Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

AGENDA ANWAR HANCURKAN BANGSA MELAYU !!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 Disember 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Anwar ibrahim sengaja membawa isu ketuanan melayu untuk menaikkan kemarahan orang melayu. setelah mengadakan perjanjian dengan DAP, anwar telah menggunakan strategi mencabar ketuanan melayu dengan tujuan menaikkan kemarahan orang melayu.

Apabila orang melayu bangkit dengan kemarahan untuk mempertahankan hak orang melayu, membuatkan orang bukan melayu akan beranggapan bahawa memang benarlah melayu ini ingin menjadi tuan kepada negara ini. bila kita melatah dengan terus-terusan memperjuangkan hak dan ketuanan melayu membuatkan masyarakat majmuk di negara ini terus terpisah dan akhirnya orang bukan melayu akan memberikan sokongan kepada anwar yang kononnya sangat liberal dalam soal bangsa.

Sanggup melacur bangsa kerana kuasa !!

Strategi anwar untuk membuatkan orang lain memandang serong terhadap melayu terbukti bila anwar pernah membuat kenyataan dalam konvesyen pkr baru2 ini dengan menyebut, jika orang melayu tuan, di mana letaknya orang cina? di mana letaknya orang kadazan?

Ini dengan jelas menunjukkan anwar penderhaka cuba meracuni fikiran kaum bumiputera di sabah dan sarawak untuk berasa terasing daripada bangsa melayu. strategi anwar ini sangat bahaya kepada penyatuan bangsa melayu dan bangsa lain di negara ini.

Persoalannya, benarkah melayu, kadazan, melanau, iban, murut, bajau, asli dan sebagainya kaum bumiputera yang lain itu terpisah? apakah semua kaum ini datang daripada luar perairan tanah melayu? fikirkan…

ANWAR MEMANG PENGKHIANAT !!!

Advertisement

14 Respons kepada “AGENDA ANWAR HANCURKAN BANGSA MELAYU !!”

  1. sumir said

    Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

    Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

    Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

    Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

    • Cucu Tok Selampit said

      Salam…sedara sumir…hang ni memang bengap ! bodoh…bahalol… ! ketuanan Melayu….mesti kita pertahankan !! awat? hang nak pertahankan ketuanan DAP dan PAS ataupun Ketuanan Anwar & Azmin !! Poorah !! Jangan terjubur dengan Depa sudah !!!!

      • sumir said

        CUCU TOK SELAMPIT YANG MENYOKONG UMNO MEMBABI BUTA

        “Ketuanan Islam’ adalah lebih penting dan perlu diutamakan berbanding ketuanan-ketuanan lain, termasuk Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. kemungkinan ada pihak menggunakan ‘Ketuanan Melayu’ sebagai sumber perjuangan mereka, sudah tentu akan ada pihak lain mahukan bangsa mereka (Cina dan India) diangkat seperti mana bangsa Melayu.

        Bagaimana pula dengan ketuanan 1Malaysia? Mungkin itulah yang ingin disebut oleh Dr Chua Soi Lek bahawa untuk menjayakan agenda 1Malaysia maka beliau mencadangkan agar perkataan seperti ‘pendatang’ dan ‘ketuanan Melayu’ tidak lagi digunakan. Cadangan yang dilontarkan oleh Dr Chua mendapat tidak mendapat bantahan yang serius daripada beberapa pimpinan UMNO PERKASA,PAKIDA DAN NGO’S MELAYU Namun ia tidaklah dibahaskan dan tidak disiarkan secara meluas di dalam media arus perdana kerana ‘sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.INI SEMUA NAK MENGAMBARKAN MCA PARTI YANG TULUS SUCI BERSIH DAN AMAT TIDAK BERNIAT BENCIKAN MELAYU huahuahaua DAP jahaaaaaaat.

        Jika kita rujuk kepada perlembagaan, “Melayu” yang dimaksudkan selain daripada bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, mereka juga adalah mereka yang beragama Islam. Bermakna, jika seorang yang lahir daripada keturunan Cina tetapi menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan sebagai orang Melayu maka mereka juga adalah Melayu. Begitu juga dengan kaum India seperti mana usul yang telah diluluskan di dalam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebelum bagi meminta kerajaan memberi status Melayu kepada masyarakat India Muslim yang lahir di negara ini..mana suara UMNO PERKASA,PAKIDA DAN NGO’S MELAYU,kIMMA DAH JADI AHLI BERSEKUTU BN..TAPI MELAYU PKR DAN PAS DIANGGAP PEMUSNAH KUASA MELAYU HUAHUAHUAHUAHUA

      • heri said

        sumir fikirlah masa depan…ada kah bangsa cina n india nak diberi status melayu nnt.pada masa hadapan mereka mempersoalkan pula meraka bangsa cina n india tetapi di beri status melayu adakan ini adil….apa yg anda katakan itu hanyalah gimik politic yg tak masuk akal..

  2. hamidah said

    BILALAH NAK SEDAR AHLI PKR YANG TAKSUB PADA ANWAR? SEDARLAH DAN SUDAH TIBA MASANYA ANWAR DISINGKIRKAN DAN PERSADA POLITIK.

    • shabriduda said

      Umno dah tenat dan nazak ,Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu isu “Ketuanan Melayu”. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

      Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

      Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka untuk jadi pak menteri berkusa menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?????? bukan DAP ek?????,PKR ke????? PAS kot????

      • heri said

        x sangka org melayu sendiri yg ckp macam ni kalau la pemimpin dulu tak buat perlembagan boleh jamin ke kita boleh hidup aman macam ni…ingat tak peristiwa 16 mei kita bergadoh bermula sbb politic..pemikiran anuwar hanya mementing kan diri tengok la masa pemilihan di pkr berapa ramai yg bkn melayu tentang dia..ini kerana tiada jaminan.perlembagaan memberi kita jaminan bahawa yg menjadi perdana menteri hanyalah org melayu islam shj…lagi satu kalau lah pkr memerintah malaysia boleh jamin ke pemimpin ni main bersih…kalau la mengikut stastik dunia xde satu pon negara yg bebas rasuah….masih belum terlambat kita berfikir…

    • Cucu Tok Selampit said

      Kak..diaorg ni bengap dan BUTA !!!!

  3. gila gila gila

  4. Cucu Tok Selampit said

    Sedara Sumir sebenarnya di himpit masalah sendiri sebenarnya dan x tau nak membezakan bahawa betapa terhimpit nya pemikiran beliau…. ! pemikiran sempit selalunya begitu !!!! tak daq otak !!!!

  5. sumir said

    kepala hotak akak tidak sempait la ….

    Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

    Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.

    Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekali.

    • heri said

      rasanya tiada istilah ketuanaan melayu..semua hak kaum dilindungi boleh beritahu apa yg bkn melayu x boleh buat kat negara ni..utk pengetahuan saudara negara kita ada sekolah agama utk mengajar tulisan jawi,mengaji dan lain lagi.melainkan saudara tidak menghantar anak saudara ke sekolah agama rakyat maka saudara tidak tahu.

  6. Cucu Tok Selampit said

    Pakatan Rakyat terus melakukan apa yang dikatakan gimik politik untuk merebut hati rakyat dalam mengundi mereka. Dengan ramalan mereka bahawa pilihan raya semakin hampir,janji-janji baru dibuat khususnya untuk rakyat. Soal dapat melakukan dan melaksanakan janji itu soal kedua. Apa yang penting adalah rakyat akan diberi harapan baru – sungguhpun harapan itu ada kalanya seakan gagal dipenuhi.

    Janji integriti, janji ketelusan dan janji keadilan kalau diukur dalam pelaksanaan polisi dan perlembagaan parti sendiri agak pincang inikan pula usaha yang sama mahu dilakukan dalam pentadbiran negara.

    • gelora said

      “Bermula dari tahun 1998 – kini
      1)Mari kita kupas satu persatu mengapa insan bernama Anwar harus dipenjarakan,
      Bermula pada tahun 1998, sudah terang lagi bersuluh tanpa bukti yang kukuh, sudah terbukti beliau bersalah atas salah laku liwat (hanya berdasarkan hujah mulut dan khabar angin + rekaan), ini sudah membuktikan bawaha beliau seorang peliwat tanpa perlu memberikan bukti yang kukuh dan kredible.

      2)Anwar juga pandai berlakon, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih simpati, lihatlah kes ‘MATA LEBAM’? Walaupun secara fizikalnya beliau ‘terikat’ tetapi mungkin dengan bantuan ilmu hitam Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Sudah terbukti Anwar pengamal ilmu hitam kerana berjaya mencederakan diri sendiri dengan tangan bergari bukan?

      3}Anwar juga membongkar segala isu penyelewengan yang korupsi yang boleh menjejaskan “Ketuanan Melayu” pemimpin politik. Pendedahan ini merupakan satu pengkhianatan kepada Melayu kerana Anwar mendedahkan aib ahli Politik Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Seharunya Anwar harus mendiamkan diri keburukan pemimpin-pemimpin UMNO, kerana mereka orang Melayu beragama Islam.

      4}Anwar juga sanggup bersekongkol dengan bukan Melayu/Islam untuk menjatuhkan kerajaan “Ketuanan Melayu”umno dan 14 buah parti dalam BN yang korup yang sedia ada sekarang. Bukankah ini satu penghinaan dimana orang Melayu bersekongkol dengan bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan “ketuanan melayu” yang korup, penuh dengan kezaliman dan terpalit dengan mungkin skandal pembunuhan berprofil tinggi?

      5}Anwar juga melakukan kesalahan dengan ‘menghasut’ rakyat Malaysia untuk ‘menumbangkan’ kerajaan pada setiap kali piliharanraya tiba. Seharunya Anwar harus mendiamkan diri sahaja, tidak perlu ceramah dan menghasut, beliau seharusnya gunakan medium yang sedia ada seperti Utusan Melayu dan TV3, kerana sumbernya amat sahih dan tidak dapat disangkal.

      6}Dan yang terakhir sekali, Anwar tidak bersumpah, lihatlah Najib sendiri sudah ‘BERSUMPAH’ maka Najib tidak perlu lagi dibawa ke Mahkamah kerana beliau sudah bersumpah dan ini membuktikan beliau tidak bersalah. Dengan sekali sumpah sahaja, kita tak perlu mengemukakan bukti lagi, Anwar harus mencontohi Najib dalam isu sumpah ini, kemungkinan selepas Anwar bersumpah, Hakim akan membuangkan KES ke tepi.

      Kesalahan dan ‘dosa’ Anwar yang paling besar ialah kerana beliau mempersoalkan ‘Kerajaan Ketuanan Melayu” yang korup, salahguna kuasa, penyelewengan dan terpalit dengan skandal pembunuhan.

      Anwar seharusnya sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu haruslah bersifat patriotik menyokong kerajaan BN yang sedia ada walaupun kerajaan bertindak ‘zalim’ dalam apa jua keadaan.

      Percayalah, jika Anwar mengikut nasihat ini , nescaya UMNO/BN tidak akan lagi ‘menyentuh’ susuh tubuh Anwar Bin Ibrahim…..dan akan dilantik menjadi duta ke Timur latse

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: