Hentikan Isu tidak membina! Masa untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab pada masyarakat!
Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 November 2010
oleh: Tun Teja Millenia
Semakin hari semakin jelak membaca isu-isu yang tersiar di akhbar tempatan dan media sosial. Isu-isu berbangkit yang terus menjadi bahan untuk bermusuh dan berpecah di antara semua kaum masih menjadi tajuk hangat. Apakah sudah ketandusan idea untuk berdebat?
Isu perkauman, isu hak orang Melayu, isu perlembagaan, isu kaum Cina, isu kaum India sudah mula merimaskan dan memualkan. Sebanyak mana pun diperkatakan, sebanyak manapun diperdebatkan, yang hitam tetap hitam dan yang putih tetap putih. Hakikatnya, sudah masanya untuk kita keluar dari gelanggang perlawanan yang tidak menguntungkan sesiapa malah memudaratkan.
Lebih bermakna jika menumpukan fokus kepada isu-isu sosial dan nasib rakyat yang tidak terbela serta melarat. Memikirkan dan membuat perancangan bagaimana untuk menambah baik dan menangani isu-isu sosial yang sedang parah menimpa masyarakat kita amnya masyarakat orang Melayu. Tidak perlu lagi melayan suara-suara sumbang yang tidak henti-henti meniup sentimen perkauman dan menuntut perkara yang bukan-bukan. Meminta dan menuntut semua yang sudah diberi tapi masih lagi tidak tahu erti bersyukur. Semuanya sudah termeteri kemas di dalam Perlembagaan. Bak kata presiden UMNO, Ayuh kita tinggalkan isu ini. Tutup buku!
Rakyat juga sudah mulai sedar akan kepincangan para parti pembangkang yang semakin hari semakin melatah dan sudah nampak berbagai kelemahan dan belangnya. Kita pula harus mengambil kesempatan dari situasi ini untuk mengembalikan keyakinan kepada rakyat dengan menjalankan tanggungjawab serta proaktif dengan keadaan dan isu semasa.
Hari ini kita ditimpa dengan berbagai masalah sosial yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kes-kes pembuangan bayi khususnya, masalah ini jauh lebih serius dan memerlukan pelan tindakan segera sebelum ianya melarat ke tahap yang tdak dapat diubati.
Perancangan yang teliti perlu disediakan bagi menangani isu yang sememangnya sudah parah pada hari ini. Semua pihak dan badan bertindak perlu sama-sama berganding bahu untuk membendung gejala kejam ini sekaligus menyelamatkan ibu-ibu muda yang memerlukan bimbingan dan sokongan moral dari masyarakat yang sepatutnya tidak menghakimi mereka.
Para pemimpin masyarakat harus lebih peka tentang isu ini dari berdebat tentang isu-isu yang lapuk dan tidak berfaedah semata-mata untuk meraih populariti dikalangan rakyat. Mereka perlu mengkaji setiap aspek yang dapat membantu masyarakat dari terus ditimpa gejala sebegini.
Contohnya memperkenalkan sistem ujian kehamilan secara mandatori setiap empat bulan bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS. Jika ujian dadah boleh dilakukan mengapa tidak ujian kehamilan? Jika di negara Barat, mereka memperkenalkan kempen memberi kondom dan pil pencegah kehamilan secara percuma di setiap institusi pengajian tinggi bagi mencegah gejala penyakit berjangkit merbahaya dan sekaligus mengelakkan kehamilan yang tidak diingini, mengapa kita tidak memperkenalkan sistem ujian kehamilan bagi pelajar wanita bagi mengenalpasti dan menyelamatkan mereka yang sudah terjebak sekaligus menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mengelakkan hubungan seks diluar perkahwinan. Tentunya kempen menyediakan kondom dan pil perancang kehamilan tersebut tidak sesuai dijalankan di sini kerana masyarakat Timur khususnya orang beragama Islam melarang sama sekali hubungan seks sebelum perkahwinan dan kita juga tidak mahu menggalakan perlakuan negatif ini secara berleluasa. Jadi saringan kehamilan secara mandatori setiap empat bulan wajar diperkenalkan sebagai langkah pencegahan dan membendung gejala pembuangan bayi.
Mungkin cadangan ini nampak kompleks dan remeh bagi sesetengah pihak tetapi jika dikaji bersama dan ada penyelidikan yang mantap dari kementerian yang sepatutnya, insyaAllah ianya mungkin dapat membantu sedikit sebanyak isu pembuangan bayi hari ini. Sekurang-kurangnya kita menjalankan tugas dan khidmat pada masyarakat dan bukan hanya sekadar tahu menabur janji manis….…..
gelora said
MENCADANGKAN HUKUMAN BERAT KEATAS PENJENAYAH BUANG BAYI TETAPI TIDAK BERSETUJU HUKUMAN SEBAT KEPADA PENZINA YANG MENGAKIBATKAN HAMIL.LAHIR DAN BUANG BAYI hihihihih lawak antarabangsa,,,,,
Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis – gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar – pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.
Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .
Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .
Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang pelik sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah – olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempenlah dan lancarlah menentang zina peringkat kebangsaan gunakanlah agensi2 kerajaan,media2 tapi Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .
mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab – kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu – kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan .
Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang – undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .
Rakyat atau remaja – remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub – pub , kelab – kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .
MAJLIS ulama UMNO yg baru ditubuhkan’ mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama’ kerajaan seperti mufti – mufti , qadhi – qadhi , imam – imam dan demikian juga Ulama’ muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka….
gunakan lah kuasa yang ada untuk menyelamat genrasi yang mendatang….