Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SIAPA ANWAR IBRAHIM INGIN BERDEBAT DENGAN PM ?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 Januari 2011

Oleh : Hatta_Adnan

SASAU dan meroyan Anwar Ibrahim disebabkan ‘gila talak’ nak jadi Perdana Menteri dan menduduki kediaman serta berpejabat di Putrajaya semakin parah. Siang malam melalak nak pulihkan sokongan bekas penyokongnya yang dah cabut lari meninggalkan parti miliknya – PKR. Macam-macam helah dilakukannya untuk meraih kembali sokongan yang nyata semakin surut.

Setelah ‘politik janji’ Anwar dan konco-konconya yang dinamakan sebagai ‘projek 100 hari’ mendapat sanggahan negatif daripada banyak pihak, dia melalak pula minta berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Siapa Anwar Ibrahim yang minta berdebat dengan PM tu? Siapa dia? Apa kedudukannya dalam kepimpinan politik di Malaysia? Hebat dan setinggi mana jawatannya dalam kepimpinan pembangkang di negara ini?

Sedangkan yang membentang projek 100 hari itu di Kongres Pakatan tempoh hari ialah Lim Guan Eng, bukannya Anwar Ibrahim. Kenapa sibuk dan menyibuk pasal kritikan PM erhadap projek itu? Apakah jawatan sebagai Ketua Umum yang disandangnya tanpa sah di sisi peraturan dan perlembagaan partinya itu dah besar sangat? Apa maksud ketua umum? Bukankah ketua umum itu bermaksud dia (Anwar bin Ibrahim) hanya menjadi ketua pada umumnya sahaja. Ketua sebenar orang lain, bukannya dia.

Mana-mana parti politik di dunia ini tidak ada ketua umum. Yang ada ialah Presiden, Pengerusi atau Yang Dipertua. Hanya orang bangang sahaja yang mengaiktiraf ketua umum sebagai ketua kepada segala ketua. Sedangkan untuk berada di jawatan itu tidak pernah pun ada sebarang pertandingan atau proses pemilihan.
Secara suka-suka sahaja mereka menamakan dirinya (Anwar) sebagai ketua umum sedangkan ketua sebenar PKR ialah Wan Azizah Wan Ismail, isterinya. Sementara ketua DAP ialah Karpal Sing dan Pas pula Abdul Hadi Awang. Ketua Umum duduk tang mana? Atas pagar atau di kayangan? Fatamorgana atau fantasi sahaja? Oleh itu mana layak PM Malaysia, DS Najib berdebat dengan makhluk yang tak berapa siuman itu? Dan isu yang hendak didebatkan pulak ialah mengenai ekonomi. Apa kelayakan Anwar nak bercakap pasal ekonomi Malaysia? Hebat sangatkah dia tentang ekonomi?

Oh! Pasal dia pernah jadi Menteri Kewangan satu ketika dulu? Lihatlah apa dah jadi dengan ekonomi negara ketika dia jadi Menteri Kewangan. Nasib baik Tun Dr. Mahathir bertindak bijak selamatkan negara daripada terjebak dengan dasar IMF yang ternyata telah melumpuhkan ekonomi Indonesia kini. Sedar le woi! Salah satu sebab Tun Dr. M memecat Anwar ialah kerana dia mahu meimplimentasikan dasar jahanam IMF yang mahu melumpuhkan ekonomi Asia ketika itu. Itu yang dibanggakan sangat sebagai seorang yang mahir dan berpengalaman dari segi kewangan dan ekonomi?

Lihat la.. apa kelulusan akademik Anwar. Kalau setakat belajar ekonomi semasa di tingkatan enam dulu, tak usah la nak cakap pasal ekonomi negara, ekonomi makro dan macam-macam lagi term ekonomi yang rumit dan sulit untuk difahami rakyat umum. Tak payahlah nak meraban nak berdebat dengan PM pasal ekonomi.

Anwar Ibrahim bukanlah seorang tokoh yang boleh diiktiraf sebagai mengetuai mana-mana parti politik di Malaysia. Sedarlah! Kenapa semasa Yang di-Pertuan Agong mengadakan majlis ‘sembang sambil makan malam’ pada 24 Disember lalu tidak menjemput sama Anwar? Kenapa cuma DS Najib, TS Muhyiddin, DS Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz sahaja yang dijemput? Sebabnya Anwar Ibrahim tidak boleh dikategorikan mengetuai mana-mana parti politik di negara ini. Apatah lagi kalau hendak dikatakan sebagai pemimpin parti politik umat Melayu/Islam. Jauh tersasar…Anwar Ibrahim! Sedar dan insaflah bahawa diri kamu itu tidak dinilai umum sebagai mengetaui mana-mana parti politik di negara ini.

Jawatan ketua umum itu hanyalah jawatan ‘timang-timangan’. Bukan jawatan sebenar yang termaktub dalam perlembagaan mana-mana parti, sama ada PKR, DAP mahupun PAS. Dalam mana-mana maazhab politik di Malaysia, Anwar Ibrahim ‘zero’. Tak ada jawatan sah dan tak ada kedudukan sebagai pemimpin politik kepartian. Nak kata pemimpin kaum Melayu bukan, pemimpin kaum Cina tidak dan pemimpin kaum India pun tidak juga. Yang nyata Anwar adalah pemimpin ‘caca-marba’. Berdebatlah dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Itu dah dikira cukup, padan dan sesuai sangat dengan kedudukan Anwar Ibrahim. Itu sahaja yang selayaknya.

10 Respons to “SIAPA ANWAR IBRAHIM INGIN BERDEBAT DENGAN PM ?”

  1. SOLEHUDIN said

    MUKA TAK MALU…NAK SAMAKAN PM DENGAN DIA…HE..HE..

    • sumir said

      Tak kan lah nak bagi ketua cawangan PAS nak berdebat dengan Najib KOT.kenapa la takut sangat nak berdebat ni ..kita tukar la debat kepada dialoq.sibuk sngat ke PM kita tu ek?????? kan banyak kerja2nya telah diamabil alih oleh Fist Lady of Malaysia datin siti rosmah mansor..

      Perbezaan pandangan politik harus dinyatakan didalam pilihanraya sahaja. Masing-masing parti boleh menunjukan semua perbezaan itu untuk memberi kita rakyat yang biasa ini untuk memilih parti mana yang boleh mengisi kehendak dan kemahuan kita. Masing-masing mempunyai keinginan dan aspirasi yang berbeza. Itulah satu ‘attribute’ sebagai manusia. Manusia adalah secantik-cantik kejadian dan manusia itu dijadikan Tuhan untuk mengenali dan menghormati diantara puak-puak dan kaum serta cara hidup mereka.

      Didalam politik yang menjadi isu besar dalam masyarakat Malaysia pada hari ini perbezaan diantara yang memerintah dan yang menjadi alternatif sangat jelas. Isu yang terakhir ialah perbezaan diantara pelan transformasi yang diperagakan oleh BN dengan pelan reformasi tranfarmasi alternatif yang diunjurkan oleh PR.

      Dalam ‘convention’ PR yang diadakan baru-baru ini, PR telah mengunjurkan pelan transformasi alternatif yang hanya memerlukan dana sebanyak RM19.2 billion. Angka ini jauh lebih rendah dari unjuran yang diunjurkan oleh BN. Najib memberikan reaksi yang negatif terhadap unjuran PR itu dan meminta rakyat jangan terpedaya dengan pelan PR itu. Najib terus memberi amaran yang jika PR memerintah dan pelan itu dilaksanakan negara akan menjadi bangkrap.

      Anwar terus meminta Najib untuk tampil kehadapan dan mengadakan debat terbuka dihadapan rakyat untuk menunjukan kebenaran dan kelebihan masing-masing. Ramai dikalangan orang ramai memandang alasan Najib yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan program dan pelan yang diunjurkan oleh PR itu akan membuatkan negara ini bangkrap sebagai tidak berasas.

      Mereka bertanya kepada Najib bagaimana pihak yang membelanjakan RM19.2 billion itu boleh mengbankrapkan negara berbanding dengan pihak yang membelanjakan RM51 billion? Bagi masyarakat yang ‘simple’ Najib memberikan reaksi tanpa meneliti apa yang hendak dikatakan beliau di khalayak ramai.

      Anwar begitu ‘persistent’ dengan cabarannya untuk berdebat dengan Najib secara terbuka dan saya merasakan rakyat suka untuk melihat debat ini diadakan untuk melihat dengan mendengar perbezaan diantara kedua belah pihak ini.

      Disebaliknya Najib menolak sebarang debat dan beliau berkata beliau tidak peduli dengan persepsi rakyat terhadap beliau dengan penolakkan itu. Hanya Nazri Aziz dan Khairy disebelah BN yang meminta Anwar untuk berdebat dengan mereka dahulu sebelum berdebat dengan Najib.

      Kedua-dua belah pihak elok jika diadakan perdebatan kerana rakyat sedang didalam pencarian kearah mana kita nak arahkan negara kita ini. Rakyat mahu tahu yang mana satu yang boleh memperagakan kebolehan masing-masing. Rakyat hendak tahu apa benarkah setiap projek pembangunan itu betul-betul dalam harga yang sebenarnya.

      Apabila Najib memperlekehkan pelan yang dianjurkan oleh PR mereka telah mengatakan yang pelan mereka dibantu oleh pakar-pakar ekonomi dan mampu mewujudkan pembangunan yang secara relatifnya lebih murah dan tidak payah membebankan negara dengan membelanjakan wang rakyat yang banyak. Ini semua rakyat hendak tahu dan PR pun mahu menunjukan yang apa tuduhan terhadap ketirisan dialam perbelanjaan wang rakyat oleh BN itu ada benar.

      Bagi BN pula harus sedia mempertahankan apa yang BN lakukan. Maka Najib sepatutnya menerima cabaran itu. Berdebat secara terbuka bukannya perkara baru didalam sistem demokrasi. DiAmerika dan di UK perdebatan seperti ini adalah perkara biasa dan rakyat akhirnya akan membuat keputusan. BN jangan lari dari sistem yang biasa dilakukan dalam negara yang ingin menyuburkan demokrasi.

      Jika NAJIB benar-benar betul dan jujur maka sepatutnya NAJIB menerima cabaran Anwar itu untuk membuktikan kejujuran NAJIB dalam mentadbir negara selama ini. Inilah kesempatan yang patut diambil dengan suka hati kerana kita telah mengatakan yang segala urusan untuk meneruskan pelan pembangunan itu adalah telus dan transperen.

      Rakyat ingin tahu yang tuduhan BN selama ini yang negara akan bangkrap jika PR memerintah. Betul kah tuduhan itu? Maka debat terbuka merupakan jawapan yang terbaik. Kalau tidak berani jangan main tuduh-tudah sahaja. Buktikan tuduhan itu dengan debat terbuka ini. Ini adalah isu besar bukannya kecil. Dalam perdebatan inilah Najib boleh menggariskan dalil-dalil yang pelan transformasi yang dianjurkan oleh PR itu akan mengbankrapkan negara.

      KALAU NAJIB BERJAYA MEMBUKTIKAN DAKWAAN DIA MELALUI DEBAT INI …INGAT BERDEBAT BUKANNYA BERSUMPAH !!!! SEBAB NAJIB SUKA BERSUMPAH ……MAKA BERBONDONG2 LAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENYERTAI PARTI SAKA BANGSA,AGAMA.NEGARA YANG BERDAULAT YAKNI PARTI MELAYU BERSATU (umngok)

      • anymous said

        tak yah berdebat lah…!lagi merosakkan org melayu aje…
        g berdebat dlm mahkamah tu dulu..jgn asik nak mintak paspon jerk
        selesaikan dulu kes mahkamah yg di tuduh meliwat tu dulu…!
        kalau menang baru lah ada ummmhh

  2. sumir said

    hatta_adenan kalo lah perkara ini dilakukan oleh DAP maka gegak gempita lah buana malaya ini ..maka api di cucuh membakar ati melayu membenci DAP dan PAS dan anwar berahim..kerana angkara DAP tapi kalo MCA????? yang lakukan tak pe sebab MCA kafir ZIMMI hehehe kepala hotak .

    Berdasarkan surat rasmi , seorang peguam yang juga sebagai ahli seumur hidup MCA tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

    Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.

    aloooo utusan malaysia mana laporan tentang perkara ini????kah..kah..kah..kah.. Mana perginya blogger umno macam hatta_adenan yang memperjuangkan islam sangat? Kah..kah..kah..kah.. Mana perginya penyokong umno yang kononnya benci dengan cina? Mana perginya PERKASA yang songkoknya tinggi sedepa? Kah..kah..kah..kah.. Semua takut dengan cina MCA ka? Kah..kah..kah..kah.. Takut la tu kan… Utusan takde keluar.. tv3 suku pun tak ada keluar.. kenapa? Melayu umno semua takut dengan cina MCA ke? Nampak tak.. melayu umno semua sanggup dikudakan cina MCA… Sehingga agama sendiri dipertikaikan pun semua dok senyap sunyi jer apa cerita? Nampak tak.. tiada seorang melayu umno pun yang berani bersuara… Kah..kah..kah..kah..

    • abg joe said

      Saudari sumir kenapa tukar tajuk??pekara anwar debat dengan najib tu lebih penting.UMNO takut kat MCA semua orang dah tahu la,umno berjuang berpilih-pilih tajuk dan ketika. umno mana ada perinsip perjuangan?cina dan india kalau bersama umno mereka semua dikira melayu hu hu hu hu,perlu dilindungi dan dibela tindakan mereka.

      • Hidup Melayu said

        Abg joe…sumir ni memang suka tukar topik…haprak katakan !!

      • sumir said

        TUKAR TAJUK LAGI……..
        LAPORAN MALAYSIAKINI

        Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat “mengawal isterinya”.

        Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

        “Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS,” kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

        Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

        Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

        “Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

        “(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

        “Mereka kemudian tarik balik,” jelas Makrof.

        Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

  3. shabriduda said

    ISU Debat belum habis walaupun Najib telah `menyorok’ belakang Bik Mama(ROSMAH 1stlady). Mungkin Najib kata ” Aku bukan takut dengan Anwar, tapi Anwar yang tak takut dengan aku…”. Maka Bik Mama pun jawab,” Issshh…i ingatkan U ni takut ngan i jer…..”
    Kalau kita orang tuduh takut dengan bini, tentulah kita malu bukan? Jadi, macam mana nak `cover’ malu? Itu kena pandai masing-masing la….

    Bila Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, terpacul pula muka-muka pengampu nak berdebat dengan Anwar juga. Laris betul Anwar ni. Maklumlah, sesiapa boleh tewaskan Anwar, mereka akan dilantik jawatan tinggi atau akan diberi anugerah oleh bos. Yang cerdik Ezam sesumpah, tak payah debat, cuma pergi merata tempat kutuk Anwar, buat sumpah sikit dan bodek Najib, tup..tup…dapat `Senatak'(senator).

    KJ pula dah hampir putus asa. Jadi Ketua Pemuda Umno tapi tak pegang apa jawatan pun dalam kabinet, kecuali berada di `kabinet’ dapor je. Terasa `fade up’ juga, itu yang terasa tak mahu lagi jadi calon Pilihanraya. `Test market’ kot. Orang yang dok dalam `kabinet’ dapor ni pun terasa nak cari makan disaat akhir. KJ pun cabar Anwar debat. Geli aku. Orang Rembau semua tahu kisah KJ lari lintang pukang bila Chegu Bard cabar beliau berdebat di Rembau semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Kali ni, mana tahu bila cabar Anwar saja, Najib pun angkat beliau jadi apa-apa pun lah…..

    Sekor lagi Nazri Aziz. Menteri yang tak pernah-pernah naik pangkat asyik jadi Menteri jaga parlimen ja sejak dulu pun mahu cari makan juga. Beliau cabar Anwar tentang isu Apco. Tujuannya, biar orang lupa pasal isu janji 100 hari PR yang mahu didebatkan oleh Anwar dengan Najib itu. Itu stail Nazri yang akan pusing tajuk agar bosnya selamat. Cari makan cara ini mudah sikit.

    OK lah, tak kiralah siapa yang nak cari makan dengan mencabar Anwar berdebat. Tetapi, boleh tak selesaikan satu-satu ikut giliran untuk berdebat dengan Anwar? Yang pertama dulu, Shabery Cheek dah lepas sampai meleleh air liur atas pentas. Kini, giliran Najib, tunggulah sampai Najib naik pentas dulu nak tengok apa yang meleleh dari Najib nanti. Lepas itu nanti, barulah peluang untuk Nazri, kemudiannya KJ. Ikut giliran lah, jangan berebut….

    Yang penting, tunggu Najib dulu naik. Kalau Najib tak mahu naik, dia boleh `passing’ kat Bik Mama. Sebab apa beza Najib dengan Bik mama?kan rosmah dah ada pejabat sendiri sekarang.

    Kah..kah..kah..kah.. Najib memang lembab bab ekonomi ni.. Najib nak guna duit rakyat lebih dari RM71 bilion untuk projek mega dalam bajet terbarunya.. campur lagi dengan projek nuklear di bawah ETP itu bernilai RM67 bilion dan jadi RM138 bilion . Tak sebut pun dari mana nak dapat duit… Bila Pakatan Rakyat nak buat ‘Pelan 100 Hari’ yang bajetnya hanya RM19 bilion tak sampai suku pun dari bajet najib tu boleh pulak najib kata mana PR nak cari duit. Dah kalau PR yang memerintah Malaysia ni nanti duit yang kamu nak guna tu la yang PR manfaatkan untuk rakyat. Itu pun nak kena ajar ke? Macam ni pun boleh jadi Menteri Perdana.. Kah..kah..kah..kah.. Najib…Najib… Anwar pula nak ajak najib debat… Kah..kah..kah..kah.. klau dgn bik mama pun najib takut nak berdebat, jangan harap la dengan ketua pembangkang dia berani.. Kah..kah..kah..kah…. Najib ni cakap kat tv dengan surat khabar boleh la… cakap sorang-sorang.. untuk tipu orang kampung.. tipu penyokong-penyokong umno yang wala membabi buta.. Nak berhujah secara live? Hampehhhhh… Kah..kah..kah..kah.. Najib..Najib….

    • Hidup Melayu said

      Anwar lagi lembap dalam ekonomi…. ! Ala setakat anwar tu petik jari jer la…tapi sebelum nk berdebat dengan PM….biaq settle dulu kes meliwat org tu !!! Melayu apa benda mcm tu…. ! Tak tahu hukum hakam , haram dan halal ! yang HARAM , halal bg depa !

  4. lapopore said

    assalammualikum saudara islam ku semua. adakah perlu kita sesama bangsa dan ugama bertelagah didalam ruangan ini.ingat lah kita semua perdebatan didalam ini akan menjadi gelak ketawa bangsa lain dimalaysia ini bila lihat kita bertelagah dan menghina sesama sendiri.cukup saudara islam ku. bila bercakap mengenai debat yang diminta oleh anwar anda berkata najib penakut.tapi dimana anwar bila saiful mengajak beliau bersumpah didalam masjid. kenapa tidak ada yang berkata anwar penakut. kalau kita berkata najib takut pada anwar salahkah kalau kita juga berkata anwar takut pada allah swt. jadi jalan yang terbaik bermohonlah kepada allah supaya diberikan pertunjuk kepada kita siapa yang benar dan siapa yang mungkar. marilah kita berdoa kepada tuhan supaya segala kemungkaran yang dilakukan diberikan balasan diatas muka bumi ini juga. janganlah kita berkata dan menghukum seseorang itu melebihi kuasa allah swt. dan kepada seluruh pemimpin2 melayu di malaysia ini ingat allah sentiasa melihat apa yang anda lakukan. malaikat sentiasa mencatitkan keburukan dan kebaikan nya. ahkir kata dari : WAHAI ANWAR DAN NAJIB BERTAUBATLA KAMU JIKA ADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN SEMASA MEMIMPIN MANUSIA DIMUKA BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH INI. BALASAN ALLAH ITU AMAT DAHSYAT……………… WASALAM

Tinggalkan komen