Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS menjadi “ Kambing Hitam “ di Merlimau nanti.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011

Oleh : Hatta _Adnan

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti yang sentiasa mempermainkan hukum Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Ketua Umumnya (diktator yg tidak dipilih secara demokrasi), Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.

Sebelum itu, para pemimpin utama PAS menafikan tidak mahu bertanding seperti ura-ura yang banyak diperkatakan sebelum ini. Sebab utama mengapa PAS dan PKR tidak mahu bertanding dan meletak calon masing adalah dipercayai kerana gelombang kemaraan Barisan Nasional terutamanya di Merlimau adalah sangat hebat.

Sebelum ini, selepas pengesahan ADUN Merlimau meninggal dunia, Samsul bersungguh-sungguh untuk menawarkan diri untuk beranding di Merlimau. Namun, apabila mereka mengkaji gelombang rakyat yang sememangnya memihak kepada BN terutamanya selepas kejayaan di Tenang, Johor..akhirnya menarik diri.

Akhirnya seperti biasa PAS akan dikambing hitamkan sekali lagi. PKR seperti biasa akan merampas hak PAS dikerusi-kerusi yang mereka yakin menang sahaja. Rasa penuh simpati kerana sudah banyak kerusi PAS kini dimiliki PKR. Rumusannya… PAS terus menjadi PAK TURUT kepada DAP dan PKR. Kesian sungguh PAS…

4 Respons to “PAS menjadi “ Kambing Hitam “ di Merlimau nanti.”

  1. sumir said

    Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya, Datin Seri Rosmah bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau pada 6 Mac ini.kalau lah dia tu orang melaka

    adalah amat dikesali apabila isteri Perdana Menteri itu, yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ berterusan cuba mengambil peranan dan tugas menteri kabinet.

    Terbaru, Rosmah cuba mengambil kesempatan atas misi murni menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

    “Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang menteri.melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir.

    “Maka adalah sesuai kiranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional memberi peluang kepada Rosmah bertanding di PRK Merlimau yang akan datang,”

    cabaran itu juga sesuai berdasarkan hasrat Ketua Wanita Umno, Dato Seri Shahrizat Jalil yang gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

    Shahrizat, katanya kini sekali lagi mahu meletakkan calon wanita di Merlimau.

    pemilihan Rosmah ini amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama Malaysia’ ini,

    Rosmah sebelum ini menerima kecaman pelbagai pihak atas sikap borosnya membelanjakan wang rakyat. Antaranya mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Kuala Lumpur dengan belanja RM4.5 juta dalam tiga hari.

    Rosmah, yang disifatkan sebagai ‘Imelda Marcos’ Malaysia terus menerima kritikan apabila sekali lagi menghabiskan wang rakyat melancong ke luar negara sebanyak RM100,000 ribu hanya untuk menginap semalaman di hotel mewah Atlantis di Dubai.

  2. shabriduda said

    Imej PAS sebenarnya tidaklah buruk seperti yang diperkatakan walaupun telah tewas beberapa kali sebelum ini termasuk juga rakan di dalam PR. Kita sentiasa dipaksa bertembung dengan Bn di dalam gelanggang yang tidak pernah rata. SPR yang kita harapkan boleh berlaku adil, nampaknya tidak pernah berubah dan ikatan tali pada hidungnya masih kemas.

    Siapa yang tidak nampak betapa Umno/Bn menggunakan segala jentera kerajaan termasuk paling hebat jentera penerangan seperti radio dan TV setiap kali diadakan PRK adalah mereka yang buta hati. Bahkan, belum pun penamaan calon di PRK Dun Merlimau kita boleh saksikan bagaimana media kerajaan ini melaksanakan kerja jahat mereka. Ini lah juga yang dihadapi oleh Cikgu Mala di PRK Dun Tenang baru-baru ini, namun Alhamdulillah, Umno gagal untuk memalukan PAS di dalam PRK tersebut. Sebaliknya, Cikgu Mala berjaya memalukan Umno kerana Umno terpaksa gunakan seluruh jentera kerajaan dengan limpahan wang ringgit semata-mata untuk menewaskan Muslimat ini.

    Kita teringin sangat untuk melihat Umno/Bn menang secara anak jantan. Boleh atau tidak Umno/Bn masuk gelanggang sama seperti PR masuk gelangang? Hilangkah maruah Umno jika tidak menggunakan media kerajaan untuk berkempen? Tidakkah Umno rasa malu dan hina setiap kali pilihanraya, maka ditaburkan wang ringit dengan projek segera kepada rakyat? Apa yang SPR boleh lakukan? Teramat benci bila menyebut SPR.

    Betapa buruknya pilihanraya di negara ini, kita tiada pilihan kecuali masuk bertanding apatah lagi PAS memasuki pilihanraya bukan semata-mata untuk memenangi kerusi, tetapi lebih utama adalah untuk melaksanakan perjuangan Islam. Kesannya mungkin mengambil masa agak panjang tetapi sejarah yang baru tercipta di Mesir membuktikan betapa pejuang kebenaran tetap akan menang. Ayuh, kuburkan Umno hari ini, esok ataupun lusa.

    • abg joe said

      demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia,terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media,

      1)penguatkuasaan undang-undang

      2)kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.

      tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik dan melaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

      “Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

      “Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib,”

      kita percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja.

      KRONISMA – adalah tag penting di dalam sistem pemerintahan BN.

      Kerajaan BN yang mengamalkan dasar berat sebelah di dalam pemerintahan dengan menekan negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menggunakan segala jentera kerajaan mengundang kemarahan rakyat.

      Rompakan royalti milik Kerajaan PAS Kelantan oleh rejim UMNO BN adalah bukti nyata terhadapnya.

      Najib tidak perlu menafikannya dengan sekadar berslogan “rakyat didahulukan”. Jika benar akyat didahulukan, hormati konsep federalisma, akui bahawa BN telah tewas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah di dalam pilihanraya 2008. Tetapi apa yang anda lakukan? Rampas Perak dan menindas/menekan kerajan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

      dato seri Hosni Mubarak dah lari bila rakyat mengunakan jalanraya untuk memaksa menerima cadangan rakyat.

      Di malaysiapun dato seri najib dan BN kena akur semangat jalanraya ni, ada kejayaannya

      1)pemansuhan PPSMI bila saterawan negara dan rakyat berdemo di masjid negara menuju istana negara

      2)kajian semula dibuat cara penahanan ISA terhadap pemimpin politik penentang BN setelah rakyat berarak di jlan tunku abdul Rhaman dan sogo

      3)seratus ribu rakyat berarak ke istana negara semasa himpunan bersih membuatkan SPR dan BN mengkaji dan SPR lebih telus dalam menjaga pilihanraya lebih bersih daripada menjaga kepentingan BN sahaja.

      • sumir said

        Siapa ingat lagi malam keputusan pilihanraya umum 2004 Parlimen Pekan??

        Kah kah kah…

        Siapa ingat lagi majoriti Najib Altantuya masa tu??

        241 UNDI!! YA!! 241 UNDI!!

        Lepas tu apa yang Najib Altantuya buat??
        Semua kawasan Orang Asal kat Pulau Manis dalam Parlimen Paya Besar (masa tu Siti Zaharah Sulaiman [kanan] jadi Ahli Parlimennya) dipindah sesedap hati dengan bantuan baruanya yang paling setia, SPR!!

        Tak cukup dengan Orang Asal, kem tentera dalam kawasan Parlimen Kuantan pun disumbat jugak!! Kah kah kah…

        Hasilnya, pilihanraya umum 2008 berapa majoritinya??

        26424 UNDI!!

        Untuk pilihanraya akan datang, dah 26000 pengundi baru “didaftar” dalam Parlimen Pekan SAHAJA!!

        Berapa pulak majoriti Najib Altantuya kali ni??

        Kah kah kah…

        Kah kah kah…

        Pakatan Rakyat Masuk pilihanraya untuk kalah??

        Atau Najib Altantuya yang takut badi 2004 berulang???

        Kah kah kah…

        Peningkatan pengundi melampau di Pekan

        PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

        Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

        Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

        “Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

        Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

        “Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

        “Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

        Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

        Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

        “Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

        “Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.

        Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

Tinggalkan komen