Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi pertubuhan ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Hasil bedah siasat secara rasional merumuskan penolakan ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan dalam beberapa perkara dan tindakan pertubuhan yang melanggari peruntukan undang-undang seperti di bawah:
- Nama pertubuhan tidak bersesuaian dengan tindakan dan gerakan yang ingin dilakukan.
- Objektif penubuhan telah dibawa lari dari matlamat asal untuk meningkatupaya dan menambahbaik gaya dan daya pemikiran bangsa Melayu.
- Melakukan aktiviti dan mencari dana ketika pendaftaran pertubuhan masih dalam proses permohonan kelulusan seperti mengaktifkan blog dan menjalankan program.
Sehubungan itu, segala urusan berkaitan aktiviti pertubuhan termasuk pencarian dana di atas nama pertubuhan hendaklah dihentikan serta-merta. Sebarang aktiviti yang masih berjalan akan meletakkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan haram dan boleh didakwa di bawah akta berkaitan.