Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Demonstrasi HINDRAF II: Permintaan Khas DSAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Februari 2011

Oleh: Kawan Lama

Apakah benar bahawa DSAI merupakan orang dibelakang tabir demontrasi haram oleh pertubuhan haram HINDRAF semalam? Persoalan ini menjadi mainan minda ramai. Namun untuk memudahkan kita melihat pertalian tersebut, maka penulis menumpukan kepada kaitan dua peristiwa utama:

Demonstrasi HINDRAF I

Penulis ingin membawa pembaca kembali kepada sejaarah kerjasama HINDRAF dengan DSAI. Pertubuhan haram HINDRAF ini mula mendapat perhatian umum semasa tuntutan yang tidak logik yang kononnya untuk memperjuang dan mengembalikan hak kaum India di Malaysia. Desakan demi desakan yang dihalakan terhadap kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Namun mereka gagal meyakinkan pihak kerajaan terhadap tuntutan mereka, Kegagalan mereka sebenarnya terletak pada diri mereka sendiri. Selain tuntutan tak logik tersebut, mereka sebenarnya bukan merupakan pertubuhan atau saluran yang mewakili kaum India. Ada MIC, PPP mahupun IPF. Tuntutan mereka boleh disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana ianya adalah wadah dan saluran sah yang mewakili kaum India. Mengapa perlu menggunakan pertubuhn haram ini? Jawapannya mudah para pemimpin HINDRAF sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi dan kepentingan peribadi – mahukan kelabaan politik.

Para pemimpin pertubuhan haram ini berlagak seperti adiwara kaum India. Nak jadikan cerita,demo tape mereka diperhatikan oleh Pengarah Raja Demonstrasi dan Putar Alam, DSAI. Tanpa melenggahkan masa, DSAI menggunakkan khidmat penulis skrip terkenal Raja Petra Kamaruddin untuk memberikan spin-off dalam Malaysia Today dan diputarkan juga dalam Malaysiakini.

Apabila para pemimpin parti haram ini melihat bahawa DSAI sanggup menerima mereka, maka bermulalah kerjasama diantara HINDRAF dan PKR. Pada masa tu, DAP juga tumpang tui. Ye le, kan DAP tu parti rasis lagi chauvinis. Mereka juga berikan galakkan kepada para pemimpin parti haram ni dengan menimbulkan isu rasis dalam sesi ceramah dan blog mereka.

DSAI melihat bahawa peluang ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Beliau bersama-sama pemimpin HINDRAF mengadakan pertemuan dan seterusnya merancangkan satu demonstrasi besar-besaran yang perlu dilakukan kerana pada masa tu dah dekat dengan PRU 12. Sentimen perkauman dan diskriminasi kononnya dilakukan oleh kerajaan BN terhadap kaum India di Malaysia. Kalau nak harap otak pemimpin HINDRAF tak sampai ke situ le. Dah pasti ianya datang daripada DSAI pastinya. Sedikit sebanyak, perancangan DSAI mnghsilkan buah. Ramai di kalangan pengundi India tidak memberikan sokongan/undi kepada BN hasil daripada sentiment pwerkauman dan diskriminasi kaum tersebut.

Para pemimpin HINDRAF diberi ruang untuk menjadi calon dan akhirnya ada di kalangan mereka yang berjaya menjadi wakil rakyat. Tak cukup dengan itu, mereka juga berceramah dalam kempen mereka khususnya dalam PRK-PRK.

Kes Liwat II DSAI

Demonstrasi HINDRAF II ini berlaku semalam. Kenapa pulak buat demonstrasi? PRU 13 tak tahu bila lagi. Keputusan PRK yang terkemudian pula memperlihatkan rakyat dah mula balik kepada BN. DSAI khususnya dan pakatan pembangkang amnya, kini mula tersepit dan ketandusan idea. Ramai di kalangan pemimpin dan ahli PKR da mula keluar daripada PKR. Tapi ada satu perkara besar yang melibatkan DSAI…..KES LIWAT II DSAI

Kes liwat II DSAI kini hangat. Dalam perbcaraan kali ini, ramai berpendapat DSAI akan sangkut. Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura juga berpendapat sedemikian. DSAI juga sedar bahawa rahsia besar berhubung kes ini ada di tangan rakan beliau – DAP. Rakan beliau dalam DAP dan PAS juga melihat kes liwat II beliau sukar untuk ditutupi.  Lantaran itu beliau perlu mencari alternatif lain – menggunakan HINDRAF. Timbulkan sedikit kekecohan. Buaat sikit diversion, tumpuan rakyat akan melupakan sekejap kes liwat beliau. Para pemimpin parti haram ini terpaksalah bersetuju kerana terhutang budi dengan beliau.

Namun demonstrasi HINDRAF II tidak mendapat sambutan.  Kaum India sendiri menolak HINDRAF. Rakyat sedar pertubuhan haram ini hanya alat DSAI dan para pemimpin pembangkang yang memikirkan kepentingan sendiri.  Tambahan pula, rakyat menolak politik perkauman yang didokongi oleh pembangkang.  Para pemimpin HINDRAF dan pembangkang tidak boleh menipu rakyat untuk kesekian kalinya.

Penulis juga mengucapkan tahniah kepada DS Najib dan piahk Polis DiRaja Malaysia kerana berjaya menangani isu demonstrasi ini dengan baiknya.,

Tinggalkan komen