Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DAP DAN PAP SERUPA ABANG ADIK???

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 Disember 2010

Oleh: Kawan Lama

Konvensyen pakatan pembangkang kedua yang diadakan baru-baru ini memberi kita perspektif yang lebih mendalam mengenai kekuatan gabungan dan kerjasama di antara PAS, DAP dan PKR. Apa yang mengikat mereka untuk bersama-sama dalam pakatan pembangkang hanyalah satu ‘common doniminator’ iaitu keinginan untuk menghancurkan UMNO. Selain daripada itu, ketiga-tiga parti ini begitu perbeza daripada dasar dan perjuangan mereka.

Kali ni penulis amat tertarik untuk mempersoalkan mengenai ‘kerelaan’ DAP untuk bersama-sama dalam pakatan tersebut. Apakah faktor penarik untuk DAP berada dalam pakatan dan apakah muslihatnya.

Terdapat jenaka politik oleh LKY yang masih ternguang-ngiang di telinga penulis yang berbunyi – “ Semasa mendapat Singapura, kaum cina yang di tinggalkan di Malaysia merupakan golongan yang beliau kategorikan ‘Cina yang bodoh’. Namun dengan kebodohan ini mereka telah berjaya mendapatkan Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam PRU 12 lalu dan bersama PKR dan DAP hampir-hampir menguasai pemerintahan Malaysia. Kata beliau “Kalau beliau tahu perkara sebegini akan berlaku, beliau kesal kerana ‘berpisah’ daripada Malaysia.”

Lawak ini amat sensitif sekali kepada masyarakat Cina di Malaysia. Sebagai rakyat negara ini, walaupun ia ditujukan kepada kaum Cina di Malaysia, namun sebagai warganegara Malaysia, kita juga merasakan ia suatu penghinaan oleh seorang ikon masayrakat Cina bukan sahaja di Singapura dan Malaysia, namun oleh masyarakat dunia.

DAP merupakan sebuah parti chauvinis Cina yang sejak daripada awal penubuhannya hanya mementingkan kelabaan kepada perjuangan membela kaum Cina yang berkepentingan. Asas perjuangan mereka adalah untuk meneruskan kelangsungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP yang diterajui oleh Lee Kuan Yew. Asas perjuangan PAP dan LKY pula adalah bertunjangkan perjuangan membuka ‘negara China kecil di luar negara China’ seperti yang telah diwasiatkan oleh Chiang Khai Shek dan Sun Yat Sen. Berpusat kepada wasiat ini, maka LKY berusaha dan akhirnya telah berjaya mendapatkan Singapura. Kejayaan mendapatkan Singapura lebih besar ertinya berbanding dengan kewujudan Taiwan kerana Taiwan merupakan sebahagian daripada negara China itu sendiri manakala Singapura merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh pemerintahan Raja- Raja Melayu.

Alasan LKY dan PAP menerajui pemerintahan Singapura adalah berpaksikan kepada mempertahankan hak dan sumbangan kaum Cina di Singapura yang telah memajukan negara tersebut. Bagaimana pula dengan DAP?

Sejak awal penubuhan DAP, mereka mempunyai perjuangan yang sempit. Mereka menjadikan perjuangan LKY dan PAP sebagai asas perjuangan mereka sehingga kini. Isu perkauman dan agama dijadikan modal politik mereka. Menanamkan sifat benci kepada orang Melayu dan ‘memberikan gambaran negatif’ terhadap agama Islam kepada kaum Cina adalah sesuatu yang mesti. Parti-parti bukan Melayu khususnya MCA, MIC dan Gerakan dijadikan bahan momokan dan dikatakan tidak memperjuangkan nasib kaum mereka sendiri hanya kerana bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh DAP dalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat Malaysia untuk memilih mereka sebagai parti utama dalam pemerintahan negara. Untuk tujuan itu, kepimpinan DAP telah menukar pendekatan. Mereka sedar, pendekatan atau cara yang diamalkan oleh LKY dan PAP tidak bersesuaian dengan latar politik di Malaysia.

Pada tahun 1980-an, mereka mengorak langkah baru dan mencuba ’remedy’ baru iaitu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang Melayu khususnya PAS dan parti serpihan UMNO seperti Angkatan 46.

Mereka melihat perpecahan dalam UMNO pada tahun 1988 itu membuka ruang dan peluang terbaik bagi mereka. Perpecahan UMNO bermaksud orang Melayu terbelah tiga dan kuasa penentu undian mereka menjadi lemah. Pada PRU ke 8 (1990), DAP telah berjaya memperlihatkan penguasaan mereka terhadap Pulau Pinang (daripada 35 kerusi DUN, DAP:14, UMNO: 12, Gerakan: 9 MCA:0).DAP/Lim Kit Siang dapat mempertahan jawtan Ketua Pembangkang di Prlimen.

Pada PRU ke 10, senario perpecahan dalam kelompok orang Melayu bertambah besar disebabkan oleh pemecatan dan kes liwat DSAI. DAP cuba mengambil kesempatan ini dan begitu yakin akan dapat mendapat penambahan kerusi khususnya daripada pengundi Cina dan undi protes orang Melayu. Namun percaturan DAP kali ini memakan dirinya sendiri. Walaupun berjaya menambah jumlah kerusi di Parlimen, namun dua orang kuat mereka iaitu, Lim Kit Siang dan Karpal Singfh tumbang. Jawatan Ketua Pembagkang berpindah kepada Haji Hadi daripada PAS. Tambahan pula parti KeAdilan yang baru ditubuhkan telah berjaya mendapat 5 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Setelah berlaku peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada Pak Lah pada akhir 2003, PRU ke 11 telah mengharu-birukan kerjasama pembangkang. Mereka kehilangan kerusi baik di Parlimen mahupun DUN.

Dalam PRU 12, kemelut yang melanda UMNO khususnya, MCA, MIC dan Gerakan amnya, telah mengakibatkan penurunan mendadak sokongan rakyat kepada BN. Parti-parti pembangkang melihat kesempatan baru timbul selepas keputusan PRU 12 lalu, Jalan terbaik untuk mereka mendapatkan penguasaan terhadap beberapa negeri muncul. DAP sanggup untuk bersama-sama dengan parti pembangkang lain – PAS dan PKR. Semua orang tahu bahawa kesediaan DAP tu berkaitan dengan dua negeri dalam gengaman mereka iaitu Pulau Pinang dan Perak selain terdapat penambahan kerusi mereka di Parlimen.

“DAP, melalui Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, meyatakan bahawa kerajaan BN memperalatkan 3R iaitu, bangsa, agama dan Raja. Habis tu DAP buat apa dengan 3R? “

Kenyataan beliau ini sebenarnya mahu ditujukan kepada UMNO yang acapkali mereka labelkan sebagai rasis dan berpihak kepada orang Melayu sahaja. Sebenarnya, DAP menggunakan strategi alih dan salahkan pihak lain. Semua tersedia maklum bahawa DAPlah parti rasis dan sejak dahulu lagi mempermainkan isu perkauman.

Pulau Pinang yang di bawah kepimpinan DAP lebih mementingkan agenda DAP berbanding agenda bersama rakan pakatan mereka iaitu PKR dan PAS khususnya. PAS di kesampingkan langsung dalam kepimpinan negeri.

Dasar dan perjuangan mereka tidak seperti yang mereka war-warkan. Peristiwa Kg Buah Pala, menutup pintu rezeki penjaja-penjaja Melayu di kawasan KOMTAR masa bulan Ramadhan, mengarahkan gerai perniagaan orang Melayu ditutup dan dirobohkan tetapi tidak dilakukan perkara yang sama kepada penjaja Cina .

Merujuk kepada isu Raja yang ditimbulkan, DAP sejak dahulu lagi tak pernah menerima sistem Beraja negara. Mereka lebih gemar kepada Presiden seperti di Singapura dan negara China. Bagi mereka, sistem Beraja terlalu feudal dan ketinggalan zaman dan hanya meletak dan mengangkat kedaulatan bangsa Melayu.

Banyak contoh dan peristiwa yang boleh kita ketebgahkan, namun yang tidak dapat kita lupakan ada kejadian di Perak. DAP menjadi parti yang menang terbanyak dalam DUN Perak dalam PRU 12 lalu. Mereka sudah terbayang akan mengetuai barisan kepimpinan negeri Perak dan ter\lah menamakan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar. Namun bila Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan perlantikan Menteri Besar selain daripada orang Melayu dan Islam, DAP buat perangai. Mereka telah membuat tingkah dan langsung tidak menghormati DYMM Sultan Perak semasa majlis angkat sumpah sebagai ADUN. Sebagai usaha memprotes, mereka dengan biadapnya, tidak mahu memakai songkok.

Peristiwa kedua di Perak adalah apabila DYMM Sultan Perak mengisytiharkan BN menjadi parti yang menguasai kepimpinan negeri apabila seorang YB DAP dan dua orang YB PKR keluar parti menjadi ADUN bebas dan menyokong BN. Bantahan dan demonstrasi jalanan memprotes titah DYMM Sultan Perak. Yang hairannya, dalam demonstrasi jalanan bantahan terhadap DYMM Sultan Perak, PAS dan penyokong tegarnya yang terbaring-baring di jalanraya.

Merujuk pula kepada isu agama pula, kepimpinan DAP telah banyak kali mempermainkan dan memperhangatkan isu ini. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul, Di Selangor, Teresa Kok telah meminta agar azan di perlahankan, kononnya menggangu ketenteraman kaum lain.

“DAP dengan bongkak dan sombongnya melabelkan rakyat yang menyokong BN merupakan bukan warganegara sebenar Malaysia. Jadi apakah definisi warganegara sebenar bagi DAP? “

Bagi DAP, apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang rasis dan bias. Mereka tidak pernah memperakui dan menghormati kesucian Perlembagaan Negara. Bagi mereka, Perlembagaan negara telah mewujudkan golongan yang mereka istilahkan sebagai ‘Second Class Citizen’. Inilah yang acapkali dipergunakan oleh DAP sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini.

Justeru itu, DAP telah cuba memberikan takrifan baru berkaitan warganegara iaitu semua yang menyokong dan memangkah DAP adalah warganegara. PAS dan PKR pun kena menyokong dan memangkah DAP. Tak lama lagi Nik Aziz kena keluarkan fatwa baru untuk membenarkan kenyataan Lim Guan Eng ini.

Kalau ditelusuri kenyataan kepimpinan DAP ini, secara sedar atau tidak, telah menyatakan dan mengisytiharkan bahawa mereka (dalam DAP dan penyokongnya) bukan warganegara Malaysia. Kalau dah bukan warganegara Malaysia, warganegara mana pulak?

“DAP kata mereka tiada hubungan langsung dengan Singapura khususnya berkaitan pededahan maklumat yang dibuat oleh Wikileaks? Benarkah? “

Penulis hairan juga bagaimana pulak pemimpin kanan DAP ini tanpa segan silu menyatakan bahawa mereka tiada hubungkait dengan PAP khususnya LKY. Mereka sejak dari awal penubuhan sehingga kini masih lagi menjadikan Singapura sebagai kiblat dan rujukan mereka.

Sejurus selepas keputusan PRU 12 lalu, mereka dahpun mengadap LKY di Singapura untuk memaklumkan kemenangan dan memohon restu serta tunjuk-ajar untuk meneruskan penguasaan mereka. Tak cukup dengan itu, LKY buat lawatan balas pulak.

Mengenai pendedahan Wikileaks ni, DAP lebih dekat dengan LKY dan Singapura. Malahan peguam-peguam dalam kes liwat DSAI terdiri daripada pemimpin dan penyokong DAP khususnya Karpal Singh. Maklumat sebenar ada pada mereka. Sebab tu kita lihat DSAI kena tunduk kepada desakan dan kehendak DAP. Beliau kena tawarkan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang. Wan Azizah kena pastikan bahawa Ketuanan Melayu perlu ditentang sebab kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh yang bersuara, maka mereka takut reaksi orang Melayu kelak. Jadi kalau pemimpin Melayu yang suarakan, tak nampaklah macam DAP yang suruh atau lebih tepat lagi arahan dan tunjuk-ajar daripada LKY dan Singapura.

Sebenarnya, apa yang sedang dilakukan oleh DAP baik melalui bekerjasama dan dudk sebumbung dengan DSAI (PKR) dan Nik Aziz (PAS) hanya topengan politik sahaja. Mereka akan terus dan sentiasa berusaha agar orang Melayu tidak akan bersatu. Itulah sebenarnya yang DAP takutkan. Mereka gentar kalau orang Melayu bersatu, maka peluang untuk mereka mendapatkan kuasa kepimpinan negara tidak akan menjadi kenyataan. Mungkinkah itu adalah pesanan yang ditinggalkan oleh LKY semasa merstui kewujudan parti DAP setelah belaiu berjaya mendapatkan Singapura melalui PAP???

Advertisement

Satu Respons kepada “DAP DAN PAP SERUPA ABANG ADIK???”

  1. shabriduda said

    UMNO NAK AJAR ORANG MELAYU AGAR MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU DAN SERAHKAN KUASA POLITIK MELAYU ITU KEPADA UMNO YG MENGAKU MENJADI TUAN KEPADA MELAYU ..

    Dulu pernah didedahkan Majlis Agama Islam Melaka pernah menjual bangunan ada “tauke cina”. .

    Di Selangor, satu-satunya tanah milik rizab orang Melayu di Rawang rupa-rupanya telah dijual oleh UMNO. Dalam penjualan ini, tokoh UMNO Selangor, Dato Zainal Abidin SAkom terlibat sama.

    Tanah tersebut asalnya milik bersama Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)
    melalui SAP Holdings. Pada waktu itu, SAP Holdings adalah ANAK SYARIKAT KDEB.

    Namun, pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka di dalam SAP HOLDINGS. Pada waktu sekarang, pemegang-pemegang saham SAP Holdings adalah:

    Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

    Maka, secara otomatik tanah tersebut jatuh ke tangan SAP Holdings yang dimiliki oleh orang-orang di atas.

    Di sinilah kita lihat contoh KETUANAN MELAYU UMNO. Mereka ambil tanah orang Melayu dan jual pada orang lain.

    Lepas dah gadai tanah Melayu, mereka cuba tuduh Kerajaan Negeri PR pula yang gadai. Mereka ini benar-benar pendusta dan pembohong.

    HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: