Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERSUARA BIARLAH BERLANDASKAN FAKTA

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Disember 2010

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan, baik dalam kalangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya sendiri demi memenuhi nafsu untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.

Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu meitahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak diendahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihanraya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.

Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal Negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa di ketahui hujung pangkalnya?

Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak ,baru-baru ini mungkin boleh mengeembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata . ini bukanlah kali pertama raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum Negara mencapai kemerdekaan.

Yang terlibat dalam perbincangan tersebut bukan sahaja raja-raja malah ahli politik pelbagai kaum dan penjajah British. Sudah tentu pihak-pihak yang terlibat sudah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Mereka meneliti reality politik ketika itu dan jangkaan yang akan berlaku. Dua daripada wasiat tersebut yang wajar diberikan perhatian oleh setiap insane yang bernafas dibawah langit bumi Malaysia ialah:


• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang ,
tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50% , selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum-kaum lain ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

Jika kita mengaku bahawa kita sudah cukup matang, kita akan mendapati bahawa dua wasiat tersebut dapat menjawab segala pertikaian yang ditimbulkan akhir-akhir ini. Tidak ada sesiapa yang dinafikan haknya. Pengenalan slogan “ Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sekadar memperkukuhkan gagasan murni pemimpin Negara yang berjiwa besar sejak dahulu lagi.

Sejarah harus dijadikan rujukan supaya kita tidak terjerumus ke lembah kecelakaan lagi. Memang kebebasan bersuara milik setiap insane yang diakui mana-mana agama dan fahaman pun. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita bebas memperkatakan perkara yangbukan-bukan. Kita hendaklah bersandarkan fakta sebelum meluahkan pandangan. Alangkah malangnya jika negara porak-peranda gara-gara sebahagian rakyatnya tidak berhemah dalam meluahkan pandangan.

4 Respons to “BERSUARA BIARLAH BERLANDASKAN FAKTA”

  1. Syabas Bung dan selamat berjuang!
    Salam takzim
    Ruhanie Ahmad

  2. shabriduda said

    “tidak bersalah orang Melayu memperjuangkan hak orang Melayu, sama juga tidak bersalah untuk kaum lain memperjuangkan hak kaumnya”. Bagaimanapun, kenyataan ini tertakluk kepada dua syarat. Pertama, jangan gunakan perjuangan orang Melayu itu untuk memperjuangkan segelintir yang kaya dan berkuasa. Perjuangkanlah untuk mereka yang miskin dan tertindas. Kedua, perjuangkan hak kaum sendiri, pada masa yang sama jangan dinafikan hak kaum lain..Kata Dr syed HUssin Ali

    Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri,Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.- Malaysiakini

    “Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,

    “Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? kata Datuk NIK Aziz Nik MAt

    • shabriduda said

      Isu ketuanan Melayu menjadi gegak gempita apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai ‘pelacur politik’.

      Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

      Bangsa terpilih
      “Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih. Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

      Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

      Katanya, jika merujuk kepada perkataan ‘ketuanan Melayu’, ia adalah dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘Melayu’. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah “Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”
      Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

      MAKA GOLONGAN NASIONALIS AKAN MENGUNAKAN SELOGAN INI(KETUANAN MELAYU) UNTUK MENGEKALKAN KUASA POLITIK MEREKA SHAJA .HAKIKATNYA UMNO LAH YANG MAHU JADI TUAN KEPADA ORANG MELAYU YANG MENJADI PENGUNDI DAN BERKOMPROMI DENGAN MCA JADI AMAT BERSELERA UNTUK MENJADI TAUKEH KEPADA UMNO SERTA ORANG MELAYU..

      • sumir said

        Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung selogan ketuanan melayu tetapi hakikatnya mereka dok menjahanamkan tanah orang Melayu;PEMIMPIN UMNO TERBUKTI PAKAR DALAM MENGUBAH SYARAT TANAH REZAB MELAYU UNTUK PEMBANGUNAN TAPI TIDAK PERNAH DIGANTI SEMULA///BANGANG OOIIIII

        1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

        2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

        3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

        4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

        5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

        6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

        7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

        8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

        9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

        10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

        11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

        12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

        13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

        14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

        15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

        Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

        Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu

        “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”…..SETUJU????

Tinggalkan komen