Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ? Jangan Mimpi la .. !

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh : Hatta _Adnan

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.

Persoalannya: Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu. PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu.

Kalau hendak dikatakan PAS memperjuangkan agama Islam, kita dapat melihat sendiri sejauh mana pernanan PAS sekarang semenjak bersekongkol dengan DAP dan PKR. Kalau setakat hanya membuat demonstrasi membantah tanyangan filem-filem gay, persembahan muzik gay sahaja, lebih baik tak payah ! Semua orang tahu, DAP dan PKR sampai bila-bila tidak akan menerima perjuangan Islam PAS, malah PAS juga sudah tunduk dan akur apabila bersedia tidak akan mewujudkan sebuah Negara Islam tulen .

Islam PAS hanya dilihat dari bentuk luarannya sahaja, hakikat sebenarnya PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang begitu ghairah hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan landasan perjuangan Islam sebenar. Kita lihat sahajalah bagaimana PAS memerintah negeri Kelantan, 20 tahun sebagai pemerintah, kalau hendak dikatakan membela nasib bangsa Melayu-Bumiputera, mengapa masih ramai rakyat Kelantan masih hidup dalam keadaan daif .

Kalau hendak dikatakan PAS telah membawa ciri-ciri pemerintahan Islam, mengapa maksiat dan perbuatan keji masih berleluasa berlaku di negeri Kelantan. Undang-undang Hudud PAS masih tergantung walau pun telah dibentang dan diluluskan dalam Dewan Kelantan sejak 1993.

Kalau PAS benar-benar sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu-Bumiputera, sudah tentu nasib bangsa Melayu-Bumiputera di Kelantan telah berubah dan sekiranya PAS berjaya menerapkan nilai-nilai Islam, maka maksiat juga tidak akan berleluasa di Kelantan. Apa yang ternyata PAS sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif yang terbaik bagi orang Melayu-Bumiputera.

Selagi maki hamun dan sumpah seranah yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS setiap kali berceramah . Tak payahlah bermimpikan untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu-Bumiputera.

Apa yang orang Melayu-Bumiputera boleh harapkan PAS sebagai parti yang boleh meneruskan perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan Negara selagi PAS berterusan tunduk serta menjadi boneka dalam pakatan DAP dan PKR. Sebagai orang Melayu-Bumiputera yang tidak jumud serta berpendidikan wajib membuat penilaian yang terbaik untuk memilih PAS sebagai parti pilihan mereka.

Apa yang terbaik, PAS perlu memikirkan untuk bersatu bersama-sama UMNO untuk mendapatkan sokongan padu orang-orang Melayu-Bumiputera .

4 Respons to “Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ? Jangan Mimpi la .. !”

  1. sumir said

    Dengan sekian banyak pengkhianatan yang telah diakui oleh UMNO, mereka tidak layak lagi diberi sokongan. Dokongan orang Melayu perlu dialihkan kepada PAS. PAS tidak ada rekod mengkhianati orang Melayu. PAS tiada rekod mengkhianati orang Cina. PAS tidak ada rekod mengkhianati orang India. PAS tidak ada rekod mengkhianati lain-lain bangsa di Malaysia.

    Jadi, apa salahnya orang Melayu, orang Cina, orang India, dan lain-lain bangsa memberi sokongan kepada PAS mulai sekarang. Nafas keislaman yang tersangkut di bahu PAS merupakan jaminan keadilan kepada semua, tidak kira bangsa, warna kulit, dan agama. PAS tidak berjuang untuk kepentingan Melayu semata-mata. Sama halnya dengan Allah menurunkan Islam bukan untuk umat Arab semata-mata. PAS untuk semua.

    Berdasarkan rekod yang telah diciptakan, PAS mampu menggantikan UMNO di Malaysia. Usahlah bertangguh lagi. Semakin lama ditangguhkan, semakin rosak bumi Malaysia dan Melayu. Angkatlah PAS untuk menggantikan UMNO!!!

    • heri said

      ak ni bersifat natural..better pas dari umno.kalau dia luar negara kalau parti politik itu ikhlas memperjuangkan bangsa dia dah bla kasi pada pemerintah baru…akan tetapi pas skrang bernaung di bawah pkr yg ak anggap terlalu bahaya.mmg bagus kalau umno ditukar dgn pas dan bernaung dlm bn

      • sumir said

        HERI;

        APA BEZA BN DENGAN PKR?????

        hujah yg telah diwiridkan sejak zaman berzaman,orang melayu musti bersatu ,memebentuk kekuatan tapi musti bernaung dalam BN….kenapa?????? kurafat(kepercayaan karut ) ini telah berjaya di pecahkan dan rakyat telah melihat bahawa negara ini akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi,sosial,pendidikan dan pentadbiran serta perpaduan sekira BN diganti oleh pakatan rakyat…negeri2 yang dikuasai olah Pakatan rakyat telah mendapat pujian daripada ketua audit negara kerana pentadbiran yg cekap dan ketelusan pembiayaan wang penoh berhemah.

  2. shabriduda said

    uMNO sudah hilang kualiti, kredibiliti, dan integriti di mata rakyat. Merekalah pengkhianat Melayu. Tanah orang Melayu di Pulau Pinang berpindah milik kerana UMNO tidak amanah. Tanah Simpanan Melayu semakin mengecil kerana UMNO merompaknya atas nama pembangunan. Majoriti Melayu dimiskinkan oleh UMNO hanya sanya kerana mahu menjadikan golongan itu sebagai mangsa gula-gula politik. Majoriti pemimpin UMNO dan kroni mereka dikayakan melalui rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

    Maka wang rakyat menjadi harta mak bapak UMNO. Pembangunan melalui projek mega dijaja ke sana ke mari sebagai usaha melahirkan negara berpendapatan tinggi. Lantaran itu, kepedulian terhadap rakyat berpendapatan rendah disirnakan. Melatalah Melayu di luar bandar dan pedalaman. Yang dikatakan “bantuan” untuk mereka tidak lebih daripada serdak atau sisa makanan yang dibahagi-bahagikan setiap kali ada pilihan raya.

    Melayu merempat dibumi sendiri kerana UMNO pengkhianat, perasuah, perampas, dan penyeleweng. Oleh sebab itu, mereka hilang kelayakan untuk disokong. PAS wajib menanam kebencian Melayu kepada UMNO atas sebab-sebab yang dnyatakan itu jika betul-betul mahu menjadi teras politik di bumi Malaysia.

Tinggalkan komen