Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN PEMBANGKANG HANYA PANDAI MENABUR JANJI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Januari 2011

OLEH: Anak Kecil Dari Gunung

 

Analisisnya mudah, pembangkang hanya tahu untuk membuat gimik politik bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan mereka. Undi yang diterjemahkan oleh rakyat kepada pembangkang tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Akibat keghairahan untuk mentadbir dan mengurus negeri melalui janji-janji kosong yang ditaburkan ketika berkempen, mereka kehilangan hak mentadbir Perak yang hanya mampu bertahan hampir setahun.

Selepas menyaksikan “ kehilangan “ perak, pakatan pembangkang mula tidak memperdulikan dan menghormati perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Intitusi Raja-Raja Melayu dihina sewenang-wenangnya, sensitiviti dan adat melayu juga mula tidak dihormati, perlembagaan dan undang-undang negara juga sudah dicabuli. Pakatan Pembangkang ketikaini juga tidak pernah lekang dengan isu .

Negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang pada hari ini tidak terlepas dengan isi-isu remeh, bertujuan mengalihkan pandangan dan penilaian rakyat terhadap kelemahan mereka. Persidangan haram dibawah pokok di Ipoh, kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak, saman ke atas sultan Perak adalah antara gimik perlakuan pembangkang yang akan terpahat dalam ingatan rakyat negara ini.

Kebiadapan Pakatan Pembangkang yang tidak sensitif dengan isu yang berkaitan dengan sensiviti agama islam dan orang Melayu kemudiannya diperlihatkan di Selangor. Kematian Teoh Beng Hock, isu larangan penjualan arak yang ditentang hebat oleh PAS dalam kerajaan Selangor, isu pembinaan kuil di kawasan penduduk yang majoritinya didiami oleh orang islam dan kaum Melayu sehingga mencetuskan kontoversi perarakan kepala lembu adalah antara rentetan gimik politik pembangkang yang ditunjangi oleh Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) , DAP dan PAS.

Di Pulau Pinang, isu hak milik tanah penduduk kampong Buah Pala, label ektremis islam terhadap Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) oleh seorang anggota pimpinan DAP secara langsung tidak menghormati sensiviti dan perpaduan kaum yang sudah dibela oleh kerajaan terdahulu di Pulau Pinang.

Kerajaan pimpinan PAS di Kedah dan Kelantan juga tidak pernah terlepas dengan isu. Di Kedah, kedudukan PAS yang dominan dalam agihan kerusi dalam DUN negeri itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

PAS seolah-olah tidak menghargai semangat setia kawan DAP dan PKR dinegeri jelapang padi itu apabila sewenang-wenangnya memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk merobohkan rumah pemotongan babi di kawasan yang diwakili DAP. Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) terhadap kes salah guna kuasa di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( PMBK ) yang di tunjangi menantu Datuk Nik Aziz Bin Nik Mat pula sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap kepimpinan PAS di Kelantan.

Jika dulu pihak kerajaan teruk dihentam dan dibelasah dengan isu kronisme dan nepotisme, apakah perkataan yang sesuai bagi pembangkang yang harus digunakan untuk menggambarkan situasi di Kelantan? Apakah Rasional tindakan seorang Mursyidul Am PAS mengeluarkan kata-kata “ Pergi Jahanam UMNO “ dan mendoakan Perdana Menteri di turunkan bala akibat kegagalan Kelantan untuk menuntut royalti minyak?

Tindakan mengharamkan Kursus Biro Tatanegara ( BTN ) sebagai alat propaganda kerajaan BN dan Umno serta perbuatan memijak poster muka tiga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Perak yang kini berstatus Bebas dan menyokong BN oleh anggota-anggota DAP , juga antara tindakan pelik. Inilah bukti jelas bahawa Pakatan Pembangkang yang ada pada hari ini tidak lagi bersifat patriotisme, sebaliknya bersikap biadap dan tidak lagi tahu menghormati prinsip asas demokrasi yang ada di negara ini.

Apakah isu yang sering diperjuangkan pembangkang ini relevan dengan agenda pembangunan negara? Pada ketika negara ini sedang bergelut untuk merangka dan merancakkan agenda pembangunan ekonomi sebagai salah satu usaha membawa negara keluar daripada kegawatan ekonomi dunia, Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak prihatin dengan keadaan kegawatan suasana ekonomi dunia yang masih tidak menentu.


Janji manis yang di tabur ketika berkempen kini hanya tinggal janji. Oleh kerana takut kehilangan kuasa, Pakatan Pembangkang seakan-akan hilang pertimbangan rasional dan sanggup berbuat apa saja untuk meraih simapati disamping populariti di kalangan rakyat. Rakyat sepatutnya sudah boleh member penilaian rasional adakah pemilihan mereka sebagai wakil rakyat itu sesuai atau tidak !

Amanat rakyat kepada pihak pembangkang di 82 kawasan Parlimen dan 198 kerusi DUN di seluruh negara kini semakin boleh dipersoalkan kewajarannya. Kata-kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pembangkang pada suatu ketika yang lalu mungkin ada kebenarannya, iaitu “ Pembangkang yang ada sekarang ini hanya pandai membangkang, tetapi tidak tahu mentadbir !!! “


Tinggalkan komen