Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TIDAK IKHLAS PUNCA KECELARUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 7 Oktober 2010

Oleh: Kawan Lama

Kecelaruan dan kekalutan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini mendedahkan kepada umum kelemahan dan kegagalan mereka dalam menerajui kepimpinan negeri dan membawa pembangunan kepada rakyat. Kecelaruan ini lebih memperlihatkan kepincangan dan ketidakserasian mereka bernaung di bawah payung Pakatan Rakyat (PR). Sebenarnya ‘pakatan’ yang mereka laung-laungkan selama ini adalah sesuatu yang ‘superficial‘sahaja. Ia masih lagi belum kukuh atau lebih tepat lagi tidak utuh. Setakat ini mereka bukan sahaja gagal menterjemahkan pengertian keadilan (rule of law), samarata yang menjangkaui batasan kepartian, bangsa, budaya apatah lagi agama malahan bentuk demokrasi mereka masih kabur. Apa yang jelqs adalah mereka masih menghadapi masalah dalaman parti yang kronik. Ini ditambah pula dengan wujudnya ‘mismanagement’ dalam pentadbiran. Bagi menutup kelemahan pentadbiran dan kegagalan mereka menunaikan janji-jani PRU 12 yang lalu, seperti biasa, mereka akan menuding jari kepada kepimpinan kerajaan Persekutuan yang di terajui oleh BN.

Dalam PRU 12 yang lalu, kecelaruan kepimpinan BN dan masalah dalaman parti-parti komponen BN merupakan antara faktor utama yang telah menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen dan menyebabkan BN kehilangan 5+1 negeri kepada pembangkang. Sepatutnya pihak PR menjadikannya sebagai iktibar. Namun jelas, pakatan pembangkang dalam PR ibarat ‘bersama tapi tak bersatu’. Dengan kata lain, ia lebih tertumpu kepada kepentingan parti masing-masing dan juga individu-individu tertentu demi untuk mendapat kuasa politik. Bukannya untuk kepentingan rakyat seperti yang dicanang. Lantas ketidakikhlasan dan kelemahan mereka kian hari kian tampak jelas.

Kecelaruan yang wujud di kalangan PR merujuk kepada ketidaksefahaman antara parti komponen pembangakang. Lebih memburukkan lagi keadaan,wujudnya pergeseran dalaman sesama sendiri. Masalah ini dilihat dan dinilai oleh rakyat. Contohnya; apabila PAS cakap pasal nak jadikan Malaysia negara Islam, DAP melenting. Bila nak jalankan hukum hudud, PAS kena ‘tunggu lampu hijau’ daripada DAP. Ini ditambah pula dengan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan cabang PKR yang jelas memperlihatkan bahawa parti itu hanya untuk individu-individu tertentu. DAP pula tak habis dengan kecoh pasal kekangan-kekangan yang ada dalam parti disebabkan oleh pentadbiran berlandaskan kepada sesuatu kaum. Terbaru pertelagahan antara Kulasegaran dengan Ngeh dan Nga yang menjurus kepada kepentingan kaum India dikesampingkan.

Kemelut yang dihadapi oleh pakatan pembangkang hari ini terjadi bertitik tolak daripada asas pembentukannya. ‘Pakatan’ yang mereka wujudkankan bukannya sesuatu yang terancang atau dirancang terlebih dahulu. Idea untuk ‘bersama’ timbul selepas keputusan PRU 12 yang memperlihatkan perubahan pola pegundian terhadap BN. Pembangkang khususnya DSAI melihat wujudnya peluang bagi pembangkang untuk menerajui kepimpinan di beberapa buah negeri. Maka mereka ‘bersetuju untuk bersama’ demi untuk kelabaan politik parti masing-masing.

DSAI tahu bahawa PKR adalah sebuah parti baru berbanding dengan PAS dan DAP. Bagi menghidupkan semula peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau menjadi ‘tukang atur’ untuk mereka mewujudkan pakatan pembangkang agar dapat menandingi dan menyaingi BN. Melalui perbincangan bersama akhirnya mereka mewujudkan apa yang kita kenali sebagai Parti Pakatan Rakyat (PR). Melalui pakatan ini, PKR dan DAP buat pertama kalinya dapat menerajui sebuah negeri (PKR- Selangor, DAP Pulau Pinang). Manakala bagi PAS selain mengekalkan Kelantan, mereka dapat menerajui Perak dan Kedah. Namun yang terpenting kepada DSAI pakatan ini akan dapat merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi PM.

Sejak PRU 12 lagi PR tak habis-habis dengan berpolitik. Perkara sensitif yang mencakupi ruang lingkup agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu sering dipergunakan. Kalau dahulunya hanya diamalkan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP, namun kini PAS dan PKR kena menari ikut rentak DAP atas dasar nama PR. Kononnya mereka nak memaklumkan kepada umum bahawa mereka merupakan parti yang melangkaui batasan agama dan bangsa. Mereka adalah pendokong demokrasi sebenar yang berteraskan kepada keadilan (rule of law), kesamarataan dan hak kebebasan beragama tak seperti BN.

Sebenarnya mereka tak sedar bahawa ‘permainan’ mereka ini juga telah menjerat diri mereka sendiri. Tapi bagi mereka apa nak kisahkan. Kalau berlaku ketidakstabilan atau huru hara, mereka dah siap tuding jari kat BN khususnya UMNO.

Kita acapkali diperdengarkan dengan pendekatan samarata oleh PR. Bagi mereka samarata itu adalah adil. Definisi samarata bagi PAS adalah semua bangsa itu sama sahaja. Bangsa itu tak penting. Bagi PKR, asalkan DSAI dapat jadi PM, itu adalah adil. Bagi DAP, kalau Hak keistimewaan Melayu dan Bumiputra dilupuskan, itu baru adil.

Pada saat negara menuju ke arah kemerdekaan, peratusan komposisi masyarakat Malaysia (Tanah Melayu) pada masa itu adalah; Melayu 80% manakala bukan Melayu 20%. Peristiwa terpenting dalam sejarah negara kita dalam menuju kemerdekaan adalah Perlembagaan Persekutuan. Di dalamnya terpahat bukti pengorbanan orang Melayu yang sanggup memberikan kewarganegaraan kepada kumpulan imigran Cina dan India secara pukal dengan syarat yang agak longgar.

Bukan itu sahaja yang diberikan, malahan hak ekonomi mereka dikekalkan, di samping mengiktiraf dan membenarkan amalan agama dan adat resam mereka. Pengorbanan dan pemberian ini secara jelas diterjemahkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai warganegara, mereka juga diberikan tempat dalam politik bagi mewakili kaum masing-masing. Bak kata pemimpin mereka sendiri, Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan, kita merupakan satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menganugerahkan pemberian sebegini kepada kaum mereka.

Perlembagaan Persekutuan ini menjadi teras dalam mencorakkan wajah warga Malaysia. Dasar pemerintahan dan pentadbiran negara juga berlandaskan kepadanya. Ia merupakan intipati utama dalam menyemai dan menyuburkan perpaduan, keharmonian pembangunan dan kestabilan negara sehingga kini. Bagi memperkukuhkannya, diperkenalkan garis panduan khusus yang mudah difahami rakyat, bermula dengan Rukun Negara hinggalah kepada konsep 1Malaysia.

Penulis yakin, sekiranya PR mengambil alih pucuk kepimpinan, maka akan berlakulah pelbagai perubahan khususnya dalam dasar dan corak pentadbiran mereka yang lebih menjurus kepada dasar kepartian mereka masing-masing. PAS dengan dasar PAS, DAP dengan dasar DAP manakala PKR dengan dasar PKRnya. Penyemaian dan penyuburan ‘semangat kebencian’ yang berpaksikan kepada isu perkauman dan agama, akan terus digunapakai dalam usaha menjaya dan mengekalkan fahaman politik sempit mereka. Bagi mereka rakyat tidak semestinya dididahulukan tapi kepentingan sendiri yang perlu diutama.

Pada pandangan penulis, perkara utama yang mereka akan lakukan sekiranya diberikan peluang menerajui kepimpinan negara adalah meminda atau mungkin menukar terus Perlembagaan Persekutuan. Kemungkinan ini berlaku adalah tinggi. Mereka akan mengenengahkan konsep samarata dan merit bagi meminda atau melupuskan Perkara 153 (Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra). Mereka juga akan menyuburkan dan menggalakkan hak kebebasan beragama (orang Islam boleh murtad) dan menyamatarafkan Agama-Agama lain sama seperti Agama Islam bagi menafikan Bahagian 1 Perkara 3 (1) (Agama Islam adalah agama Persekutuan). Selain itu, Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu) juga berkemungkinan akan dipinda bagi menyamatarafkan bahasa-bahasa lain dengan Bahasa Melayu yang menjadi franca-lingua Malaysia. Dengan lain perkataan, dasar mereka ini merupakan suatu usaha untuk ‘menidakkan’ sejarah kerajaan Melayu dan asas kemerdekaan Malaysia.

Seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, tujuan utama mereka adalah untuk mengalahkan BN/UMNO sahaja bukan kepentingan rakyat. Justeru itu mereka sanggup ‘bersama’ dalam PR walaupun asas penubuhan dan perjuangan parti mereka berbeza. Pendekatan mereka juga berbeza; ada yang berteraskan perkauman, ada yang menggunakan agama dan ada yang lebih bersifat kepentingan personal.

Baru dua setengah tahun memegang tampok pemerintahan negeri, kita dah mula melihat kekecohan dalam parti mereka. Disebabkan ‘baru’ dapat merasai nikmat memegang kuasa dan mentadbir negeri, maka timbullah keinginan yang meluap-luap untuk mendapat tempat dan memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri mahupun parti. PAS dengan masalah golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan, DAP masalah kepimpinan anak beranak, saudara mara dan polemik perkauman. Manakala PKR dengan masalah 3A (Anwar, Azizah dan Azmin), nepotisme dan kerakusan DSAI.

Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui pembangkang juga telah banyak kita dengar. Berlaku juga penyelewengan dan penyalahangunaan kuasa. Sebagai parti yang mendokong pendekatan Kompetensi, Akauntabiliti dan Telus, sepatutnya perkara sebegini tidak timbul. Keputusan dan kelulusan sesuatu dasar, cadangan pembangunan dan pemberian kontrak dilihat menimbulkan pelbagai persoalan bukan sahaja di kalangan rakyat malahan sesama mereka sendiri. Ada yang mempersoalkan kepimpinan Menteri Besar yang mereka lantik. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tentang dominasi parti yang mengatasi kuasa eksekutif negeri.

Sejak awal pakatan mereka lagi, perbezaan asas dan teras perjuangan parti menjadi punca pertelagahan dan percanggahan sesama parti-parti komponen PR.Ianya telah lama berputik dan kini semakin bercambah. Kekecohan di Kedah dan Selangor contohnya, telah memberikan gambaran jelas berhubung perkara ini. Di Selangor berlaku pertelagahan antara DAP dengan PAS menjurus kepada isu agama iaitu berkaitan dengan isu penjualan arak. Manakala di Kedah pula berkaitan isu kaum. DAP dan PAS bertelagah mengenai kuota/peratusan pembelian/peruntukkan rumah kepada orang Melayu dinaikkan daripada 30% kepada 50% yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS.. Sehinggakan ke tahap DAPSY mengugut DAP akan bertindak untuk keluar daripada pakatan mereka di negeri yang terkenal dengan jolokan Jelapang Padi Malaysia.

Sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan, sokongan dan kepercayaan rakyat, ahli dan penyokong PR telah mula hilang. Ramai ahli telah bertindak keluar parti sehinggakan ada yang telah membubarkan ranting/cawangan mahupun cabang/bahagian. Krisis ini juga melibatkan beberapa wakil rakyat mereka yang telah keluar parti dan menjadi anggota bebas dan menyatakan sokongan terhadap BN.

Kepimpinan PR selama ini mendabik dada kerana berpendapat mereka lebih demokratik berbanding dengan BN. Namun melalui pemilihan dalam cabang PKR baru-baru ini menceritakan sebaliknya. Isu tak puas hati dan rasa diperdaya oleh kepimpinan tertinggi parti banyak yang didedahkan. Walaupun begitu, ada juga yang cuba menegakkan benang basah dengan menterjemahkan apa yang berlaku ini sebenarnya itulah demokrasi.

Apakah ertinya demokrasi sekiranya berlakunya pergaduhan, insiden baling kerusi, tumbuk menumbuk, nama tiada dalam senarai, dewan persidangan kosong, larangan masuk ke bilik pengiraan undi berlaku? Satu orang Satu Undi. Tapi kalau hak untuk mengundi tidak diberikan, apakah itu amalan demokrasi? Apakah dengan telah ada pra perancangan untuk menaikkan seseorang dalam parti itu amalan demokrasi? Apakah barisan kepimpinan ditunjuk oleh seseorang itu lebih baik daripada pilihan ahli? Adakah ini demokrasi? Mungkin inilah demokrasi yang mahu diketengahkan oleh PR kepada rakyat Malaysia?

Advertisement

2 Respons kepada “TIDAK IKHLAS PUNCA KECELARUAN”

  1. Habib Ahmad said

    Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India
    Tarikh: 1 Dhulqaedah 1431/9 Oktober 2010
    Masa: Selepas Maghrib
    Lokasi: Majlis Pengajian di Pusat Pengajian Ba’alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati (Belakang Zoo Negara)
    Acara: Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India (hadir sama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi
    Undangan pengijazahan Kitab Hadis yang 6(Bukhari,Muslim,Abu Daud, Tirdmidzi, Nasai dan Ibnu Majah) oleh Syeikhul Hadits dari Nadwatul Ulama India, Sayyid Salman Al Hussaini di Ba’alawi Kuala Lumpur

  2. Habib Ahmad said

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: