dapat menyemai satu perasaan yang begitu sayangkan tanah air. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »

“NIK AZIZ JANGAN CAKAP SEBARANGAN”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

ISU Biro Tata Negara (BTN) yang baru-baru ini hangat didebatkan sememangnya telah menunjukkan belang sikap pembangkang yang selama ini tidak senang dengan kemakmuran yang ada di negara ini.

Bermula dengan pemimpin DAP yang kurang ajar mempertikaikan kursus BTN ini kerana kononnya menyemai sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia. Saya berpendapat bahawa beliau yang bersikap perkauman kerana tidak tahu sejarah dan modul sebenar di dalam kursus BTN.Kini pemimpin Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mempertikaikan kursus BTN ini dengan alasan ia tidak Islamik. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Komen »

Militan Hamas Di Selangor, Strategi PAS terbaru…!

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Rombongan puak militan Hamas kini dalam kerangka lawatan ke Selangor. Mereka menjadi tetamu kehormat kepada kerajaan negeri Selangor. Mereka juga diraikan sebagai tetamu yang hebat.

Militan Hamas datang ke Selangor dibawa oleh Pas. Apa rancangan Pas membawa Hamas rapat dengan kerajaan negeri Selangor? Apakah strategi Pas untuk dekatkan Militan Hamas dengan Pas sebagai parti Islam di Selangor? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

TAK SAMA TAPI SERUPA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Bercakap fasal perpecahan parti, jangan ingat MCA atau MIC saja, jangan lupa PKR dan PAS (Parti Islam Se–Malaya). Kadang-kadang kita tumpu hanya pada masalah parti dalam BN saja, kita lupa PKR dan PAS ada masalah perpecahan juga. Mereka pun jangan kata, krisis dalaman masalah parti dalam BN.

Tengoklah apa jadi pada PKR sekarang. Lepas sorang, sorang pemimpinnya keluar. Lepas sorang, sorang bekas pemimpinnya membuat kenyataan mengecam parti itu. Semua orang tahu, ada orang yang sangat berpengaruh dalam parti yang sebenarnya lebih kuat daripada mana-mana pemimpin lain. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »

PEMBANGKANG PENGECUT, PERKUDAKAN NGO…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Trend baru dikalangan pihak pembangkang adalah menggunakan NGO (Bersih) dan Pertubuhan keagamaan (Hindraf) untuk melaksanakan gimik politik jalanan mereka melalui demonstrasi dan perhimpunan haram. Kedua-dua perhimpunan yang berlangsung di ibu negara akhir-akhir ini dilihat telah menjadi medan untuk para pemimpin pembangkang membina platform ‘political milage’ mereka dengan cara keji dan terkutuk.

Menyedari bahawa budaya demonstrasi jalanan yang berakhir dengan keganasan bukanlah pendekatan popular untuk menarik undi ehsan majoriti rakyat negara ini, namun pendekatan sebegini adalah paling mudah serta cepat untuk mempopularkan diri mereka di kalangan rakyat negara ini sekali gus turut menarik perhatian dunia luar dalam memburukkan imej negara dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Umum telah ketahui bahawa Bersih merupakan sebuah NGO yang didokong oleh orang-orang kuat di dalam PKR, manakala para pengikut dan penyokong NGO ini adalah terdiri daripada penyokong taksub parti-parti pembangkang seperti PKR dan Pas. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PRU 13 PADA MEI 2011?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Desas-desus yang berligar di kalangan pemerhati politik tanahair menyatakan berkemungkinan PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Mac 2012. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini PRU pernah diadakan lebih awal dan terbarunya PRU 12 lalu yang sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Cuma perbezaannya kali ini adalah ianya berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PR Negeri Sarawak iaitu pada Mei 2011.

Pada pandangan penulis, mengadakannya serentak dengan PR Negeri Sarawak adalah langkah bijak kerana setidak-tidaknya, ia dapat memudahkan proses pilihanraya baik bagi negeri Sarawak mahupun Persekutuan, Sarawak tak perlu lagi nak buat dua kali persediaan untuk pilihanraya. Selain itu, ia dapat juga menjejaskan strategi pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang asyik dok berusaha bersungguh-sungguh menghuru-harakan suasana politik di sana.

Sejak kebelakangan ini, pakatan pembangkang sudah mula melaksanakan ” Kempen Menghentam Kerajaan BN” secara terancang. Tindakan ini dilihat sebagai petanda awal bahawa mereka mahukan mulakan kempen awal dalam menghadapi PRU 13 kelak. Kenyataan DS Anwar untuk serang PM, Naib Presiden DAP M Kulasegaran dan serangan terhadap BTN adalah semboyan yang telah mereka bunyikan dalam usaha mereka untuk memenangi PRU 13 kelak.

Usaha memburuk-burukkan imej kerajaan BN khususnya kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, bukanlah sesuatu usaha yang baru. Kelancangan suara pemimpin pakatan pembangkang terhadap isu perkauman dan agama dilihat sebagai satu usaha yang berterusan kerana ‘modal’ ini sahajalah yang mereka tahu gunakan tanpa mengira sensitiviti masyarakat majmuk dan berbilang agama. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

PKR BERDIAM DIRI, PAS MEMBISU, UMNO TAKUT…!

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Semakin hari semakin ramai yang tidak takut dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU.Lebih teruk lagi bila ada orang melayu yang menyokong penentangan HAK ORANG MELAYU ini. Sebenarnya kebiadaban Nga Kor Ming dari DAP dan Tun Lim Keng Yaik dari GERAKAN dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU.

Nga Kor Ming dengan biadap mempersoalkan pembinaan MASJID di Malaysia di mana Malaysia merupakan NEGARA ISLAM dan ISLAM sebagai AGAMA RASMI MALAYSIA. Nga Kor Ming yang sebelum ini pernah mempergunakan AYAT AL-QURAN dan kini mempersoalkan keistimewaan ISLAM..

Inilah yang dimahukan oleh PAS. Inilah ISLAM yang diajar oleh PAS kepada DAP. DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KEISTIMEWAAN ISLAM !

Lim Keng Yaik pula dengan biadab mempersoalkan KETUANAN MELAYU. Pada masa yang sama Lim Keng Yaik juga bersifat perkauman apabila mengajak masyarakat bukan melayu menentang serta mempersoalkan KETUANAN MELAYU. Lim Keng Yaik perlu tahu bahawa, kami orang Melayu juga tidak takut dalam menentang mereka. Gerakan perlu sedar mereka antara penyebab BESAR BN tidak mendapat 2/3 parlimen dan kalah di P.Pinang pada PRU12.

Kita perlu ingat masyarakat melayu tidak pernah takut memperjuangkan HAK ORANG MELAYU. DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KETUANAN MELAYU !

Kita bukan bersifat perkauman tetapi mereka sudah terlalu biadap. Saya percaya ORANG MELAYU tidak takut menyahut cabaran YB IBRAHIM ALI dalam mempertahankan hak ORANG MELAYU. Tetapi, Mana pergi UMNO? Mana PAS? Sekiranya PAS dan UMNO pun berdiam apatah lagi PKR. Semua penakut, tidak ada keberanian dalam menentang kebiadaban Nga Kor Ming dan Lim Keng Yaik!

Masihkah anda ingat dengan PERISTIWA 13 MEI?? , Ingatlah bahawa ORANG MELAYU tidak takut menempuh semula peristiwa ini…! Fikir2kan lah..

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »

DAP Rasis atau BTN Rasis ?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Parti pembangkang kerap bertanggapan buruk dengan kerajaan malah terbaru dalam isu Biro Tata Negara (BTN), mereka menuduh kursus-kursus di BTN bersikap perkauman dan doktrin Barisan Nasional (BN) hingga kerajaan pembangkang di Selangor memboikot BTN. Namun semua itu dilihat adalah pandangan sempit pembangkang yang malu untuk mengakui keberkesanan BTN melahirkan masyarakat cintakan negara, menghormati perlembagaan serta menjadi pemimpin berjati diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berpendapat, sekiranya pembangkang mahu meniru BTN dengan menubuhkan program modal insan SPIES di Selangor, mereka buat sahaja tanpa memburukkan BTN. SPEIS yang ditubuhkan kerajaan Selangor selepas mengharamkan pelajar mahupun kakitangan negeri tersebut untuk mengikuti kursus BTN adalah singkatan kepada program Spriritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial. Tuduhan pembangkang kononnya BTN mengendalikan seminar dan kursus berbau perkauman nyata tidak benar sama sekali. “Apakah dengan mengajar sejarah negara, perlembagaan atau kontrak sosial dianggap perkauman?,” soalnya…. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Komen »

PAS Kelantan bergolak, DSAI menang Pusingan Pertama…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Apabila blogger Kickdefella atau namanya Syed Azidi menentang Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ia bukan pergolakan dalaman korporat. Juga jauh sekali perjuangan seorang pengarah filem menentang menantu Tok Guru atau menolak neoptisme dalam kerajaan negeri kelantan.

Syed Azidi mencipta skrip untuk menjadikan beliau kononnya hero politik yang menentang nepotism dalam kerajaan. Kononnya dahulu beliau menentang Pak Lah sebab menantu PM, Khairy Jamaluddin kini beliau juga melakukan perkara yang sama kepada Datuk Nik Aziz kerana tidak mahu menantu MB menjadi berkuasa dalam politik kelantan. Jadi apa agenda Syed Azidi? Apakah beliau agen UMNO yang masuk ke dalam Pas? Tidak juga. Syed Azidi hanyalah pelukis karikatur blog yang menyertai populariti ideologi menjatuhkan Pak Lah by hook or by crook ketika itu. Beliau kemudiannya menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan gaji RM 15 ribu sebulan. Hanya gaji beliau dibayar oleh PMBK tetapi beliau bekerja dengan YB Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Taat setia dan kepatuhan beliau bukan kepada PBMK tetapi kepada Husam Musa. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

BANKRAP idea, mencari perhatian dan melihat sejarah secara salah adalah kesimpulan Awang terhadap rakyat Malaysia yang terus mempersoalkan ketuanan Melayu di negara ini.Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran adalah antara orang terbabit apabila menegaskan tidak akan berhenti mempersoalkan isu tersebut. Apakah dakwaan beliau untuk berbuat demikian kerana kononnya bimbang akan masa depan hubungan antara kaum boleh diterima?

Apakah pula sejak merdeka kita berdepan dengan masalah hubungan kaum yang kronik setelah semua kaum menyedari wujudnya ketuanan Melayu serta hak-hak kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara?
Bukankah langkah untuk mempersoalkan ketuanan Melayu dan hal- hal yang berkaitan dengannya akan menjejaskan hubungan kaum yang sedia terjalin di negara kita? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran | Leave a Comment »

Sedarlah Melayu lupa diri

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh :- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita “Maluyu” produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;
“For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for ‘orientation’ at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:
1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend’s sister dropped off much needed rations of chocolates and ‘kacang’.
3) How to wash your ’smalls’ (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God’s chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society…” Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Komen »

ISTERI JADI PERCATURAN?..

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Parti ini yang Kononnya menonjolkan keislamannya lebih daripada yang lain. Parti inilah yang mengatakan parti lain tak Islam sepertinya, malah ada pemimpinnya mengatakan, kalau nak masuk syurga, hanyalah melalui parti itu. Kita tak Kisahlah dakwaan macam itu. Parti politik, yang pakai nama Islam atau tidak, sama saja. Semuanya nak berkuasa. Yang jadi pemimpin nak memerintah. Adat berpartilah kata orang. Tapi kita hairan, apabila ada pemimpin yang menggunakan perkahwinan sebagai percaturan politik. Mereka gunakan isteri mereka sendiri sebagai tanda setia mereka pada parti kononnya.

Mereka istiharkan “ baiah “ Sanggup menceraikan isteri sendiri sekiranya mereka buat sesuatu yang bersalahan dengan prinsip parti. Begitulah lebih kurang. Tak payahlah kita komen panjang lebar perkara ini. Dah terlalu banyak kita dengar hal ini dicakapkan dalam surat khabar, televisyen, dan di kedai kopi. Banyak sangat kita dengar kemarahan orang ramai fasal hal itu, terutamanya para isteri. Sampai situkah matlamat berpolitik kita? Itu yang kita tak faham. Sampai sanggup buat apa saja demi taasub pada parti? Itukah cara islam, Sampai sanggup menjatuhkan talak sekiranya tidak setia pada parti? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Anwar, Pas, DAP hancurkan Melayu Islam

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, orang Melayu akan hancur selagi terus menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP. Pada masa sama, katanya, kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala penduduk bumiputera dan Islam.

”Ini merupakan tiga ancaman yang boleh menghancurkan orang Melayu di negara ini. Tidak ada makna pembangunan pesat negara kalau Melayu akhirnya hilang kuasa di negara sendiri. ”Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, perkembangan ini kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara,” katanya. Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana mengenai isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi. Menurut Ibrahim, kejahatan Anwar, yang dahulunya ditatang ‘bagai minyak penuh’ semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dihukum Allah SWT ’secara tunai’ di dunia ini kerana sikapnya itu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

SIDANG MEDIA “BEKAS-BEKAS PESERTA KURSUS BTN” BERSAMA MAJLIS GABUNGAN NGO PEMBELA NEGARA ( MAGARAN ) & GABUNGAN GRADUAN MELAYU MUDA ( GGMM ).

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 2 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

PENDAPAT KAMI TENTANG PEMANSUHAN BTN DI NEGERI-NEGERI DI TADBIR PAKATAN PEMBANGKANG

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Telah hampir 1 minggu, media-media arus perdana & media alternatif memainkan isu pelaksanaan kursus yang di anjurkan oleh BTN. Banyak respons telah di berikan oleh “orang politik” berkaitan kursus-kursus yang di laksanakan oleh BTN. Ada yang menuduh kursus BTN ini di buat bagi memecahbelahkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Ada juga yang menuduh BTN menanamkan fahaman sempit perkauman khusus untuk satu kaum membenci kaum yang lain. Juga terdapat tuduhan yang BTN menyebarkan ideologi pemerintah untuk membenci pakatan rakyat.

Persoalannya di sini, adakah mereka yang memberikan kenyataan berat sebelah terhadap BTN tersebut pernah menghadiri sendiri kursus-kursus yang di kelolakan oleh BTN? Atau mereka sekadar berdasarkan “andaian” mereka semata-mata? Keterangan dengar cakap “hearsay evidence” sesungguhnya tidak diterima sebagai keterangan di mahkamah. Jadi sekiranya di mahkamah kenyataan ini di anggap tidak mempunyai merit, bagaimana boleh kenyataan ini d terima oleh masyarakat sivil di negara ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini tidak lebih hanya sebagai suatu kenyataan fitnah yang di buat atas alasan menjaga “ periuk nasi” meraka sendiri.

Kami memanggil media pada hari ini untuk membetulkan fakta berkaitan kursus-kursus BTN atas kapasiti kami yang telah beberapa kali menghadiri kursus-kursus BTN sejak kami bersekolah lagi. Kami belajar di pelbagai IPT yang berbeza dan berasal dari negeri yang berbeza, namun pengalaman beberapa kali menghadiri kursus BTN telah merapatkan jalinan persahabatan antara kami dan rakan-rakan yang bukan berbangsa melayu yang turut hadir sebagai peserta kursus. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Program | Leave a Comment »

KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 24 November 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Kalau kita kata politik itu sama, penyokong fanatik pas pula kata tidak. Krisis yang parah berlaku dalam pas sekarang adakah itu krisis islam? Kalau pas itu mengamalkan islam yang sebenar sudah tentu krisis yang dialami oleh pas sekarang tidak berlaku. Tindakan pas menggunakan agama dalam berpolitik boleh menjatuhkan maruah agama yang suci itu. Krisis yang berlaku dalam pas sekarang memalukan umat islam pada keseluruhannya

Kita semua setuju kalau ada orang kata pas itu tidak sama dengan Umno. Dari segi buruk dan baiknya, sudah ternyata kini keburukkan pas lebih teruk dari Umno. Seburuk- buruk Umno pun mereka tidak mempermainkan islam, sebaliknya Umno walaupun keserlahannya agak sederhana tetapi Umno berjaya meletakan islam teratas sekali dalam semua hal dan keadaan. Umno juga telah berjaya mengangkat mertabat dan melahirkan ramai ilmuan islam hasil dari penubuhan pusat-pusat pengajian tinggi islam dalam dan luar negara. Sebaliknya pas pula setakat hari ini hanya pandai berkokok sahaja pagi dan petang, yang nampak pas lakukan mereka sanggup menghina ilmuan-ilmuan islam termasuk mufti-mufti yang tidak menguntong dan sehaluan dengan parti mereka Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 1 Komen »

KONSPIRASI ARIFFAHMI-NIK AZIZ, ANWAR-ERDOGAN DAN DAP-PKR JATUHKAN HAJI HADI

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Kekalutan dan masalah dalaman kepimpinan PAS semakin jelas. Kelmarin, YB Husam Musa telah menyatakan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan dalam PAS dan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan. Tindakan ini diambil sama ada beliau terasa hati atau kecewa dengan kemelut PAS hari ini. Berkemungkinan besar beliau berasa malu kerana telah dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan Presiden PAS, YB TG Haji Hadi. Konspirasi ini didalangi oleh menantu YAB TG Nik Aziz, Sdr Abdul Ariffahmi. Memandangkan Husam adalah ‘anak emas’ TG Nik Aziz dan sokongan Nik Aziz amat ketara agar Husam menjadi Presiden PAS yang baru, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa beliau terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam konspirasi menjatuhkan TG Haji Hadi.

Mengambilkiran kenyataan Kickdafella pertengahan November 09 yang lalu, konspirasi untuk menjatuhkan TG Haji Hadi bermula selepas PRU 12 lalu. Gerakan yang disusun oleh Ariffahmi dan mendapat restu TG Nik Aziz ini jelas dalam proses ke arah pemilihan pucuk pimpinan parti PAS dalam Muktamar PAS ke 55 yang lalu. Proses pemilihan kali ini berbetuk en-bloc – Kumpulan Ulamak (TG Haji Hadi) vs Kumpulan Edogan (Husam) yang disokong oleh Nik Aziz. Husam dilambangkan mewakili kumpulan yang akan membawa pembaharuan kepada Pas manakala TG Haji Hadi adalah kumpulan yang tidak sezaman. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Komen »

Jangan Politikkan Pendidikan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH,

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

Dari Artikel Mingguan Malaysia

SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.

Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya. Apakah ini semangat 1Malaysia? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Pemecatan Syed Azidi (Kickdafella) pada awal November lalu mencerminkan ketengangan dan konflik dalaman PAS tidak pernah reda walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Cadangan mengadakan EGM itu sendiri yang kemudian digantikan denga muzakarah, menambahkuatkan lagi dakwaan tersebut. Tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah bermaharajalela dalam PAS hanya demi untuk mendpatkan kuasa di antara golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan yang pro DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Perkara berlaku disebabkan oleh terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan YB TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Konspirasi ini dikatakan melibatkan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Nama besar yang dikatakaan turut terlibat adalah YB Husam Musa, anak didik Nik Aziz yang telah dicanang-canangkan sebagai pengganti kepada TG Hj Hadi. Walaupun tampak isu ini seolah-olah ‘sudah selesai’, namun sebenarnya jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.

Pembongkaran Kickdafella ini telah memperlihatkan wajah sebenar PAS yang selama ini menggunakan Islam sebagai ‘topeng’ politik. Kronism, rasuah, salahguna kuasa, haloba, fitnah memfitnah, ‘tikam belakang’ dan membelakangkan kepentingan rakyat mula menjadi amalan. Budaya ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kini menjadi pegangan. Pembongkaran ini mendedahkan juga wujudnya ‘tangan luar’ yang mengurusaturkan perubahan imej PAS masakini yang dilihat amat mudah dipergunakan untuk tujuan politik peribadi, dalam siri-siri demonstrasi jalanan dan ‘kebiadapan terhadap institusi Raja serta membelakangkan kesucian Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Komen »

1Malaysia sesuai ke peringkat global

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Petikan Dari Untusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin gagasan 1Malaysia yang terasnya kesatuan dalam kepelbagaian boleh dikembangkan ke peringkat global. Perdana Menteri berkata, banyak negara di dunia yang dulu merupakan negara bangsa iaitu satu negara satu bangsa kini berdepan perubahan komposisi kaum yang ketara akibat penghijrahan manusia.

”Kepelbagaian ini mencabar komuniti sesebuah negara yang dahulunya padu dan bersifat hanya satu kaum,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Pemimpin Muda Asia 21 di sini malam ini. Najib berkata, pengangkutan udara yang semakin murah dan komunikasi lebih canggih menjadikan lebih ramai berani berhijrah tetapi pada masa sama kaum yang berhijrah tidak memeluk budaya di negara baru. Sebaliknya, kata beliau, mereka masih berpegang teguh kepada adat, budaya dan bahasa negara asal. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

“ANWAR TIPU WANG RAKYAT”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 19 November 2009

Oleh:- Anggerik Desa

“Kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor kerana sekiranya benar beliau menerima imbuhan lain selain elaun tetap RM1” pasti wang yang digunakan untuk kemudahan beliau itu adalah wang rakyat Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

Apabila kekuatan sendiri dilupakan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 19 November 2009

Oleh: Tanah Liat

Dari Artikel Mingguan Malaysia,  Dr. Mohd Ridhuan Tee

Apabila isu sekolah satu aliran dibangkitkan, segelintir ultra kiasu mencadangkan supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama? Kiblat mereka adalah barat, bukan timur.

Justeru, tidak hairan mereka amat bangga dengan panggilan nama seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadang kala naik mual mendengarnya. Megah dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Pakatan Rakyat Gagal Di Selangor II

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 18 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru sahaja melantik DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ sebagai Penasihat Ekonomi negeri tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan Selangor daripada terlepas kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 kelak. Perlantikan DS Anwar dan pengumuman ini seolah-olah memberikan isyarat bahawa terdapat dua kebenaran di sini iaitu, pertamanya; rakyat Selangor sudah mula melihat kegagalan pentadbiran PKR dan keduanya; mengenai ‘retak menanti belah’ kerjasama di antara PAS – PKR, PAS – DAP di Selangor. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Komen »

ANWAR MEMANG MUDAH LUPA…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 17 November 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

Bukan main sakan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat ekonomi ‘yang bernilai RM1 sebulan’ itu membelasah Pemuda UMNO di Dewan Rakyat semalam. Sebabnya, Pemuda UMNO menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Yang menariknya bila Anwar bin Ibrahim itu menyebut ayat berikut: “Tan Sri Yang Dipertua…kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu….bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin.”

Pelik pula rasanya bila makhluk yang seorang ini bercakap tentang Melayu. Lebih pelik lagi bila dia mempersoalkan orang lain menghina pemimpin. Pak syeikh ni lupa agaknya, siapa yang mula mengajar rakyat negara ini menghina pemimpin dengan cara yang cukup biadap dan di luar batas-batas peradaban Melayu? Dia lupa kut siapa yang ‘pedajal’ Allahyarham Tun Ghafar Baba. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PKR KINI MENUJU KEHANCURAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) semakin hari semakin menuju ke arah kehancuran. Keretakkan dalaman amat ketara. Tembelang dan temberang PKR terserlah. Semakin lama semakin ramai tokoh-tokoh utama dalam PKR meninggalkan parti tersebut. Ada yang dari Majlis Pimpinan Pusat dan Negeri serta di kalangan wakil-wakil rakyat. Jumlah keahlian juga semakin merosot dengan ramai ahli yang telah keluar meninggalkan PKR kerana merasai diri mereka tertipu. Apa dan kenapa perkara ini berlaku terletak kepada asas penubuhannya yang terlalu sempit dan dasar parti itu sendiri – jelas memperlihatkan usaha-usaha ingin merealisasikan impian seorang tokoh kalut bernama DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | 1 Komen »

Golongan Wanita Hina Di Mata PAS

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 12 November 2009

oleh: Keris Terbang

“Dalam kepala saya tak ada bai’ah ini…PAS Pusat saya tak ingat”, ujar Mahaguru Datuk Nik Abdul Aziz pada 10 November 2009 di pejabatnya ketika ditanya pemberita berkaitan isu bai’ah dalam parti. Datuk Abdul Hadi juga turut menafikan perkara yang sama. “Tak payah (siasat), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada…”.

Isu bai’ah dalam PAS mula timbul apabila Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khaled Abdul Samad pada 5 November lalu mendakwa wujudnya amalan bai’ah di kalangan calon wakil rakyat PAS. Semua wakil rakyat PAS sama ada ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu membuat bai’ah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka mengkhianati parti. “Sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami”, ujarnya ketika mengulas isi kandungan bai’ah tersebut yang sehingga kini mengundang pelbagai reaksi awam.

Pelbagai kecaman diterima PAS berhubung amalan bai’ah yang diperkenalkan sejak Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Bai’ah Talak PAS:Khalid – Terlajak perahu boleh diundur…,terlajak kata? BINASA…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 11 November 2009

Oleh: Putera_Adnan

fpbaiahtalak

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan… – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

“Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »