Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS…apa sudah jadi? Pakatan Rakyat Hampehh !!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 November 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Kalau didunia kini sudah dipertunjukkan tanda dan amaran PAS akan kalah memang benar mereka terlebih berhak dari kalah. Kita lihat apa berlaku di Kedah. Kami mangsa banjir yang tidak pindah batang hidung dan bayangan pemimpin PAS tak kelihatan. Malah apa yang sedihnya wang penggunaan telefon bimbit habis berpuluh ringgit menelefon pohon bantuan air bersih. Dari pagi hingga ke malam tak muncul-muncul. Memang pemimpin PAS nie lidah bercabang seperti biawak.( Bapak Biawak )

Malah bila dekat pilihanraya tersondol-sondol muncung macam b*b* minta simpati. Bila kita susah batang hidung dan bayangan entah kemana. Inilah rupanya manusia tak sedar diuntung. Inilah pemimpin zalim macam yahudi tajaan PAP Singapura. Pemimpin penghancur bangsa serta pemusnah negara dan agama.

Persoalannya apakah pemimpin begini layak cium pintu syurga?  Sedangkan amanah yang di pertanggungjawabkan diabaikan dan banyak menafikan. Pemimpin tersangat zalim, serta pemimpin tiada harga dan maruah diri.

Banyak blog memperkatakan demikian, kebanyakan blog ini berasal dari kedah yang mengalami peristiwa sendiri peristiwa tersebut, jika benar dakwaan yang dilakukan…kerajaan kedah telah melakukan kezaliman terhadap Rakyat…dengan nama gabungan parti mereka ini dinamai atas nama Rakyat yakni Pakatan Rakyat…perbuatan ini boleh dilihat sebagai pengkhianatan…mana mungkin ketika bencana berlaku , bantuan hanya diberikan kepada penyokong mereka sahaja…sedangkan kerajaan Pusat bertunjangkan BN tidak pernah memilih negeri ketika menyalurkan pinjaman, bantuan dan pembangunan…..! Kesian sungguh rakyat negeri kedah ( mangsa banjir )…..

Berbalik kepada isu pilihanraya pulak yang baru lepas…..( Galas & Batu Sapi )

Inilah yang berlaku apabila Pakatan Rapuh ini kalah dalam pilihan raya. Masing-masing menuding jari. PAS salahkan PKR, DAP salahkan PAS. Apakah penyokong pembangkang tidak nampak lagi percaturan politik kotor mereka? Sejauh mana kedudukan Pakatan Rapuh ini di masa hadapan? Di manakah rasionalnya penubuhan Gabungan Parti ini? Sebab itu mereka memilih untuk tidak mendaftar parti komponen mereka walaupun telah diberi ‘lampu hijau’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Masing-masing ada agenda tersembunyi. Apabila menang, dikata mereka satu keluarga, bila kalah dianggap musuh. Sebenarnya ketiga-tiga ini musuh dalam selimut.

Anwar Ibrahim pastinya tertekan dengan situasi ini. Agaknya call Lim Kit Siang tak angkat. Call Hadi Awang pun tak angkat. Siapa nak angkat phone Anwar waktu ini. Masing-masing sudah bengang dengan Anwar. Bukan bengang tapi BANGANG !

Tambahan pula terkantoi pula gambar Nik Aziz sedang sogok duit. Mestilah DAP bengang. Tok Guru perangai macam penyamun. Habislah undi Melayu. Jangan kata undi Melayu. Undi Cina pun habis rata kasi FREE kat BN. PAS kalah teruk di empat ( 4 ) Peti Undi yang majoritinya Cina. DAP bengang, PAS jaja nama Islam sana sini, tapi rupa-rupanya, PENYAMUN . DAP habis duit kat Galas. Upah Gangster lagi. DAP Cameron Highland siap buat muka tebal kempen dekat Loging, perkampungan Orang Asli. Kena maki lagi. Tiba-tiba pula Nik Aziz buat hal. ( Padan Muka Hampa semua ! )

Inilah realiti Gabungan Parti secara haram yang diberi nama Pakatan Rakyat. Ini semua bukan lagi untuk rakyat. Untuk kepentingan masing-masing. Sebab mereka takkan dapat kuasai Kerajaan jika tidak bergabung. Bila menang, cium mulut masing-masing. Tapi apabila tewas, masing-masing sepak terajang.

Inilah sebenarnya kuasa Tuhan. Tapi BN jangan lupa diri. Jadikan kemenangan PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebagai semangat untuk kita lebih bekerja keras demi Allah, untuk rakyat. Insyallah….

Moral cerita : Pakatan Rakyat ni hampehhh…..apa pun tarak…!

22 Respons to “PAS…apa sudah jadi? Pakatan Rakyat Hampehh !!”

  1. sumir said

    Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.”Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri,” Kerajaan negeri, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

    Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

    “Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini,” Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
    “Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama,”jabatan yang paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

    pihak kerajaan negeri/JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.
    dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.
    sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.
    Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai,adun PAS tidak berada di galas @ Batu Sapi kerana banjir dikedah mendahulukan masalah Rakyat.
    media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.
    Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut.Tak fikir pulak waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk redah kawasan banjir.
    “Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.
    Tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun.

    PEMIMPIMPIN UMNO DAN PAK MENTERI DATANG TENGOK BANJIR DIUTARA TANAHAIR SELEPAS PRK GALAS DAN BATU SAPI,BANJIR BESAR BERMULA 3 ARI SEBELUM HARI MENGUNDI.
    Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.KENYATAAN POLITIK PENUH DENGAN PROVOKASI TIM PERDANA MENTERI.sombong sikit selepas menang di galas dan batu sapi ..dah banyak kali kalah sebelum ni so semangat la la la la la la

    • Dutch LAdy said

      sememangnya kepimpinan PAS di negeri kedah tidak bergerak sewaktu banjir…. ! Mana Menteri besar? Si Mahfuz yang suka cakap besar?…semua sibuk berkempen di Galas untuk memenangi Dr. Zul yang sememangnya bermasalah ! Kalo menang lagi mcm masalah di Galas…tapi alhamdulillah BN menang di sana….. prnduduk di sana da x pandang PAS da…..kempen pilihanraya pun ditaja oleh Lee Kuan Yew…apa cer??????

      • sumir said

        Pengundi Melayu :
        BN 49 %
        PAS 51 %

        Pengundi Orang Asli :-
        BN 78 %
        PAS 22 %
        (90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

        Pengundi Cina :-
        BN 51 %
        PAS 49 %

        Undi Pos :-
        BN 72 %
        PAS 28 %

        Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

        Dalam keputusan PRK Galas, Mahyudin dengan nada bodoh sombong, termasuk akhbar mendabik dada bahawa 1Malaysia diterima rakyat, kepimpinan Najib diterima dan lain-lain kenyataan yang tidak berfakta sebenarnya. Ia hanya dakwaan kosong. Apa yang berlaku, sogokan, rasuah, pemberian duit dan hadiah serta kongkongan dan tekanan dilaporkan berlaku.

        Apabila MB Kelantan beri zakat kepoada orang Asal masuk Islam, Timbalan Pengerusi SPR segera beri kenyataan bahawa ia sogokan. Bila Najib umum, Mahyudin umum, Menteri umum sesuatu projek segera di kawasan pilihanraya, ia bukan sogokan. Beratur panjang di kaunter BN untuk terima wang selepas mengundi bukan sogokan. Agensi kerajaan termasuk JHEOA dan lain-lain sewenang-wenangnya diperalatkan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

        Apabila rakyat dapat diperbodoh dan dan ditundukkan dengan kuasa ugutan dan wang, mereka menang, lalu berkokoklah pemimpin BN bahawa rakyat terima mereka, 1Malaysia diterima dan lain-lain.

        Saya setuju bahawa PAS perlu muhasabah dan membuat post-mortem terhadap kekalahan dalam pilihanraya, melihat dan mengkaji di mana kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun saya, dan mungkin juga yang lain tidak boleh terima kekalahan dengan cara mengelat dan rasuah.

        Pilihanraya umum ke 13 sudah diwar-warkan bahawa Pakatan Rakyat insya Allah akan menguasai Putrajaya. Najib juga sudah war-warkan akan mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan PR. Demi kuasa yang mesti dipertahan, BN akan mengelat dan merasuah dengan lebih hebat kepada rakyat. Al-harbu khid’ah perang itu penuh tipu daya. Bagaimana pula perancangan dan strategi PR menghadapi dan mengatasi tipu daya BN dalam PRU 13 nanti?

  2. abg joe said

    SDR Hatta_adenan

    STANDARD TIM PRESIDEN UMNO YANG KEBETULAN JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI

    Alahai awat laa Malaysia dapat Timb. PM macam nie…kerja nak politik jaa 24jam sampai rakyat dok cempera macam nie pon masih nak sindir Kerajaan Negeri….Pada2lah mahYidin oii/…

    Ingatkan Sharizat & KJ ja nak buat statement BANGANG….rupanya timb. presiden pun haru biru jugak….Rasanya dia taktau kot apa itu MAJLIS KESELAMATAN NEGARA dan dia lagi taktau yg dia sedang memangku jawatan Pengerusi MKN sebab Perdana Menteri tengah MC..

    MKN yg perlu buat meting awai lagi….. semua logistik dok dlm tangan Pusat. Peruntukan bencana bawah pusat. jadi kenapa nak pertikaikan kerajaan negeri? time2 banjir ni buang sat la pasai politik ni…apa salahnya sama2 support…

    Orang lagi nampak dia hebat bila mai negeri Kedah meeting dengan MB lepas tu buat statement bersama MB yg MKN di gerakan sepenuhnya.. kerah semua ASKAR, SMART, JPA bagi support… bawak mai lori ASKAR, 4WD, Jeep dan sebagainya yg boleh randuk banjir untuk tolong rakyat yg dilanda musibah nie…

    Bab ayaq bersih tu hang nak suruh MB angkut dengan apa.. nak sewa lori pakai duit lagi…itu yg suruh MKN terlibat sepenuhnya.. gunakan lori2 tentera yg ada.. pie angkut ayaq bagi kat rakyat…lori2 nie pon bukannya buat apa pon…dok paking saja ja kat kem tuuu…tapi nak buat camna dah depa hg tak bagi arahan depa nak buat apa…

    Macam tu jugak bantuan K. Negeri bagi kat JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT untuk handle mangsa2 banjir nie.. negeri kena laa bagi kat Intitusi Kerajaan dan disini JKM salah satu darinya…ambik duit negeri pie edaq laa kat mangsa tapi dak dok hingaq pulak kata K.Negeri tak tolong… awat nak suruh buat macam kelaku hangpa duit negeri buat duit hangpa pie bagi kat UMNO suruh edaq lepas mentedarah kat hangpa sorang sikit macam KES TSUNAMI dulu.. mai audit tak tau dah pie kemana duit tuuu….

    Nie tak rakyat dilanda musibah dia sebagai Pemangku Pengerusi MKN dok senang lenang kat Galas dan bila habis dah boleh lagi pie Rasmi event kat PAGOH.. apa laa punya TPM macam nie..baru bagi memangku jawatan PM sikit pon dah cempera dah….

    Siapa yang lepas tangan sekarang nie…MB dok perah otak dari awai kejadian lagi dan hg ada nampak dia pie berkempen kat GALAS kaa..tak pon.. jadi jangan laa main sedap mulut ja bercakap tuuu…hang kena ingat TUANKU SULTAN KAMI MURKA kepada golongan yg nak jadikan benda nie political millage.. ingat tuu DERHAKA KAT SULTAN nak habaq bagi….

    • Tunggul Kayu said

      Nasib baik kerajaan BN nak tolong….kerajaan PAS ada nak tolong…tu ahh menteri besaq Kedah ( Azizan )…pun minta tolong dgn menteri besaq perak…minta ayaq bersih ! bak kata zambri…..” x per la….bagi depa ayaq bersih ,politik belakang kira..janji rakyat kedah dapat minum ayaq bersih ! ” tu pun hang x sedaq lagi…setakat nak kembaq kembuq kata peruntukan 1 juta…mana p ????ada bagi kah? @ masuk poket kroni masing2 ? kembang tekak nanti wei…. !

  3. KapoWWWw... said

    Pakatan Rakyat da terlalu hampeehhh da….HAMPAS jer lebih, bukan leh buat ape pun !
    ~ TOLAK PAKATAN RAKYAT !!! ~

    • shabriduda said

      kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.

      Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk ‘berkhidmat’ di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada pakatan

  4. shabriduda said

    Tiada kedengaran seruan ‘hidup Melayu’ atau ‘ketuanan Melayu’ di Batu Sapi. UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari?

    Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO). Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen? Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN.

    Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi. Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu.

    Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO.

    • umar said

      Tuan yang hebat berbicara…saya harap kita dapat berdiskusi dengan matang sesuai dengan status tuan. Galas dan Batu Sapi sebenarnya merupakan kemenangan kecil UMNO kerana kerana kesedaran masyarakat terhadap penipuan PAS dan kelemahan dan kelemasan PKR serta kebencian kepada golongan ultra kiasu DAP..tidak kah tuan sedar pemimpin melayu PAS dan PKR telah diperbodohkan oleh pemimpin DAP ini atau tahap pemikiran tuan yang tidak sampai tahap untuk memikirkannya….tuan berkokok dengan isu muruhan dan meningalkan isu asas dan fundemental perjuangan Islam. kafir yang boleh bersama kita adalah golongan kafir yang sederhana…bukannya kafir yang fanatik dan menentang Islam secara terbuka seperti DAP…dan akhirnya golongan yang mengagap diri mereka berpendidikan(super intelektual)membuatlah risalah dan poster2 DAP suka Islam, Masuk DAP masuk syurga dan PKR masuk syurga…Tinggi sangatkah pemikiran golongan ini…saya bersyukur kerana akhirnya kecelaruan dan ketamakan Nik Aziz akhirnya dibongkarkan dengan baik oleh ustaz Mohd Noor Deris (sila lihat video penjelasan beliau).kesedapan memegang kuasa(the delicious of power) telah menyebabkan beliau akan mengakiri kerjaya politik beliau dengan penuh kehinaan…dan salah satu penyumbang kepada keadaan ini adalah tuan….kerana keegoon yang tuan warisi daripada NA telah menjadikan beliau tidak boleh menerima pandangan orang…juga Al-Quaran dan Hadis….marilah kita melihat diri sendiri dan mencari jalan perpaduan untuk Islam dan Melayu….wasalam

      • shabriduda said

        Mohd Nor Idris yang memaki hamun MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen PRK Galas lalu adalah bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an dan pernah menjadi anggota PAS dan sering-kali memberikan ceramah atas pentas PAS. Semasa bersama PAS, isi ceramahnya sering memaki hamun UMNO dan pernah fatwa mengkafirkan UMNO. Dengan takdir Allah swt, beliau kemudiannya keluar dari PAS dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

        Oleh sebab kumpulan Islah yang ditubuhkannya itu tidak dapat menarik perhatian rakyat, maka kumpulan ini hilang lenyap dari arus politik negara terkubur tanpa nisan. Bagi meneruskan kegiatan politik gilanya itu, beliau telah menyertai UMNO dan beliau diberi tugas untuk menyerang PAS dan peribadi pemimpinnya (bukan dasar-dasarnya). Apa yang diludahkannya dulu terhadap UMNO, dijilatnya kembali.

        Perjuangan politik Mohd Nor Idrus caca-merba. Tiada haluan. Tiada ada matlamat perjuangan yang jelas. Perjuangannya lebih kepada nafsu serakahnya yang tidak pernah puas mengencam dan memaki hamun manusia lain yang tidak sebulu dengannya dari dahulu sampai sekarang. Kedudukannya dalam politik tidak akan sampai ke mana, hanya sekadar sebagai ayam sabung UMNO. Sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama (orang yang tidak menerima pendidikan Islam secara langsung, bolehlah dimaafkan), beliau tidak sepatutnya menyebut Nik Aziz sebagai syaitan kerana menjalin hubungan dan berkerjasama rapat dengan DAP (PKR?) [dengan PSM46 dulu pun dia tentang] dan cuba menggulingkan kerajaan melayu islam kelantan.Adakah MAT NOR DERIS INI LAMBANG KEPERIBADIAN UMAT UMNO SEMUANYA????..ADAKAH UMNO AMAT SOPAN BILA BERHUJAH DAN TIADA KATA NISTA KEPADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.PERBUATAN MAT NOR DERIS NI TELAH MENJADI BUKTI BAHAWA WARGA UMNO MEMAKIHAMUN ADALAH ELEMEN PENTING DALAM MERAIH UNDI MASYARAKAT.

  5. KapoWWWw... said

    Rasanya ada yang x berpuas hati…….pada haikatnya memangpun PAS hamba ( belaci ) kepada DAP !so..terima la hakikatnya !

  6. KapoWWWw... said

    Rasanya ada yang x berpuas hati…….pada hakikatnya memangpun PAS hamba ( belaci ) kepada DAP !so..terima la hakikatnya !

  7. sumir said

    Banjir melanda Kedah begitu dahsyat sehingga hampir 50,000 orang terpaksa berpindah. Maka ramailah pemimpin Umno yang memfitnah kerajaan Kedah kononnya tidak peka dan tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Padahal Menteri Besar, Wakil Rakyat dan PAS serta DAP bertungkus lumus siang dan malam bersama rakyat menghadapi ujian Allah ini. Cumanya media menutup cerita tersebut. Seperti kata pimpinan kerajaan negeri takkan kita hendak tunggu media untuk buat kerja.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Razali Ibrahim menunjukkan mukanya di Kedah dengan membawa gerombolan anak-anak muda membantu membersihkan rumah mangsa banjir. Bagus kerja dan amal beliau.

    Namun yang menyakitkan mata ialah beliau atas sifatnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyalurkan bantuan bukan kepada kerajaan negeri Kedah atau agensi kerajaan negeri sebaliknya diterima oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Mahadzir Khalid yang juga Menteri Besar pencen. Antara bantuan yang diberikan ialah enjin bot dan lain-lain.

    Jelas sekali pemimpin Umno termasuk bertaraf menteri masih bermimpi tidak tahu yang mana kerajaan dan yang mana parti politik. Kita tidak pelik jika bantuan itu dari Umno tetapi masalahnya bantuan itu atas nama kerajaan, lebih beradab jika ianya diberi kepada kerajaan negeri. Ternyata puak-puak ini membelakang semangat federalisme. Inikah semangat 1Malaysia????

    Kapowww,Tunggul kayu dan Ducth lady serta kawan2nya umno juga tidak paham beza antara KERAJAAN dan Parti POlitik(UMNO) ..janganlah memeilikpartikan hak rakyat ,Amat lah ketera Bezanya antara bantuan dari parti umno dan bantuan dari kerajaan pusat…

  8. KapoWWWw... said

    apa cerita????

    Azizan enggan ulas dakwaan Kedah lemah bantu mangsa banjir!

    ALOR SETAR 10 Nov. – Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan menjawab soalan berkaitan dakwaan bahawa kerajaan negeri lemah dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

    Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini, beliau meminta media bertanyakan soalan mengenai bantuan banjir itu kepada Majlis Keselamatan Negeri.

    “Nak tau apa-apa, tanya MKN, depa (mereka) buat keputusan (mengenai bantuan) di Kedah, saya tak tahu,” katanya pada sidang berita selama tiga minit itu.

    Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Pas Kedah tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

    Petkan dari BERNAMA

  9. abg joe said

    Bodoh dan bahalol kepada meraka yang percayakan terhadap apa yang dilaporkan oleh media binatang kerajaan barisan nasional ..

    mereka yang percayakan bulat bulat apa yang dilapurkan tidah ubah seperti keldai yang tidak mampu berfikir ..

    bersembang dengan rakan rakan yang baru pulang dari bertugas memberi bantuan kepada mangsa banjir di kedah mendatangkan kepuasan didalam hati untuk mengetahui peristiwa sebenar ..

    kejadian banjir di negeri negeri lain lazimnya JKM, bomba, pertahanan awam polis dan tentera di kerahkan untuk turut sama membantu dan menjadi kepala dalam menyalurkan bantuan terhadap mangsa banjir …

    malangnya apa yang terjadi di kedah begitu mengharukan dan benar benar menzalimi rakyat oleh kerajaan pusat …

    sebuah pusat penempatan banjir di datangi oleh hanya 2 org JKM lagak puteri umno … mengarahkan semua mangsa banjir beratur untuk mengisi borang bagi mendapatkan bantuan makanan … jika tidak berbuat demikian makanan tidak akan di berikan …

    banyangkan mangsa banjir ada yang demam, sakit org tua yang tak larat, ibut dalam pantang baru lepas bersalin , ibu yang mendukung anak anak kecil terpaksa beratur panjang untuk mengisi borang ..

    bertambah malang apabila sesetengah penempatan banjir pegawai JKM yang datang tidak membawa BORANG yang mencukupi …

    tetapi mangsa banjir tetap bersyukur kerana adanya UNIT AMAL malaysia yang sedia berkampung dan tinggal bersama mangsa banjir untuk menyediakan keperluan harian mereka seperti memasak, mendapatkan bekalan air bersih, pemindahan, sehingga membantu membersihkan rumah rumah warga tua yang dimasuki lumpur ..

    malahan 2 buat lori trelar yang memuatkan pakaian dan keperluan harian mangsa banjir telah di hantar oleh YAYASAN AMAL untuk membantu mereka yang di timpa musibah…

    sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri tidak sama langsung seperti yang dilapurkan oleh media binatang UMNO
    Ni bai..sembang sblh pihak ja mmg la nmpk baik semua..ni kat tmpt aku ni, anak sedara aku sendiri keja bwh JKM daerah, depa diarahkan supaya hold bantuan kepada mangsa banjir smpi ADUN BN mai baru leh bg..siap nak ambik gmbq lg..dkt sehari baru nmpk batang hidung adun tu..dlm tempoh tu, ahli parlimen tmpt aku ni (PAS la) yg mai hantaq bantuan merata tmpt..bg duit n mcm2 lg tp haram satu gmbq n crita pun xdak psl dia dlm brita..xpa, dia bukan nak cr glamor..yg lg bestnya, esok masuk sorathabaq yg adun BN tu bg bantuan sana sini..cewahhh..baguihnya depa tp mcm haram..klu tgu depa, alamat mati dulu baru smpi..
    pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyidin nak trun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian.

    MB datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring dia. Ada pihak Umno sendiri nak control.. puteri-puteri Umno menafikan bantuan kononnya . Terhalang orang nak melawat tak boleh.

    Itu tak tamadun… otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak boleh termasuk menteri yang dibodohkan oleh pemimpin umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka.
    ‘Mai rumah kita kena tanya kita…tuan rumah’. Demokrasi dia (TPM) laung-laungkan. Sepatutnya kena tanya MB. Maka sebab itu tak pelik takda seorangpun pegawai kerajaan negeri yang sambut TPM di stadium. Yang ada seorang pengurus stadium.

    Sebab apa? Kerana TPM nak dengar daripada maklumat Umno cakap, bukan cakap kerajaan negeri. Sepatutnya sebagai negeri persekutuan dia (TPM) kena mai jumpa MB. Hubungi kerajaan negeri seperti MB hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong.Kerana Kedah tak cukup peralatan. Minta kenderaan dari Perak dan kereta air tangki dari Selangor. Air kita ada di paip-paip yang kita baiki tapi ‘tangker’ (lori) tak ada. Hanya ada 20 sahaja… tak cukup.

    TPM datang sejam kemudian buat komen. Ada yang tak turun lagi kaki ke Kedah, sudah buat kenyataan tak cerdik…tak tengok lagi keadaan di sini. Kedah dah banjir 7 hari barulah TPM turun selepas Pilihanraya kecil.

    Bagaimana TPJM buat kenyataan tanpa datang bilik gerakan? Mahyudin tak hubungi pihak auotoriti negeri seperti Bilik gerakan utama negeri. Tak tanya sama ada peringkat Setiusaha kerajaan negeri atau pegawai daerah.

    TPM hanya melawat tempat pusat penempatan banjir kemudian mendengar laporan daripada daripada seoarang dua ketua umno di situ. Fakta mana dia dapat????????

    NAK RAIH SIMPATI PENDUDUK KEDAH KOT SUPAYA PRU AKAN DATANG UNDI BN….MUSIM BANJIR NI LAH SESUAI NAK DIPOLITIKAN..NAK HARAP ISU LAIN TAK ADA KERAJAAN KEDAH SEKARANG PALING SUKAR BN NAK SERANG DARIPADA PELBAGAI ISU….
    ORANG KEDAH KENAL LA PEMIMPIN UMNO KEDAH hehehehe DAH BG PELUANG 50TAHUN BN MEMERINTAH KEDAH..

    • KapoWWWw... said

      wooowwww…marah ker bro? semalam yang MB Azizan mengamuk semasa press confrence tu apa cerita? memang betol la Kerajaan PAS x buat kerja !!! sedey yer kamoo… ! Tersentap ker?

      • abg joe said

        Memang terbukti la, macam yang ramai dok cakap. Memang Ust Azizan ni cenge. Dia punya “bahasa” pun boleh tahan jugak.

        Aku risau kalau Ust Azizan tampar wartawan tu, nampak sangat dia marah. Tapi memang patut pun dia marah. Dia dok pening, dok kalut nak selesaikan masalah pasai banjir di Kedah wartawan tu boleh kata yang kerajaan negeri tak buat apa, federal ja yang bantu.

        Tapi kalau la Ust Azizan tampat wartawan tu, menarik jugak..

  10. mamat-minah said

    Alahai orang PASbeer, sudahlah, buat kerja tolong orang kena tekun dan sentiasa berterusan, jangan asyik tolong orang sendiri jerrrr….. buruk siku, bagi ambil balik, bangang lak tu,,,tak boleh ditegur, semua PASbeer jer yang betul, awat tengin sangat, banjir ja menyalahkan orang lain. Banjir je menuding jari. Bala Allah kali ni banjir lebih teruk dari kebiasaan. Tebanglah lagi balak. Biar habis semuanya tu. Dalam Al Quran ada ayat menyatakan bahawa gunung dan bukit itu adalah pasak bumi. Robohkanlah lagi. Jangan tinggalkan walau sebukit pun. Biar bumu KEdah tu ditutupi air semuanya. Ketentuan Allah pun dah tak boleh terima. Syurganya di mana. Lepas tu menyalahkan orang lain. Akal letak kat lutut kerrrrr

    • KapoWWWw... said

      sokong u bro !!!

      • abg joe said

        kalau mahu menyuruh media-media talibarut BN seperti RTM dan TV3 ini berhenti dari membuli pihak Pakatan Rakyat menggunakan kuasa media maka samalah macam menyuruh Israel berhenti membuli palastine dengan kuasa senjatanya. Hati mereka seolah-olah tertutup untuk bersimpati terhadap pihak yang mereka fitnah saban hari.
        Soalnya, apa pilihan yang ada pada Pakatan Rakyat? Memaki hamun hanya memberi kepuasan sementara, tetapi mereka tetap terus juga memfitnah atau melakukan propaganda.

        Tindakan yang wajar ialah saman. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Presiden kini Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Dato’ Mahfuz Omar adalah antara pemimpin PAS yang pernah menang saman terhadap media-media pemfitnah ini. Media talibarut BN ini sangat melampau dan mesti diajar secukupnya.

        Entahlaaaaa nak kata apa pon tak tahu bab nie…. benda nie dah lama dah sepatutnya kerajaan negeri lakukan….tetapi masih dok bagi muka kepada media2 barua umno nie….apa yg aku boleh kata kat kerajaan negeri kedah….

        “Hangpa(kerajaan negeri) baru tau kaaa depa(media yang ketua pengarangnya di kuasai oleh umno)tu punya kelaku….

        kami tau lama dahhhhhhhhhhhhhhhh……………..”umno cawangan utusan Malaysia.umno cawangan TV3,umno cawangan RTM,kalo nak jadi Media arus perdana silalah wat laporan adil…kalo tidak.lulus saja lesen media organ parti pakatan rakyat untuk jualan dan pasaran awam.

        nak harapkan media UMNO sendiri orang tak nak baca ,so gunakanlanh media arus perdana yang tidak diishtihar milik BN..hehehehehehe

        Bukan kah sudah diketahui secara jelas , bukan hari ini saja, tetapi semenjak lebih 50 tahun dahulu lagi iaitu misi , visi dan objektif semua wartawan dan jurugambar media arus perdana ialah untuk melanyak musuh politik pemerintah , iaitu UMNO.

        Adalah suatu kesilapan besar sekiranya ada mana – mana pemimpin Pakatan Rakyat hari ini sekiranya masih ada yang berbaik sangka dengan mereka ini. Dalam kejadian terbaru , adalah suatu yang mendukacitakan sekiranya ruang liputan yang dibuat di Kedah , iaitu yang melibatkan gerak kerja kerajaan Kedah dalam isu liputan media mengenai banjir dan bantuan kepada mangsa banjir , tidak dipolitikkan. Sudah menjadi rukun dan wajib bagi pemberita , wartawan dan jurugambar ini membuat fitnah di mana yang difikirkan sesuai dan menguntungkan UMNO.

  11. sumir said

    Negeri Kedah dan Perlis menghadapi bencana alam yang dikatakan antara yang paling buruk pernah dilalui oleh mereka yang bergelar warga emas apatah pula yang masih muda. Banjir yang berlaku kali ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk kedua-dua negeri, terutama Kedah.

    Banjir kali ini juga menimbulkan bermacam tuduhan dan fitnah di kalangan pihak tertentu terutama di negeri Kedah memandangkan pentadbiran negeri dan persekutuan bukan datangnya dari satu pakatan atau gabungan parti politik. Tiada pula masalah di Perlis kerana parti yang sama berkuasa sedangkan masalah wujud

    Soal kemanusiaan dan keutamaan nampaknya diketepikan apabila satu pihak menuding jari kepada pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang berbaur politik. Nampaknya untung nasib rakyat yang menghadapi bencana dan menderita akibatnya dijadikan bahan cemuhan politik.

    Laporan media juga tidak membantu meredakan keadaan dan menjurus kepada kerja sebenar, iaitu membantu mangsa banjir tetapi mengutarakan perkara negatif dan tidak seimbang serta jauh daripada kebenaran.

    Saya berada di Utara Semenanjung dan dimaklumkan oleh banyak pihak tentang laporan yang lebih memihak kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang diberitahu dan jika dilihat dari sudut laporan oleh media elektronik, ada kebenaran mengenai perkara itu.

    Saya tahu dan sedar bahawa satu pihak turun membantu tanpa membawa rombongan media untuk membuat liputan manakala pihak lain sebaliknya. Mereka ‘turun padang’ dengan diikuti oleh media untuk memberi bantuan dan ini tidak lebih daripada usaha menagih saham politik.

    Saya tidak mempersalahkan MB Kedah yang marah kerana dituduh tidak turun padang sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya. Dia turun padang tanpa diiringi media.

    Ada media elektronik tertentu yang sengaja mempertonton temuramah dengan pihak yang menyokong parti politik pendokong kerajaan persekutuan untuk memperlekeh pentadbiran negeri Kedah. Ulasan positif kepada satu pihak sahaja yang disiarkan.

    Saya tidak menyangka mendengar dan menonton seorang yang ditemuramah itu menuduh kerajaan negeri hanya memberi bantuan makanan kepada penyokong partinya. Itu fitnah namanya kerana saya tahu ia tidak benar. Janganlah sampai sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah semata-mata atas kepentingan politik.

    Masalah yang kita hadapi di Malaysia ialah semuanya memperalatkan politik. Menangani bencana alampun dijadikan modal politik. Di Kedah, sebuah jawatankuasa dibentuk dengan anggotanya dari kalangan parti gabungan BN. Ia dikatakan akan menyalur bantuan dari kerajaan Persekutuan. Jika mereka ikhlas dan benar-benar nak bantu, janganlah ketepikan pihak negeri dan PAS. Ini adalah soal kemanusiaan bukan satu pertandingan atau satu peluang untuk mendapat sokongan politik. Musibah yang menimpa bukan kerana politik tetapi sesuatu yang diturunkan oleh Allah.

    Pihak media pula ada yang lupa akan etika kewartawanan apabila membuat liputan. Ke mana diletaknya kesaksamaan dalam membuat laporan, ke mana perginya soal kebenaran, dan apa dah jadi dengan ketelusan…Saya tidak menuduh semua media tetapi ada yang berbuat demikian atas sebab tertentu. Amat malang sekali jika media tidak berperanan adil dan saksama dalam membuat liputan atau laporan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: