Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Hangat-hangat ‘tahi ayam’ atau mengikut acuan DAP- cara PAS menegakkan dasar Islam di Kelantan ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Januari 2011

Oleh : Hatta_Adnan

Rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS di Kelantan memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS Kelantan sanggup berbuat apa sahaja.

Terbaharu, Bagaimana kerajaan PAS Kelantan membenarkan konsert berbentuk hiburan oleh kumpulan Wali Band di Kota Baharu. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Aziz, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.

PERSOALANNYA, apakah persembahan yang berlaku pada malam itu tidak membabitkan percampuran antara pengunjung lelaki dan perempuan ?
Begitu juga dengan persembahan wayang kulit, mak yong, dikir barat dan sebagainya, semuanya diharamkan oleh tok guru Nik Aziz…… tapi la ni halal belaka !!

Kalau dulu, suara perempuan dikatakan ‘aurat’ sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni, Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.


Inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !

Tinggalkan komen