Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT MENTADBIR…. ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang di tadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di tabur kepada rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.


Kewibawaan kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) meghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan hati rakyat. Mereka cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.


Punca yang menyumbang kepada permasalahan ini ada kerana mereka langsung tidak tahu latar belakang dan cara mentadbir masyarakat pelbagai kaum.


Pembangkang menggunakan politik keselesaan sebagai salah satu faktor untuk meraih sokongan dan ia menjadi masalah apabila mereka terlupa tentang corak sosial di negara ini. Keputusan yang dibuat bukan hanya mengambil kira untung atau rugi tetapi keharmonian, kesepakatan dan kerjasama dikalangan masyarakat. Apabila pakatan pembangkang memerintah, keadaan lebih buruk berlaku apabila para pemimpinnya gagal membuat keputusan dengan tepat dan tidak mengambil kira pandangan masyarakat yang berkaitan.


Ketika mereka menjadi pembangkang, amat mudah bagi mereka mempertikaikan kerajaan dibawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.


Hakikatnya apabila mereka mentadbir, ia tidak semudah seperti yang mereka cuba lakarkan sewaktu mereka menjadi pembangkang dahulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: