Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Semangat “ KEKOMUNISAN” masih ada dalam DAP !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 Disember 2010

Oleh : Hatta_Adnan

Semasa Persekutuan Tanah Melayu dilanda darurat lebih 50 tahun lalu, gerakan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng menjadi musuh utama masyarakat. Mereka mengganggu ketenteraman awam. Sesiapa yang tidak menyokong atau menentang perjuangan mereka merampas Tanah Melayu dari tangan penjajah British akan diugut, diseksa, dimusnahkan harta benda, dibunuh malah ada yang seluruh keluarganya dibunuh.

Begitulah kejamnya gerakan komunis ketika itu. Siapa yang halang gerakan mereka akan terima akibat buruk. Ketika itu komunis yang didominasi kaum Cina turut mendapat sokongan segelintir kaum Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD. Alhamdulullah, semua itu telah berlalu dan negara pun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.

Rupa-rupanya bibit-bibit keganasan pengganas komunis masih ada lagi. Kali ini ianya bukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi oleh parti politik pula. Dan sekarang Melayu seperti Abdullah CD pun wujud juga. Walaupun mereka tidak bertindak seperti di zaman dharurat tetapi cara mereka menentang musuh secara ugut dan gertak sama seperti yang dilakukan pengganas komunis dahulu itu. Simbahan cat merah keatas kediaman dan kenderaan masih menjadi amalan.

Tidak mustahil beberapa kes bunuh sejak akhir-akhir ini yang tidak diketahui sebabnya mugkin ada kaitannya dengan gerakan mereka. Itulah yang terjadi kepada sesiapa yang menentang kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini. Akibat terlalu lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, beliau diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu.

Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt didatangi oleh kedua-dua lelaki tersebut ketika berada di Padang Kota Lama kira-kira pukul 7 pagi semalam.Dua lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang atau bakal menerima nasib buruk jika masih berdegil.

Kepada mereka yang masih menganggap bahawa puak DAP itu sebagai kawan, berfikirlah beberapa kali sebelum terperangkap dengan penaklukan mereka. Kalau dulu komunis gagal merampas Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British setelah tentera Jepun menyerah kalah, kini komunis menyamar dalam parti politik yang sah di sisi undang-undang negara.

Sebelum mereka dapat kuasa, rakyat negara ini tidak menyedari siapa dan apa perjuangan sebenar mereka. Kini setelah sebuah negeri – Pulau Pinang, berjaya ditawan segalanya menyerlahkan ‘kekomunisan’ mereka dari segi dasar dan corak pemerintahan. Islam dan Melayu adalah musuh utama mereka.

Kalau ini pun masih tidak disedari oleh puak-puak tertentu kaum yang bersekongkol dengan mereka apa lagi yang boleh dikatakan. Tunggu sahajalah saat kebinasaannya sebuah negara, suatu bangsa dan agama suci Islam.

3 Respons to “Semangat “ KEKOMUNISAN” masih ada dalam DAP !!!”

  1. sumir said

    Hatta_adnan

    DAP tu parti yang berdaftar ..kalo pahaman komunis yg kamu fatnahkan tu benar ..sudah tentu KDN dah ambil tindakan,mana boleh parlimen boleh menerima mereka DAP menjadi orang yg menggubal perundangan negara.Bolehkah memebenarkan seorang Ketua menteri berfahaman komunis memerintah negeri Pulau Pinang????

    DAP tidak memeusuhi islam dan melayu …kebetulan Melayu Islam dari parti umno yang korup maka DAP menentang la …tak kan lah orang melayu dikerah untuk memebela melayu yang tidak amanah ini habis-habisan hehehehe……pemimpin melayu ini kebetulan dari UMNO mereka telah dibukti pengkianat dari segi ekonomi,perasuah tegar,dan memgunakan pasal(pekara 153 perlembagaan negara) untuk mengaut keuntungan peribadi dan kroni….adakah melayu macam ini yang kita nak pertahankan…..

    Melayu yang pernah memimpin pulau pinang dulu terkenal dengan berbagai gelaran….MR 10%,songlap tanah wakaf…
    DAP menang di penang sebab gerakan dan MCA kalah.sifirnya DAP menang banyak kerusi maka DAP lah jadi kerajaan dan berkerjasama dengan PAKATAN RAKYAT.

    setelah KOH so kon tak layak jadi ketua menteri maka baru lah umno tersedar dari mimpi ……sekarang penang telah di perintah oleh pakatan rakyat dan DAP menjadi KM iaitu lim guan eng…cina sudah memerintah..hehehehehe

    wong Pau nee,Lim chong u,Koh su kon mereka sebenarnya berbangsa arab ….kata umno huahuahuahua

  2. al-zarqawi said

    Sumir berkata,

    DAP tidak memeusuhi islam dan melayu …kebetulan Melayu Islam dari parti umno yang korup maka DAP menentang la …tak kan lah orang melayu dikerah untuk memebela melayu yang tidak amanah ini habis-habisan hehehehe……pemimpin melayu ini kebetulan dari UMNO mereka telah dibukti pengkianat dari segi ekonomi,perasuah tegar,dan memgunakan pasal(pekara 153 perlembagaan negara) untuk mengaut keuntungan peribadi dan kroni….adakah melayu macam ini yang kita nak pertahankan…..

    MY ANSWER,

    BAGAIMANA PULA ISU MURTAD REVATHI YG MANA KARPAL SINGH MENJADI PEGUAMNYA YG MEMNENTANG KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH ? artikel 3 dicabar disini.
    BAGAIMANA PULA DENGAN ISU AZAN YG DIPERTIKAIKAN OLEH LIM KANINABO SIANG PADA 2007 ?
    DAP DAH SETUJU KE DENGAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM ?
    INI MEMANG CONTOH MAHLUK KHAWARIJ PEWARIS PEMBUNUH KHALIFAH YG MENCABUT KETAATAN SEMATA2 TAK PUAS HATI TETANG PEMBAHAGIAN KEK EKONOMI. PAS NI MEMANG PANDAI BUAT MAKSIAT TAPI NAMANYA TUKAR MACAM BAGI ZAKAT SEHARI SEBELUM PILIHAN RAYA , ATAU BUAT KONSERT AMAL BAGI PALESTINE SEBELUM TAHUN BARU ? MAKSIAT BAKAL JADI HALAL AL TAOYIBAH YG DIENDORSKAN OLEH ULARMAK PAS DENGAN PEMOSONGAN NAS. EH WALK THE TALK LAH.
    YG PELIKNYA PAS YG KONONYA PERJUANGAN BERTERASKAN AL-QURAN DAN HADIS TETAPI ADA NASKE YG MENGHALAKAN KIYA MENJATUHKAN PEMIMPIN MUSLIM MCM PAS KHAWARIJ BUAT ? HEHE PELIK BETUL GOLONGAN Perasan Ahlul Syurga NI.

    • sumir said

      isu murtad,,,,,kan pernah Pas menjadikan usul diparlimen agar di adakan pinda perlembagaan,tapi umno tak pernah sokong …ahli parlimen umno begitu ramai diparlimen pada masa tu.1990an…tapi ditolak kerana tak perlu disegerakan alasan speker yg dikuasai oleh umno.mungkin usul tu daripada MP Marang (hadi)tapi malangnya umno sendiri x pernah berani untuk mengusulkan perkara tersebut mungkin takut kehilangan setia MCA MIC dan rakan kafir yang ada dalam BN.,,x heran lah DAP x setuju negara islam tapi UMNO yg rata2 ahlinya berkhatan pun x pernah berahi nak bincang negara islam.,,malah umno ada sejarah memeperlekehkannya celuparnya mereka mempertikaikan mengalahkan DAP lg….so bila umno nak bawa usul undang2 murtad dalm parlimen beraniiiiiii ka?????

      alooooo MCA dan MIC tu kapir zimmmi ker???????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: