Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

70 PERATUS AHLI UMNO TIDAK MENDAFTAR LAGI DENGAN SPR? UMNO TIDUR LAGI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 September 2010

oleh: Tun Teja Millenia

Sungguh memeranjatkan apabila terdengar berita bahawa 70 peratus ahli Umno masih lagi belum berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya. Di dalam waktu yang sangat singkat menjelang Pilihanraya ke-13, berita ini amat menyedihkan, merisaukan dan yang paling utama memalukan. Bagaimanakah perkara sebegini boleh dibiarkan?

Selepas tsunami PRU ke-12 melanda negara kita, kekecohan demi kekecohan terus berlaku di dalam arena politik. Bagi pihak yang sebelum ini selesa dan leka dengan kedudukan masing-masing, terpinga-pinga menerima kekalahan teruk di dalam pilihanraya tersebut. Manakala pihak pembangkang yang telah berjaya menaiki takhta merasakan seolah-olah berada di dalam mimpi indah yang tidak berkesudahan. Namun senario ini adalah hanya permulaan di satu episod yang bakal menenggelamkan orang Melayu yang paling banyak menerima bahana pertukaran kuasa ini.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kehilangan banyak kerusi dan seterusnya beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang mula tersedar dan menerima hakikat kekalahan, mula mengatur langkah memulakan kempen meraih kembali keyakinan pengundi untuk menjamin kemenangan di pilihanraya yang akan datang. Satu demi satu kempen dan pelbagai usaha dijalankan oleh semua pihak yang berkenaan mewarnai agenda sepanjang tahun. Dalam pada masa yang sama, Parti UMNO yang paling banyak merasakan bahang kekalahan di dalam Pilihanraya ke-13 berikrar memperbaiki kelemahan di masa lalu demi kepentingan bangsa Melayu. Masing-masing terkedu dan seakan tidak percaya akan kenyataan semasa tetapi terus berazam untuk terus berjuang dan mempertahankan kedudukan. Tidak ada ruang lagi untuk kesilapan dan kealpaan. Itulah semangat yang dilaung-laungkan di dalam slogan setiap masa dan pada masa yang sama menghadapi cabaran yang dahsyat gara-gara karenah pihak pembangkang yang sentiasa menimbulkan kontrovesi dan provokasi kepada kepimpinan sedia ada.

Akan tetapi semangat perjuangan dan ikrar yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO sepanjang masa hanya tinggal angan-angan kosong. Hanya tinggal pada kata-kata tidak pada perlaksanaan dan penghayatan di dalam kata lain hanya bersifat retorik. Buktinya hari ini kita dikejutkan dengan berita yang memalukan bahawa majoriti ahli UMNO masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya. 70 peratus bukan satu angka yang kecil, ia mewakili hampir 2/3 dari jumlah keseluruhan ahli UMNO. Apa yang selama ini yang mereka lakukan? Atas alasan apakah kegagalan ini? Bagaimanakah kita hendak berjaya di dalam kempen menambah bilangan pengundi Melayu jika ahli UMNO sendiri tidak berdaftar sebagai pengundi?

Malang sungguh kerana kempen menambah bilangan pengundi didominasi oleh parti pembangkang dan kita ketinggalan jauh kebelakang. Apakah alasan pemimpin UMNO? Parti keramat yang menjadi harapan dan contoh serta berpengalaman lebih 64 tahun gagal memperkasakan pendaftaran pengundi ahli sendiri? Jika ahli sendiri tidak dihiraukan dan diabaikan di dalam kesedaran untuk mendaftar kepada SPR, bagaimanakah kita akan berjaya di dalam kempen menambah pengundi baru?

Apa yang telah terjadi dengan segala kursus yang dijalankan oleh UMNO untuk para ahli dari peringkat atasan hingga ke akar umbi? UMNO sibuk merencana segala bentuk kursus untuk kesemua empat sayap dan aktiviti kesedaran untuk para ahli tetapi di manakah kesinambungannya? Di manakah penghayatannya? Adakah setiap peruntukkan yang dikeluarkan untuk kempen sebegini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemimpin UMNO?

Jelasnya pemimpin UMNO lemah dan lalai kerana membiarkan keadaan ini terjadi. Semuanya harus dipertanggungjawabkan di atas kegagalan yang menjadi keaiban parti. Perlu ada jawatankuasa bertindak serta merta untuk mengatasi masalah kritikal ini. Kita mengharapkan saranan ini dapat mengejutkan para pemimpin UMNO sedia ada untuk bangun dari lena yang panjang. Janganlah kita digelar syok sendiri menganjur segala macam aktiviti dan kempen gemilang tetapi masih di tahap yang lama tanpa perubahan positif. Adakah pemimpin UMNO  masih tidur lena?…….

Satu Respons to “70 PERATUS AHLI UMNO TIDAK MENDAFTAR LAGI DENGAN SPR? UMNO TIDUR LAGI?”

  1. Hang kebun said

    Di bulan ramadan yang mulia ini kita merayu kepada setiap umat melayu/islam tolong lah daftar kan diri anda sebagi pengundi sah .Jangan kita lupa kaum pendatang ni sedang gigih melakukan persiapan untuk mengambil alih kerajaan seterus nya menjadi tuan ( baca penjajah) ditanah pusaka warisan nenek moyang kita dimana mereka yang awal nya datang merempat dan menumpang ditanah pusaka kita ini dengan sifat rakus tamak dan kurang ajar (tabiat semulajadi mereka)sedang bercita cita untuk memperhambakan kita!!.harus kita ingat kita telah pun terlepas salah satu tanah pusaka kita iaitu Singapura .tak mengapalah yang sudah berlalu biarkan berlalu.Tapi mulai sekarang tanam kan iktikad dalam hati setiap umat melayu islam untuk memelihara setiap inci bumi warisan melayu ini dari terlepas ketangan penjajah pendatang tak sedar diri ini.

Tinggalkan komen