Archive for the ‘Program’ Category
Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Mac 2011
Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi pertubuhan ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Hasil bedah siasat secara rasional merumuskan penolakan ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan dalam beberapa perkara dan tindakan pertubuhan yang melanggari peruntukan undang-undang seperti di bawah:
- Nama pertubuhan tidak bersesuaian dengan tindakan dan gerakan yang ingin dilakukan.
- Objektif penubuhan telah dibawa lari dari matlamat asal untuk meningkatupaya dan menambahbaik gaya dan daya pemikiran bangsa Melayu.
- Melakukan aktiviti dan mencari dana ketika pendaftaran pertubuhan masih dalam proses permohonan kelulusan seperti mengaktifkan blog dan menjalankan program.
Sehubungan itu, segala urusan berkaitan aktiviti pertubuhan termasuk pencarian dana di atas nama pertubuhan hendaklah dihentikan serta-merta. Sebarang aktiviti yang masih berjalan akan meletakkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan haram dan boleh didakwa di bawah akta berkaitan.
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Perundangan, Program, Sejarah | 18 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 24 Januari 2011
Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.
Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam?
Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
Kita tidak perlu label “ Membangun Bersama Islam “ kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat islam kerana tidak mahu islam miskin dan tidak ada kekuatan.
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | 8 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 18 Januari 2011
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Kita sudah naik jelak dengan soal perpaduan yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar PAS, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus UMNO disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci maki dilontarkan kepada UMNO.
Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam muktamarnya juga ada perwakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip, terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara islam. Tetapi sekarang , atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayunya, Pas seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal denagn Cauvanis semata-mata mahu menjatuhkan BN. Baca baki entri ini »
Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang di tadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di tabur kepada rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.
Kewibawaan kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) meghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan hati rakyat. Mereka cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.
Punca yang menyumbang kepada permasalahan ini ada kerana mereka langsung tidak tahu latar belakang dan cara mentadbir masyarakat pelbagai kaum. Baca baki entri ini »
Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Disember 2010
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan, baik dalam kalangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya sendiri demi memenuhi nafsu untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.
Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu meitahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak diendahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihanraya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal Negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa di ketahui hujung pangkalnya?
Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak ,baru-baru ini mungkin boleh mengeembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata . ini bukanlah kali pertama raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum Negara mencapai kemerdekaan. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Program, Sejarah | 4 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 2 November 2010
Oleh: Hatta_Adnan

Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.
PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus. Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 September 2010
Oleh : Tun Teja Millenia

Bertajuk “Survival Masa Hadapan, Pengajaran Masa Lalu” program Dialog Negarawan dan Isu Semasa anjuran Puteri Umno Malaysia berjaya menarik ahli-ahli puteri Umno, badan-badan NGO dan rakan-rakan pemerhati yang lain untuk turut serta mengikuti program ini pada 27 haribulan September 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini . Kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohammad semestinya menjadi tarikan utama kepada program ini. Baca baki entri ini »
Posted in Program | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 7 Julai 2010
Oleh : Tun Teja Millenia


Kira-kira 100 orang warga FB hadir malam tadi (6hb Julai 2010)di sebuah restoran di ibu negara untuk perjumpaan bersama Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini. Turut serta di dalam perjumpaan itu adalah mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, Perlis. Kumpulan Ulama berkenaan diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman . Acara ini memang dinantikan ramai kerana ingin bertemu dan beramah mesra bersama para Ulama tersebut. Dato’ Seri Shahidan Kassim memulakan ucapan dengan memperkenalkan Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya (kini berkhidmat sebagai Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), dan Ustaz Fauzan (berkhidmat di sebuah Universiti tempatan)yang hadir pada malam itu. Ramai yang hadir mangambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya mengutarakan pelbagai soalan berkaitan isu politik semasa dan isu ugama.
Penyertaan kumpulan Ulama ini adalah berperingkat-peringkat pertama dimana menurut Ustaz Fatul insyaAllah kumpulan yang kedua akan turut serta tidak lama lagi dan dijangkakan lebih 1000 orang Ulama akan menyertai Umno. Ketika ditanya tentang penyertaan ke dalam Umno, Dato Seri Shahidan Kassim berkata kumpulan Ulama akan diberi ruang untuk meneruskan misi dakwah mereka khususnya di kalangan golongan muda serta sama-sama menunaikan tanggungjawab menyebarkan ugama dan menyeru kepada perpaduan dikalangan orang melayu. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Kumpulan Ulama ini dijangka akan mengadakan perbincangan dan menyediakan draf kertas kerja mengenai program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pemuda Umno. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Program, Sejarah | 3 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 2 Disember 2009
Oleh:- Sahabat Mantap
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,
PENDAPAT KAMI TENTANG PEMANSUHAN BTN DI NEGERI-NEGERI DI TADBIR PAKATAN PEMBANGKANG
Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Telah hampir 1 minggu, media-media arus perdana & media alternatif memainkan isu pelaksanaan kursus yang di anjurkan oleh BTN. Banyak respons telah di berikan oleh “orang politik” berkaitan kursus-kursus yang di laksanakan oleh BTN. Ada yang menuduh kursus BTN ini di buat bagi memecahbelahkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Ada juga yang menuduh BTN menanamkan fahaman sempit perkauman khusus untuk satu kaum membenci kaum yang lain. Juga terdapat tuduhan yang BTN menyebarkan ideologi pemerintah untuk membenci pakatan rakyat.
Persoalannya di sini, adakah mereka yang memberikan kenyataan berat sebelah terhadap BTN tersebut pernah menghadiri sendiri kursus-kursus yang di kelolakan oleh BTN? Atau mereka sekadar berdasarkan “andaian” mereka semata-mata? Keterangan dengar cakap “hearsay evidence” sesungguhnya tidak diterima sebagai keterangan di mahkamah. Jadi sekiranya di mahkamah kenyataan ini di anggap tidak mempunyai merit, bagaimana boleh kenyataan ini d terima oleh masyarakat sivil di negara ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini tidak lebih hanya sebagai suatu kenyataan fitnah yang di buat atas alasan menjaga “ periuk nasi” meraka sendiri.
Kami memanggil media pada hari ini untuk membetulkan fakta berkaitan kursus-kursus BTN atas kapasiti kami yang telah beberapa kali menghadiri kursus-kursus BTN sejak kami bersekolah lagi. Kami belajar di pelbagai IPT yang berbeza dan berasal dari negeri yang berbeza, namun pengalaman beberapa kali menghadiri kursus BTN telah merapatkan jalinan persahabatan antara kami dan rakan-rakan yang bukan berbangsa melayu yang turut hadir sebagai peserta kursus. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Program | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 7 Ogos 2009
Oleh: Sahabat Mantap
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlabersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Renungkan lah…
Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Program | 2 Comments »
Posted by puteraadnan di Rabu, 22 Julai 2009
“Tuan Guru” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Kepimpinan Gaya Nabi. Sebuah buku hasil penulisan Habibulah Izzah Ahmad telah berjaya diterbitkan. Pastinya buku ini mencipta satu lagi kontroversi di dunia politik tanahair.
Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar “Tok Guru” atau “Tuan Guru” oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan “Riot” umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. “Tok Guru” PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, “Tok Guru” PAS ini kononnya membawa kepimpinan “ulama” atau kepimpinan “nabi”? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!
Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 13 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 29 Jun 2009
Oleh: MANTAP ( PERTUBUHAN MENJANA TINDAKAN PEMIKIR )

Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir akan menganjurkan Program Sesi Bicara Melayu bagi mencari jalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan perpaduan nasional di negara ini. Di minta sesiapa yang berminat untuk mendengar dan bersama-sama untuk berkongsi pendapat boleh hadir ke Program tersebut. Kehadiran anda semua adalah untuk mencapai objektif dan matlamat yang di harapkan,respon yang positif daripada Program ini, amat kami alu-alukan.
Program : Sesi Bicara Melayu
Tajuk : ” Kerajaan Perpaduan- Di Manakah Permulaannya? ”
Tarikh : 1 Julai 2009 (Rabu )
Masa : 8.30 Malam – 11.00 Malam
Tempat : Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
( bersebelahan dengan Hotel Putra dan Hospital Pusrawi )
Panel : (1) Dr. Ustaz Mohd Riduan Tee Bin Abdullah
(2) Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam
(3) Tuan Mohd Yusri Bin Mohammad
Sekian, Terima Kasih
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Mac 2009
OLEH : MAWAR BERDARAH
Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957 dan Parlimen British menerima cadangan itu pada Mei 1957. Ia kemudiannya di sahkan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957.
Sebenarnya, idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan Perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang –undang terbabit menyerap unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Misalnya dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, Maka pada 18 Januari 1993 kerajaan meminda perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity ) Raja – Raja kerana pengecualian Raja- Raja daripada tindakan undang- undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman. Baca baki entri ini »
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Program | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009
Oleh: putera_adnan
Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat “mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya” (hiperbola). Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.
Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam. Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.” Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik. Baca baki entri ini »
Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Program, Sejarah | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung
Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar, Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir.
Kesedaran ini tumbuh akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak. Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan diatas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujud-nya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Revolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadi dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi adakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu dengan lain. Baca baki entri ini »
Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 15 Disember 2007
Oleh: Sang Tempur
Genggaman salam yang erat diselangi senyuman yang cukup memberi makna daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika bersalam dengan Pengerusi Penyelaras Damai Malaysia, Saiful Adil Mohd Daud sebaik sahaja Penyataan Bersama diserahkan jelas membayangkan bahawa beliau amat berpuas hati di atas bukti-bukti yang ditunjukkan.
Penyataan Bersama yang mengandungi deklarasi dan dokumen penyertaan dan sokongan setebal 3 inci yang mempunyai tandatangan dan cop rasmi daripada 395 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diserahkan kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Subang pada 13 Disember baru-baru ini.
Damai Malaysia yang menjadi payung seterusnya mewakili 395 NGO yang mempunyai kira-kira 1.5 juta ahli itu telah bersepakat untuk Baca baki entri ini »
Posted in Isu Semasa, Politik, Program | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 Disember 2007
“Damai Malaysia!.. damai Malaysia!.. damai Malaysia!” Begitulah kata seruan yang dilaung-laungkan penuh semangat menggegarkan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur sebaik sahaja program itu berakhir tengahari tadi, 6 Disember.
Program yang telah dianjurkan bersama oleh 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 395 NGO dari seluruh negara untuk berdiri di bawah satu payung, “Damai Malaysia”. Menggunakan tema “Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita”, seluruh pertubuhan yang menyertai dan menyokong diseru untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.
Kira-kira 660 orang dari pelbagai kaum dan agama yang mewakili pelbagai Baca baki entri ini »
Posted in Isu Semasa, Politik, Program | 2 Comments »