Jalur Gemilang telah dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947 yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor. Al-Fatihah...
MANTAP tergolong dari kalangan pemikir yang rasional dan pragmatik. Mencari jalan penyelesaian yang tercorak dari hasil persetujuan para pemimpin terdahulu dan para pejuang kemerdekaan bagi membantu meleraikan masalah yang timbul demi memantapkan dasar-dasar negara, memantapkan perpaduan nasional, memantapkan pendidikan nasional, memantapkan ekonomi negara dan memantapkan siasah nasional.
Isu Interlok sudah pun berada dikemuncaknya. Setelah novel ini telah berjaya dipolitikkan oleh sesetengah pihak, kerajaan BN yang terlalu lembut hati dan terlalu mendengar cakap telah bersetuju membuat pindaan pada novel berkenaan di beberapa perenggan yang didakwa menghina masyarakat India di Malaysia. Lepas 40 tahun diterbitkan dan tak sampai beberapa bulan menjadi teks untuk KOMSAS sekolah menengah, sekarang ni baru nak pinda. Dah lama pun novel ni “menghina” masyarakat India, baru “depa” nak terpekik telolong suruh ditarik balik.
Ekstrim tak ekstrim, pihak pelampau tersebut yang disokong oleh beberapa wakil rakyat Melayu dan India dari PKR. Puas hati bila dah dapat bakar novel INTERLOK dan juga gambar penulis novel tersebut, sasterawan negara.
Sejarah tetap sejarah. Kerajaan tak gunakan kuasa mereka untuk menulis tentang keburukan dan pangkat kasta dalam sejarah negara. Kenapa mereka marah sangat tentang perkataan PARIA dalam novel tersebut? Bukankah itu kebenaran yang selama ini memang berlaku dalam masyarakat India di India sana? Di Malaysia saya rasa mungkin tidak ada pangkat dan kasta sedemikian tapi hakikat dan sebenarnya ia memang ada. Baca baki entri ini »
Heboh dalam akhbar-akhbar tempatan tentang ucapan Tok Guru yang dulu tolak sangat bangsa-bangsa dan kebangsaan, tapi kini hendak pula perjuangkan orang Melayu semula. Adakah puak-puak lebai PAS ini baru terhantuk selepas undi-undi orang Melayu kini sudah tidak lagi menyokong mereka di beberapa PRK ?
Siapa yang pecahbelahkan umat Islam dalam satu qaryah kepada dua imam hanya kerana fatwa dari Tok guru mereka bahawa orang UMNO ini kafir ? Itu yang Datuk Fatmi berkata PAS perlu minta maaf kepada orang Melayu sebelum hendak pejuangkan Melayu semula.
Malah Pemuda UMNO Malaysia menerusi Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian. Beliau berkata, Perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu. Baca baki entri ini »
Tiada satu pun etnik di negara ini terpinggir daripada arus kemajuan negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi ” Syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka di negara asal.
Tidak dapat dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun , perlu diingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2% pada 1970 kepada 3.6% pada tahun 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0% pada 1990 berjaya diturunkan pada 0.7% pada tahun 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka.
Keberanian pihak tertentu untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara sejak kebelakangan ini mencalarkan maruah dan kedaulatan negara.
Pelbagai Onak dan duri diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan, namun usaha untuk mempertahankan kemerdekaan ini dijiwa dan pemikiran setiap masyarakat Malaysia mutakhir kini kelihatannya lebih sukar.
Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep ” Satu Malaysia “. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat , impian tanpa mengira fahaman agama, idealogi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan.
Mesej ” Satu Malaysia ” perlu dihayati oelh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.
Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah negara.
Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Bak kata perpatah ” Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung “.
Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti yang sentiasa mempermainkan hukum Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Ketua Umumnya (diktator yg tidak dipilih secara demokrasi), Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.
Sebelum itu, para pemimpin utama PAS menafikan tidak mahu bertanding seperti ura-ura yang banyak diperkatakan sebelum ini. Sebab utama mengapa PAS dan PKR tidak mahu bertanding dan meletak calon masing adalah dipercayai kerana gelombang kemaraan Barisan Nasional terutamanya di Merlimau adalah sangat hebat.
Sebelum ini, selepas pengesahan ADUN Merlimau meninggal dunia, Samsul bersungguh-sungguh untuk menawarkan diri untuk beranding di Merlimau. Namun, apabila mereka mengkaji gelombang rakyat yang sememangnya memihak kepada BN terutamanya selepas kejayaan di Tenang, Johor..akhirnya menarik diri.
Akhirnya seperti biasa PAS akan dikambing hitamkan sekali lagi. PKR seperti biasa akan merampas hak PAS dikerusi-kerusi yang mereka yakin menang sahaja. Rasa penuh simpati kerana sudah banyak kerusi PAS kini dimiliki PKR. Rumusannya… PAS terus menjadi PAK TURUT kepada DAP dan PKR. Kesian sungguh PAS…
UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.
Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam?
Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
Kita tidak perlu label “ Membangun Bersama Islam “ kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat islam kerana tidak mahu islam miskin dan tidak ada kekuatan.
Kita sudah naik jelak dengan soal perpaduan yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar PAS, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus UMNO disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci maki dilontarkan kepada UMNO.
Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam muktamarnya juga ada perwakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip, terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara islam. Tetapi sekarang , atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayunya, Pas seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal denagn Cauvanis semata-mata mahu menjatuhkan BN. Baca baki entri ini »
SASAU dan meroyan Anwar Ibrahim disebabkan ‘gila talak’ nak jadi Perdana Menteri dan menduduki kediaman serta berpejabat di Putrajaya semakin parah. Siang malam melalak nak pulihkan sokongan bekas penyokongnya yang dah cabut lari meninggalkan parti miliknya – PKR. Macam-macam helah dilakukannya untuk meraih kembali sokongan yang nyata semakin surut.
Setelah ‘politik janji’ Anwar dan konco-konconya yang dinamakan sebagai ‘projek 100 hari’ mendapat sanggahan negatif daripada banyak pihak, dia melalak pula minta berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Siapa Anwar Ibrahim yang minta berdebat dengan PM tu? Siapa dia? Apa kedudukannya dalam kepimpinan politik di Malaysia? Hebat dan setinggi mana jawatannya dalam kepimpinan pembangkang di negara ini?
Sedangkan yang membentang projek 100 hari itu di Kongres Pakatan tempoh hari ialah Lim Guan Eng, bukannya Anwar Ibrahim. Kenapa sibuk dan menyibuk pasal kritikan PM erhadap projek itu? Apakah jawatan sebagai Ketua Umum yang disandangnya tanpa sah di sisi peraturan dan perlembagaan partinya itu dah besar sangat? Apa maksud ketua umum? Bukankah ketua umum itu bermaksud dia (Anwar bin Ibrahim) hanya menjadi ketua pada umumnya sahaja. Ketua sebenar orang lain, bukannya dia.
Mana-mana parti politik di dunia ini tidak ada ketua umum. Yang ada ialah Presiden, Pengerusi atau Yang Dipertua. Hanya orang bangang sahaja yang mengaiktiraf ketua umum sebagai ketua kepada segala ketua. Sedangkan untuk berada di jawatan itu tidak pernah pun ada sebarang pertandingan atau proses pemilihan. Secara suka-suka sahaja mereka menamakan dirinya (Anwar) sebagai ketua umum sedangkan ketua sebenar PKR ialah Wan Azizah Wan Ismail, isterinya. Sementara ketua DAP ialah Karpal Sing dan Pas pula Abdul Hadi Awang. Ketua Umum duduk tang mana? Atas pagar atau di kayangan? Fatamorgana atau fantasi sahaja? Oleh itu mana layak PM Malaysia, DS Najib berdebat dengan makhluk yang tak berapa siuman itu? Dan isu yang hendak didebatkan pulak ialah mengenai ekonomi. Apa kelayakan Anwar nak bercakap pasal ekonomi Malaysia? Hebat sangatkah dia tentang ekonomi? Baca baki entri ini »
Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara?
Sudah pasti , bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut meggunakan pendekatan yang sama ( seperti kerajaan sekarang ) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan – golongan pemprotes jalanan.
Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulin. Sehingga kini apa yang jelas, perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang penting daripada cita-cita tersebut walaupun terpaksa meggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Baca baki entri ini »
Kewibawaan kerajaan negeri yang di tadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di tabur kepada rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.
Kewibawaan kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) meghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan hati rakyat. Mereka cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.
Punca yang menyumbang kepada permasalahan ini ada kerana mereka langsung tidak tahu latar belakang dan cara mentadbir masyarakat pelbagai kaum. Baca baki entri ini »
Firman Allah Taala: “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”(Ali Imran, ayat 28)
Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:
Sebab Turun Ayat Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:
Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali…
Hukum Dari Ayat Ini Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:
Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan..?? Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:
1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi’i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu: Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan. Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.
Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini..?? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa’ dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan. Baca baki entri ini »
Hatta Adnan berasa amat kagum dengan pendirian dan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, mengenai tengkarah dan perdebatan berhubung apa yang disebut sebagai ‘ketuanan Melayu’.
Sultan Ibrahim tepat menyatakan bahawa kata-kata ‘ketuanan Melayu’ seharusnya diganti dengan ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia bukan membabitkan soal ‘tuan’ atau ‘hamba’. Benar sekali. Apa guna jadi ‘tuan’ jika sekadar boneka orang lain. Apa guna jadi ‘tuan’ jika tidak berdaulat, bermaruah dan berjaya.
Banyak pihak, terutama golongan politik dan NGO ‘politik’, cepat melenting dan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang kononnya memperlihatkan ketegasan mereka. Ada yang mengadakan tunjuk perasaan dan ada yang membuat laporan polis.
Ada di antara mereka yang berapi-api mengeluarkan kenyatan sedangkan, pada hakikatnya mereka memperlihatkan kemunafikan perjuangan. Mereka yang dimaksudkan adalah yang menjadi pengerusi, pengarah atau menduduki lembaga pengarah firma dan syarikat milik bukan Melayu, yang menjadi rakan kongsi, sama ada melalui pelaburan sendiri, dilantik sebagai pepatung atau sebagai ‘rakan tidur’. Pada satu pentas tertentu, mereka melaung-laungkan ‘ketuanan Melayu’ dan pada pentas lain, mereka meraih laba daripada syarikat dan firma bukan Melayu. Baca baki entri ini »
Rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.
Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS di Kelantan memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS Kelantan sanggup berbuat apa sahaja.
Terbaharu, Bagaimana kerajaan PAS Kelantan membenarkan konsert berbentuk hiburan oleh kumpulan Wali Band di Kota Baharu. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Aziz, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.
PERSOALANNYA, apakah persembahan yang berlaku pada malam itu tidak membabitkan percampuran antara pengunjung lelaki dan perempuan ? Begitu juga dengan persembahan wayang kulit, mak yong, dikir barat dan sebagainya, semuanya diharamkan oleh tok guru Nik Aziz…… tapi la ni halal belaka !!
Kalau dulu, suara perempuan dikatakan ‘aurat’ sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni, Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.
Inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !
Semasa Persekutuan Tanah Melayu dilanda darurat lebih 50 tahun lalu, gerakan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng menjadi musuh utama masyarakat. Mereka mengganggu ketenteraman awam. Sesiapa yang tidak menyokong atau menentang perjuangan mereka merampas Tanah Melayu dari tangan penjajah British akan diugut, diseksa, dimusnahkan harta benda, dibunuh malah ada yang seluruh keluarganya dibunuh.
Begitulah kejamnya gerakan komunis ketika itu. Siapa yang halang gerakan mereka akan terima akibat buruk. Ketika itu komunis yang didominasi kaum Cina turut mendapat sokongan segelintir kaum Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD. Alhamdulullah, semua itu telah berlalu dan negara pun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.
Rupa-rupanya bibit-bibit keganasan pengganas komunis masih ada lagi. Kali ini ianya bukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi oleh parti politik pula. Dan sekarang Melayu seperti Abdullah CD pun wujud juga. Walaupun mereka tidak bertindak seperti di zaman dharurat tetapi cara mereka menentang musuh secara ugut dan gertak sama seperti yang dilakukan pengganas komunis dahulu itu. Simbahan cat merah keatas kediaman dan kenderaan masih menjadi amalan.
Tidak mustahil beberapa kes bunuh sejak akhir-akhir ini yang tidak diketahui sebabnya mugkin ada kaitannya dengan gerakan mereka. Itulah yang terjadi kepada sesiapa yang menentang kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini. Akibat terlalu lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, beliau diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu. Baca baki entri ini »
Pluralisme adalah salah satu perjuang Anwar sejak dulu lagi. Beliau ke serata dunia memberi ceramah dan penerangan mengenai pluralisme. Di “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom ,Anwar menyindir dan mengkritik umat Islam.
Menurut Anwar pihak yang tidak menerima fahaman pluralsime agama adalah jumud dan konservatif. Semasa ceramah beliau berkata umat Islam harus terbuka dan terus menuduh umat Islam yang menolak pluralisme sebagai pihak yang terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang agama lain terutamanya Kristian yang mahu memurtadkan dan menukarkan akidah kelompok Islam.
Anwar berkata pluralisme amat ditakuti oleh golongan Islam malah menuduh golongan yang menolak pluralisme bagaikan takut kepada bayang bayang.Anwar menyokong Lina Joy murtad,beliau turut mempersoalkan mengapa harus diambil tindakan kepada Lina Joy yang mahu murtad. Paling menyesakkan dada apabila Anwar memperalatkan dan memanipulasi makna ‘Maqasid Syariah'(objektif perundangan syariah) untuk menghalalkan idea beliau. “Maqasid Syariah” dipergunakan untuk mencapai matlamat besar Anwar bagi menghalalkan pluralisme agama. Baca baki entri ini »
Anwar ibrahim sengaja membawa isu ketuanan melayu untuk menaikkan kemarahan orang melayu. setelah mengadakan perjanjian dengan DAP, anwar telah menggunakan strategi mencabar ketuanan melayu dengan tujuan menaikkan kemarahan orang melayu.
Apabila orang melayu bangkit dengan kemarahan untuk mempertahankan hak orang melayu, membuatkan orang bukan melayu akan beranggapan bahawa memang benarlah melayu ini ingin menjadi tuan kepada negara ini. bila kita melatah dengan terus-terusan memperjuangkan hak dan ketuanan melayu membuatkan masyarakat majmuk di negara ini terus terpisah dan akhirnya orang bukan melayu akan memberikan sokongan kepada anwar yang kononnya sangat liberal dalam soal bangsa.
Sanggup melacur bangsa kerana kuasa !!
Strategi anwar untuk membuatkan orang lain memandang serong terhadap melayu terbukti bila anwar pernah membuat kenyataan dalam konvesyen pkr baru2 ini dengan menyebut, jika orang melayu tuan, di mana letaknya orang cina? di mana letaknya orang kadazan? Baca baki entri ini »
Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan, baik dalam kalangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya sendiri demi memenuhi nafsu untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.
Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu meitahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak diendahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihanraya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal Negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa di ketahui hujung pangkalnya?
Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak ,baru-baru ini mungkin boleh mengeembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata . ini bukanlah kali pertama raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum Negara mencapai kemerdekaan. Baca baki entri ini »
Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tidak faham mengapa perlindungan perlu di berikan kepada orang Melayu. Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?
Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tidak cukup pelajaran sejarah. Kalu ada pun tidak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu menghayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus periksa.
Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu . Mereka lemah serba- serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Baca baki entri ini »
Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.
Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.
“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.
Persoalannya: Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?
Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu. PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu. Baca baki entri ini »
Zaid Ibrahim akhirnya berjaya dikencing dek PKR (Parti Kencing Rakyat) yang dulu dok sibuk memperjuangkan demokrasi tetapi hakikatnya, hanya memperjuangkan orang-orang tertentu di dalam PKR.
Dengan nada orang yang kecewa Zaid berkata; “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.”
“Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” Baca baki entri ini »
Kalau didunia kini sudah dipertunjukkan tanda dan amaran PAS akan kalah memang benar mereka terlebih berhak dari kalah. Kita lihat apa berlaku di Kedah. Kami mangsa banjir yang tidak pindah batang hidung dan bayangan pemimpin PAS tak kelihatan. Malah apa yang sedihnya wang penggunaan telefon bimbit habis berpuluh ringgit menelefon pohon bantuan air bersih. Dari pagi hingga ke malam tak muncul-muncul. Memang pemimpin PAS nie lidah bercabang seperti biawak.( Bapak Biawak )
Malah bila dekat pilihanraya tersondol-sondol muncung macam b*b* minta simpati. Bila kita susah batang hidung dan bayangan entah kemana. Inilah rupanya manusia tak sedar diuntung. Inilah pemimpin zalim macam yahudi tajaan PAP Singapura. Pemimpin penghancur bangsa serta pemusnah negara dan agama.
Persoalannya apakah pemimpin begini layak cium pintu syurga? Sedangkan amanah yang di pertanggungjawabkan diabaikan dan banyak menafikan. Pemimpin tersangat zalim, serta pemimpin tiada harga dan maruah diri. Baca baki entri ini »
Ulama secara ideal adalah orang yang arif di dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan ulama pun dipanggil ulama.
Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil ustaz dan yang boleh bercakap, digelar ulama. Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah.
Ketinggian intelektual itu juga menjadikan mereka kumpulan sepatutnya member nasihat kepada umara untuk menjamin pemimpin member sumbangan kearah kemajuan masyarakat kerana sasarannya ialah pembangunan ummah.
Dalam konteks Negara kita, hubungan ulama dan umara adalah untuk memperoleh kuasa, hingga terlanyak nilai dalam masyarakat, agama, politik dan bangsa kerana orang politik berkelahi sesame sendiri. Sayangnya ulama juga memihak kepada parti politik. Oleh itu perpecahan politik antara ulama perlu dihentikan sekarang supaya usaha member nasihat kepada umara dapat dilaksanakan.
Perpecahan ummah tidak boleh diselesaikan oleh orang politik tetapi pihak yang mempunyai pandangan jelas serta bebas. Perlu ada fahaman jelas bahawa ulama bertanggunjawab member pandangan jitu kepada umara tanpa memikirkan untung rugi, demi melahirkan pemimpin yang baik dan kesatuan itu akan membolehkan pembangunan ummah dilaksanakan. Sebaliknya, apabila dua golongan itu gagal bersikap sepatutnya , ummah akan menjadi mangsa. Baca baki entri ini »
Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.
PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus. Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut. Baca baki entri ini »
Sudah lah kes liwatnya pun belum selesai dan macam-macam permohonannya di mahkamah ditolak, Kini orang-orang dia pula melarikan diri, Anwar sudah tidak berpengaruh lagikah? Atau belangnya sudah pecah sedikit demi sedikit?
Dua tahun nampaknya terlalu rapuh bagi parti itu. Saintis politik meramalkan, PKR sukar untuk bertahan lama. Sungguhpun PKR survive hanya kerana Anwar. Tapi boleh survivekah PKR, jika sekarang pun Anwar hanya sibuk berkuntau untuk melepaskan tengkoknya dari kes yang dihadapi. Oleh sebab itulah orang-orangnya melarikan diri. Pemerhati politik kini mula berkata Anwar sudah menjadi ‘Kupang tembaga’ (istilah Melayu lama bererti tidak berguna atau istilah daerah ‘Tak laku sesen pun! ’ )
Persoalannya apakah PKR akan hidup hanya dengan kepimpinan Wan Azizah sahaja? Menurut Zulkifli Noordin pula, Wan Azizah sudah gagal dan dia cakap tak serupa bikin!
Rakannya PAS pula hanya dimenang sorak oleh pengikut-pengikut bawahan yang taksub. Tukang gantung bendera PAS dan penceramahnya memang dikenali cukup aktif . Namun disebalik itu, orang atas PAS pula terbelah dua. Seorang totok kepada Anwar- sehinggakan Mufti Perak pun disumbunya. Seorang lagi pula menyepi seperti tiada apa-apa berlaku. Dia ini pula suka kearah perpaduan Islam dan Melayu – yang ditolak mentah-mentah oleh tokoh totok itu. Baca baki entri ini »
Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kekecewaan, tertipu dan marah, itulah yang diluahkan oleh golongan warga emas dan fakir miskin apabila berasa maruah mereka menjadi taruhan dan alat politik pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang. Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan, ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras-kerasnya.
Malah ada di antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan oleh Lim Guan Eng Si Lidah Biawak ini.
Walaupun niat Lim Guan Eng itu baik, mahu meringgankan sedikit beban orang-orang Melayu warga emas di negeri itu, namun mengunakan sumber yang haram adalah jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam. Wang tersebut dipercayai hasil taruhan Lumba Kuda dan ini menjadi dalil utama mengapa wang derma itu dikatakan haram. Yang haram, tetap haram dan LGE sepatutnya menjadikan YB. Salleh Man iaitu salah seorang Exco PAS dalam kerajaannya sebagai penasihat agama Islam. Sudah terhantuk baru nak bergadah, ini tidak patut berlaku malahan pula melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Timbul pula isu dimana puak-puak tegar Pakatan Rakyat, menyelar tindakan kerajaan persekutuan mengunakan cukai-cukai kedai judi, arak daan kelab-kelab malam dan judi dimana adakah halal pula diberikan kepada rakyat? Baca baki entri ini »
Kerajaan republik sosialis of Penang di bawah ketua menteri dalam sejarah negeri pulau pinang yang pasti akan dikenang oleh penyokong2 nya kerana tetap dengan pendiriannya meneruskan dasar cina didahulukan,double standart diutamakan. Kita semua maklum kampung kampung melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong dan di Kampung Permatang Tepi Laut,Batu Maung akan dirobohkan tidak lama lagi. Dua kampung ini diberi tempoh sehingga selepas hari raya ini.Ketika ini bila bila masa kerja merobohkan kampung akan dijalankan.
Malah penduduk dua kampung ini langsung tidak dibela dan tidak dilayan oleh kerajaan negeri dibawah ketua menteri paling tidak berhati perut dalam sejarah.Sebaliknya dilayan bagaikan paria di tepi jalan.Penduduk kampung ditendang kesana sini bagaikan bola oleh Guan Eng dan Jeff Oii.Pelbagai alasan diberikan.Pelbagai janji diberikan akhirnya kampung tetap bakal dirobohkan,wang pampasan hanya 20 ribu rumah pun tidak diganti. Perkara yang sama turut berlaku terhadap Kampung Buah Pala yang penduduknya terdiri daripada kaum India.Mereka dihalau dan janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan masaalah tidak ditunaikan.’ Baca baki entri ini »
Sketsa jiwa dan pandangan terdetik bila isu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan pembangunan Usahawan Shah Alam ni dari PKR, Yaakob Sapari ingin mengadakan kursus agama secara percuma kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO…Dahsyat sungguh, Tinggi bebenor ilmu agama si Yaakob Sapari ni yer…!
Adakah patut? Sepatutnya Si Yaakob Sapari ni mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada ahli DAP dan PAS mahupun KEADILAN sebelum kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO…. Pendapat yang lain sepatutnya kursus tersebut diberikan kepada individu-individu bukan islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang islam. Cermin diri sendiri dulu sebelum bercerita pasal orang lain !
Sepatutnya Si Yaakob ni tubuhkan biro dakwah untuk DAP yang semakin kurang ajar dan parti-parti pembangkang yang lain adalah tindakan paling afdal berbanding memberi kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan. Kalau di lihat, pemimpin parti DAP semakin berani mencemar masjid-masjid di Negara ini dengan memberi takzirah kepada orang islam tanpa menutup aurat. Yang orang islam ni …fuuhhh bila pandang perempuan cantik bagi takzirah dengan tidak bertudung…CAIR HABIS…..senyum pun dah macam kerang busuk… ! Senang-senang jer pemimpin parti politik pembangkang mencabuli hak asasi umat islam. Memalukan sungguh… ! Baca baki entri ini »
Terkejut apabila membaca berita tentang penggantian nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada Ketua Menteri , Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat. Persoalannya ? Adakah ini arahan kerajaan negeri ataupun pemimpin itu sendiri dengan maksud yang tersirat? Perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak mengelirukan orang Islam. Amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja. Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam. Mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik. Tidak syak lagi, perbuatan itu dilakukan kerana mahu mengubah amalan orang Melayu dalam ibadah solat Jumaat di negara ini yang mendoakan kesejahteraan dan hidayah dari Allah SWT untuk ketua agamanya – sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan. Baca baki entri ini »
Dua dasar ekonomi negara, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilanjutkan dengan DPN masing-masing mempunyai semangat dan iltizam yang sama. Strategi pembangunan ekonomi tetap mengekalkan keistimewaan hak peribumi demi memastikan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama.
Namun dalam tempoh 39 tahun pelaksanaan DEB dan BPN dasar tersebut gagal mempertingkatkan pegangan kek ekonomi penduduk peribumi yang cuma disasarkan sebanyak 30 peratus. Pencapaian orang Melayu, kaum majoriti, semakin merosot dengan krisis ekonomi yang melanda yang tentunya tempias di negara kita. Kedudukan ekonomi orang Melayu di negara sendiri amat tidak memberangsangkan, dengan majoritinya miskin dan berpendapatan rendah.
Maka MEB amat dinantikan dengan harapan mengunung untuk membantu mengeluarkan penduduk peribumi dari kancah kemiskinan. Namun begitu dasar afirmatif MEB bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang Melayu. Dasar afirmatif MEB yang mengutamakan prinsip mesra pasaran, merit, ketelusan dan keperluan dilihat sebagai sangat terbuka, seolah-olah mengetepikan hal istimewa penduduk asal negara ini. Orang Melayu dan Bumiputera perlu bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih maju dalam perjuangan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. Sungguhpun pelaksanaannya berasaskan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, orang Melayu nampaknya begitu khuatir dengan kedudukan mereka di negara sendiri. Baca baki entri ini »
Di dalam sebuah akhbar terkemuka baru-baru ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga penasihat ekonomi parti DAP mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu. Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera harus dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.
Cadangan ini sudah semestinya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu. Pelbagai kecaman dan luahan orang Melayu menolak sekeras-kerasnya cadangan ini dan menyifatkan cadangan ini sebagai tidak menghormati hak orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah cadangan ini disambut baik oleh naib presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan seperti yang dilaporkan di dalam sebuah akhbar terkemuka baru-baru ini. Datuk Seri Chor Chee Heung juga memberitahu bahawa usul itu ada dicadangkan oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dua minggu sebelum pemimpin DAP Tony Pua membuat kenyataan akhbar berhubung isu tersebut. Baca baki entri ini »
Saban hari apabila membuka lembaran akhbar tempatan dan Facebook untuk mengikuti hal-hal semasa dan semakan status, kita tidak lari dari terbaca ayat-ayat keluhan dan kecaman di antara rakan-rakan kita yang berbangsa Melayu. Ramai di kalangan rakan-rakan kita yang berbangsa Melayu tetapi mempunyai ideologi yang berbeza rancak ‘berperang’ di ruangan media. Masing-masing berlumba-lumba untuk berbalas-balas kecaman dan tuduhan. Semangat untuk berjuang sangat terserlah malah sangat kreatif di dalam penyampaian masing-masing. Bermacam-macam ragam dan cara mereka untuk menarik minat rakan-rakan untuk sama-sama memberi komen dan seterusnya berbincang tentang sesuatu isu yang dibangkitkan terutamanya di ruangan facebook. Situasi dan senario ini sangat menggalakkan akan tetapi disudut hati saya merasa sayu dan sedih kerana perjuangan mereka adalah untuk berlawan sesama bangsa dimana mereka berperang diantara satu sama lain…..
Ulasan yang terbaik dari mengikuti perkembangan ini ialah, dapat dirumuskan bahawa perpaduan di antara orang Melayu semakin tenat malah tiada tanda-tanda untuk bersatu walaupun mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Dimanakah sikap toleransi orang kita? Sedarkah kita yang saban hari kita semakin menjurangkan hubungan kita hanya disebabkan perbezaan pendapat? Tidak pernahkah kita berfikir sejenak dan menimbangkan idea untuk sama-sama berjuang untuk bangsa walaupun perbezaan ideology? Adakah itu mustahil? Adakah terlalu susah untuk mengenepikan ego masing-masing dan mengambil langkah positif untuk bekerjasama di dalam memperjuangkan bangsa kita? Bukankah itu persamaan yang sangat nyata? Bukankan itu yang kita perjuangkan selama ini? Baca baki entri ini »
Bila Bangsa Melayu bersatu dan bersatu hati, ia akan menjadi benteng yang kuat untuk terus berkuasa dan menjadikan Agama Islam sebagai asas doktrin kepimpinan..dan benteng itu segalanya akan menjadi bahan permainan pihak DAP. Bila terbaca petikan dari Ken ( Blog: Marahku.blogspot.com ) : “ …Saya berharap semua ahli DAP, berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa…Ingat, gerakan kita adalah untuk anak-anak bangsa kita yang selalu di keji oleh MELAYU. .Ayuh bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang MELAYU tidak mampu dan jangan kita terhutang budi dengan MELAYU… ! “ artikel yang di tulis oleh Lim Guan Eng ( 17/12/2009 )
Darah rasa menyirap bila Lim Guan Eng berkata begitu… “ Dimanakah kuasa melayu sekarang? Di mana letaknya agama ISLAM kita ?” Apa pula kata PAS bila Lim Guan Eng berkata demikian? PAS sudah berubah. Awal penubuhannya, PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Sekarang nampaknya PAS telah menjadi sahabat ‘adik-abang’ dengan parti DAP yang menentang perjuangan Negara Islam. PAS sudah tertelan ludah sendiri. PAS sebenarnya dalam dilema. Jika mereka menerima bukan Islam sebagai ahli yang boleh mengundi dan menentukan dasar, PAS sudah jadi parti seperti PKR. Dulu PAS kata mereka berteraskan Islam dan bukan bangsa. Menerima bukan Islam ke dalam ‘perut’ PAS ini menjadikan mereka parti berteraskan kuasa sahaja demi meraih undi bukan Islam. Setidak-tidak UMNO hanya menerima Melayu/Islam sebagai ahli parti. Baca baki entri ini »
Kira-kira 100 orang warga FB hadir malam tadi (6hb Julai 2010)di sebuah restoran di ibu negara untuk perjumpaan bersama Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini. Turut serta di dalam perjumpaan itu adalah mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, Perlis. Kumpulan Ulama berkenaan diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman . Acara ini memang dinantikan ramai kerana ingin bertemu dan beramah mesra bersama para Ulama tersebut. Dato’ Seri Shahidan Kassim memulakan ucapan dengan memperkenalkan Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya (kini berkhidmat sebagai Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), dan Ustaz Fauzan (berkhidmat di sebuah Universiti tempatan)yang hadir pada malam itu. Ramai yang hadir mangambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya mengutarakan pelbagai soalan berkaitan isu politik semasa dan isu ugama.
Penyertaan kumpulan Ulama ini adalah berperingkat-peringkat pertama dimana menurut Ustaz Fatul insyaAllah kumpulan yang kedua akan turut serta tidak lama lagi dan dijangkakan lebih 1000 orang Ulama akan menyertai Umno. Ketika ditanya tentang penyertaan ke dalam Umno, Dato Seri Shahidan Kassim berkata kumpulan Ulama akan diberi ruang untuk meneruskan misi dakwah mereka khususnya di kalangan golongan muda serta sama-sama menunaikan tanggungjawab menyebarkan ugama dan menyeru kepada perpaduan dikalangan orang melayu. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Kumpulan Ulama ini dijangka akan mengadakan perbincangan dan menyediakan draf kertas kerja mengenai program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pemuda Umno. Baca baki entri ini »
Kita semua sebenar terlupa bahawa di Malaysia apabila kita sebut sahaja Melayu secara automatik kita kaitkan dengan agama Islam. Di Indonesia tiada bangsa Melayu, cuma bangsa Indonesia yang pelbagai agama. Orang Arab pun, walaupun majoriti besarnya org Islam, tetapi ada juga yang bergama Kristian dan Yahudi.
Justeru di dalam konteks Malaysia, apabila TPM menyebut tentang perpaduan Melayu, secara otomatisnya ia membawa makna kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Memang terdapat bangsa bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia. Tetapi secara perbandingan jumlahnya, majoriti besarnya dalam umat Melayu. Adalah juga menjadi kelaziman di Malaysia, apabila seseorang menjadi mualaf (embracing Islam), ia akan secara sedar atau tidak akan terikut ikut dengan budaya melayu, seperti pemakaian, pemakaian dan dalam beberapa hal adat istiadat. Dan kebanyakkan mereka juga akan mencari pasangan hidup daripada orang melayu. Apabila lahirnya zuriat, pendaftaran bangsa anak anak mereka akan di kategorikan sebagai ‘MELAYU’.
Justeru di dalam konteks Malaysia, perpaduan Melayu itu adalah perpaduan umat Islam. Cuma apabila ada perbezaan politik, sesebuah parti politik akan cuba memanipulasikan isu isu sensitif untuk membolehkan ia meraih sokongan. Kalau di kupas dari segi pengertian memanglah istilah perpaduan melayu dan perpaduan Islam itu berbeza. tetapi jika di lihat dari konteks malaysia dan survivaliti ‘status quo’ Melayu dan islam menjadi tonggak kedaulatan negara, ‘Perpaduan Melayu’ mempunyai maksud tersirat yang lebih bererti. Tiada gunanya melaungkan perpaduan Islam , jika negara tersungkur di tangan puak puak yang berniat meminggirkan islam dan mematikan kuasa politik orang melayu. Seperti kata kata seorang pemimpin mereka ‘THERE WILL BE NO ISLAMIC STATE IN MALAYSIA’..tepuk dada tanya selera..! Baca baki entri ini »
Kemelut dalaman parti MIC mendatangkan banyak persoalan yang tidak enak di kalangan kita semua antaranya kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya
”Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,” ”Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan ‘pembunuh politik’ seterusnya untuk menjatuhkan beliau??
Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.”Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara seperti berikut tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf Baca baki entri ini »
Sekarang ini lah masa yang paling sesuai untuk DAP memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS untuk meraih undi orang melayu, Bila DAP sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada kerajaan pakatan seperti yang telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Sila rujuk sejarah Singapura untuk kepastian! Jika orang melayu tidak sedar akan hasrat DAP ini, tunggulah apa akan berlaku di PRU 13 nanti
DAP memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Putrajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah, Asal dapat jadi PM dia dah puas. Lihatlah apa yang dibuatnya untuk membela orang melayu di Penang. Tak ada apa-apa pun, lepas itu dia akan di buang. Setelah perlembagaan negara di pinda oleh DAP, orang melayu akan mengemis di tanah air sendiri seperti yang sedang berlaku di Singapura. Orang melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Seperti di Singapura sekarang mana ada pembangkang?? Jika ada akan di bawa kemahkamah dengan tuduhan yang remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang perkerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh
Contoh di Selangor, kita dah nampak. Bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN DAP yang dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kepada kroni-kroninya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti, pada hal kita semua telah melihat voucher-voucher dan dokumen-dokumen yang telah keluar dalam blog-blog Baca baki entri ini »
Pakat keluar ramai-ramai begitulah yang terjadi dalam parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Takrifan ini adalah tepat memandangkan sebahagian besar pemimpinnya kini semakin tidak yakin dengan hala tuju parti tersebut, tindakan ini menyebabkan jumlah wakil PKR di Parlimen terus berkurangan berbanding wakil Bebas yang terus meningkat
Jika sebelum ini PKR begitu ghairah menghitung jumlah wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan itu bagi membentuk kerajaan pada 16 September 2008 tetapi kali ini PKR pula menyaksikan satu persatu wakil rakyatnya angkat kaki seperti Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengisytiharkan keluar PKR kerana kesal dengan sikap pimpinan pembangkang di Selangor yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil. PKR Cabang Ipoh Barat pula dibubarkan selepas 19 daripada 25 Ahli Jawatankuasanya meletakkan jawatan. Seramai 14 daripada 19 ahli terbabit mengisytiharkan keluar parti manakala lima lagi mengosongkan jawatan masing-masing. dengan perkembangan terkini rakyat akan membuka mata bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia
Selepas kerajaan Perak yang diterajui pakatan 3P tumbang gara-gara dua wakil rakyat PKR dan seorang DAP meninggalkan parti untuk menjadi wakil Bebas, perhatian kini terarah kepada jirannya Kedah. Di negeri Jelapang Padi. Ini berikutan ramai yang sudah mula bersembang mengenai kemungkinan ada lagi wakil rakyat pembangkang akan berhijrah sebagai wakil Bebas. Jika ini berlaku, maka episod Perak akan berulang di Kedah Baca baki entri ini »
How long can Pakatan Rakyat hold the Federal government should they win the next general elections before internal squabbles set in and break up the alliance? Even now the alliance is wobbly and is fluid for breaking up.
PKR, the most unstable among the three is saddled with defections.At the rate its members leaving the party it may not see the light of the next general elections. The cause, the consistently inconsistent leadership that’s of Anwar Ibrahim.A man who rates himself too high on the IQ level resulting in him drowning himself in his own intelligence.A man who has become victim of self-importance.What is pleasant for the ears is pleasant for the souls.
Sibu, is a showcase of what could happen to this disparate alliance of political mismatch. PAS is conspicuously absent in Sibu.Where is PAS? With the exception of Nizar, who clearly is a DAP’s lackey, why aren’t other PAS leaders in Sibu to help in the campaign? Nizar’s style of dirty politics that he so fondly accused Najib of doing when he was ousted as menteri besar of Perak.His venomous tongue is worse than a cobra’s bite.Readers can judge for themselves from his speech where he even tried to speak Malay with a Chinese accent, what kind of a man he is ?? Baca baki entri ini »
Malang bagi PKR dan PAS. Abang Pakatan (DAP) sentiasa memperolehi nikmat, hasil daripada persengketaan sesame melayu. Jangan kita lupa, MELAYU AKAN HILANG di dunia oleh kehandalan melayu juga. Orang lain tidak akan sekali-kali dapat menyentuh hak melayu bumiputra jika tiada bantuan orang-orang bangsa sendiri yang tamakkan KUASA, PANGKAT dan KEDUDUKAN. Sesungguhnya, tiada perkataan yang mampu untuk mengubah mata hati mereka yang telah buta dari bersengketa sesame sendiri. MASA yang akan menentukan. Pada waktu itu, keadaan sudah pun terlambat untuk diperbaiki…. Ini kah yang kita MAHU kan?? Marilah kita sama-sama mengimbas kembali “jasa-jasa” parti yang menjadi ADIK kepada parti pemerintahan di Singapura Baca baki entri ini »
Seramai 1,700 masyarakat India di Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai MIC selepas kecewa dengan kegagalan pemimpin parti itu membela nasib mereka. “Sudah dua tahun kita terpedaya dengan janji manis pemimpin PKR, termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu membela nasib masyarakat India,”
Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai. dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat
“Kita makin bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak membuat kerja yang telah diberikan demi kebajikan rakyat dengan adil dan saksama Baca baki entri ini »
Setelah memperlihatkan sikap buruk Zaid Ibrahim kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, pemimpin PKR, ini membuat hal lagi Kali ini beliau mempersoalkan titah Sultan Selangor agar masjid tidak digunakan untuk kempen politik dan dakyah parti. Zaid mendakwa titah itu hanya pendapat peribadi baginda
Alasan yang diberikan oleh beliau mendakwa kenyataan yang dibuat dalam blognya sama sekali tidak melanggar adat Melayu yang menganggap semua titah sultan perlu dipatuhi, beliau juga menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan tindakannya menganggap kenyataan baginda berhubung larangan berpolitik di masjid sebagai pandangan peribadi
Ditanya jika Istana Selangor memintanya memohon maaf, beliau menjawab “Dia minta, dia kena fikir dulu wajar atau tidak. Saya bersedia jumpa Tuanku, saya tidak buat silap apa-apa, saya nak minta maaf buat apa? saya hanya beri tafsiran undang-undang.” Bila buat undang-undang tidak betul bila diperjelaskan, dia rasa tersinggung lepas itu kata sultan tersinggung. Jadi tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu, “Ini bukan soal tahu adat, adat tetap adat tetapi undang-undang kena juga, dua-dua kena ikut Baca baki entri ini »
Lemahnya pemikiran seorang wakil rakyat Melayu yang mewakili parti pembangkang mengeluarkan kenyataan paling bodoh apabila meminta semua orang Melayu Islam memuji Lim Guan Eng kerana mengambil Umar Abdul Aziz sebagai role model, Malah Lim Guan Eng juga dikenali berwatakan diktator, sombong dan mementingkan diri sendiri?
Lihatlah, selepas beberapa tahun DAP memerintah Pulau Pinang, apa yang Lim Guan Eng boleh lakukan untuk membantu orang Melayu dan Islam? Sehingga terlalu mengampu Lim Guan Eng sehebat itu tanpa menghiraukan sensitiviti rakyat Melayu Islam Pulau Pinang yang derita di bawah pemerintahan DAP Laknattullah ini
Abdul Malik (PKR-Batu Maung) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya Baca baki entri ini »
Nampak sangat Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah tertekan isu kritikannya terhadap arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan medan politik apabila Mursyidul Am PAS itu cuba menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib. Menteri Besar Kelantan itu menuduh apa dilaporkan media ketika kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak benar dan mahu melaga-lagakan beliau dengan Sultan Selangor.
Alasannya kenyataan beliau mengenai larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah bukannya memberi respon dengan merujuk kepada titah Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar, kata Nik Aziz merujuk laporan muka depan Utusan Malaysia online pada 24 April dan edisi cetakan pada tarikh sama bertajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.
Menulis menerusi blogtokguru.com pemimpin veteran PAS yang penuh kontroversi itu mendakwa pandangan Najib yang melabelkannya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah.
“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” tulis Nik Aziz lagi. Atas dasar itu, beliau menganggap dirinya seperti difitnahkan Najib dan tidak akan halal di dunia serta di akhirat kecuali Presiden UMNO itu menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Baca baki entri ini »
Masihkah kita ingat lagi peristiwa pada penghujung tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai mendoakan kemusnahan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?? Tindakan itu juga dikaitkan dengan isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri tersebut
Selepas doa berkenaan dilafazkan, sama ada secara kebetulan atau tidak, satu demi satu peristiwa melanda. Bermula dengan isu tajaan menunaikan haji sehinggalah pelantikan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), semuanya membabitkan kekalutan di negeri Cik Siti Wan Kembang
Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan yang sering melaung-laungkan konsep kepimpinan berteraskan Islam dan begitu bangga dengan slogan ‘Kepimpinan Bersama Ulama’ berhadapan dengan satu lagi ‘krisis’. Lanjutan daripada pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang menyatakan sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi Baca baki entri ini »
Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas pada mana-mana pilihan raya maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor mungkin ada benarnya
Tetapi Barisan Nasional (BN) kena mengambil sikap bertenang dalam menerima ‘lontaran batu-batu’ itu daripada pembangkang, kita percaya pemimpin BN tidak kalut hingga perlu ambil tindakan sedemikian. Pemimpin pakatan pembangkang dakwa BN guna dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu
Tuduhan yang dilakukan oleh PKR adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin BN berani seperti pemimpin pembangkang, mereka juga boleh mengambil tindakan saman atas dakwaan itu. Apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan tidak membeli undi tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama Baca baki entri ini »
Sejak berakhirnya pilihan raya P094- Hulu Selangor, apa yang kita semua ketahui Barisan Nasional (BN) telah menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor buat kali kedua berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan yang memperoleh 24,997 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 23,272 undi pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor
Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu Baca baki entri ini »
Ceramah Politik Di Masjid Adalah HARAM di sisi Islam – Mufti Perak SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. “Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan u…mat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid sambil memberi contoh perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah, menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah yang mengasingkan agama dan politik. Mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz, Harussani menjelaskan Nabi Muhammad tidak berpolitik di dalam masjid, malah pada zaman junjungan besar itu tidak ada parti politik. “Nabi Muhammad menggunakan masjid untuk menyatakan hal-hal pentadbiran kerajaan kepada umatnya bukan berpolitik. “Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik, sehingga sanggup menghalalkan cara dan menghalalkan perkara terlarang,” katanya sambil menegaskan kenyataannya berdasarkan fakta dan tidak memihak kepada mana- mana pihak. Katanya, jika kerajaan yang memerintah sekarang mengumumkan polisi kerajaan demi kebaikan rakyatnya di masjid, itu dibenarkan.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen pilihan raya berkenaan. klik Kemunculan Nik Ajis di PRK HS seolah2 membawa padah kepada calon PKR apabila membuat kenyatan yg dilihat umpama menyanggah ucapan Sultan Sharifuddin yg sebelumnya melarang penggunaan masjid sebagai tempat untuk berpolitik. Nik Ajis, macam biasa menyalahkan pihak media dengan menuduh sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau. Dan terbaru Nik Ajis menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu berkenaan kenyataan Sultan mengenai larangan tersebut. Kalau tak tahu, mana perginya orang kanan Nik Ajis ? Sebelum ini pun Sultan Sharafuddin telah menyatakan berkenaan larangan ini berkali2 setelah kita melihat bagaimana Theresa dan Xavier memasuki masjid dengan sokongan PAS dan PKR. Penggunaan masjid supaya membenci ma’mum yg lain inilah penyebab kepada sembahyang 2 imam, berlaku perceraian laki bini dan sebagainya yg dilakukan PAS. Perpecahan inilah yg bakal melemahkan umat Islam. Walau bagaimana pun sokongan tetap diberikan supaya Nik Ajis terus menduduki takhta singgahsana Mursyidul Am PAS sehingga ke akhir hayat beliau. p/s : Nik Aziz mmg SESAT
Kita sering terfikir, adakah orang yang kita pilih sebagai wakil rakyat kawasan kita tersalah pilih. Sistem demokrasi memberikan orang ramai peluang memilih orang yang mewakili kepentingan mereka. Malangnya kita lihat setiap hari pelbagai jenis masalah rakyat yang timbul yang wakil rakyat yang dipilih tak tahu atau tak ambil tahu. Lihat saja program Aduan Rakyat dan Expose yang mendedahkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita terfikir apakah rakyat tahu latar belakang orang yang mereka pilih untuk mewakili mereka. Kebanyakannya orang ramai terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh orang politik semasa berkempen. Selepas pilihan raya ramai wakil rakyat ini ghaib entah ke mana.
Kalau kawasan mereka di kampung, itu hanyalah untuk mendapatkan kawasan. Dia tinggal di bandar raya dan sekali sekala saja menjenguk kawasan mereka. Tetapi bila hendak pilihan raya, setiap minggu pun boleh nampak muka. Asyik tertipu sajalah orang ramai! Ada juga wakil rakyat yang melantik wakilnya untuk mewakili mereka. Jadi wakil ini kadang-kala lebih pula lagaknya daripada orang yang jadi wakil rakyat. Kata pepatah ‘besar sudu daripada senduk.’ Mereka yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat memang tidak ramai. Ramai yang bertujuan berkhidmat untuk diri sendiri. Jadi tidak hairanlah tuduhan menjadi wakil rakyat untuk mendapatkan kontrak dan projek. Baca baki entri ini »
Sejak kebelakangan ini kisah Datuk Seri Anwar semakin hari semakin hangat apabila beliau mengatur percaturan yang agresif dalam mendapatkan sokongan negara asing. Bukan setakat itu saja, terbaru, PKR merancang mengadakan siri demonstrasi dan perhimpunan kononnya bagi memperjuangkan isu tertentu. Anwar sekali lagi menggunakan pentas jalanan sebagai usaha untuk mencetuskan gelombang bantahan terhadap kerajaan dan mewujudkan ketegangan
Apa yang kita semua ketahui rahsia pembohongan Datuk Seri Anwar kini terbongkar juga apabila Datuk Seri Zahrain ‘memecahkan tembelang’ berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ’16 September.’ Pendedahan itu turut menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ dan beberapa ahli Parlimen pembangkang lain juga turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut
Beliau mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi. Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain dengan selambanya menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian dan menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah”. Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,”
Ini terbukti bahawa beliau seorang yang hipokrit kerana tidak mampu bertahan apabila diasak dengan pelbagai kritikan yang sebenarnya betul tetapi tetap cuba dinafikan dan beliau juga seorang yang penglipur lara yang hanya pandai menyampaikan hujah menarik walaupun tidak semestinya betul. Persepsi rakyat terhadap Anwar juga turut merosot apabila ramai ahli Pas dan PKR tawar hati dan keluar parti. Sebab itu, rakyat tidak lagi mahu terjebak serta diheret dalam isu moralnya. Menurut mereka, Anwar berkeupayaan melakukan apa sahaja bagi menutup kepincangan dan dosa-dosanya. Jika negara ini kucar-kacir dan musnah sekalipun tidak mengapa kerana dengan cara begitu, beliau lebih berpeluang untuk menyelamatkan diri dan menangguk di air keruh
Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pentadbirannya untuk melonjakkan pencapaian negara dalam semua bidang, bagaimana pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim? apa penekanan Anwar? Apa yang kita tahu Anwar juga kreatif tetapi bukan untuk kebaikan negara. Beliau kreatif dalam bermuslihat untuk mendapatkan kuasa biar pun agama dan bangsa menjadi taruhannya
Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Individu-individu ini boleh dikatakan sebagai ‘firaun-firaun kecil’ yang menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan-rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan
“Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangannya tersasar begitu sahaja. “Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah beliau memilih wadah baru untuk berjuang di dalam Umno atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama Baca baki entri ini »