Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MELAYU SEDANG MENGHADAPI PERSIMPANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 12 November 2010

Oleh: Anak kecil dari gunung

Kaum Melayu, Cina dan India di negara ini mengalami masalah perpaduan  “dalaman” masing-masing selepas PRU ke-12. Namun dari satu sudut lain, penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak pula mempunyai ikatan keakraban yang lebih baik berbanding dengan penduduk yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Mengapa perkara ini masih berlaku?

Mungkin salah satu sebab utama ialah semangat etnosentrisme lebih tinggi wujud dalam kalangan penduduk di Semenanjung, perkara ini sukar diubati walaupun sudah lebih daripada 53 tahun Negara ini merdeka.

Mengapa orang Melayu sekarang tidak bersatu apabila menyentuh hal ehwal kaum mereka? Berbeza daripada orang Cina, walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang tidak sehaluan, mereka tetap bersatu di dalam isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka seperti hal ehwal ekonomi, pendidikan dan identiti kebudayaan. Perbezaan senario antara kaum Melayu dengan Cina ini perlu diteliti dari perspektif sosiologi kerana melibatkan hubungan antara (inter)dan dalam (intra) sesebuah kaum.

Soalnya adakah perpaduan Melayu ini perlu lebih diutamakan berbanding dengan perpaduan nasional? Hakikatnya sekarang perpaduan dalam kalangan orang Melayu sedang menghadapi persimpangan. Punca utama perbalahan orang Melayu disebabkan oleh perbezaan fahaman politik. Mereka terpisah kerana ingin mempertahankan kedudukan kepartian masing-masing. Hubungan “intra” yang tidak kukuh ini sebenarnya melemahkan reputasi kaum Melayu sendiri dari kaca mata kaum bukan Melayu.

Kesepaduan dalaman kaum Melayu amat terbatas. Misalnya antara PAS dengan PKR, mereka tidur sebantal, tetapi mimpinya berlainan. PAS dan PKR lebih mengutamakan hubungan dengan DAP berbanding dengan UMNO dalam membincangkan hal ehwal dan kepentingan kaum Melayu. Pada masa yang sama, DAP pula lebih memfokuskan kewujudan sebuah negara sekular yang berprinsipkan kesamarataan.

Manakala UMNO pula masih diperingkat awal pemilihan selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Kemenangan besar UMNO dalam pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi tidak boleh dijadikan ukuran bahawa sokongan keseluruhan orang Melayu di negara ini sudah kembali kepada UMNO.

Perpaduan Melayu penting sebagai teras kepada perpaduan nasional. Selagi kaum Melayu belum bersatu, selagi itu amat sukar untuk Malaysia mencapai perpaduan nasional. Hal ini kerana kaum Melayu dan bumiputera merupakan majority penduduk negara ini iaitu sekitar kira-kira 62 peratus.

Mahu atau tidak mahu, kaum bukan Melayu perlu membantu kaum Melayu untuk bersatu agar dapat memajukan negara dan mengekalkan kedamaian. Namun, masalah utama yang berlaku di negara ini adalah ideologi politik kepartian yang melampau sehingga kaum lain, misalnya etnik minoriti seperti orang asli terus terpinggir daripada menikmati pembangunan seperti masyarakat arus perdana. Hal ini kerana orang asli tidak dianggap radar politik mereka melainkan untuk mendapat undi menjelang pilihanraya.

Menurut Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam buku, Modul Hubungan Etnik, (2007), “Politik perkauman menimbulkan perasaan tidak senang hati dan menyemarakkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu oleh segelintir ahli politik dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak”.

Bagaimana pula dengan semangat perpaduan terutama dalam konteks komponen BN? Semangat perpaduan dalam komponen BN juga perlu dirapatkan selepas “meletupnya” isu Hindraf yang pengaruhnya menenggelamkan MIC dan drama politik pucuk pimpinan tertinggi MCA baru-baru ini.

Semua masalah yang berlaku dalam parti komponen boleh mengundang petaka yang besar kepada BN khususnya UMNO. Malah hal ini turut menghambat perpaduan BN yang mementingkan perpaduan nasional.

2 Respons to “MELAYU SEDANG MENGHADAPI PERSIMPANGAN”

  1. sumir said

    MIC bantah larangan bina kuil di kawasan Islam
    Nov 12, 10 6:21pm

    Keputusan kerajaan Selangor yang melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu menimbulkan kemarahan MIC yang menuntut ia ditarik balik.

    Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan kerajaan Pakatan Rakyat itu mencerminkan kecetekan pemahaman berhubung perhubungan kaum di Selangor.

    “Adakah ini bermakna orang Islam dan bukan Islam tidak boleh tinggal bersama? Tidakkah anda berjanji kepada pengundi bahawa jika parti anda menang (pada pilihan raya umum lalu), anda akan berlaku adil kepada semua bangsa dan memberi layanan saksama?” soal Samy Vellu dalam satu kenyatataan hari ini.

    Samy Vellu mengulas jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di dewan undangan negeri Selangor, semalam.

    Khalid, semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua), berkata rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina sebarangan bagi mengelakkan ketegangan kaumKatanya, keputusan baru ini berikutan kes ‘protes kepala lembu’ yang menyaksikan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam menunjuk perasaan sambil membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan perumahan mereka

  2. sumir said

    MCA dan MIC adalah cina hindu kafir zimmi Kesimpulannya bukan islam dalam BN baik2 belaka..mereka perlu dilayan mesra huahuahuahau

    Isu M.Moorty:IKIM bantah pindaan keatas Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

    Sementara itu dalam perkembangan lain sepuluh menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama.

    Isu Sarjan M. Moorthy atau Muhamad Abdullah menjadi polimek bila berlaku perebutan mayatnya setelah meninggal dunia pada 20 Disember lalu kerana memeluk Islam tanpa pengetahuan isterinya S. Kaliammal.

    Akhirnya mayatnya dikebumikan oleh JAWI pada 28 Dis berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam dan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campurtangan dalam kes berkenaan.
    Bernama melaporkan sepuluh menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

    Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili; Menteri Pelancongan Datuk Dr Leo Michael Toyad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.

    Menurut Dr Ongkili, memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet Rabu.

    “Cadangan itu akan dikaji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; dan Peguam Negara. Mereka akan membuat perakuan wajar untuk tindakan lanjut,” katanya .

Tinggalkan komen