Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Impian Bapa Kemerdekaan Teras Pembangunan Negara dan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 24 Disember 2010

Oleh: Kawan Lama



Saudara Zairil Khir Johari mungkin berasa bangga apabila menadapat tepukan gemuruh semasa menyampaikan ucapan beliau bertajuk “Selamatkan Impian Bapa Kemerdekaan” dalam perhimpunan pakatanpembangkar 2 tempohari. Beliau lebih gembira apabila menerima penghargaan daripada Lim Kit Siang apabila teks ucapan beliau dipaparkan dalam Blog LKS. Teks ucapan beliau berkisar kepada isu menghentam kerajaan BN khususnya UMNO. Bagi beliau, kerajaan BN telah gagal dalam melaksanakan agenda pembangunan negara dan masyarakat khususnya agenda pembangunan orang Melayu sejak merdeka lagi. Lantaran itu, penulis rasa terpanggil untuk mengulas dan memberikan pandangan tak seberapa terhadap pemesongan fakta seorang anak bekas Menteri Melayu dalam kabinet kerajaan BN ini.

Menuduh kerajaan BN membelakangkan impian Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj adalah suatu tuduhan liar dan tidak bertanggung jawab. Apa yang dihasratkan oleh Tunku adalah Malaysia setelah menjadi sebuah negara merdeka, ia terbina atas semangat kepunyaan (belonging) dan kekitaan yang membawa kepada semangat cintakan tanahair (patriotisme).

Dengan latar penduduk yang berbilang bangsa,agama dan budaya, ianya menjadi tanggung jawab kita bersama mengisi kemerdekaan dengan mencorak imej dan wajah negara berteraskan acuan kita sendiri. Kesejateraan, kemakmuran, kemakmuran dan kemajuan negara khususnya dalam konteks pembangunan material dan pembangunan insan perlu diutamakan dan berjalan seiringan.

Perlembagaan Persekutuan merupakan rujukan utama dan asas kepada mendefinisikan wajah dan rupabentuk warga Malaysia. Manakala teras pemerintahan negara pula berpaksikan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Perkara ini menjadi keutamaan dalam usaha untuk memastikan rakyat tempatan dan golongan imigran serta generasi mereka kelak faham bahawa kedua-dua asas ini berfungsi sebagai landasan dan garis panduan dalam memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Sejarah negara telah membuktikan kerajaan Perikatan (BN) yang dinggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menterjemahkan impian Tunku sehingga hari ini. Pendidikan, kesihatan dan ekonomi diberikan tumpuan utama. Taraf pendidikan dan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu dan India amat tinggi berbanding dengan kaum Cina. Namun tidak ada jalan lain selain daripada membina institusi pendidikan baik sekolah mahupun universiti. Dengan kesedaran ini maka ramai golongan celik ilmu dan berpelajaran mula bercambah.

Jurang ekonomi antara kaum begitu besar. Jurang ini terbentuk disebabkan dasar ‘pecah dan perintah’ penjajah – orang cina menguasai bidang perniagaan (ekonomi) dan kebanyakannya tinggal dipusat-pusat bandar dan rumah besar, orng Melayu duduk di kampong dan mengusashakan sawah padi dan yang berjaya sikit kerja dengan kerajaan (jadi peon atau kerani) dan kaum india pula diletakkan di estet-estet. Kalau hari ini Sdr Zainal nak lihat macam mana dasar pecah dan perintah, lihat sahaja di negara jiran kita.

Pada awal kemerdekaan, cabaran hebat diterima oleh kerajaan BN (Perikatan). Pelbagai dakyah dan tipu muslihat parti pembangkang dan individu-individu tertentu untuk menggagalkan usaha murni kerajaan BN.

  • Sejurus selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng bertindak untuk mengambialih kuasa pemerintahan Malaya secara pertumpahan darah.
  • Ini diikuti oleh desakan Lee Kuan Yew (PAP) untuk menukar wajah Malaya seperti yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan dengan membawa konsep Malayan Malaya (kini Malaysian Malaysia oleh DAP). Ia berakhir dengan tuntutan LKY untuk Tunku melepaskan Singapura kepada PAP.
  • Kempen-kempen yang berbaur perkauman daripada parti-parti politik berhaluan kiri seperti Parti Buruh (pengaruh komunis), DAP (sosialis) dan Gerakan (sebelum menyertai BN) yang di sokong oleh individu-individu yang berkepentingan sehingga berlakunya peristiwa pergeseran kaum pada 13 Mei 1969
  •  

Ketiga-tiga contoh di atas ini adalah bukti bahawa isu perkauman menjadi teras kepada propaganda mereka terutamanya pembangkang untuk memastikan hubungan kaum akan sentiasa terpisah dan dipenuhi dengan kesangsian. Pendekatan dan methodologi ini masih menjadi senjata utama mereka sehingga ke hari ini.

Selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk untuk mengenalpasti punca kemelut yang melanda dan mewujudkan pelan tindakan khusus untuk menangani dan seterusnya menbendung peristiwa sebegini tidak berulang lagi. Justeru itu,MAGERAN di bawah Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Negara (setiap lima tahun) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). RUKUNEGARA juga diketengahkan dalam mentafsir erti dan menyemarakkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air.

Dasar dan halatuju negara yang dibentuk semula namun masih mengekalkan kepada aspirasi Tunku. Malaysia telah dapat dibangunkan dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri. Kejayaaan demi kejayaan dilakarkan hasil usaha kerajaan BN. Dasar-dasar pentadbiran pembangunan negara yang dibawa oleh BN telah meletakkan kita pada tempat yang kita ada hari ini dan diiktiraf oleh dunia luar. Malaysia yang dahulunya tidak di kenali kini telah berjaya diletakkan dalam peta dunia. Kesefahaman dan kerjasama yang berteraskan konsep kongsi kuasa ini telah berjaya mendapat kepercayaan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Perkara inilah yang sebenarnya amat ditakuti oleh parti-parti pembangkang. Mereka tidak senang duduk dan sentiasa mencari jalan untuk menanamkan tanggapan negatif dan perasaan benci rakyat terhadap BN.

Matlamat pembagkang adalah untk menerajui kepimpinan negara. Pendekatan strategi mereka berteraskan kepada menanamkan semangat bencikan kepada kerajaan BN. Isu yang di bawa adalah sentimen perkauman dan ketidakadilan sosial. UMNO adalah sasaran utamanya kerana UMNO adalah merupakan parti tunjang BN dan mewakili orang Melayu. UMNO dikatakan menggunakan pendekatan authoritarian/kuku besi. Apa yang kerajaan BN buat hanya memgutamakan orang Melayu sahaja dan membelakangkan kaum-kaum lain.

Kebanyakan di kalangan kita terlepas pandang mengenai sentimen perkauman yang digunapakai oleh pembangkang. Sejak merdeka hingga ke hari ini, agenda grand design untuk menjatuhkan kepimpinan BN telah melalui beberapa ‘pembedehan kosmetik’/penjenamaan semula/‘repackaging’dan penambahbaikkan . Nampak sesuatu yang baru tetapi sebenarnya tumpuannya asalnya masih kekal.

Hari ini, pembangkang telah menggunakan fasa baru dalam usaha menanamkan rasa benci kepada BN. Tumpuannya kali ini adalah untuk memastikan orang Melayu berpecah dan pergesran ini perlu diperkukuhkan dengan menggunakan parti atau orang Melayu sendiri. Hal ini jelas kita lihat semasa berlakunya perpecahan UMNO pada tahun 1988. UMNO dibubar kerana pergeseran pendapat di antara pemimpin UMNO sendiri. Wujud UMNO Baru dan Semangat 46 sebagai tambahana kepada parti ketiga Melayu PAS. PAS dan S46 telah mula menyerang kepimpinan kerajaan BN khususnya UMNO. Tun Mahathir adalah sasaranutamanya kerana Tun Dr M adalah pemimpin yang berjaya mengemudi negara kea rah sebuah negara maju.

Sejak tahun 1999, perpecahan Melayu bertambah teruk apabila mantan Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DSAI dibuang adaripada parti dan kerajaan kerana terlibat dengan maalah penyalahgunaan kuasa dan isu moral (liwat). Kedsempatan ini telah di ambil oleh penyokong DSAI untuk menubuhkan sebuah lagi parti Melayu (yang jelasnya) untuk menyerang UMNO danmelbarkan lagi jurang perpecahan orang Melayu. PAS juga tidak terlepas dengan mempergunakan isu ini untuk bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menghancurkan BN khususnya UMNO.

Selepas PRU 12 lalu, DAP kini tidak perlu lagi bayak beruara dan memecahbelahkan orang Melayu. Walaaupun terdapat kata-kata pemimpin DAP yang sensitif khususnya melibatkanKetuanan dan Hak Keistimewaan Orang Melayu, PAS dan PKR akan sentiasa ada untuk memberikan penjelasan dan back-up.

DAP yang kita kenal sebuah parti rasis dan chauvinis cina hari boleh tergelak dengan apa yang terjadi. Di Pulau Pinang, kepimpinan DAP menindas Orang Melayu dan India. Namun para pemimpin PKR khususnya DSAI, Azmin dan Wan Azizah pertashankan. Manakala Mursyidul Am PAS akan keluarkan fatwa untuk mengangkat martabat Lim Guan Eng.

Di Selangor di bawah kepimpinan PKR, namun Menteri Besar dariaipda PKR dan PKR sendiri tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya para pemimpin DAP bersuara mengenai sesuatu. MB dan PKR termasuk juga PAS kena akur dengan kehendak DAP.

Di Perak, bekas MB, Nizar Jamaluddin (PAS) sanggup menjadi boneka dan diperkudakan dalam merealisasikan visi dan hasrat pemimpin DAP. Para pemimpin PKR dan PAS tidak boleh kata apa-apa bila ADUN DAP tidak menghormati Dewan Negeri dank e bawah DYMM Sultan Perak. Tak cukup dengan itu, para penyokong PAS sanggup berdemonstrasi dan menderhaka kepada DYMM Sultan hanya kerana DAP yang menguasai Perak telahkehilangan kuasaya kepada BN.

Kalau dahulu serangan kebanyakannya ditumpukan kepada kuasa Eksekutif iaitu BN/UMNO, kini mereka sudah mula berani menyentuh Kehakiman dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Bukan itu sahaja, malahan mereka kini telah berani mencabar dan merendah-rendahkan Institusi Raja Melayu. Terima kasih kepada PAS (Nik Aziz) dan PKR (DSAI).

Penulis berharap agar Sdr Zainal sedar bahawa kemelut yang berlaku ini bukan datangnya atau bermula dariapda BN/UMNO. Sejarah telah membuktikan bahawa dalam apa sahaja keadaan, demi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, barisan pembangkang merupakan pencetus kepada situasi yang timbul pada hari ini. Bagi mereka tiada satupun yang baik dilakukan oleh kerajaan BN kepada rakyat. Cuma bagi mereka, apa yang mereka buat sahaja yang betul dan benar.

Bukalah pintu hati Sdr dan lihatlah, apa yang telah bina dan dibangunkan sejak 53 tahun kita merdeka adalah sejajar dan selari dengan hasrat dan IMPIAN BAPA KEMERDEKAAN KITA. Ianya tetap selamat dan sentiasa dibajai agar pemimpin masa depan negara tidak lupa pada sejarah pembentukkan dan pembangunan negara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: