Khalid Mempersoalkan Kuasa Dan Hak DYMM Sultan Selangor?
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011
Oleh: Kawan Lama
Membaca tulisan Khalid Ibrahim “Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikkan SUK” dalam blog DSAI memperlihatkan betapa singkatnya pemikiran beliau. DSAI dengan bangganya memaparkan ketidakbijaksanaan Khalid ini dengan harapan agar kemelut ini dilihat sebagai langkah mudah bagi beliau untuk meletakkan Azmin sebagai pengganti Khlaid kelak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Namun ini bukan perkara yang ingin dibangkitkan oleh penulis. Apa yang menarik perhatian penulis mengenai agenda tersembunyi pakatan pembangkang iaitu menegakkan Ketuanan Rakyat di Selangor. Resolusi untuk meminda Perlembagaan Negeri merupakan hanya gimmick politik sahja demi untuk mendapat sokongan rakyat Selangor. Adakah rakyat Selangor sanggup untuk bersekongkol dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkan yang menerajui Selangor untuk memashyurkan Ketuanan Rakyat bagi menggantikan Ketuanan Melayu/Kedaulatan Raja-Raja Melayu?
Sebenarnya, tindakan beliau dan barisan kepimpinan pembangkang adalah merancang dan berusaha sekeras-kerasnya untuk mengalih pandangan rakyat khususnya di Negeri Selangor dan rakyat Malaysia amnya. Amat mudah bagi Khalid untuk menuding jari kepada pihak lain. Isu ini cuba dikaitkan dengan pindaan perlembagaan yang diusulkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1993.
Terdapat dua perkara yang Khalid tak faham atau buat-buat tak faham. Pertamannya, usul ini dipersetujui sebulat suara. Ini bermakna bahawa wakil rakyat DAP, PAS dan Semangat 46 pun angkat tangan dan bersetuju. Sekiranya Khalid nak buat perubahan atau pindaan, ia mesti mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3. Kalau tak dapat 2/3, maka tak boleh dilaksanakan.
Keduanya, pindaan yang dibuat tidak melibatkan hak dan tugas serta tanggung jawab Raja/Sultan. Selagi Raja/ Sultan bertindak mengikut kapasiti dan peranan baginda maka ia tidak bertentangan.
Berbalik kepada penerangan beliau dalam tulisan beliau, kedangkalan Khalid semakin terserlah. Kemelut yang berlaku berkaitan perlantikan SUK negeri Selangor berkisar kepada:
Perlantikan Khusrin sebagai SUK
Menurut Khalid selepas pindaan tahun 1993, DYMM Sultan tak mempunyai kuasa dan hak menerima atau menolak perlantikkan. Ia menjadi kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kononnya, pindaan yang dilakukan pada 1993 telah menyebabkan ‘kehilangan kuasa dan hak’ DYMM Sultan Selangor.
Isunya di sini adalah perlantikkan bukannya perkenan. Sultan tidak melantik tetapi memberi perkenan Baginda terhadap perlantikan jawatan tersebut. Walau bagaimanapun perlantikkan Khusrin sebagai SUK Selangor oleh SPA diperpanjangkan kepada DYMM Sultan untuk mendapat perkenan Baginda Sultan.
Siapa yang menolak perlantikkan Kushrin? Baginda Sultan ke? Atau Khalid dan kepimpinan beliau? Bila Baginda Sultan bertanya, kenapa tak suka Kushrin, Khalid senyap langsung. Tak jawab.
Menolak Perkenan DYMM Sultan Selangor
Siapa yang mempersoalkan perkenan Sultan? SPA ke? Kerajaan BN ke? UMNO ke? Bukankah Khalid,Suhaimi, Aziz Bari dan beberapa lagi barisan kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor yang mempersoalkannya?
SPA meletakkan perkenan Sultan itu sesuatu yang perlu diutamakan kerana sebagai penjawat awam akan berkhidmat di negeri Baginda Sultan. Walaupun berlaku pindaan selepas 1993, perkenan Sultan adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang remeh. Hak dan kuasa DYMM Sultan tetap diutamakan.
Ini berbeza dengan tindakan Khalid dan barisan kepimpinannya. Beliau sendiri yang bertindak membelakangkan DYMM Sultan. Pihak istana telahpun menghantar surat makluman mengenai perkenan Sultan tetapi beliau cepat-cepat aturkan program/perancangan agar beliau tiada di pejabat MB.
Tindakan beliau ini merupakan sesuatu yang terancang. Justeru itu, mudahlah bagi beliau untuk menuduh DYMM Sultan telah membelakang dan menafikan hak beliau sebagai MB. Bagi beliau, Tuanku sebelum memberikan sebarang perkenan, mesti merujuk dan mendapat persetujuan dan pengesahan beliau dan barisan kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor terlebih dahulu. Tindakan beliau sebenarnya lebih menggambarkan kepada berani mencabar kedudukan dan kedaulatan DYMM Sultan Selangor.
(Wah, banyak besar kuasa MB Selangor sekarang. Kerajaan Ketuanan Rakyat le katakan)
abg joe said
KENAPAKAH UMNO DAN PERKASA BERIYA2 SANGAT MAHUKAN KUSRIN JADI S.U.K
Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis ‘muka tebal’. Biar dia macam ‘cacing kepanasan’, biar dia macam ‘kupang tembaga’, biarpun dia terus tersengih macam ‘kerang busuk’, Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri.
Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.
Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar.
Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN.
Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN.
Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan.
Berdasarkan ‘track record’, Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi ‘key player’ Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.
Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan.
Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN.
Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan.
Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah ‘titah tuanku’ (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis.
Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan ‘hasrat beliau’ tercapai.
Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno.
Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor.
Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993.
Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga.
Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno.
Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN.
Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar.
Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak ‘di atas nasihat’ PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan.
Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen.
Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak ‘memekik melolong’ dengan pekikan ‘Daulat Tuanku’, sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu.
Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang ‘menelanjangkan kehormatan’ Raja-Raja Melayu.
Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja.
Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu ‘back-fire’ kepada mereka.
sumir said
UMNO dah terjerat dan teperangkap, abg joe weehhhh,,,,, dah mengeletar wakil rakyat UMNO ni……..rakyat akan tau yang mana satu INTAN dan yang mana satu BATU JALAN…huahuahuahua
berita GEMPAR !!!!!!Perkasa akan memaksa ADUN2 UMNO hadir sidang dewan ni kerana akan memeperjuangkan kuasa sultan ,,perjuangan mereka telah menampakkan cahaya di hujung terowong..kuasa sultan yang ditarik oleh umno dalam pindaan perlembagaan 1993 akan diusahakan untuk mengembalikan kuasa tersebut oleh melayu yang bernama Khalid Ibrahim ..melayu dalam PKR PAS dan UMNO di dewan Undangan selangor akan bersatu menyokong usul ini….Ayuh perkasa dan NGOs perkakas umno desaklah pegembala kamu(UMNO)yakni ketuanan kepada persatuan2 yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan hal2 melayu sekiranya ianya tidak menguntungkan umano hihihihihihi
Dalam perkembangan lain setiausaha kerajaan Negeri Selangor (SUK) Datuk Mohamad Khusrin Munawi.
“Kalau kerajaan negeri yang pilih Khusrin, ditemubual dan dia (berada kedudukan) nombor satu daripada enam orang (calon), rakyat tidak ada masalah.
“Tetapi dia (berada pada kedudukan) nombor enam daripada enam calon yang ditemubual. Dia bukan pilihan kerajaan negeri. Banyak kekurangan beliau untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Ini bukan soal peribadi, tetapi masalah untuk mencari orang yang terbaik untuk jawatan setiausaha kerajaan negeri,”
ADUN BN di Selangor dicabar menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari ini bagi meminda undang-undang tubuh negeri itu.
kehadiran mereka itu untuk membuktikan mereka menjunjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah dan setia kepada negeri itu.
“Bila kerajaan negeri Selangor bawa usul pindaaan perlembagaan untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan dan negeri, ADUN daripada Umno (dan BN), rakyat cabar mereka untuk hadir memberi sokongan
“Ujian yang muktamad apabila MB bentang (usul itu), Rakyat harap mereka datang dan mereka buktikan kesetiaan kepada negeri Selangor dan Sultan,” untuk megembalikan kuasa sultan ,,bukannya dok melalak sanggup mati kerana raja tapi dok ngelak datang dewan …kena tunggu arahan dari putrajaya ker duhai ADUN2 UMNO huahuahuahua
Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Rakyat juga menjangka ADUN BN mungkin tidak akan hadir.walaupun sokongan 35 ADUN Pakatan tidak cukup untuk meminda perlembagaan dan memerlukan sokongan 38 ADUN, tetapi “paling kurang ia akan mendedahkan siapa sebenarnya pengkhianat kepada negeri dan institusi raja”.
sumir said
Mungkin ada yang berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu menjalankan tugasnya sebagai KSU Selangor . Ini hujah yang agak manis tapi penuh dengan racun. Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan namanya kucing !
Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau ?
Isu pelantikan Khusrin sebaagi KSU Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.
Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno “merogol” bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin “trias politica” ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala “dosa” yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .
Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai KSU Selangor.
Habib Ahmad said
InsyaAllah, kunjungan Al Habib Umar Ben Hafidz , ulama’ besar dan juga Rektor Darul Mustafa , Hadhramaut , Yemen ke Kompleks Yayasan Al-Jenderami dalam rangka dakwah beliau ke Asia Tenggara.
Hari: Rabu , 12 Januari 2011
Masa: 6.30 petang
Acara: Pembacaan Maulid & Tausiyyah
Tempat: Masjid Al-Jenderami
Dijemput semua untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis.