PAS baru ingat nak perjuangkan Melayu !!
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Februari 2011
Oleh: Hatta_Adnan
Heboh dalam akhbar-akhbar tempatan tentang ucapan Tok Guru yang dulu tolak sangat bangsa-bangsa dan kebangsaan, tapi kini hendak pula perjuangkan orang Melayu semula. Adakah puak-puak lebai PAS ini baru terhantuk selepas undi-undi orang Melayu kini sudah tidak lagi menyokong mereka di beberapa PRK ?
Siapa yang pecahbelahkan umat Islam dalam satu qaryah kepada dua imam hanya kerana fatwa dari Tok guru mereka bahawa orang UMNO ini kafir ? Itu yang Datuk Fatmi berkata PAS perlu minta maaf kepada orang Melayu sebelum hendak pejuangkan Melayu semula.
Malah Pemuda UMNO Malaysia menerusi Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian.
Beliau berkata, Perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu.
“Namun jika benarlah Nik Aziz tidak berkata demikian berhubung perjuangan Melayu, apa lagi perjuangan mereka. Sekejap Islam, dan sekejap Melayu… ini umpama perjuangan dua alam. Apakah Nik Aziz sudah terkena politik sesumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim.”
Persoalannya sekarang, “ Apakah perjuangan Pas dua alam?” Yang kita tau, kalau binatang Dua Alam , Haram kita memakannya..!
Jadi apa yang perlu sekarang, setiap permainan politik PAS sudah pasti ada agenda tersembunyi…Fikir2kanlah !!
irwan said
PAS BELA ISLAM YG MAJORITINYA ADALAH MELAYU.
UMNO BELA MELAYU YG MAJORITINYA ADALAH ISLAM.
BEZA ANTARA MEREKA, ADA LETAK ISLAM DI NO#1 DAN ADA LETAK MELAYU NO#1.
sumir said
Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.
perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.
angkara umno Putera sehingga menindas sesama bangsa,”
Umno memperjuangkan bangsa selama 50 tahun, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.
Sedangkan PAS memperjuangkan Islam dalam bernegara, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.
abg joe said
Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.
“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.
“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf… saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.
Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu
abg joe said
tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.
angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.
“Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?
“Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?”
siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.
“Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?”
terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.