Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

INTERLOK BAHAN SEJARAH, BUKANNYA BAHAN UNTUK DIPOLITIKKAN !

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Mac 2011

Oleh: Hatta_Adnan

Isu Interlok sudah pun berada dikemuncaknya. Setelah novel ini telah berjaya dipolitikkan oleh sesetengah pihak, kerajaan BN yang terlalu lembut hati dan terlalu mendengar cakap telah bersetuju membuat pindaan pada novel berkenaan di beberapa perenggan yang didakwa menghina masyarakat India di Malaysia. Lepas 40 tahun diterbitkan dan tak sampai beberapa bulan menjadi teks untuk KOMSAS sekolah menengah, sekarang ni baru nak pinda. Dah lama pun novel ni “menghina” masyarakat India, baru “depa” nak terpekik telolong suruh ditarik balik.

Ekstrim tak ekstrim, pihak pelampau tersebut yang disokong oleh beberapa wakil rakyat Melayu dan India dari PKR. Puas hati bila dah dapat bakar novel INTERLOK dan juga gambar penulis novel tersebut, sasterawan negara.

Sejarah tetap sejarah. Kerajaan tak gunakan kuasa mereka untuk menulis tentang keburukan dan pangkat kasta dalam sejarah negara. Kenapa mereka marah sangat tentang perkataan PARIA dalam novel tersebut? Bukankah itu kebenaran yang selama ini memang berlaku dalam masyarakat India di India sana? Di Malaysia saya rasa mungkin tidak ada pangkat dan kasta sedemikian tapi hakikat dan sebenarnya ia memang ada.

Oleh sebab HINDRAF mainkan isu ini, habis semua orang India marah pasal paria. Oleh sebab satu novel, orang India nak mengamuk sebab ia hina India. Oleh sebab INTERLOK, Hindraf kata kerajaan rasis. Oleh sebab INTERLOK, orang India nak demo sana sini.

Sebelum ada HINDRAF, sebelum ada INTERLOK tak ada pun macam ni? Kita boleh hidup aman damai tanpa ada masalah. Kita tak dengar pun cerita 40 tahun dulu, orang India demo pasal panggil Paria? Sekarang ni bila panggil paria, ada kenyataan sikit pasal paria marah gila – gila? Sapa yang jadi batu api dan panaskan hati orang INDIA? Jawapannya HINDRAF!

Azmin Ali, MP PKR Selangor ada panggil ADUN Padang Serai, N.Gobalakrishnan “paria” tapi tak ada pun tindakan HINDRAF lakukan kepada MP tu? Tak ada pula demo kat Azmin Ali tu? Tak ada pulak nak bakar – bakar? Adil ke tak adil? Pikiaq2 sendiri noh’ !!

Satu Respons to “INTERLOK BAHAN SEJARAH, BUKANNYA BAHAN UNTUK DIPOLITIKKAN !”

  1. sumir said

    Duhai Hatta_adenan katanya umno amat ada kekuatan yang maha kuat untuk mengawal MIC dari mempertikai sesuatu berkaitan perkauman .nasihat larrrrrr,, umno pun dah diperkudakan MIC ke????

    Nak dapatkan semula undi orang india maka kena akur lahhhhh…makal sakti juga telah didaftarkan sebagai parti politik mesrs BN jangan lupa ek?????sebahagian HNDRAF menyertai parti makal sakti yang dirasmi kan oleh najib rosmah dan mendapat peruntukan 30 juta…demi undi kan dah lama umno bertolak ansur2 kepertingan negara dan bangsa .setiap kali pilihanraya kecil kerajaan akan meluluskan kerakyatan orang india yang tercicir kononnya baijak MIC menipu umno yang memeperjuangkan bangsa melayu ..katanya mimpi sama dengan penuh warna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: