Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Apakah dasar sebenar PAS?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 25 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Pakataan dan kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang yang dilaksanakan kepimpinan Tertinggi PAS yang diterajui oleh TG Nik Aziz sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan penolakkan dan keengganan untuk bekerjasama dengan UMNO juga bukan sesuatu yang baru. Lebih menghairankan,penolakkan kerjasama dengan UMNO adalah berlandaskan kepada dasar kedua-dua parti yang berbeza. Manakala apakah asas yang digunakan oleh TG Nik Aziz mengenai gabungan bersama DAP di bawah pakataan pembangkang?

Penulis percaya ramai di kalangan barisan veteran PAS dan penyokong PAS tidak gemar dengan tindakan dan keputusan TG Nik Aziz dan kepimpinan Tertinggi PAS untuk bersekongkol dengan DAP. Kalau dahulu PAS mempersoalkan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen yang bukan Melayu/Islam khususnya MCA, kenapa menerima untuk bersama DAP?

Selain itu, ramai juga di kalangan mereka yang terkilan dengan cara TG Nik Aziz menolak unjuran TG Hj Hadi untuk berkejasama dengan UMNO tak lama dulu. Alasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz adalah berasaskan dasar PAS dan UMNO berbeza. Malahan TG Nik Aziz sendiri menyatakan kalau UMNO meletakkan dasarnya seperti PAS, maka beliau sanggup untuk membubar PAS dan menyertai UMNO. Segar dalam ingatan kita bagaimana ‘tegangnya’ situasi dalam barisan kepimpinan Tertinggi PAS. TG Hj Hadi ‘terpaksa’ membuat kenyataan yang sedikit berbeza demi tidak mahu dilihat ‘menginkari’ perintah TG Nik Aziz. Sudah lupakah kita kepada teguran keras dan memalukan TG Nik Aziz kepada Timbalan Presiden PAS, YB Nasaruddin?

Masih ingat lagikah sejarah isu kafir mengkafir yang jalankan oleh PAS sejak awal penubuhannya,1952? Kumpulan agama/ulamak dalam UMNO telah keluar dan menubuhkan parti PAS. PAS sedar mereka hanya mampu untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu yang rata-ratanya menyokong dan bersama dengan UMNO. Justeru itu, PAS telah merangka dan melaksanakan kempen mengkafirkan UMNO. Alasan yang diberikan adalah disebabkan UMNO bersekongkol dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC di bawah lambang Perikatan.

Pada tahun 80-an, PAS telah memperkukuh dan memperhebatkan kempen mengkafirkan UMNO melalui Amanat Haji Hadi. . Antara perkara yang tidak dapat dilupakan adalah PAS telah menyatakan bahawa sembelihan orang UMNO haram dimakan. Berimamkan iman yang dilantik oleh kerajaan yang diterajui UMNO tidak sah maka wujudnya kes sembahyang dua imam. Pernikahan yang dilakukan oleh Kadhi lantikan kerajaan tidak sah dan sekiranya telah bernikah, maka hubungan tersebut dikategorikan sebagai melakukan zina dan macam-macam lagi. Implikasinya, perceraian meningkat, hubungan kekeluargaan runtuh, orang Islam khususnya yang ramainya terdiri di kalangan orang Melayu berpecah.

Untuk makluman, PAS dah lama pun bersama-sama dengan parti bukan Islam lagi chauvinis Cina DAP. Pada PRU 1969, PAS telah bersama-sama DAP, Gerakan (sebelum bersama BN pada 70-an) dan PPP. Parti Buruh (Labour Party), Tan Chee Koon yang mempunyai pengaruh komunis dan radikal telah dibubarkan telah beramai-ramai menyertai DAP. Penubuhan DAP adalah kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP Lee Kuan Yew yang telah keluar daripada Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan.

Dalam kempen PRU 1969 ini, PAS telah menyerang UMNO kepada orang Melayu manakala DAP mensasarkan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina. Sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan bahan kempen dalam usaha untuk menanamkan semangat membenci masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Usaha mereka ini berjaya dan pembangkang telah mendapat menafikan penguasaan Perikatan (BN) dalam Parlimen dan Pulau Pinang jatuhke tangan Gerakan. Apakah kesan yang ditinggalkan dalam kempen yang bersentimen agama dan kaum oleh pihak pembangkang? Keharmaonian dan kesejahteraan kaum serta kestabilan negara menjadi galang gantinya – insiden 13 Mei 1969.

PAS yang keluar daripada UMNO atas dasar tidak puas hati kerana UMNO tidak betul-betul melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Lupakah terhadap hujahan-hujahan yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran (surah al Imraan ayat 28) yang cuma dibacakan setengah ayatnya sahaja untuk menunjukkan UMNO itu kafir ? Namun tindakan PAS yang sanggup bersama-sama dalam perjuangan DAP chauvinis Cina yang terang-terang tidak akan menerima dasar pembentukan negara Islam dan perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam PAS, bagaimana pulak?

Lantaran itu, penulis agak hairan juga kenapa dan mengapa pada hari ini penyokong dan pengikut taksub PAS begitu periaya-iya mempertahankan DAP?

Advertisement

3 Respons kepada “Apakah dasar sebenar PAS?”

  1. sumir said

    Ia bukan bermula dengan tsunami politik Mac 2008 yang menggemparkan itu. Secara rasmi tiada pakatan antara PAS dan DAP semasa menyertai pilihan raya umum ke-12. Hubungan PAS hanya dengan KeADILan, yang kemudiannya menjalin persefahaman politik dengan DAP.

    Pakatan Rakyat terbentuk selepas menyaksikan keputusan luar biasa yang langsung tidak terduga dan keperluan menyusun kerajaan-kerajaan negeri yang baru. Sejarah dicipta, dan paling menonjol di Perak, negeri yang langsung tidak terbayang bahawa BN akan terlucut kuasa dalam sekelip mata.

    Beberapa eksperimen politik PAS, terutama dalam era kepimpinan ulama, menunjukkan kematangannya berdepan real politik di Malaysia. Misalnya seperti membentuk Majlis Perundingan Cina (CCC) terutama di Lembah Kinta, mengadakan persefahaman politik dengan parti-parti kecil seperti Nasma, SDP dan PSRM dalam Harakah Keadilan Rakyat menjelang pilihan raya umum 1986.

    Jalinan kerjasama dengan parti-parti lain kian menonjol apabila PAS di bawah Ustaz Fadzil Mohd Noor mengorak langkah awal mendekati kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li dan Musa Hitam bersama ramai lagi pemimpin kanan Umno, termasuk menteri kabinet, membentuk Team B dikecewakan oleh Dr Mahathir Mohamad melalui taktik kotor dalam pemilihan Umno, 24 April 1987.

    Hasilnya terbentuk Angkatan Perpaduan Ummah menjelang pilihan raya umum 1990, yang menyebabkan Umno kalah semua kerusi di Kelantan, Dun dan Parlimen. Satu catatan rekod!

    Kepemimpinan Ustaz Fadzil juga membuka jalan terhadap gabungan politik lebih mantap dalam Barisan Alternatif pada 1999. Dan PAS sendiri juga yang membuka laluannya.

    Jika pada 1990, PAS memerlukan Semangat 46 sebagai “orang tengah” merapati DAP, kali ini empat parti termasuk KeADILan dan PRM berdiri sama tinggi. Kalau pada 1990, terbentuk dua gabungan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, dalam PRU ke-10, semuanya berpakat dalam satu kesatuan.

    Buat pertama kali, pada 24 Oktober 1999, manifesto bersama BA dilancarkan di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, keputusan pilihan raya ke-10 itu begitu menyakitkan buat DAP, meskipun ia menghadiahkan Terengganu kepada PAS, selain mengekalkan Kelantan. PAS juga menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen dengan merangkul 27 kerusi, iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding 1995.

    Kini, dua parti yang dahulunya dikenali sebagai berbeda kutub, sedang melakar sejarah yang cukup merisaukan BN. Komitmen aktivis PAS dan DAP terhadap perjuangan jarang dipertikai meskipun berdepan onak dan duri. Diuji keperitan dan sekarang dilambung “kesenangan”, namun kesetiaan dan istiqamah sukar digugat.

    Seperti kata Lim Guan Eng, apa pun “perselisihan faham” yang timbul di antara PAS dan DAP, yang penting kedua-dua tokoh utama parti, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang sentiasa saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. Pengalaman menempuh zaman sukar mengikat mereka.

    Harus diakui, tidak mudah untuk meleraikan segala kekusutan atau salah faham antara PAS dan DAP, sama ada di peringkat pimpinan atasan, pertengahan atau akar umbi. Tentunya timbul beberapa kesulitan, terutama apabila sentimen perkauman masih menjadi modal utama Umno-BN untuk mengekalkan sisa-sisa kuasa mereka yang berbaki itu.

    Selain sentiasa menganjurkan majlis bersama bagi mendekatkan hubungan di antara kedua-dua parti ini, penyokong masing-masing juga harus dieratkan lagi.

    Dalam politik, termasuk di Malaysia, ada kalanya persefahaman politik tidak dibentuk di peringkat tertinggi parti tetapi didorong atau sekurang-kurangnya dimudahkan oleh penyokong bawahan.

    Syak wasangka boleh saja timbul dan kadang-kadang dimarakkan, namun dengan melihat kepentingan bersama yang lebih besar dan menyeluruh, terutama dalam konteks harapan baru rakyat Malaysia, segala “sok-sek” yang muncul dalam hubungan PAS-DAP ini dapat diatasi dengan dada terbuka.

  2. Dasar said

    Dasar yang diamalkan oleh PAS adalah “berubah-ubah” mengikut peluang mana yang lebih cerah untuk menguasai Putrajaya. Masing-masing pemimpin PAS bercita-cita nak jadi Menteri, bila nampak jalan macam dah terbuka sikit, maka apa lagi, bersahabat dengan syaitan pun okay gak. Dan juga atas kebencian yang melampau terhadap UMNO, maka apa saja boleh dilakukan.

  3. sumir said

    TIDAK LAYAK KAH PEMIMPIN PAS JADI MENTERI?????

    Saya kira tidak (akan menjejaskan keyakinan rakyat) sebab, yang pertama BN, apakah yang BN sudah lakukan selepas 53 tahun kita berikan mereka mandat.CONTOH PALING MUDAH LA BANTUAN UNTUK MANGSA2 TSUNAMI PUN TIDAK SELESAI LAGI DI UTARA TANAHAIR.LEPAS TU NAK JADI JUARA MENYAMPAIKAN BANTUAN BBANJIR PULAK…HEHEHEHE SEGALA URUSAN INI DILAKUKAN OLEH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT AKAN BERJAYA TAPI KALAU DI SERAHKAN PADA KETUA BAHAGIAN UMNO ,JKKKP DAN PEMUDA MAKA SEPERTI BIASA LAH, UMNOLAH ADA REKOD MENYAMUN HARTA NEGARA..

    “Saya tidak mahu cakap banyak, (tengok) Laporan Audit Negara sudah cukup, tiap-tiap tahun Ketua Audit Negara buka, buka… kelemahan yang sama, dibuat heboh besar-besaran dan kemudian diam, kita kena tengok yang itu… bandingkan sahaja, sudah cukup.LAPORAN PERBEZAAN ANTARA NEGERI2 YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT DENGAN NEGERI YANG DIKUASAI OLEH UMNO BN..“Sebab apa? BN, dia mempunyai kuasa, PAKATAN tak mempunyai kuasa DI PUSAT (FEDERAL},” .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: