Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

AGENDA MENGGANTIKAN KETUANAN MELAYU DENGAN KETUANAN RAKYAT BERMULA DI SELANGOR!!!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Januari 2011

Oleh: Kawan Lama

 

Pertemuan YAB Meteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ke bawah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam  merupakan suatu lagi gimik dan sandiwara politik pakatan pembangkang dalam usaha untuk mengaburi mata rakyat terhdap isu sebenar iaitu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat. Nampaknya, keseluruhan jentera pakatan memperkemaskan benteng pertahanan mereka untuk menangkis serangan-serangan terhadap usaha untuk merealisasikan agenda besar mereka. Isu perlantikan Khusrin Munawi sebagai Dato SUK Negeri Selangor sebenarnya dijadikan sebagai senjata percubaan dan ‘launching pad’ mereka dalam usaha untuk menghapuskan Ketuanan Melayu seperti yang telah dibentangkan oleh Presiden PKR DS Wan Azizah baru-baru ini.

Kebetulan di Selangor, YB Dato’ SUK Ramli Mahmud akan tamat tempoh perkhidmatan beliau pada Disember 2010 yang lalu. Justeru itu, berkemungkinan, inilah peluang yang mereka tunggu-tunggukan. Dalam perlantikan seseorang SUK Negeri, ia melibatkan perkenan ke bawah DYMM Sultan. Ramai di kalangan pemerhati politik percaya bahawa, YAB Menteri Besar sudah tersedia maklum akan kekosongan jawatan tersebut. Beliau juga tersedia maklum bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang di ketuai oleh KSN akan mencadangkan calon-calon baru dan nama yang paling top adalah Dato Kushrin. Sebelum nama tersebut mahu dipersembahkan ke bawah DYMM Sultan, Khalid dah buat rancangan awal untuk tidak berada di Selangor. Menurut laporan akhbar, surat makluman pihak KSN telahpun dihantar ke pejabat MB Selangor, namun disebabkan Khalid tak ada, maka sandiwara baru mula dimainkan.

Penulis amat berharap agar rakyat khususnya di Selangor sedar bahawa kekecohan yang timbul di Selangor ini adalah suatu ‘opening ceremony’ terhdap serangan kepada Institusi Raja/Ketuanan Melayu. Mereka mahu mencalarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu atas impian dan harapan untuk mewujudkan Ketuanan Rakyat. Ketuanan Rakyat yang mereka perjuangkan ini dengan jelasnya memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang menolak Institusi Raja. Maka tidak hairanlah kata-kata nista dan ugutan yang dilakuakn terhadap DYMM Sultan Selangor oleh Suhaimi Shafiei dan Aziz Bari tidak mereka kategorikan sebagai derhaka kerana bagi mereka, Sultan tiada tempat dalam perjuangan mereka. Apa yang mereka pentingkan dan agong-agongkan serta di junjung lebih tinggi adalah DSAI dan keluarga, Lim Kit Siang dan keluarga, Karpal Singh dan keluarga serta Nik Aziz dan keluarga.

Sebelum ini, isu penderhakaan pemimpin pakatan rakyat telahpun berlakukan di Perak. Apa yang berlaku di Perak terjadi tanpa dirancang. Bermula dengan wakil rakyat DAP tak mahu pakai songkok ketika majlis angkat sumpah ke bawah DYMM Sultan Perak sehinggalah saat mereka kehilangan kuasa di Perak. Peluang kedua timbul di Selangor. Kali ini mereka tidak mahu perkara yang sama berulang di Selangor. Bagi mereka isu penderhakaan tidak ada dalam kamus perjuangan mereka Ramai di kalangan pemimpin mereka khususnya Melayu PKR dan PAS akan berjuang bermatian-matian dalam mempertahankannya dengan barisan hadapannya diketuai oleh barisan peguam dan ulamak.

Alasan rakyat Selangor khususnya orang Melayu tidak sedikitpun tercuit dek permainan politik jahat lagi murahan ini adalah suatu pendustaan belaka. Menuding jari ke arah kepimpnan pusat juga tidak sepatutnya berlaku. Namun sudah menjadi kebiasaan para pemimpin pakatan pembangkang, semuanya akan dipolitikkan termasuklah isu ini dan mengkaitkannya dengan kepimpinan pusat. Permainan ini bukan sesuatu yang baru.

Pada pandangan penulis, terdapat petunjuk awal bahawa isu ini dijadikan modal pakatan pembangkang untuk mengajak rakyat untuk bersama-sama dalam perjuangan mereka menumbangkan Ketuanan Melayu. Pembohongan demi pembohiongan mereka lakukan. Mereka sanggup memperalat dan mempergunakan nama DYMM Sultan Selangor dalam usaha untuk dijadikan sandaran bagi meraih kepercayaan rakyat. Namun mainan kata-kata dan putarbelit mereka terdedah apabila penafian dan penjelasan oleh Setiusaha Sulit Sultan Selangor terhadap kenyataan yang dibuat oleh MB Selangor selepas beliau mengahdap ke bawah DYMM Sultan Selangor semalam. Menurut MB, Sultan telah menyatakan bahawa sebagai Sultan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau monolak calon-calon yang dicadangkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan. Sebenarnya bukan dititahkan oleh baginda Sultan, sebaliknya ia adalah kenyataan MB sendiri. Tambahan pulak DYMM Sultan bertanya kenapa beliau tidak menerima Khusrin, MB tak jawab langsung.

Rakyat Selangor mahukan kepimpinan negeri sedar bahawa kami amat sayangkan DYMM Sultan Selangor. Kami tidak mahu Ketuanan Rakyat. Kami tidak mahu Institusi Raja kami diperkotak-katikkan oleh politik sempit yang berteraskan tamakkan kuasa. Hentikan pembohongan. DAULAT TUANKU!!!.

Soalan Cepumas: (Dalam ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang, parti manakah yang tidak pernah suka kepada Ketuanan Melayu dan Institusi Raja??? PAS ke? PKR ke? DAP ke? Atau Ketiga-tiganya?)

3 Respons to “AGENDA MENGGANTIKAN KETUANAN MELAYU DENGAN KETUANAN RAKYAT BERMULA DI SELANGOR!!!”

  1. shabriduda said

    Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan – Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

    Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis – jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

    Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan ADUN dan ahli parlimen Selangor bagi memberi penjelasan mengenai cadangan untuk memanggil sidang DUN tergempar hujung bulan ini.

    Pertemuan itu adalah bertujuan menjelaskan cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

    Keputusan itu dibuat setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam kelmarin untuk menyelesaikan pertikaian isu pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi 1 Januari lalu.

    Khalid dilaporkan berkata Sultan Sharifuddin bertitah baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)..

    Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

    Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut.

    Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu.

    Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak.

    Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno.

    Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno.

    Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin.

    Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor,iaitu UMNO

  2. sumir said

    “Riuh gegak gempita saentro pulusuk dunia Malaysia oleh pemimpin UMNO dan juak-juak UMNO yang mukanya bertopengkan manusia namum hakikatnya jiwa dan tindakkannya bagaikan melindungi sesuatu yang tersirat. Apakan tidak rakyat menderita dan merana BEBAN HARGA BARANG PENGGUNA NAIK TAMPA KAWALAN KERAJAAN DAN KEBINET DATUK NAJIB RAZAK.

    Isu “mengeritik” raja dan sultan dijadikan isu besar, solah-olah raja dan sultan tidak boleh disentuh dan dikritik. Ingat raja dan sultan adalah manusia. Bezanya raja dan sultan berada dipuncak kuasa dan dihiasi dengan sedikit kemewah dan kemudahan.

    Raja dan juga ada kala tersilap dan membuat silap yang boleh membawa pada kepada kerajaan dan rakyat jelata. Terutama silap mendengar pandangan dari ketua kerajaan. Ingat raja dan sultan bukan nabi dan ada kelemahan sebagai seorang insan yang dujadikan oleh yang Maha Esa.

    Kritik raja dan sultan tidak sama dengan menyumbah “BINATANG”/NATANG kepada raja dan sultan seperti mana dilakukan oleh umno idris jusuh di teranganu semasa krisis pemilihan menteri besar. Malah UMNO adalah GURU yang utama menghina raja dan sultan. UMNO adalah watak utama dalam “krisis perlembangaan denagn Istana. Semua komponen BN menghina dan merubah segala “ketuanan sebagai seorang raja dan sultan dalam krisis perlembangan dalam era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad.

    Raja dan sultan ketua negara dan negeri. Jangan sama dengan seorang nabi yang tidak pernah membuat dosa dan bersifat “maksum”. Raja dan Sulta juga tidak lari membuta salah tafsir terutam dalam melaksanakan tugas. Sejarah terbukti jika raja dan sultan atau ketua negara tidak boleh ditegur/kritik, negara hancur.tapi umno lebih biadap sanggup menghina intitusi raja ..beza lah antara HINA RAJA dan keritik raja

    Jadik kritik raja tidak boleh dijatuhkan hukum bunuh. Sepatutnya yang menghina raja dan sultan perlu diambil tindakkan dan dihukum bunuh atau gantung sampai mati. Sanggupkah pemimpin UMNO/BN bertindak?…..memang dasar umno pengkhianat bangsa, hina raja dan sultan, ugama, bahasa dan tanah air milik bangsa Melayu dulu kini dan selamanya.

  3. abg joe said

    KENAPAKAH UMNO DAN PERKASA BERIYA2 SANGAT MAHUKAN KUSRIN JADI S.U.K

    Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis ‘muka tebal’. Biar dia macam ‘cacing kepanasan’, biar dia macam ‘kupang tembaga’, biarpun dia terus tersengih macam ‘kerang busuk’, Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri.

    Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

    Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar.

    Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN.

    Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN.

    Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan.

    Berdasarkan ‘track record’, Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi ‘key player’ Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

    Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan.

    Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN.

    Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan.

    Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah ‘titah tuanku’ (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis.

    Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan ‘hasrat beliau’ tercapai.

    Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno.

    Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor.

    Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993.

    Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga.

    Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

    Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno.

    Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN.

    Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

    Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak ‘di atas nasihat’ PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan.

    Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen.

    Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak ‘memekik melolong’ dengan pekikan ‘Daulat Tuanku’, sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu.

    Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang ‘menelanjangkan kehormatan’ Raja-Raja Melayu.

    Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja.

    Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu ‘back-fire’ kepada mereka.

Tinggalkan komen