Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS Ketepikan Hukum Hudud Demi DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Kawan Lama

PAS hari ini secara terang-terangan mengesahkan bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang hanya memperguna dan memperalatkan agama Islam dalam usaha untuk mendapatkan kuasa politik. Pada 2 September 2010 lalu, bertempat di Kota Bharu, Kelantan, negeri ysang dikuasai PAS sejak tahun 1990 lagi, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang ( DAP, PAS dan PKR ) menang PRU 13 kelak. Beliau menegaskan bahawa mereka dalam pakatan pembangkang telah sebulat suara dan bersetuju untuk tidak membincangkan perlaksanaaan hukum Hudud. Ironinya, para pemimpin PAS seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Nasarudin, Harun Din, Hassan Ali, Mustafa Ali, Ahmad Sabu dan ramai lagi, yang dilihat garang dan berani mati untuk menegakkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum Hudud, juga bersetuju tanpa bantahan terhadap ‘halangan’ besar dalam kerjasama pakatan pembangkang.

Persoalan yang timbul di kotak fikiran umat Islam di Malaysia ekoran daripada kenyataan Datuk Mohd Amar ialah “Apakah sejak awal penubuhannya, para pemimpin PAS telah menggunakan pendekatan menipu pengikut taksub mereka dengan memaparkan imej Islam pada diri di samping memomok-momokkan mereka memperjuangkan undang-undang Islam?’

Penulis ingin mengimbas kembali PAS pada tahun-tahun 80-an. Pada masa tu PAS amat aggresif dan menggunapakai pendekatan sadisitik bukan Islamik. Amanat Haji Hadi dijadikan rujukan bagi ‘menghalalkan’ darah orang UMNO kepada ahli PAS. Orang PAS boleh bunuh orang UMNO, tak salah dari segi hukum Islam PAS. Memusuhi dan memerangi orang UMNO yang dh sa-sah Melayu dan Islam, itu dikatan jihad PAS.

Pada tahun-tahun 80-an membawa sampai 1990-an, PAS juga menggalakkan ahli dan pengikut mereka memutuskan hubungan kekeluargaan mahupun silaturrahim sesama agama dan bangsa hanya kerana mahu mengketengahkan dan merelevankan PAS dalam senario politik tanahair. Nikah yang dijalankan oleh Kadhi kerajaan BN tak sah. Dapat anak, anak tu tarafnya anak luar nikah. Berjimak dengan isteri yang dinikahkan oleh Kadhi kerajaan BN adakah dikategorikan zina. Porak peranda rumahtangga orang Melayu/Islam pada masa tu. Ada yang dah berpuluh-puluhtahun beerkahwin dan dah ada cucu-cicit, bercerai berai. Besan dengan besan bertelagah dan tak bertegur sapa. Suadara kandung dan sanak saudara juga bermusuhan dan rengang. Macam-mcam lagi.

Semua tindakan mereka, ‘kononnya’ adalah lebih Islamik dan hanya mereka mampu melaksanakan hukum Islam/ Hudud. Mereka juga telah ‘menakut-nakut’ umat Islam di negara kita ini khususnya penduduk luar bandar dan golongan ‘kurang arif’ dengan ucapan-ucapan seperti ‘Kalau Undi PAS, masuk Syurga, Undi BN, masuk Neraka’.

Berhubung dengan ungkapan dalam ucapan para pemimpin PAS ini, mula wujud sebaik sahaja dua tiga orang pemuda PAS pada masa tu iaitu Haji Hadi, Fadhil Noor dan beberapa orang lagi rakan dalam PAS, yang pendidikan mereka ditanggung kerajaan BN yang menghantar mereka belajar, terbaca potongan ayat Al_Quran yang menyentuh perlaksanaan undang-undang dan hukum Islam. Mereka terus gunakan ayat ini untuk kata kononnya kerajaan BN/UMNO sekular dan tak mau laksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran. Antara maksud terjemhan ayat-ayat tersebut adalah ‘……sekiranya pemerintah tak menghukum selain daripada hukum Allah swt, maka orang itu adalah munafikun, fasikun dan kafirun…..’ Inilah ayat yang dijaja dan dijadikan senjata untuk memecahkan belahkan umat Islam/Melayu di Malaysia.

Dulu PAS kat UMNO tu bukan kita tak trima dia pasa diaUMNO, tapi pasal pemimpin mereka bersama-sama dan bersekongkol dengan MCA,MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Melayu adalah kafir harbi. Sebab tu PAS kat jangan undi BN/UMNO. Sebab kalu buat lagu tu, sah-sah kata Nik Aziz, HajI Hadi ke semua tempah neraka dah.

Itu semuanya kita boleh kata cerita PAS dulu-dulu. PAS kini da lain. PAS kini lebih terbuka. Dah moden. Ikut trend semasa. Tapi yang herannya, PAS duduk semeja dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin bukan Islam dalam rakan pakatan mereka dari DAP seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi yang secara terbuka menyatakan bahawa mereka menentang perlaksanaan undang-undang Islam/Hudud khususnya. Ayat terglamor yang digunakan oleh Karpal Singh ‘…….What!!! Islamic Law???? Over my dead body…….’ (Apaaaa… Hukum Hudud???? Langkah mayat aku dulu….’)

Pada mulanya penulis hairan bin pelik jugak melihat tak seorang pemimpin PAS yang begitu lantang suara mereka tapi dalam soal ini, semuanya senyap aje. Tak berani bersuara. Ada kata takut Nik Aziz sumpah. Ada kata takut Haji Hadi Pecat, Dan macam-macam lagi. Kalau gitu le gamaknya, mereka ini lebih takut kat Nik Aziz dan Haji Hadi dariapada Allah swt. Mereka takut hilang jawatan/kuasa – gila duniawi le juga kategorinya. Tapi penulis percaya mereka ni tak gitu.

Pada firasat penulis le, perubahan ketara PAS sejak akhir-akhir ni berlaku selepas PRU 12 2008 lalu. PAS yang Selama ini hanya dapat kuasai Kelantan, tapi dengan bergabung dan bekerjasama walaupun dengan Syaitan sekali pun tak pe (bak kata Nik Aziz), mereka dapat Kedah dan sedikit masa lalu Perak. Gula-gula ni telah termakan oleh PAS. Pemimpin PAS dah kena cucuk hidung. Mereka dah diikat dengan perjanjian seperti yang baru-baru ini dinyatakan oleh Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Walau apa pun, pemimpin PAS ni ada pegangan mereka sendiri-

Depan penyokong/fanatik PAS cakap….

…….Ni Cuma helah politik je, kita ambik dulu apa yang boleh kita kuasai, depan diaorang kita kata kita faham. Tapi belakang diaorang kita bagi ceramah suruh buat undang-undang hudud.

 Depan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang…..

 Kita kan kena bagi ajar sama diaorang. Kasi diaorang atak faham dulu. Sudah atak paham nanti baru boleh kasi bikin itu hukum hudud…..Sikalang tak boleh bikin punya.

 Begitulah lakon layar pemimpin PAS. Kuasa politik pakatan pembangkang sebenar bukan terletak pada PAS. Mereka cuma ada 23 kerusi Parl;imen sahaja. Di negeri, jumlah mereka juga agak lebih kecil berbanding dengan DAP dan PKR kecuali di Kelantan dan Kedah. PAS amat berharap dengan ‘melupakan’ seketika mengenai Hukum Hudud ini akan memberikan mereka laluan besar dalam mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina. Mereka merasakan bahawa dengan sokongan pengundi DAP, memungkinkan mereka untuk menambah jumlah wakil rakyat mereka di negeri dan Parlimen. PRU 13 mungkin dah tak lama lagi. Justeru itu, buat masa ni PAS kenalah tahankan diri dan tebalkan muka walaupun tersimpan jutaan rahsia dilubuk sanubari mereka. (Yang geli hatinya, pemimpin dan penyokong fanatik PAS ni fikir Karpal, Lim Kit Siang (and families) dan yang lain tu tak tahu).  Sebab diorang tau le diaorang perlekeh pemimpin PAS di Kedah dan Selangor.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: