Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for the ‘Pendidikan’ Category

INTERLOK BAHAN SEJARAH, BUKANNYA BAHAN UNTUK DIPOLITIKKAN !

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Mac 2011

Oleh: Hatta_Adnan

Isu Interlok sudah pun berada dikemuncaknya. Setelah novel ini telah berjaya dipolitikkan oleh sesetengah pihak, kerajaan BN yang terlalu lembut hati dan terlalu mendengar cakap telah bersetuju membuat pindaan pada novel berkenaan di beberapa perenggan yang didakwa menghina masyarakat India di Malaysia. Lepas 40 tahun diterbitkan dan tak sampai beberapa bulan menjadi teks untuk KOMSAS sekolah menengah, sekarang ni baru nak pinda. Dah lama pun novel ni “menghina” masyarakat India, baru “depa” nak terpekik telolong suruh ditarik balik.

Ekstrim tak ekstrim, pihak pelampau tersebut yang disokong oleh beberapa wakil rakyat Melayu dan India dari PKR. Puas hati bila dah dapat bakar novel INTERLOK dan juga gambar penulis novel tersebut, sasterawan negara.

Sejarah tetap sejarah. Kerajaan tak gunakan kuasa mereka untuk menulis tentang keburukan dan pangkat kasta dalam sejarah negara. Kenapa mereka marah sangat tentang perkataan PARIA dalam novel tersebut? Bukankah itu kebenaran yang selama ini memang berlaku dalam masyarakat India di India sana? Di Malaysia saya rasa mungkin tidak ada pangkat dan kasta sedemikian tapi hakikat dan sebenarnya ia memang ada. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

Pelajar Bumiputera ke IPTA : Berapa peratusan sebenar?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Julai 2010

Oleh: Tun Teja Millenia

Hanya 26% pelajar bumiputera yang berjaya mendapat tempat di IPTA untuk sessi 2010? Angka ini amat membimbangkan apabila ia terpapar di dalam sebuah rencana terbitan akhbar harian tempatan yang terkemuka baru-baru ini. Jumlah yang mencatatkan penurunan yang mendadak jika dibandingkan dengan peratusan sebanyak 62.6% untuk sessi 2003/2004 dan 63.8% untuk sessi 2004/2005. Ramai yang terkejut dan mula membuat pelbagai andaian berdasarkan laporan ini. Laungan-laungan di laman media mula membuat ulasan dan seterusnya andaian seperti perlaksanaan meritokrasi yang menyebabkan peratusan pelajar bumiputera yang berjaya ke IPTA semakin turun, nasib pelajar bumiputera yang terancam dan sebagainya. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | 1 Comment »

Malays Bashing: Usaha Dalam Menafikan Pengorbanan dan Perjuangan Orang Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 29 Mac 2010

Oleh: Kawan Lama

Membaca rencana bertajuk “Sebab, Akibat, Penggodam Melayu (Malays Bashing)” dalam ruangan rencana dalam ahkbar Utusan Malaysia bertarikh 25/03/10 memperlihatkan betapa mudahnya orang Melayu menjadi sasaran terhadap agenda mereka yang rakus dan haloba kuasa. ‘Malays bashing’ bukannya sesuatu yang baru. Penulis bersetuju dengan kenyataan YBhg Datuk Dr Fidaus Abdullah tersebut. Dua perkara yang ditimbulkan oleh beliau iaiitu perbezaan pendekatan dan kelompok yang menghentam Melayu. Kedua-duanya amat menarik perhatian yang membawa penulis untuk menulis artikel ini.

Keadaan yang menimpa orang Melayu seperti yang dinyatakan oleh YBhg Datuk Dr Firdaus wujud sejak zaman pejajahan lagi. Pihak penjajah telah meletakkan orang Melayu dalam keadaan yang tersepit sehinggkan terpaksa merempat di negara sendiri. Tujuan utama mereka lakukan adalah utuk memastikan orang Melayu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit menentang penjajah. Orang Melayu semakin ditindas apabila wujudnya segelintir daripada golongan yang sedar tentang kemelut yang dihadapi orang Melayu seperti pendekar, ahli agama dan gerakan-gerakan orang aristokrat Melayu dan guru yang mula bangkit memulakan gerakan menentang penjajahan. Perjuangan mereka sebenarnya amat suci demi ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan dan melepaskan orang Melayu daripada ditindas dan diperbodohkan untuk selama-lamanya. Para pejuang ini telah dilabelkan sebagai pemberontak dan penderhaka dalam buku-buku rujukan sejarah tulisan mereka Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | Leave a Comment »

PENTINGKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Jun 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Setelah lebih 50 tahun merdeka sejarah membuktikan sistem pendidikan Negara telah melalui pelbagai fasa transformasi dan kematangan yang disesuaikan dengan peredaran zaman. Pada awalnya kita lihat dasar dan sistem pendidikan Negara Setelah beberapa ketika , Dasar Pendidikan Negara dilihat memberi Penegasan pula kearah Pendidikan asas 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) Dan Pendidikan kerohanian dan kurikulum yang lebih ala Malaysia…

Demikianlah fasa – fasa kematangan dasar pendidikan Negara sehingga lahirnya suatu sistem pendidikan pada hari ini yang menekankan kearah kecemerlangan ilmu bertaraf Dunia yang dalam masa sama tidak mengabaikan aspek holistik dan perpaduan. Dan dengan kajian perubahan yang disusun direncana dan dijalankan Negara melahirkan generasi Malaysia yang begitu prograsif sebagaimana yang ada pada hari ini fasa transformasi berterusan dan rasional perubahan. Hakikatnya dari semasa ke semasa kerajaan melalui kementerian pendidikan sememangnya melaksanakan pelbagai kajian dan soal selidik yang bertujuan menyesuaikan lagi sistem pendidikan sedia ada agar terus melahirkan generasi Malaysia yang berkualiti tinggi sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan aspirasi satu Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | Leave a Comment »

JANGAN BERMAIN API NANTI…..

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Kita diperingatkan agar tidak bermain api kerana takut nanti membakar diri. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Akhirnya kita menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Ipoh menguatkuasakan undang-undang dan telah melaksanakan tugas apabila ia bertindak merobohkan papan tanda peringatan kumpulan Pakatan Penderhaka yang ditegakkan bagi mengingati peristiwa “bodoh yang disengajakan” dalam usaha puak tersebut mencabar institusi undang-undang dan keharmonian Negara. Kita juga ucap syabas diatas tindakan pihak berkuasa melaksanakan peraturan dengan menggantung Gobind Singh Deo dari Dewan Parlimen untuk tempoh 12 bulan. Kita kini hendak melihat tindak balas “besar celaka punya pariah” yang mencabar kesabaran orang ramai. Kita juga menanti tindakan keatas Karpal Singh yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Pemuda UMNO dan memanggil mereka dengan perkataan “Celaka”. Memang celaka juga lah orang yang memanggil orang lain celaka! Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | 2 Comments »

BUKA – BUKALAH MATA…….

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu ketamadunan Melayu dunia.

Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia. Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar jangkauan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | 1 Comment »

PAS DI “KUDA-KUDA” KAN OLEH PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

Sekumpulan manusia yang kesemuanya beragama Islam berkumpul di pekarangan Masjid Negara. Kehadiran mereka bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, sebaliknya perkumpulan mereka di kawasan yang seharusnya menjadi tempat penyatuan umat Islam itu diselimuti perasaan benci dan marah. Demikian senario di ibu negara pada Sabtu lalu, apabila sekelompok orang Melayu yang kononnya mendakwa mencintai dan membela bahasa Melayu berarak menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru kalau mereka turun melakukan demonstrasi apatah lagi dengan ketegasan pucuk pimpinan negara ketika itu sudah pasti mereka akan merasa bahananya. Tetapi kini mereka tahu BN tidak kuat dan UMNO semakin lemah, oleh itu semua isu termasuklah PPSMI dipolitikkan.

Apa yang menghairankan adalah sikap Pas yang kini semakin pandai turun ke jalanan untuk membantah sesuatu isu. Perubahan yang berlaku kepada Pas adalah sejak mereka bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Adalah sesuatu yang aneh apabila pemimpin-pemimpin Pas mempunyai semangat yang begitu tinggi dalam isu PPSMI sedangkan sebelum ini jika ada perkara berkaitan kepentingan hak-hak Melayu, ada pemimpin Pas berkata mereka memperjuangkan Islam. Ternyata sekali Pas semakin terperangkap dengan permainan politik PKR. Parti itu tidak sedar atau sengaja melupakan bahawa PKR hakikatnya sedang ‘memperkudakan’ Pas untuk melaksanakan satu demi satu agenda politik mereka.

Apa yang malangnya, pemimpin-pemimpin yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam – sebuah agama yang cukup mencintai keamanan dan kedamaian – membiarkan sahaja penyokong mereka bertempur dengan pihak polis (yang sudah pastinya majoritinya orang Melayu dan Islam). Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan berusaha mengelakkan konfrantasi, apatah lagi dengan pihak berkuasa. Namun kekecohan dalam isu PPSMI itu tidak harus dilihat dari segi permukaan sahaja, sebaliknya orang Melayu perlu melihat secara halus kenapa dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang dipolitikkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | Leave a Comment »

PUPUK SEMANGAT TOLERANSI DALAM DIRI KITA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 Disember 2008

Oleh:-Anak Dara Pinggiran

Terlalu banyak kiasan yang lampau terdengar kembali di ruang2 telinga mengenai pergaulan antara perkauman di antara negara-negara disebabkan tiada persefahaman antara kaum-kaum. Oleh yang demikian, tindak-tanduk yang perlu pada diri lita ialah menyatu padukan perkauman antara masyarakat di negara ini. Masyarakat hendaklah bersatu padu agar tiada pertelagahan antara kaum,supaya semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum dapat dipupuk,Semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum hendaklah bermula sejak daripada zaman persekolahan lagi tanpa memikirkan dan mencetuskan isu perkauman sememangnya lebih baik jika semua pelajar-pelajar dapat melibatkan diri atau mengikuti pengajian kurikulum semasa zaman persekolahan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Sejarah | Leave a Comment »

Artikel 153 Dan Kontrak Sosial

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apa yang hendak dikupas mahupun difikirkan serta diperkatakan dalam pemikiran kali ini mengenai dua perkara penting yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra di dalam negara ini. Ia melibatkan Artikel 153 yang berkaitan dengan kedudukan Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputra dan kontrak sosial. Termaktubnya Artikel 153 itu adalah hasil daripada termeterainya kontrak sosial di antara semua kaum yang bermastautin di negara ini sebelum merdeka. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

DEMO DONG JIAO ZONG: TUNTUT HAK DAN KETUANAN CINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Kawan Lama

Dalam akhbar The Sun, 7 Disember lalu, Presiden Jiao Zong( Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu), Ong Chiaw Chuan menggesa Dong Jiao Zong  (Gabungan Persatuan Guru-Guru dan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina) untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya pihak kerajaan masih lagi berkeras mahu subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Demonstrasi tersebut akan diadakan sejurus menerima maklum balas keputusan mesyuarat kelima Ahli Jawatankuasa Perbincangan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menyebelahi tuntutan mereka. Amaran dan ugutan mereka ini memperlihatkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko dan memperlihatkan mereka tidak takut kepada sesiapapun walaupun pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan.  Perkara ini bersangkutan dengan hak dan bahasa mereka!!! Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | 3 Comments »

PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI SEKOLAH SATU SISTEM

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Roslan Latif,
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )

Saranan Datuk Mukhriz Mahathir agar satu sistem pendidikan seragam menggantikan sistem vernakular yang diamalkan sekarang, walaupun mendapat kecaman berbagai pihak berkepentingan, perlu diberi pertimbangan sewajarnya jika semua kaum ikhlas inginkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu di mana polarisasi kaum dapat dihapuskan dan semua kaum dapat bersaing di padang yang lebih rata dan sistem meritokrasi dapat dilaksanakan sepenuhnya. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | Leave a Comment »

Meritokrasi – Bersaing Di Padang Yang Tidak Rata

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 14 Ogos 2007

Roslan Mohd Latif
Presiden,
Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Meritokrasi mengikut American Heritage Dictionary adalah satu sistem di mana kejayaan seseorang berdasarkan kepada kebolehan serta pencapaian, atau mengikut Collin Dictionary, satu sistem sosial di mana seseorang mendapat status atau habuan kerana apa yang mereka capai, bukan disebabkan kekayaan atau kedudukan sosial. Dalam ertikata lain meritokrasi merupakan pencapaian berdasarkan kepada persaingan yang adil tanpa keistimewaan. Kalau diambil pertandingan bola contohnya, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang dari segi permainan, pengalaman bermain, latihan yang cukup serta padang permainan yang rata, disokong oleh pengadil dan penjaga garisan yang tidak berat sebelah. Sebenarnya keadilan sebeginilah yang dituntut oleh agama Islam dimana hak seseorang di beri adil tanpa batasan kaum, agama dan keturunan.

Berdasar kepada sejarah, tamadun Melayu bermula seawal kurun ke-8, dimana pedagang Cina telah mula berdagang ke muara Sungai Johor atau apa mereka sebut sebagai “Tun Sun”, kemudian ke muara Sungai Kuantan, “Ch’ih Tu”. Malah, kerajaan Kelantan telah menghantar misi diplomatik dan perdagangan semasa Dinasti Tang (619-906) dan Maharaja Cina telah menghadiah 100 gulung kain sutera kepada Kerajaan Kelantan pada kurun ke-7. Begitu juga Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Islam pertama mendapat Baca baki entri ini »

Posted in Pendidikan | Leave a Comment »

Guru Sering Dipersalahkan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 28 Julai 2007

oleh: Jebat Pembela 

Kes warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengarahkan 200 pelajar sekolah itu berendam di dalam kolam telah menggemparkan Malaysia sehingga Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan di mana guru yang terbabit di dalam permasalahan ini akan dihukum.

Persoalannya di sini, wajarkah guru yang menghukum pelajar disebabkan masalah disiplin dihukum oleh Kementerian Pelajaran? Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat di masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Disiplin dalam bentuk formal perlu dirangka di sekolah-sekolah.

Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar, pasti banyak tafsiran yang berbeza mengenai guru yang ‘jahat’. Kalau seorang murid sekolah rendah, pasti katanya guru yang jahat akan Baca baki entri ini »

Posted in Pendidikan | Leave a Comment »