Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Lim Guan Eng Berzakat guna duit HARAM ?? Apa punya orang !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 30 September 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kekecewaan, tertipu dan marah, itulah yang diluahkan oleh golongan warga emas dan fakir miskin apabila berasa maruah mereka menjadi taruhan dan alat politik pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang. Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan, ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah ada di antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan oleh Lim Guan Eng Si Lidah Biawak ini.

Walaupun niat Lim Guan Eng itu baik, mahu meringgankan sedikit beban orang-orang Melayu warga emas di negeri itu, namun mengunakan sumber yang haram adalah jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam. Wang tersebut dipercayai hasil taruhan Lumba Kuda dan ini menjadi dalil utama mengapa wang derma itu dikatakan haram. Yang haram, tetap haram dan LGE sepatutnya menjadikan YB. Salleh Man iaitu salah seorang Exco PAS dalam kerajaannya sebagai penasihat agama Islam. Sudah terhantuk baru nak bergadah, ini tidak patut berlaku malahan pula melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Timbul pula isu dimana puak-puak tegar Pakatan Rakyat, menyelar tindakan kerajaan persekutuan mengunakan cukai-cukai kedai judi, arak daan kelab-kelab malam dan judi dimana adakah halal pula diberikan kepada rakyat?

Terdapat perbezaan yang amat jelas jika kita membandingkan cukai dan wang pertaruhan. Kedua-duanya adalah hasil tetapi hasil cukai adalah surcaj yang digunakan oleh pemerintah kepada mereka yang menjalankan perniagaan tersebut dengan strategi mahu mengawal berleluasanya kemasukan bahan tersebut dan mengelak tumbuhnya kelab-kelab malam seperti cendawan.

Dengan meningkatkan cukai, jadi kemasukan arak dan rokok serta pembinaan kelab malam dan judi dapat dikawal melalui perletakkan amaun yang tinggi dan syarat yang ketat. Surcaj atau cukai itu akan kerajaan gunakan bagi membina kemudahan fizikal seperti jalanraya, lebuhraya, jambatan, sekolah dan lain-lain.

Kesemua kemudahan ini digunasama oleh semua kaum tidak kira agama dan bangsa. Pengunaan cukai kepada premis judi dan kelab juga digunapakai oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi menampung kos pembangunan negeri seperti yang dipaparkan di dalam portal ini: Kerajaan Kelantan Keluar 40 Lesen Arak !

Tetapi derma dari hasil pertaruhan jelas sekali haram kerana transaksinya jelas terus memberi sumber haram itu kepada rakyat. Jadi tiada alasan lagi mahu menghalalkannya. Tindakan nekad penduduk kampung menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri adalah satu tindakan terbaik dari terus terjebak dengan perkara-pekara ini.

Peringatan kepada Lim Guan Eng: Lepas ni kalo nak bagi duit ehsan , bagilah duit halal sikit! Da la bagi duit haram, RM 100 jer…Bagi la banyak sikit..balance masuk poket ker untuk Tahun Baru Cina?Kalo yer pun, nak berzakat biar cara yang betul !!!

Wallahhulam….

15 Respons to “Lim Guan Eng Berzakat guna duit HARAM ?? Apa punya orang !!!”

  1. Habib Ahmad said

    Jadual Majlis-majlis Haul Imam Al Haddad 2010Majlis2 Haul 2010
    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

    Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: 1431h, akad, Ampang, ceramah haul, dakwah, habib Hasan, Habib Umar, Habib Umar Bin Hafiz, Habib Zein, Hari majlis haul 2010, haul 1431h, haul 2010, Imam al haddad, Jalan Damai, jalan hang tuah, kasih, majlis haul, Majlis Haul Imam Al Haddad, Majlis Ilmu, MASJID AL-FALAH, Masjid Baitul Aman, masjid bukhary, qasidah, sambutan

  2. shah said

    wakaka.. nampaknya, ramai rakyat malaysia beragama islam terpaksa belajar subjek pendidikan islam kat sekolah menengah sebab hukum penggunaan duit judi untuk disedekahkan pon x tau lagi..

    yang dah tua² tu pon, masa blajar agama kat surau x dengo ajaran ustaz ke??

    apa punya baghal ntah..

  3. sumir said

    Umno Dan JUDI
    Bukit Tinggi Resort Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang dikenali rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

    Bukit Tinggi yang mula beroperasi sejak tahun..adalah merupakan ilham Dr. Mahathir seperti yang pernah dijelaskan oleh pengurus Besar Bukit Tinggi, Teh Ming Wah dalam satu wawancara dengan The New Paper Singapura tidak lama dulu.

    Operasi judi melalui mesin slot di Bukit Tinggi mula dijalankan apabila Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri 1 dan Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Menteri 2 meluluskan lessen judi mesin slot berkenaan.

    Ini menjadikan Menteri yang datangnnya dari Umno memberikan kelulusan lessen judi.

    Menambah jelaskan lagi penglibatan Umno di dalam kegiatan judi di Bukit Tinggi ialah apabila terbongkar pegangan saham Pengerusi Perhubungan Umno Wi;ayah Persekutuan yang juga Setiausaha Kerja Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam syarikat berkenaan.

    Ini menjadikan adanya pemimpin Umno yang punya pengangan langsung di dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian tersebut.

    Sekalipun Tengku Adnan menyatakan bahawa beliau telah menjual saham Bukit Tinggi dua tahun lalu, hakikatnya, laporan tahunan PASDEC Holdings Berhad, satu lagi syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menyatakan pegangan Tengku Adnan.

    Begitu juga halnya dengan PASDEC, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang.

    Walaupun PASDEC telah menjual saham Bukit Tinggi tetapi ia hanya dilakukan pada 27 Mei 2003 yang lalu setelah pendedahan dibuat oleh Seruan Keadilan dan bercanggah dengan kenyataan Adnan bahawa PASDEC telah menjual saham tersebut dua tahun lalu.

    Berdasarkan senario ini apa yang dapat disimpulkan penglibatan Umno baik melalui kuasa menteri, pegangan saham menteri dan pegangan saham syarikat kerajaan negeri amat jelas sekali.
    Sebab itu tidak salah jika ada yang berpandangan Umno amat berkait rapat dengan aktiviti judi di negara ini.

    Umno tiada hak bicara soal agama dan moral

    Penglibatan Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam pemilikan saham syarikat perjudian menghapuskan hak Umno untuk berbicara tentang pendaulatan agama dan moral.

    Selaku Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan adalah lambang pemimpin Umno dan sekaligus menjadi lambang perjuangan parti berkenaan.

    Sebagai tonggak parti dan selaku pemimpin, penglibatan Tengku Adnan memberikan tafsiran bahawa Umno tidak punya halangan sekiranya pemimpin parti itu turut terlibat di dalam menganjurkan syarikat perjudian.

    Umno tidak boleh menyatakan bahawa pegangan saham syarikat judi oleh Tengku Adnan tidak punya kaitan dengan parti itu kerana sebelum melantik pemimpin apakah Umno tidak memriksa latarbelakang seseorang.

    Dalam hal Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya umpamanya, Kapt (B) Abdul Kudus Ahmad dipecat kerana tidak mengisytiharkan status muflisnya dan pemimpin kerajaan baik menteri mahupun pemimpin Umno menuntut tindakan tegas diambil.

    Malah Kudus diibaratkan menjejaskan nama baik MPAJ.

    Hal sama sepatutnya terpakai dalam isu Tengku Adnan. Apakah Umno tidak memeriksa latarbelakang seseorang itu sebelum dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan Setiausaha Kerja.

    Bagaimana Umno yang mendakwa dalam fasal tujuan penubuhannya untuk mengembang dan mempertahankan kesucian Islam boleh membiarkan seorang pemimpin dilantik sekalipun diketahui memiliki saham syarikat perjudian.

    Penglibatan Tengku Adnan dalam sayarikat judi bukanlah sesuatu yang baru seperti pemilikan saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad yang memperolehi lessen judi mesin slot tetapi jauh sebelum itu sehingga kini beliau masih memegang saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto Malaysia.

    Mana mungkin Umno boleh berbicara soal mendaulatkan Islam jika pemimpinnya sendiri terlibat dengan syarikat yang menganjurkan perjudian.

    Apa mungkin Umno berbicara soal membela nasib bangsa jika pemimpinnya mendapat keuntungan daripada syarikat judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan kepada masyarakat.
    Bagaimana mungkin Umno boleh berbicara soal membela negara jika pemimpinnnya sendiri terlibat dengan menganjurkan perjudian yang prinsip penjudi ialah sanggup menggadai apa sahaja asalkan mendapat keuntungan.

    Dengan sebab itu, Umno sudah hilang hak dan kewibawaan untuk berbicara soal membela agama, banga dan negara.

    Bagaimana Umno hendak menjustifikasikan mereka mempertahankan kod kedaulatan agama dan moral jika pada masa yang sama pemimpinnya begelumang dengan kegiatan tersebut.

    Malah dalam kes Tengku Adnan, penglibatan beliau di dalam syarikat perjudian sejak sekian lama menimbulkan keraguan melampaui soal integriti dan kewibawaan.

    Sebagai contoh dalam konteks Umno Wilayah Persekutuan yang diketahui punya sumber dana yang melimpah dan mewah, apakah tidak mungkin dana berkenaan datangnya daripada kantong aktiviti perjudian melalui pegangan saham Pengerusi Umno Wilayah.

    Dana itu pula ada yang disalurkan melalui program kebajikan yag sering digunakan oleh Umno sebagai sogokan dan ugutan kepada rakyat miskin. Apakah rakyat miskin diberikan bantuan melalui hasil wang perjudian.

    Sebab itu aktiviti judi lebih membawa kepada keburukkan dan Umno membiarkan keburukkan ini dikendalikan oleh pemimpinnya.

    Sehubungan itu sudah tiba masanya ahli-ahli Umno Wilayah khususnya dan rakyat amnya mempersoalkan mengenai dana yang dibawa oleh tokoh seperti ini.

    Umno dan Sports Toto

    Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

    Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

    Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

    Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

    Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

    Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

    Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

    Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

    Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

    Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

    Umno dan Genting

    Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

    Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

    Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

    Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
    Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

    Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

    Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

    Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
    Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

    Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

    Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

    Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

    Umno dan Magnum 4D

    Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

    Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

    Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

    Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

    Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

    Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

    Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

    Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

    Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

    Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

    Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya

  4. Cina Buta said

    Sedara Sumir: hahahahhahaaa…..tergelak aku baca ko punya alasan ! karut sungguh kamu yer…. kamu membicarakan tentang UMNO dan JUDI ! kamu x pikir ker yang pakatan rakyat lagi membebalkan diri dengan JUDI,ARAK dan sebagainya….! Kamu ni x baca fakta agaknya…. !Bangang sungguh kamu yer…. ! kamu tu belaci Pakatan….that’s why kamu berkata begitu….” Harapan Menuju Putrajaya, Harapan tinggal Harapan lah…. ! ” Pakatan dengan JUDI kagi teruk daripada UMNO. LIM GUAN ENG si lidah biawak tu….pemutar belit keadaan sebenar….kalo yer pun nak berzakat,nak tolong org susah,fakir miskin bia la dgn duit yang halal…. ! Umar ABDUL AZIZ x ajar ker? YB Salleh Man tu hanya sekadar burung belatuk jer…mengangguk apa tindak tanduk LIM Guan Eng….bodoh sungguh ! x guna la…islam mcm tu.x tahu hukum hakam islam… !

    kamu tau ker sedara Sumir hukum – hakam makan duit dari sumber yang haram?? kalo x tau juga…g la menuntut dengan UMAR Abdul Aziz tu…mcm mana haramnya makan duit dari hasil sumber haram…. !

    HARAM tetap HARAM !

    Jangan la perbodohkan diri dengan fakta yang anda keluarkan… ! sesungguhnya anda SALAH !

    Sedar la diri tu sendiri yer… !

  5. Cina Buta said

    Orang PAS pun main TOTO, MAGNUM, DAMACAI…itu nak perjuangkan Islam? hancur la…. ! sama gak dengan orang KEADILAN ! KEADILAN apa benda…..? tarak wang…pegi la cari kerja…jangan bagi anak,bini makan wang haram !!! aiyoooo….itu pun mahu wa kasi ceramah kah? !!! tarak malu kah? pakai topi haji tapi main TOTO…. ! lagi dahsyat….. ! HAJI kemana, sembahyang tonggang tonggek…..tapi HARAM JADAH punya perangai !!!! mcm ni sedara sumir nak cover lagi keburukan org2 pakatan rakyat !!! kalo gini caranya….hancur la malaysia denagn TOTO,MAGNUM,DAMACAI yang melambak kat kepala otak tu….. ! ibadat hancusss!

  6. Hatta said

    : Panas telinga ker sedara Sumir? Makan cili la tu…PEDAS yer…… !!! Lu fikir la sendiri !!

  7. sumir said

    Abg hatta dan cina buta berhujjah dengan fakta la..

    Majlis Pemulangan Wang Gaji Kaki Tangan Awam akan diadakan di setiap daerah untuk kemudahan anggota kerajaan memulangkan wang gaji yang pernah mereka terima sejak mula-mula bekerja. Pemulangan wang gaji itu adalah inisiatif PAS setelah menyedari bahawa ramai kaki tangan awam tidak ingin berdosa kerana memakan sumber yang haram. Para imam dan mufti digalakkan melakukannya dengan segera agar menjadi ikutan rakyat yang takut memakan sumber yang datang daripada hasil judi, arak dan rumah urut.

    Demikianlah sinisnya pandangan terhadap sikap orang Melayu yang sanggup memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan Pulau Pinang. Lawak jenaka UMNO ini bolehlah dianggap sebagai Melayu menghina Melayu . Malu bangsa Melayu keseluruhannya kerana kedangkalan orang Melayu Pulau Pinang. Sudahlah merempat di tanahair sendiri, tunjuk pula kepada bangsa lain akan kebodohan sendiri. Bangsa lain memandang Melayu bodoh kerana Melayu menunjukkan kepada mereka kebodohan itu. Apa tidaknya, wang RM100.00 hak mereka sanggup dipulangkan kerana ditipu oleh pemimpin Umno yang merekacipta hukum fekah sendiri tanpa nas dan ilmu. Ini bodoh pertama.

    Bodoh kedua, mereka mudah ditipu oleh ekstremis UMNO yang berbohong mengatakan wang ehsan itu sebagai wang judi WALAUPUN KERAJAAN PP MEMBUAT SIDANG AKHBAR BAHAWA WANG ITU BUKAN DATANG DARI SUMBER JUDI. Sepatutnya apabila satu pihak mendakwa wang ehsan itu hasil judi dan di pihak kerajaan menjelaskannya bahawa itu bukan hasil judi, mereka ambillah penjelasan kerajaan yang lebih berwibawa. Kenapa pakcik-makcik mudah percaya kepada dakwaan UMNO; bukankah jelas selama ini memang UMNO itu bermusuh dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

    Bodoh ketiga, mereka memulangkan wang itu bukan kepada kerajaan Pulau Pinang tetapi kepada pemimpin UMNO yang tipu mereka. Kalau betul mereka ikhlas, sepatutnya mereka pulangkannya kepada exco agama atau pihak yang menyerahkan wang itulah. Kenapa pula serah kepada lintah darat UMNO? Entah ke mana wang itu selepas ini. Disapunyalah wang pakcik makcik itu.

    Bodoh keempat, mereka takut terima hasil yang didakwa sumber judi tetapi tak takut kepada Allah dengan mengundi parti yang mengeluarkan lesen judi. Inilah mentaliti agama yang sempit orang Melayu UMNO. Samalah seperti isu bukan Islam masuk ke dalam masjid itu dulu. Nampak benar ceteknya ilmu dan kefahaman agama mereka. Mana lebih besar dosa antara terima bantuan kerajaan dari hasil judi ATAU mengundi dan mengangkat sesebuah kerajaan yang meluluskan lessen-lesen judi? Apakah tangan orang yang memangkah BN untuk mengangkat sebuah kerajaan yang jelas meluluskan lessen-lesen judi tidak berdosa besar? Bukankah ini lebih besar dosanya wahai pakcik-makcik? Harap-harap selepas ini pakcik-makcik janganlah lagi memangkah BN tahi judi itu.

    Melayu Pulau Pinang ini hanya akan jadi cerdik hanya apabila mereka memulangkan semula semua gaji yang telah mereka terima selama tiga puluh tahun berkerja dengan kerajaan. Kalau sebulan purata RM 1 000 darab dengan 12 bulan setahun dan darab dengan 30 tahun, maka jumlahnya RM 360 000 wajib dipulangkan semula kepada kerajaan kerana gaji yang dibayar kepada mereka dulu juga hasil wang yang disatukan dengan sumber judi, arak dan lain-lain. Kalau pendapatan purata RM 3 000, maka tuan-puan carilah sejuta ringgit untuk menolak bala dosa tuan-puan. Bolehlah dijual tanah, rumah, kereta dan segala harta untuk tujuan murni itu. Lepas itu, tinggallah di atas pokok macam warung Do Re Mi di atas pokok itu.

    Semua kakitangan kerajaan UMNO wajib pulangkan semua gaji mereka kepada kerajaan kerana wang yang kalian makan itu adalah hasil judi dan arak. Naina Marecan mesti bantu PAS mengadakan majlis pemulangan wang gaji dari orang UMNO termasuk dari Najib, Muhyidin, Mashitah Ibrahim dan para mufti mereka.

  8. Hatta said

    pemulangan tersebut dilakukan oleh UMNO sendiri nanti…. ! itu pun da x reti da! takkan nagi kat u pulak…. !

  9. DERAOH said

    PERLU DIINGAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM BILANGAN PENGANUT PAS JUGA AMAT BESAR….MEREKA MERATAH APA SAJA PEMBERIAN UMNO DAN KERAJAAN DAN MEREKA JUGA YANG BERIA-IA LEBIH UNTUK MEMINTA BONUS DAN KENAIKAN GAJI…..KALAU TAK DAPAT MENYUMPAH SERANAH KERAJAAN APATAH LAGI UNTUK BERSYUKUR…….JAUH SEKALI…INILAH MENTALITI PENGANUT PAS HATI MATI,HATI BUTA,DANGKAL,MENGHALALKAN APA SAJA ASALKAN MEMBERI LABA DAN UNTUNG KEPADA MEREKA…MENGELUARKAN PELBAGAI FATWA UNTUK MENGHALALKAN SESUATU….ADAKAH KAUM PAS DAN PEMBANGKANG INI (DLM KERAJAAN )PERLU MENGEMBALIKAN SEMUA GAJI,ELAUN DAN BONUS MEREKA KEPADA KERAJAAN KERANA IANYA DIRAGUI KEHALALANNYA…..DAN LETAK SEMUA JAWATAN DALAM KERAJAAN SERTA PULANG DAN BEKERJA DENGAN KERAJAAN PEMBANGKANG…….AYUH LAKUKAN..AYUH LAKUKAN…AYUH LAKUKAN……TENTU TIDAK SAMA SEKALI MALAHAN ANAK-ANAK ORANG PAS YG TAMAT PENGAJIAN BERDUYUNG DUYUNG DATANG KE NEGERI YG DIPERINTAH BN DAN UMNO UNTUK MENCARI REZEKI SAMADA DALAM PERKHIDMATAN AWAN ATAU SWASTA…..MALU LAH SIKIT….LU SAPA HA…NAK MAJUKAN NEGERI PUN TAK MAMPU APATAH LAGI NAK BAGI PELUANG KERJA KEPADA HAMBA RAKYAT…….SUDAHLAH…PEPMIMPIN TERTINGGI PEMBANGKANG SAMADA PAS DAN PKR BOLEH CAKAP MACAM-MACAM SEBAB MEREKA DAH SENANG DAN KAYA..TETA[PI PENGANUT BAHLOL BAGAIMANA….SIAPA NAK BELA,SIAPA NAK JAGA………NAK BERPOLITIK BIAR CERDIK JANGAN JADI PAK TURUT….KELAK BINASA DIRI DAN BANGSA……….ALLAHUAKBAR

    • sumir said

      haloo DERAOH :umno ada duit ke nak bagi gaji kakitangan awam???kena paham maksud KERAJAAN dan Parti umno….Selangor umno memerintah ke??? pulau pinang umno memerintah ke??? 2 katogori negeri yg mempunyai pendapatan yang paling tinggi….di negeri Kedah dan kelantan umno memerintah ke???

  10. Husin Tok Mekbah said

    BARTAUBAT LAH PENGANUT PAS SEBELUM MENTARI NAIK DI BARAT KALIAN SEMUA TERLAMPAU BANYAK DOSA,DOSA FITNAH,DOSA MEMUTUS SILATULRAHIM,DOSA MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT QURAN,DOSA FATWA SONGSANG,DOSA MENCARUT,DOSA BERSAHABAT DENGAN SYAITAN,DOSA HAJI FREE(SPONSOR),DAN BERMACAM-MACAM DOSA YANG KALIAN TAK NAMPAK DAN BUA-BUAT TAK NAMPAK TAPI ALLAH MAHA MENGETAHUI…….AMIN

    • sumir said

      Pulang wang ‘judi’, k’jaan P Pinang belum terima sesen

      kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

      “Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

      Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

      Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.

      Program diteruskan
      Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.
      haram money penang 021010 abdul rahim saibu in the middle“Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,

      “Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian,” kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

      Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

      “Jawapan kepada ‘keanehan’ itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,

      Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.
      Penjelasan cukai dosa BN

      Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

      Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit” katanya.

      Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

      Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.

      “Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita,” kata beliau lagi

  11. DERAOH said

    KERAJAAN YANG TERISLAM DI DUNIA INI YAKNI KELATE PUN BELUM TENTU HASILNYA HALAL DAN BERSIH……PERMIS JUAL ARAK MASIH ADA DI KELATE DAN DIKENAKAN CUKAI……MACAMANA NI, SELURUH TOK-TOK AJI PAS JANGGUT SEJEMPUT DAN SERBAN BERJELA PERLUKAH KEMBALIKAN DAN BUANG SERTA BAKAR DUIT TERSEBUT KERANA IANYA WAS-WAS……KAH.KAH…KAH……AMBO TAK SIL BUANG PITIH TU AMBO SAYANG……..TOLONG ABE SUMIR JAWAB,ADIK NAK DENGAR NI……

    • sumir said

      DERAOH budiman untuk pengetahunmu 2 negeri saja buat masa ini mengasingkan akaun perbendaharaan negeri iaitu negeri kelantan dan pulau pinang akuan TAX dan sins Tax …buat lah pengkajian dan penyelidikan sikit kalo nak berbincang soal politik negara …..Ahli Parlimen Rasah Antony Loke bertanya dalm parlimen bulan 6 yg lalu :adakah kerajaan malysia bercadang mengasing akuan cukai negara..Yb Awang Adek tim menteri kewangan menjawab kerajaan tak berniat nak melalukan sekarang : check la handsard parlimen….di kedah menteri besar dalam jawapan petanyaan berkenaan cukai biasa dan cukai dosa adun di persidangan yg lalu mengkaji akan dilaksanakan..check hansard DUN kedah…..

Tinggalkan komen