KELABAAN POLITIK LEBIH DIPENTINGKAN OLEH PAS
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 12 Oktober 2010
Oleh: Kawan Lama
“PAS akan dibubarkan. Semua ahli PAS akan masuk UMNO. Syaratnya UMNO mesti meletakkan Islam sebagai perjuangannya”. Begitulah kenyataan yang dibuat oleh YAB Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS tidak lama dulu. Apakah ini suatu kenyataan ikhlas dan jujur atau ia hanya merupakan suatu kenyataan politik semata-mata dari seorang yang dipandang oleh penyokongnya sebagai seorang ulamak besar PAS?
Sebelum kita pergi jauh ke dalam topik ini, penulis ingin membawa pembaca merenung kembali kenyataan yang pernah dibuat oleh Nik Aziz sebelum perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau menyatakan akan melepaskkan jawatan dan berhenti politk sekiranya TDM meletak jawatan. TDM telahpun letak jawatan lebih dariada enam tahun. Nik Aziz masih lagi tidak mengotakan janji beliau walaupun tanpa ada desakan atau pengaruh orang ketiga. Sebagai seseorang yang dipandang ulamak besar di kalangan mereka dalam PAS, beliau sepatutnya mengotakan apa yang dikata. Namun sehingga ke hari ini beliau masih sayang nak lepaskan jawatan. Di sini sahaja kita boleh sedikit sebanyak menilai tindakan Nik Aziz. Ia lebih menjurus kepada kepetingan dan tindakan politik.
Berbalik kepada tawaran Nik Aziz terhadap UMNO. Bagi penulis, kalau rujuk kenyataan di atas (perletakan jawatan TDM), tawaran Nik Aziz untuk bubar PAS merupakan suatu ungkapan dibibir sahaja. Tiada keikhlasan sebenar. Persoalan yang bermain di fikiran umum adalah;
- Kenapa PAS sanggup untuk bersatu/bersama dengan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang secara terangan-terangan memperjuangkan hak kebebasan beragama dan mempertahankan hak orang Islam untuk murtad?
- Mengapa PAS sanggup bersekongkol dan bersama-sama dalam perjuangan DAP dan PKR ini?
- Adakah PAS kini dah liberal?
- Apakah PAS kini sanggup ‘mengorbankan’ perjuangan mereka menegakkan negara Islam di Malaysia dan melupakan perlaksanaan Undang-Undang Islam (Hukum Hudud) hanya kerana mahu bersama dan di terima dalam pakatan pembangkang?
- Mengapakah PAS tidak berani mempertahankan perjuangan mereka bila berhadpan dengan DAP?
- Kenapa PAS tak letakkan syarat kepada DAP dan PKR untuk menerima menerima baik perjuangan PAS?
Penulis yakin pemimpin PAS dah ada jawapannya. Baik NIk Aziz mahupun Hj Hadi, Nasaruddin, Salehhuddin Ayub, Mahfuz, Mustafa Ali dan yang lain akan menyatakan bahawa ini adalah strategi PAS. Depan DAP dan PKR kita pakat-pakat senyapkan je mengenai hal ini. Tapi depan penyokong PAS, kena cakap kita masih tetap dengan perjuangan sebenar PAS. Kita maklumkan kepada mereka (penyokong) bahawa dengan bertindak mendiamkan diri, PAS akan dilihat DAP dan PKR telah bersedia ‘ketepikannya’ (perjuangan PAS). Inilah strategi politik PAS masa ni. Dengan cara begini, PAS dah untung. Dapat perintah dua negeri lagi iaitu Perak dan Kedah. Bila PAS dah dapat kuasa pemerintahan di negeri-negeri yang baru, mereka akan buat sepertimana di Kelantan. Penulis yakin, kalau PAS memerintah seperti di Kelantan, maka negeri-negeri baru yang mereka perintah akan juga terkebelakang macam Kelantan.
Tambahan pula, mereka kena berhati-hati. Perak la ni dah terlepas pada BN. Tinggal le Kedah je Kalau bising-bising, nanti terlepas pulak Kedah. Kan barisan pemuda DAP, DAPSY, dah melenting kat kepimpinan PAS Kedah kerana dah buat sesuatu yang tak selari dengan dasar DAP. DAPSY dah ugut nak suruh DAP keluar daripada pakatan di Kedah. Haru biru dibuatnya.
Selain itu, PAS acapkali mengamalkan ‘double’ standard’ dalam banyak perkara. Pertama, dalam isu syarat ‘mahu bersama’ UMNO. Dengan UMNO, mereka suruh UMNO tukar dasar tapi bila bersama DAP dan PKR tak pulak tuntut rakan komponen tukar dasar atau setidak-tidaknya menerima dan menghormati perjuangan PAS. Malahan sebaliknya yang berlaku. PAS pulak dengan rela dan bangga kesampingkan perjuangan mereka. Kononnya .demi untuk membuktikan kesetiaan dan keikhlasan PAS terhadap rakan komponen mereka, DAP dan PKR.
Kedua, dalam soal memberikan fatwa. Salah satu fatwa yang diketengahkan oleh pemimpin PAS pada tahun 1963 adalah “Mengkafirkan UMNO”. Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan kepada hubungan baik dan kerjasama antara UMNO dengan parti komponen bukan Melayu/Islam iaitu MCA, dan MIC. Fatwa ini diperkukuhkan lagi melalui Amanat Haji Hadi pada awal tahun 80-an. Disebabkan fatwa ini maka timbul pula isu Haram Memakan Sembelihan Orang UMNO, Bermenantukan Orang UMNO Sama Seperti Menghalalkan Perbuatan ZIna, Berimamkan Imam yang dilantik kerajaan UMNO tak sah, sehinggakan ke tahap fatwa yang lebih ekstrim iaitu mereka Halalkan Darah Orang UMNO Bagi Orang PAS. Haru biru umat Islam dibuatnya. Ada pasangan suami isteri yang bercerai berai, ada yang telah memutuskan hubungan silaturrahim, wujudnya sembahyang dua imam dan macam-macam lagi.
Hari ini PAS bersekongkol dengan DAP, apa ceritanya? DAP terang-terang menolak perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia. Malahan DAP juga tetap dengan pendirian mereka agar Malaysia tidak perlu dan tidak akan dilihat sebagai sebuah negara Islam. Hari ini PAS bersama-sama dengan DAP untuk serang UMNO yang selama ini telah berjaya meletakkan Malaysia pada pandangan dunia luar sebagai negara Islam contoh. Apa pulak hukumnya?
Tapi seperti biasalah, pemimpin PAS khususnya Nik Aziz akan ada alasannya untuk mengaburi mata penyokong tegar PAS. Mereka menyamakan tindakan dan kerjasama dengan DAP seperti Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi Muhammad S.A.W dengan pihak kafir Mekah. Bila guna atau sebut nama Nabi aje, maka semua orang PAS akan kata tindakan pemimpin PAS semuanya betul. Tapi mereka tak sedar sebenarnya pemimpin mereka nak ‘cover’ atau alih perhatian penyokong mereka daripada fatwa 1963 yang telah dibuat sebelum ini.
Nabi mengadakan persefahaman untuk selamatkan umat Islam. Manakala PAS pulak bersekongkol dengan DAP untuk menafikan kejayaan UMNO dalam menyiar dan memartabatkan Islam di Malaysia. Bagi pemimpin PAS, kalau bukan PAS yang buat, semuanya bukan Islamik. Sebab tu sanggup bersama DAP dan PKR untuk hentam UMNO walaupun tahu DAP khususnya dan PKR amnya memperjuangkan sekeluarisme dan hak kebebasan manusia. Kedua-duanya secara langsung dan tidak langsung menolak dasar dan undang-undang Islam. Jadi pakatan dan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR nak dikategorikan macam mana?
Kalau nak bagi contoh banyak lagi. Namun cukup le setakat ni. Kita boleh nilai tindakan PAS selama ini. Imej Islam dan ulamak diperdagangkan hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Bukan untuk menegakkan syiar Islam. Disebabkan beginilah rupa PAS, maka DAP dan PKR telah memperkudakan mereka. Pemimpin PAS bukan sahaja digunakan untuk menyerang UMNO malahan pemimpin mereka sendiri. Seorang pemimpin kanan PAS di Selangor yang cuba memberikan cadangan mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai 24 jam atau di kawasan perumahan penduduk Islam majoriti juga telah dikenakan tindakan yang agak keras.
PAS juga telah diperalatkan dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam sebuah buletin agama Kristian. Walaupun pemimpin PAS tahu dalam konteks Malaysia, penggunaan ALLAH itu boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia, PAS tetap memberikan sokongan dan mempertahankannya dengan hujah-hujah faktor sejarah dan memberikan contoh-contoh penggunaan kalimah ALLAH negara Arab. Tambahan pula, buletin tersebut mahu diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Takkan le pemimpin PAS tak faham niat disebalik tu?
sumir said
Kenapa penulis artikel di atas tak pernah mempertikaikan parti perkauman melayu(UMNO) bersekongkol dengan parti perkauman cina(MCA)serta parti perkauman INDIA(MIC)extremis hindu HINDRAFF MAKKAL SAKTI .PBS terkenal sebagai parti yang dahulunya pernah dituduh parti kristian kerana di pinpimpin oleh paderi terkenal Joseph pairin kitingan MEREKA LAH YANG BANYAK MENUNTUT PELBAGAI KEISTIMEWAAN BAGI KAUM MEREKA KERANA MEREKA ADALAH PARTI PERKAUMAN SEHINGGA MEMBUATKAN ORANG MELAYU TERPAKSA DITOLAK BERANSUR-ANSUR.dan 15 buah parti lain yang berlakon di sebalik tajuk BN.
PAS akan jadi suci bila sanggup bersama ikut telunjuk dengan umno dalam BN???????
bukan fatwa hadi tapi garis panduan perkara2 yang boleh membatalkan akidah seseorang islam apa seseorang muslim menolak islam sebagai sebuah perundangan tertinggi bagi umat islam.dasar parti lah yg membezakan umno dan pas.DAP menetang sebuah negara islam biasa lah mungkin mereka kebanyakan di pimpin oleh orang buakn islam tapi yang herannya UMNO tak pernah menyokong Apa yang di perjuangkan oleh PAS…Kebetulan UMNO lah yang paling kuat memberi ruang kepada MCA dan MIC untuk menakut2 orang bukan Islam sekiranya islam itu dijadikan pelembagaan negara,30 tahun Pas melakukan penerangan kepada rakyat malaysia baru lah kini Pas telah dihampiri oleh orng bukan islam oleh itu kenapa UMNO cemburu dengan kejayaan ini…..
UMNO tidak pernah takut pada PAS dan Pakatan rakyat tapi apa yang umno takut ialah kepercayaan rakyat kepada memimpin negara semakin menghakis ..Melayu umno takut hilang kuasa????tapi Melayu Pas dna Melayu PKR akan mengantikan kerusi parlimen dna kerusi DUN yang melayu UMNO tewas.
umno amat risau kalau orang bukan islam tidak takut bersama PAS dan sanggup menjadi ahli bersekutu parti tersebut(PAS) dan Orang melayu sudah berani mengundi DAP dikawsan majoriti campuran.orang melayu tak mahu lagi mengundi calon2 dari MCA dan MIC.
TEori CINA DAP akan memjadi menteri besar dan Pedana menteri jika umno tewas sudah menjadi bahan ketawa,kerana perlembagan melindungi kuasa melayu di negeri yang Bersultan dan yang di pertuan agong.
kenyataan NAJIB presiden UMNO yg bersetuju mengatakan kaum CINA bukanlah pendatang semasa merasmikan mesyuarat agong MCA baru2 ni….
Ucapan presiden MCA menyatakan MCA akan berjuang supaya peruntukan ekuiti 30% kepada melayu @ umnoputra di kaji semula di majlis yang sama.(MANA SUARA PEJUANG MELAYU (PERKASA,GPMS,UMNO,DAN PENULIS BLOG YANG BERDARAH KERIS BERANI MENYANGGAH KENYATAAN 2 PEMIMPIN SUCI INI.
sumir said
“Meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan, parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.” – Chua Soi Lek
Kemaruk Najib kepada undi orang-orang Cina seperti kucing jantan kemaruk betina. Kini dia bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, asalkan undi orang Cina memihak kepada BN.
Najib sebagai Presiden Umno adalah sebaris dengan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Najib tidak kisah siapa Soi Lek asalkan dia boleh menarik pengundi Cina. Dan, samada Soi Lek boleh menariknya atau tidak, Soi Lek perlu dipergunakan untuk tujuan itu.
Berbanding dahulu, kini orang-orang Cina mula dihargai oleh Umno. Kalau dulu pemimpin Umno mengajar orang Melayu ‘menumbuk Cina’ melalui kursus BTN, kini dimana-mana sahaja pemimpin BN menggonggong Cina macam ibu kucing menggonggong anak.
Soi Lek hentam PAS dalam ucapannya. Semasa dia hentam PAS, dia tidak sedar dia turut menghentam Islam. Soi Lek boleh hentam PAS dari sudut lain, bukan dari sudut agama.
Soi Lek kata PAS ‘berpendirian autokratik Islam’? Itu bahasa lunak Soi Lek. Maksud tersiratnya ialah, kalau PR menang, PAS akan menggunakan Islam untuk menindas orang bukan Islam.
Bagi Soi Lek pendirian Islam PAS akan menyusahkan orang Cina. Pendirian ‘negara Islam’ PAS dan usaha PAS memastikan Islam ‘berkuasa’ walau pun bersama PR mengancam kehidupan masyarakat Cina atau orang bukan Islam.
Najib pula menjadi ‘nasi tambah’, menyokong Soi Lek dengan membangkitkan isu ‘langkah mayat saya dulu’ oleh Karpal Singh. Ucapan Karpal dieksploit untuk menggambarkan kepada orang Cina bahawa Karpal juga tidak setuju dengan Islam kerana Islam turut mengancam kehidupannya.
Najib dan Soi Lek cuba memasukkan ke dalam otak orang MCA bahawa Islam tidak sesuai untuk orang Cina. Cuma disebabkan PAS adalah parti Islam, maka sasarannya adalah PAS. Najib dan Soi Lek mengebom perahu untuk membunuh nakhoda dan penumpangnya.
Kalau Soi Lek dan Najib tidak berhasrat menghina Islam, mengapa mereka perlu menghentam PAS dari sudut agama sedangkan mereka boleh menghentam PAS dari sudut lain?
Mungkin bagi Najib dan Soi Lek, apa yang mereka maksudkan adalah ‘Islam PAS’. Kalau orang Cina dan bukan Islam mahu selamat mereka mesti menerima ‘Islam Umno’.
Ini juga adalah penghinaan kepada Islam secara tidak langsung bahkan ini lebih teruk. Orang Cina akan lebih susah jika berada di bawah ‘Islam Umno’ yang bersekongkol dengan Israel yang memusuhi semua orang termasuk orang Cina.
Kalau Soi Lek tidak mendapat gambaran yang betul mengenai Islam, bahkan kalau dia memusuhi Islam sekali pun, itu kurang menghairankan. Namanya pun Soi Lek dan kawannya pula adalah Umno.
Sedihnya, kalau Najib jahil tentang Islam, kemudian menghina Islam di hadapan Soi Lek, bolehkah orang Islam di Malaysia termasuk orang Islam Umno memaafkan Najib?
sumir said
Di kala kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan buku teks agama percuma kepada rakyatnya yang beragama Islam, Najib pula sempena mengambil hati penyokong Cina MCA, beliau telah mengumumkan seluruh utiliti bill bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina akan ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional..
Sesungguhnya kita tidak hairan dengan percaturan politik perkauman Najib ini..masihkah anda ingat bagaimana dlm keadaan terdesak di PRK2 sebelum ini seperti pada PRK Sibu dan PRK Bagan Pinang..demi kuasa dan sokongan bukan Melayu, Najib sanggup memberi umpan projek dan wang (rasuah) kepada mereka dlm angka yang jauh lebih tinggi..
sumir said
MANA PERKASA,GPMS DAN UMNO!!!!!!!!
MANA HATTA,MANA DERAOH!!!!!!!!
PRESIDEN PARTI SAKA BANGSA MELAYU(UMNO) SUDAH KELIRU
Tahniah juga kepada PM Najib yang telah “meminda” buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang “setia” kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.
PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang “setia” kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti)SAMMY VELOOOOOO terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.
Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.
Habib Ahmad said
Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.
Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Zahir (Masjid Negeri, Kedah) Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Asyakirin, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Tanjung Aru, WP Labuan
Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid At-Taqwa, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor
Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
blog pondokhabib wordpress
Pak Pandir said
Assalamualaikum Sdr Sumir
Saya yakin bahawa Sdr merupakan seorang pendokong utama perjuangan PAS. Saya juga percaya Sdr bukan seorang penyokong kuat kepada DAP dan PKR walaupun walaupun ketiga-tiganya duduk di bawah payung PR.
Untuk pengetahuan Sdr, pembentukan parti-parti politik di Malaysia mempunyai perkaitan rapat dengan latar sejarah dan etnik. Sebelum merdeka, Tanah Melayu (Malaysia) hanya mempunyai Persatuan-Persatuan (NGO) yang mewakili kehendak etnik/kaum, organisasi perniagaan sosial dan keagamaan. Kewujudannya lebih di negeri-negeri berbanding dengan peringkat nasional.
Terbentuknya parti politik di Tanah Melayu pada masa itu berlaku bolehlah ditafsirkan sebagai secara ‘tidak dirancang’. Terapat pelbagai institusi atau pertubuhan yang mewakili kaum masing-masing. Secara tepat lagi, ia didasarkan kepada konsep peneriamaan umum sebagai mewakili warga Tanah Melayu dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripda belenggu penjajah.
Semasa penjajah Inggeris ingin memperkenalkan Malayan Union dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan lagi penguasaan mereka terhadap Tanah Melayu, kesedaran daripada pemimpin Melayu yang di ketuai oleh Dato OInn Jaafar telah berjaya menyatukan semua orang Melayu baik secara individu mahupun persatuan-persatuan anak negeri dan sosial termasuklah golongan agama di bawah bumbung PERKEMBAR. Maka pada 11 Mei 1946 maka terbentuklah UMNO yang akhirnya berjaya menyelamatkan bangsa, agama dan negara khususnya yang melibatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan hak bangsa Melayu. Peristiwa bwersejarah ini telah meletakkan dan mengiktiraf UMNO sebagai parti politik pertama di Tanah Melayu. Kejayaan menggagalkan Malayan Union ini menjadi pencetus kepada tuntutan yang lebih besar iaitu kemerdekaan Tanah Melayu.
Di sinilah bermulanya era kerjasama parti-parti politik di Malaysia. Kerjasama politik antara kaum pertama bermula pada tahun 1952, di mana UMNO dan MCA bergabung di bawah parti Perikatan dalam menghadapi Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Melihat kejayaan gabungan UMNO-MCA pada pilihanraya tesebut, Melihat kepadakejayaan cemerlang gabungan UMNO-MCA ini akhirnya menarik minat MIC untuk bergabung sama dalam mengahadapi Pilihanraya pertama Tanah Melayu 27 Julai 1955. Gabungan UMNO-MCA-MIC di bawah lambang ‘Kapal Layar’ Perikatan ini telah memberikan kemenangan besar iaitu 51 daripada 52 kerusi yang di pertandingkan. Kabinet Menteri Pertama dibentuk dan diwakili oleh pelbagai kaum melambangkan keberanian, keyakinan dan penghargaan oleh kerajaan Perikatan terhadap kaum di Tanah Melayu. Ia juga langkah pertama dalam konsep kongsi kuasa yang diamalkan oleh negara sehingga kini.
Lebih kuran dua bulan selepas mengecapi kemerdekaan, iaitu pada 30 Oktober 1957, maka gabungan dan kerjasama maka Perikatan (Allianca) didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Dasar dan perjuangan parti masing-masing dikekalkan kerana itu asas penubuhan parti masing-masing. Namun agenda utama negara meletakkan kepentingan perjuangan nasional terkehadapan.
Sebuah majlis yang mewakili setiap parti yang di kenali sebagai Majlis Kebangsaan yang dianggotai oleh UMNO (16 orang), MCA (16 orang) dan MIC (6 orang) juga telah dibentuk. Dengan kerjasama, keyakinan terhadap usaha murni parti Perikatan ini, akhirnya lahirlah Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Septembar 1963 (Sabah dan Sarawak).
Kemuncak kepada kepercayaan dan kerjasama antara Melayu denga bukan Melayu adalah dengan terbentuknya Barisan Nasional pada 1 Julai 1974.
Kalau melihat kepada kejayaan-kejayaan dan kerjasama yang didokongi oleh fakta sejarah ini, di manakah letaknya perkataan perkauman yang Sdr ungkapkan?
sumir said
AKAK SUMIR TAK KATA UMNO,MCA DAN MIC PARTI PERKAUMAN TAPI SELURUH DUNIA TAU HAKIKAT SEBENAR PARTI2 TU YANG SEBENAR.
Najib mendakwa dia tidak dapat menyelesaikan masalah perkauman yang kerap ditimbulkan oleh golongan tertentu, terutamanya kakitangan kerajaan. Dia menambah bahawa semasa memerintah selama 22 tahun, Mahathir sendiri mengakui kegagalan menghapuskan masalah tersebut. Rakyat mengetahui dengan mendalam bahawa kenyataan ini bersifat melempar batu sembunyi tangan.
Persoalannya bukanlah boleh atau tidak boleh. Sama ada UMNO atau MCA atau MIC, mereka sebenarnya tidak hendak menghapuskannya hingga ke akar umbi. Semua orang tahu bahawa parti-parti itu ialah parti perkauman dan sayogialah menggunakannya untuk kelangsungan hidup parti masing-masing.
Dengan menggunakan perkauman, mereka boleh menakut-nakutkan orang Melayu dengan melabelkan DAP sebagai anti-Islam. Dengan menggunakan perkauman, mereka boleh mengugut orang Melayu supaya tidak menyokong PAS jika tidak mahu suara dan kuasa orang Melayu sirna di bumi Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia sudah tahu sikap berpura-pura para pemimpin yang berjuang atas landasan perkauman ini. Minoriti rakyat Malaysia yang tiada maklumat dan berfikiran sempit seperti KURANG MENAPAT MAKLUMAT DAN PENYOKONG TEGAR mampu diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin UMNO.
Kebijaksanaan rakyat amat menakutkan mereka. Dalam keadaan terdesak inilah Najib merayu supaya BN diberi mandat lagi dalam PRU Ke-13. Aktor Lucah Soi Lek pun turut menakut-nakutkan orang Cina. Kenyataannya tentang DAP hanya mampu menambahkan sokongan bukan Melayu kepada PAS dan ugutan tentang PAS akan menguasai Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat jika menjadi realiti penuh dengan prasangka. Mengaitkan Islam dengan kemunduran dan ketidakadilan mengesahkan kecetekan pemikiran orang yang mengeluarkan kenyataan itu.
UMNO, MCA, dan MIC akan hanya menjadi juara rasis. Oleh sebab tiada upaya menolak unsur itu keluar dari batang tubuh mereka, segala usaha dibuat untuk menyeret Pakatan Rakyat ke dalam arus berbahaya itu. Ketiga-tiganya tidak pernah ambil pusing tentang kesucian dan keadilan yang diperjuangkan Islam. Mereka ditenggelami Islamopobia.
UMNO lebih rela menggunakan isu agama untuk menyesatkan orang Melayu dalam isu wang judi tanpa menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang bekas mufti seolah-olah mereka lebih bijak daripada mufti. Kebijaksanaan itulah yang menyebabkan mereka menghalalkan loteri kebajikan masyarakat. Kebijaksanaan itulah yang menyebabkan mereka membenarkan kasino beroperasi di negara ini. Kebijaksanaan itulah yang menghalalkan mereka menggunakan wang magnum, toto, pusat pelacuran untuk membayar gaji kakitangan awam, membantu rumah-rumah kebajikan, dan sebagainya.
Kepura-puraan pemimpin BN, terutamanya UMNO tidak akan berhenti selagi mereka diberi kuasa. Rakyat perlu menghentikannya. Jangan biarkan mana-mana juga parti rasis menguasai pemikiran rakyat. Kini bukanlah masa untuk kita hidup dalam kepompong perkauman yang menyesatkan itu. Kita perlu membina hidup baru dengan berkongsi kemakmuran negara, bukannya merampas hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, lepas satu dasar berpindah ke dasar lain.
Siapa yang berpendapatan tinggi kalau tidak pemimpin UMNO-BN dan kroni mereka?
shabriduda said
PROJEK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU
Taktik ini bukan taktik baru UMNO.Ianya telah bermula sejak mula merdeka sampai kini.Golongan sasar mereka adalah penduduk kampung dan golongan miskin.Mereka ini paling senang ditipu.Mereka ditakutkan dengan khurafat hanya UMNO yang boleh memperjuangkan nasib Melayu.Mereka memburukkan Pas sebagai tidak tahu memerintah.Bagi menampakkan kebenaran cerita mereka,pembangunan disekat di Kelantan.Hasilnya,orang Melayu percaya Pas cakap sahaja lebih dan tidak pandai memerintah.
Tidak cukup dengan itu,UMNO menggunakan kesempatan terhadap masyarakat Melayu yang hidupnya penuh berbudi.Oleh itu,bagi meneruskan survival politik mereka,sikap mengungkit-ungkit akan digunakan.Mereka mengatakan rakyat terhutang budi dengan UMNO yang memberikan pembangunan. Proses hutang budi ini kebanyakannya berlaku di kawasan FELDA.Akan digunakan ayat “kalau kerajaan tidak bantu,peneroka akan merempat entah ke mana.Peneroka harus mengenang budi.”Proses pembodohan ini berjalan dan terus berjalan.
Namun,bukan semua orang Melayu yang makan saman dan berjaya dibodohkan.Hasilnya,apabila reformasi berlaku,UMNO terkejut juga apabila ramai yang berpaling tadah.Yang kekal mengundi UMNO hanyalah golongan yang sayangkan pangkat dan harta selain penduduk luar bandar yang berada dalam kepompong pembodohan tersebut.Apabila mereka tewas di Terengganu,projek pembodohan diperhebat.Royalti ditarik dan diberikan semula dalam bentuk wang ehsan.Separuh diagihkan kepada rakyat separuh tiris entah ke mana.Maka,bertempiklah para JKKK UMNO mengatakan bahawa UMNO prihatin manakala Pas tidak.Sedangkan ketika mereka memegang Terengganu,sesen haram tidak dirasai oleh rakyat.Apapun,pembodohan itu berjaya sehingga ada cakap-cakap mengatakan,”tidak mengapa undi UMNO.Biar rasuah pun.Janji boleh RM300.Undi Pas boleh apa?”Lihatlah bagaimana Idris Jusoh dan rakan-rakan berjaya membodohkan Melayu Terengganu.
Dan kini,ketika kuasa politik mereka mula hilang,proses pembodohan berada di kemuncak tertinggi.Malah,ditubuhkan sebuah “jabatan tidak rasmi” bernama PERKASA khusus untuk membincangkan soal kuasa orang Melayu.Sehinggakan keluarlah Panglima UMNO berfatwa bahawa orang Melayu hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.Siapa kata pembodohan ini gagal?Tunggu pilihanraya umum 13.