Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MELAYU TIADA LAGI…….

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 September 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Akibat daripada perpecahan Melayu, kekuatan Melayu di dalam kerajaan sudah tiada. Walaupun terdapat tekanan yang semakin lantang menuntut Kerajaan memperkasakan hak-hak keistimewaan Melayu oleh pertubuhan-pertubuhan pro Melayu tetapi sebenarnya, tangan dan kaki Perdana Menteri Najib Razak telah terikat.

Setiap kali Najib Razak cuba mengambil langkah memartabatkan bangsa dan agamanya, dan setiap kali Najib Razak cuba menangani permasalahan anak bangsa dan mendaulatkan Islam berdasarkan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan, dia sentiasa terikat kepada hakikat, kerajaannya akan tumbang bila-bila masa sahaja tanpa sokongan ADR Bukan Islam dan lain-lain kaum.

Kepada pertubuhan-pertubuhan Melayu, sekarang bukanlah masanya untuk bangkit dengan pelbagai tuntutan sebaliknya, mereka perlu mengumpul segala sumber dan tenaga kearah mengukuhkan kepada kedudukan Melayu di dalam Kerajaan Malaysia.

Dengan hanya pengukuhan semula penguasaan Melayu di dalam kerajaan sahajalah, baru tuntutan-tuntutan kita dapat ditunaikan. Menekan Perdana Menteri Najib Razak dengan tuntutan Pro Melayu di saat ini hanya akan mencurahkan petrol ke atas bara yang sedang merah membara. Kita, baik Islam, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum hanya akan terbakar dan melecur akibatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: