Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PKR SUKAR UNTUK BERTAHAN LAMA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 22 Oktober 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Sudah lah kes liwatnya pun belum selesai dan macam-macam permohonannya di mahkamah ditolak, Kini orang-orang dia pula melarikan diri, Anwar sudah tidak berpengaruh lagikah? Atau belangnya sudah pecah sedikit demi sedikit?

Dua tahun nampaknya terlalu rapuh bagi parti itu. Saintis politik meramalkan, PKR sukar untuk bertahan lama. Sungguhpun PKR survive hanya kerana Anwar. Tapi boleh survivekah PKR, jika sekarang pun Anwar hanya sibuk berkuntau untuk melepaskan tengkoknya dari kes yang dihadapi. Oleh sebab itulah orang-orangnya melarikan diri. Pemerhati politik kini mula berkata Anwar sudah menjadi ‘Kupang tembaga’  (istilah Melayu lama bererti tidak berguna atau istilah daerah ‘Tak laku sesen pun! ’ )

Persoalannya apakah PKR akan hidup hanya dengan kepimpinan Wan Azizah sahaja? Menurut  Zulkifli Noordin pula, Wan Azizah sudah gagal dan dia cakap tak serupa bikin!

Rakannya PAS pula hanya dimenang sorak oleh pengikut-pengikut bawahan yang taksub. Tukang gantung bendera PAS dan penceramahnya memang dikenali cukup aktif . Namun disebalik itu, orang atas PAS pula terbelah dua. Seorang totok kepada Anwar- sehinggakan Mufti Perak pun disumbunya. Seorang lagi pula menyepi seperti tiada apa-apa berlaku. Dia ini pula suka kearah perpaduan Islam dan Melayu – yang ditolak mentah-mentah oleh tokoh totok itu.

DAP seperti biasa tidak banyak cakap. Mereka hanya mahu menjaga elok-elok Pulau Pinang. Pulau Pinang yang mereka idam-idamkan begitu lama (melalui Projek Tanjung I, II, III dan Berjaya dalam Tanjung IV) merupakan lubuk emas bagi mereka.

Tidak banyak bercakap bermakna tidak banyak kontroversi. Namun sikap chauvinis DAP tidak boleh dibendung. Namun, tingkah laku mereka sedang diperhatikan dengan teliti oleh aktivis Islam Melayu. Bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Kit Siang pula malu apabila dijemput oleh Anwar “ambillah jawatan Ketua Pembangkang ini”. Walaupun dalam hati berkata “amboi syoknya” tapi lidahnya terkelu-kelu. Kit Siang lah sepatutnya memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen sekarang. Partinya kini menjadi parti pembangkang terbesar berbanding dengan PKR dan PAS selepas berlaku exodus keluar beramai-ramai dari PKR. Tawaran Anwar itu dengan sendiri bererti dia sedar partinya sudah merudum. Negeri Selangor pula, yang tidak membuat apa-apapun dalam tempoh dua tahun ini, tidak boleh berbangga langsung dengan sambutan pemerintahannya itu. Semua yang ada di negeri terkaya di Malaysia ini telah pun dibina dan diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor yang boleh hidup sekarang adalah hasil kerajaan dulu. Kawasan perumahan memberi teduh dari hujan dan panas tumbuh bagai cendawan, kilang-kilang perusahaan yang memberi makan minum kepada rakyat Selangor semuanya adalah hasil perancangan tersusun kerajaan Selangor dulu. Ibu negerinya Shah Alam yang menjadi kebanggaan orang Melayu di Malaysia diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sumbangan menteri-menteri besar dulu yang membangunkan negeri itu. Antara Menteri Besar Selangor yang kita sudah lupa ialah Allahyarham Datuk Harun Idris, pejuang sejati Melayu, yang pernah dipenjara, selama empat tahun – tapi tak berperangai seperti Anwar.

Di Kedah, juga tiada apa yang berlaku. Semuanya berjalan lesu, selesu Sungai Korok di Alor Setar. Menteri Besarnya, Azizan tidak cakap banyak. Beliau banyak main psikologi untuk menjadi popular. Industri Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech yang begitu maju juga dibangunkan oleh kerajaan dulu. Dua tahun ini tidak tahu apa yang berlaku. Kita tidak nampak dalam tempoh dua tahun lagi pun apa-apa akan berlaku. Jika dulu van kilang keluar masuk kampong bawa pekerja bekerja di kilang, sekarang nampaknya muram. Mungkin silap haribulan , Pahang akan menggantikan Kedah sebagai negeri jelapang padi Negara. Tok Nan, Menteri Besar Pahang membawa masuk teknologi penanaman padi dari Korea Utara yang boleh menghasilkan 12 tan sehektar.

Kelantan pula akan berlaku perubahan. Orang Kelantan sudah mahukan perubahan. Oleh itu UMNO mulai sekarang sudah kena bijak mencari orang untuk memimpin negeri itu.

Rakyat Kelantan sudah bosan dengan politiking kerajaan negeri itu. Kerajaan 21 tahun PAS sudah cukup. Mereka hanya tahu bermain dengan sentimen hati nurani rakyat walaupun mereka tahu royalti minyak mustahil akan diperolehi.

Hanya Kerajaan Pusat yang hilang akal sahaja yang akan memberikan wang royalti berbillion-billion ringgit kepada kerajaan musuhnya untuk dibelanjakan bagi menghentamnya kembali. Oleh itu,  wahai PAS Kelantan, tak usahlah bising. Jika mereka memerintah di Pusat pun cara yang sama akan dilakukan. Sekarang ini tadika Kemas pun mahu dirampas, inikan pula royalti berbillion ringgit. Wahai rakyat yang tidak boleh berfikir, fikir-fikirkanlah…

Kesimpulannya, dua tahun pemerintah pembangkang hanyalah tin kosong. Mereka semua juara bercakap, berceramah dan membangkang – tapi habuk pun tarak. Anwar sebenarnya ialah liabiliti atau masalah atau istilah Melayu lama: biawak hidup kepada pakatan itu. Akhir kata, buka minda, buka hati – tepuk dada, tanya selera, orang tua-tua ada berpesan : Yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

2 Respons to “PKR SUKAR UNTUK BERTAHAN LAMA”

  1. shabriduda said

    Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya

    “Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

    “Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas,” katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

    antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

    “Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut,”

    Umno,seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

    “Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

    “Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

    “Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009,”

    Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

    “Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009,” katanya.

    Dari segi politik Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

    “Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

    “Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus,

    jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.

    Guan eng,anwar dan azizan razak ke yang mengadai hak melayu ……

  2. shabriduda said

    Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional

    dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah. Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.

    Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.

    1.Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.

    2.Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.

    3.Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.

    4.Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.

    Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: