Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Orang MELAYU lupa diri ?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Disember 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tidak faham mengapa perlindungan perlu di berikan kepada orang Melayu. Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?

Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tidak cukup pelajaran sejarah. Kalu ada pun tidak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu menghayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus periksa.
Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu . Mereka lemah serba- serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ).

DEB ada lemahnya, tapi DEB lahirkan masyarakat perniagaan Melayu. Dulu orang Melayu hanya berniaga kecil-kecilan dekat pasar, tepi jalan ataupun warung. Sekarang orang Melayu sudah jadi ahli perniagaan besar dan hebat. Hari ini pun, orang Melayu tak mampu lagi bersaing dengan orang lain. Memang ada pencapaian dalam banyak hal, tetapi masih jauh ke belakang. Memang sedap cakap pasal hendak amal meritokrasi, tapi siapa yang untung? . Kalau betul sistem sama adil nak di buat, takkan dapat masuk anak-anak Melayu ke fakulti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya… . Ramai anak Melayu tidak dapat bersaing dengan bangsa lain sebab mereka datang dari kampung.

Kita bukan kata orang Melayu perlu dilindungi sampai kiamat.Memang betul orang Melayu perlu keluar daripada sikap bergantung pada kerajaan. Tongkat orang Melayu tidak boleh kekal sampai bila-bila, tapi dengan melindungi kepentingan orang Melayu tidak akan merugikan bangsa lain, apa salahnya?

Orang Cina tidak akan jadi miskin kerana kerajaan tolong orang Melayu. Malah mereka jadi lebih makmur dan kaya. Ada orang Melayu yang lebih sudu dari kuahnya, sebab itulah kita hadapi banyak masalah pada masa ini. Nak tolong Melayu pun kita takut..perlu minta maaf pada orang lain !!

Tinggalkan komen