Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS MENGHALALKAN RASUAH ATAS NAMA ISLAM ADALAH PERLU-GALAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 2 November 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus. Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus. Dan, kumpulan pengundi ‘atas pagar’ ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas – pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.

Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding. Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya. Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Berbalik kepada pilihanraya kecil DUN Galas, akhirnya semua rakyat sudah sedar bahawa PAS hanya sebuah parti politik yang mempergunakan Islam untuk memaksa sebahagian dari orang-orang Melayu untuk menyokongnya bagi mereka mendapat pengaruh dan berkuasa. PAS sudah tidak peduli apakah yang mereka lakukan itu HALAL atau HARAM. PAS juga sudah tidak kira DOSA atau PAHALA. PAS sudah tiada beza dari UMNO bahkan lebih ‘ganas’ lagi dengan sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan kepentingan parti dan pemimpin mereka. Sepanjang kempen PRK DUN Galas, PAS telah menjanjikan bahkan melaksanakan beberapa perkara yang sah bertentangan dengan Islam, tapi sebagai sebuah parti dengan pemimpin yang hipokrit, Pas tetap pertahankan perbuatannya dan memfatwakannya sebagai ‘HALAL’.

PAS memberikan Sijil Pemilikan Tanah kepada penyokong PAS sahaja di Galas, bagaimanapun Gerannya tidak. Pengundi-pengundi diugut hak mereka akan ditarik balik jika PAS kalah di Galas. PAS bercadang ‘merasuah’ RM250.00 seorang untuk membawa mereka balik mengundi di Galas. Selain itu PAS juga memfitnah calon dan pemimpin-pemimpin UMNO. Nik Aziz juga menuduh Ki Li tidak cekap jalankan tugas dan banyak tidur tetapi hakikatnya adalah disebaliknya. Konon nak pantau BN jika merasuah pengundi, tapi bagaimana jika PAS sendiri yang menyogok?

Hakikatnya PAS bukan Islam. Tidak berdosa jika tidak mengundi PAS. Mengundi PAS bukan tentu masuk syurga. Memang kita hendakkan syurga di akhirat kelak, tetapi di dunia ini kita juga hendakkan kesenangan dan bukannya kesenangan dunia ini hanya milik pemimpin PAS sahaja. Undilah calon yang akan memberikan kesenangan di dunia ini supaya memudahkan akhirat kita kelak. BN untuk GALAS.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: