Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

CINTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 12 Januari 2011

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara?

Sudah pasti , bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut meggunakan pendekatan yang sama ( seperti kerajaan sekarang ) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan – golongan pemprotes jalanan.

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulin. Sehingga kini apa yang jelas, perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang penting daripada cita-cita tersebut walaupun terpaksa meggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

Ternyata dalam cinta tiga segi PAS-PKR-DAP, parti yang paling rugi adalah PAS. Semua tahu matlamat utama PAS adalah menubuhkan sebuah negara islam. Dan , jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan PAS untuk menubuhkan sebuah negara islam?

Bak kata Karpal Singh “ Langkah mayat saya dulu “. Betullah kata orang juga , bila tengah “ BERCINTA “, Kentut pun bau wangi !! Anwar Ibrahim dalam apa cara sekali pun akan memastikan “ Kentut “ DAP sentiasa wangi bagi PAS. Pakatan rakyat bimbang beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam kisah cinta “ THE THREE BEAST “ ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam setiap protes jalanan yang diadakan tanpa perlu menggerakkan jenteranya. DAP telah berjaya menggerakkan hampir beribu-ribu macai untuk “ berjuang “ bagi kepentingannya, paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang PAS dan PKR. Sikap “ YES BOSS ! “ PAS inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP .
Namun sampai bila? Bak kata perpatah” Habis Madu, Sepah di buang ! “ . DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan PAS. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, PAS akan diludah, diterajang keluar dari Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP.

Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi?

Fikir-fikirkanlah…..

5 Respons to “CINTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP”

  1. abg joe said

    Salam sejahtera…

    Agak-agak hangpa semua, beranikah PM 1Malaysia menyahut cabaran DSAI berdebat dengannya… Ada sesiapa yang berani mengatakan Najib berani…..

    Tercirit biritlah Najib kalau berani…. Kalaulah Najib berani, dan berjaya meyakinkan rakyat dalam debat tersebut, aku sarankan kita ramai-ramai isi borang keahlian UMNO…. Setuju!!!…

  2. shamshul anuar said

    Saudara Abg Joe,

    Zalimlah Najib jika sambut cabaran anwar. Anwar sekarang bergelut dengan masalah peribadi. Beliau dituduh meliwat dan orang yang menuduh sudah bersumpah laknat. Tetapi Anwar enggan bersumpah. Kenapa? Jika saya ditempat Anwar dan saya ( kiranya difitnah), saya akan bersumpah berkali kali. Saya akan panggil pemberita dari serata dunia. Berita saya bersumpah disiarkan di serata dunia.

    Saya juga akan bersumpah di Pekan. kawasan Najib.

    Nasihat saya pada anwar, selesaikan masalah peribadi. BERSUMPAH seperti yang Saiful buat jika yakin kebenaran dipihak anda. Tak perlulah fikir masalah negara kerana Anwar bukan PM. Itu tanggunjawab PM. Anwar mesti sedar( kalau masih bermimpi) yang tiada siapa yakin beliau boleh mentadbir negara dengan baik.

    Yang sokong beliau pun tahu peribadi beliau. Mereka sokong anwar hanya kerana Anwar akan “terhutang budi” pada mereka. Mereka “melabur” untuk anwar bukan sukarela. Ada benda yang mereka mahu.

    Ramai orang Melyu pandang mudah perkara ini. Mereka tidak sedar jika UMNO tumbang, yang akan ambil alih kuasa oalah DAP. DAP pun menyampah dengan PAS. Tetapi PAS diperlukan untuk menjatuhkan UMNO. Jika ditakdirkan UMNO tumbang, maka PAS pun akan ditendang sama.

    • abg joe said

      Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

      (anwar pakatan rakyat and najib BN and budget malaysia), adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

      serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

      Anwar berkata dengan hanya menangani dua masalah – rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) – Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

      • abg joe said

        Ketua Pembangkang dan wakil pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau merupakan individu yang mendakwa program 100 hari pembangkang tidak bertanggungjawab.

        Menurutnya, cabaran itu juga dibuat atas kapasiti Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

        Keputusan itu katanya, dicapai pada Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut,

        Bukankah malaysia nak jadi negara maju ….Trend berdebat antara pemimpin tertinggi parti politik dan disaksikan oleh rakyat sering diadakan di dunia.ayuh la Najib apa nak takut awak kan pemimpin terbaik negara.sahut lah janganlah membelasah orang melalui media sahaja.bagi lah ruang untuk mangsa menjawab.

        adakah ini benar dakwaan (wikileaks) malaysia negara makmur tapi sayangnya di urus oleh pemimpin politik yang tidak cekap(BN).

  3. Habib Ahmad said

    JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله – SHAFAR 1432H/JANUARI 2011

    10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)

    KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
    11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD)
    KULIAH SHUBUH DI MASJID KOTA DAMANSARA;
    ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 – 11.00 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
    WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
    KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
    14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
    WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM

    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM

    BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: