Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Budaya Mempolitikkan Kes Jenayah

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 September 2010

Oleh: Kawan Lama

Tragedi pembunuhan Allahyarhamah Dato Sosilawati Lawiya bersama tiga orang yang lain pada 30 Ogos 2010 lalu merupakan satu lagi kes pembunuhan kejam yang perlu kita pandang serius. Kita tidak tahu berapa banyakkah jumlah kes pembunuhan kejam yang telah berlaku. Namun apa yang pasti, kita tidak akan melupakan tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Dato’ Mazlan dan Mendiang Canny Ong, Ekoran daripada kes-kes seperti ini, pelbagai reaksi yang dipaparkan oleh masyarakat umum. Walau apapun luahan yang dipaparkan oleh umum, namun kita masih lagi merupakan warga Malaysia yang tetap menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara. Tiada kelihatan demonstasi jalanan mahupun ketegangan kaum yang terjadi.

Semasa berhari raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan, cerita kes pembunahan Dato Sosilawati merupakan topik hangat. Ada macam-macam pandangan dan telahan yang diutarakan. Namun apa yang menarik dan hangat dipersoalkan adalah mengenai suspek utama kes pembunuhan tersebut – seorang peguam! Di manakah letaknya intergriti seorang pengamal undang-undang?

Untuk makluman, penulis bukanlah seorang peguam atau seorang yang mahir dalam undang-undang. Apa yang ingin penulis paparkan adalah beberapa perkara seperti berikut;-

Pertama; Bila Peguam Terlibat Dalam Jenayah.

Umum menerima bahawa peguam merupakan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka merupakan golongan yang arif dalam perihal berkaitan undang-undang dan dikategorikan sebagai kumpulan elit. Secara ringkasnya, mereka adalah penegak keadilan dan pembela kebenaran.

Dalam kes pembunuhan kejam terhadap Dato Sosilawati dan tiga yang lain yang membabitkan seorang peguam sebagai suspek utamanya, perkara di atas mula menjadi tanda tanya masyarakat. Kesemua mangsa yang dibunuh berkaitan dengan urusan pembelian sebidang tanah di Pulau Pinang yang difahamkan memperlihatkan wujudnya unsur-unsur penipuan. Urusniaga tanah berkenaan juga telah dilakukan dengan beberapa pihak lain. Kesemua mereka ini dikatakan telah pun membuat pembayaran pendahuluan berjumlah jutaan ringgit kepada peguam tersebut. Pembunuhan ini dilakukan berkemungkinan kerana takut penipuan urusniaga jualbeli tanah tersebut terbongkar.

Kelangsungan daripada kes pembunuhan tersebut, masyarakat umum mula mempersoal dan membicarakan mengenai intergriti sesetengah peguam khususnya mereka yang ‘ berselindung’ di sebalik undang-undang dalam ‘menipu’ pelanggan/pengguna. Tak kiralah sama ada mahu melindungi pelanggan mereka ataupun periuk nasi mereka sendiri.

Ramai di kalangan kita ni tak faham undang-undang. Apabila dapat surat dari pejabat peguam, mula le gelabah. Yang kita nampak kena turun naik mahkamah. Yang mula terbayang, denda dan penjara.

Apakah seseorang peguam itu perlu dihormati atau digeruni?

Kalau kita ingat-ingatkan kembali kata-kata Karpal Singh seorang peguam dan ahli politik yang tak asing lagi di negara kita iaitu ‘Saya akan saman awak’’ atau ‘jumpa saya dalam mahkamah’. Kita yang tak pandai undang-undang ini dapat tafsirkan bahawa kata-kata seumpama ini kalau ianya tak bermaksud amaran, ia mungkin lebih terarah kepada unsur ugutan. Justeru itu, jelaslah kini terdapat tingkahlaku sesetengah peguam itu telah memberikan tafsiran baru iaitu peguam perlu ditakuti bukan dihormati.

Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, ada dua soalan yang sukar juga penulis nak berikan pandangan. Kalau boleh, pembaca berilah pandangan mengenai dua soalan ini:
a) Siapakah yang patut bertanggung jawab kepada salah laku peguam?
b) Apakah perlu diwujdkan undang-undang dan hukuman yang lebih keras terhadap pealah yang merupakan pengamal undang?

Kedua, Peranan Majlis Peguam DiPersoalkan

Majlis Peguam merupakan sebuah institusi atau badan yang mempunyai hubungan langsung dengan para peguam. Sejak kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, Majlis Peguam mendapat pelbagai teguran daripada beberapa pihak. Ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang meminta Presidennya, K. Ragunath meletakkan jawatan. Ketua Menteri Melaka YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Majlis Peguam mengaudit ahlinya dan ada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Majlis Peguam lebih berminat campurtangan dalam politik. Lebih teruk lagi ada yang menyatakan Majlis Peguam ini lebih memperlihatkan unsur perkauman. Walau apapun tanggapan dan kritikan yang diterima, presidennya telah menafikan semuanya.

Penulis amat tertarik dengan kenyataan K. Ragunath pada 17 September lalu yang disiarkan dalam Malaysakini mengenai pemecatan antara 30-40 orang peguam setiap tahun setelah dihadapkan ke hadapan badan displin Majlis Peguam yang tegas. Mereka juga telah melaporkannya kepada pihak polis. Namun apa yang beliau kesali adalah kelewatan pihak polis mengambil tindakan lanjutan. Pihak Majlis Peguam menurut beliau sanggup memberikan kerjasama dengan pihak polis dalam hal ini.

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa tiada inisiatif jitu yang dibuat oleh Majlis Peguam dalam kes pembunuhan ini yang membabitkan seorang peguam. Mengapa Majlis Peguam mampu membuat desakan keras terhadap kerjaaan dalam kes menuntut pembebasan Raja Petra Kamaruddin, YB Teresa Kok, Tan Cheng Hoon, Uthaya Kumar a/l Ponnusamy, Manoharan a/l Malayalam, Kengadharan a/l Ramasamy, Ganabatirau a/l Veraman dan Vasantha Kumar a/l Krishnan?

Selain itu juga mengapa Majlis Peguam bersungguh-sungguh mendesak sekeras-kerasnya kerajaan untuk memansuhkan ISA, Ordinan Darurat (Keamanan Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Merbahaya (Langkah Pencegahan Khas) 1985?

Kalau Majlis Peguam boleh mengadakan seminar/forum mempersoalkan Kesahihan Kontrak Sosial dan Hak Kebebasan Beragama, mengapa tak mampu untuk mengadakan seminar/forum terbuka mengenai salah laku peguam?  Mengapa tiada usaha untuk memaklumkan kepada awam nama-nama syarikat-syarikat guaman atau peguam-peguam yang dipecat?  Nak jaga intergriti Majlis Peguam dan peguam ke? Kenapa Majlis Peguam tak berani ambil tindakan terhadap peguam-peguam yang celupar khusus mereka yang terlibat dalam politik?

Ketiga; Sikap Menangguk Di Air Yang Keroh

Penulis melihat tedapat ramai individu baik orang perseorangan mahupun orang politik khususnya suka mengambil kesempatan dan suka mengaitkan sesuatu isu dengan isu kaum. Mungkin ada di kalangan mereka ini memang yang tebal sikap perkaumannya dan mungkin ada yang cuba mendapat ‘kelabaan’ politik. Tak cukup dengan itu, kaitkan pula kerajaan dan agensi kerajaan.

Dalam kes pembunuhan Dato Sosilawati dikaitkan dengan kaum India, kes Teoh Beng Hock dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan kes Kugan dikaitkan Polis DiRaja Malaysia

Sikap mengaitkan sesuatu insiden yang berlaku dengan perkauman adalah sesuatu yang tidak bermoral.  Dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya, ia akan memberikan implikasi yang buruk.  Keharmornian, kerjasama, semangat patriotisme yang dibina lebih 50 tahun lalu akan menjadi galang gantinya. Mungkin bagi sesetengah pihak ianya tidaak penting kerana bagi mereka yang utama adalah kehendak peribadi dan kepentingan diri sendiri lebih utama daripada kepentingan rakyat dan negara. 

Penulis ingin menyatakan bahawa penulis tidak berniat mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak atau individu, tapi kita perlu sama-sama melihat bahawa perkara sebegini perlu ditangani bersama demi memastikan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terpelihara.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: