PAS TULANG BELAKANG PAKATAN PEMBANGKANG?
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 15 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama
PAS akan menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang sekiranya mereka menang dalam PRU 13 kelak, begitulah ucapan yang dikeluarkan oleh Datuk Harun Taib,Ketua Dewan Ulamak PAS di Kuala Terengganu kelmarin (Utusan Malaysia, 13/12/10). Bagi beliau PAS akan lebih terserlah berbanding denga UMNO dalam mengemudi bahtera pakatan pembangkang. Benarkah begitu? Apa pulak pandangan DAP dan PKR? Apakah asas yang digunapakai? Apa pulak yang cuba disampaikan oleh PAS kepada masyarakat Malaysia dan rakan mereka dalam pakatan pembangkang?
PAS begitu yakin mereka akan menjadi wadah baru bagi orang Melayu dan Islam bagi menggantikan UMNO. PAS juga pasti bahawa masyarakat bukan Melayu akan menerima sebulat-bulatnya dasar dan perjuangan PAS di masa akan datang. Kedua-dua perkara ini menjadi sandaran kepimpinan PAS dalam usaha merealisasikan impian sebenar kewujudan parti mereka – mengalahkan dan mengambilalih peranan UMNO. Bagi mereka, setelah berjaya menumbangkan UMNO maka rakyat Malaysia, khususnya Melayu/Islam khususnya dan bukan Melayu/bukan Islam amnya, akan menerima mereka sebagai alternatif atau lebih tepat lagi pengganti UMNO.
Bagi penulis, penerimaan rakyat terhadap PAS ini amat berbeza dengan penerimaan mereka terhadap UMNO. UMNO diterima rakyat berbilang bangsa, agama dan budya sejak sebelum merdeka. Bagi orang Melayu, mereka bersama UMNO sejak awal penubuhannya. Manakala kaum bukan Melayu pula sejak daripada zaman kemerdekaan sehingga kini. Namun apa yang pemimpin PAS kata mengenai penerimaan rakyat terhadap PAS hanya sesuatu yang baharu dan bersifat sementara.
Para pemimpin PAS memukul canang serata pelusok negara bahawa masyarakat bukan Melayu/Islam kini bersama dan telah menerima dasar perjuangan mereka, itu adalah intepretasi yang silap. Undi yang diterima PAS dalam PRU `12 lalu boleh dikatakan secara keseluruhannya datang dari pengundi Melayu. Undian kaum bukan Melayu kebanyakkannya jatuh kepada PKR dan DAP khususnya.
Apa yang lebih menarik ;lagi adalah melodrama pemimpin PAS khususnya Nik Aziz Nik Mat yang acapkali dilihat memberikan keterangan yang bercanggahan dalam isu ini. Sekejap beliau kata kaum bukan Melayu dah mula menerima dasar dan perjuangan AS dan sekejap lagi kata bahawa meereka masih belum memahaminya. Macamana nak terima kalau mereka belum faham. Kalau dah tak faham, apakah yang dilakukan oleh kpimpinan PAS untuk memberikan kefahaman tersebut kepada mereka khususnya kepada barisan kepimpinan DAP. Malahan sebaliknya yang berlaku, DAPSY (pemuda DAP) boleh memperlekehkan imej, perawakan dan kepimpinan Nik Aziz. Karpal Singh pulak dengan lantangnya mencabar PAS untuk cuba merealisasikan dasar PAS, Apakah maksudnya?
Mudah sahaja, sebenarnya mereka tak terima PAS. Mereka cuma memerlukan PAS untuk dapat sokongan orang Melayu. Tambahan pula kalau PAS bersama DAP dan PKR, mereka boleh memperalatkan penyokong dan pemimpin PAS dalam usaha untuk melaga-lagakan orang Melayu. Dengan kata lain, PAS redha diperalatkan untuk memecah-belahkan orang Melayu. Ramai di kalangan kita terlepas pandang. PAS dan penyokongnya hanya penting bagi DAP dan PKR untuk turun ke jalanraya buat demonstrasi jalanan, termasuklah untuk mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.
Seperkara lagi adalah mengenai kegilaan pemimpin PAS dan penyokongnya untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam menuntut hak sama rata dalam semua perkara termasuklah hak kesamarataan dan kebebasan beragama. Tindakan PAS ini sebenarnya bukan sahaja bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan malahan dengan dasar dan perjuangan asal mereka.
Sekiranya dinilai secara teliti pakatan dan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang selepas PRU 12 lalu, kerwujudannya hanya berpaksikan kepada peluang dan kesempatan yang terbit setelah melihat keputusan PRU 12 lalu. Batu asas pakatan dan kerjasama tersebut adalah terlalu rapuh dan masih banyak lagi perkara yang meragukan khususnya daripada segi penerimaan DAP dan penyokongnya tehadap dasar dan perjuangan PAS. Begitu juga penerimaan PAS dan penyokongnya terhadap dasar dan perjuangan DAP.
PAS juga diperlukan kerana PAS terkenal dengan mengeluarkan fatwa-fatwa. Fatwa-fatwa ini dsebarluas dan diperpanjang-panjangkan oleh pemimpin DAP dan pemimpn bukan Melayu dalam PKR dalam konteks kelabaan parti DAP dan PKR. Apakah PAS bangga kerana pemimpin DAP dan bukan Melayu PKR telah membaca potongan ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi? Apakah inilah mereka khutbahkan sebagai bukti bahawa kaum bukan Melayu/Islam dah menerima dasar mereka?
DAP dan PKR telah berjaya meletakkan dasar dan perjuangan mereka sebagai teras kepada perjuangan dalam pakatan pembangkang. PAS kena ikut serta dalam ‘mengiyakan’ perjuangan tersebut. Sehingga kini, dasar dan perjuangan PAS juga tidak pernahpun dibangkitkan apatah lagi diperbincangkan dalam mersyuarat ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan mereka. PAS telah ‘menjerat’ parti dan penyokong mereka dalam kancah politik parti DAP dan PKR. PAS lebih rela perkara sebegini berlaku terhadap parti dan penyokong mereka. Apa yang penting kepada para pemimpin PAS terutamanya Nik Aziz dan Haji Had adalah mencerahkan peluang mereka untuk mengambilalih peranan UMNO.
(…..Kalau PAS jadi tulang belakan pakatan pembangkamng sekiranya mereka menang dalam PRU 13 kelak, DSAI jadi PM, Lim Kit Siang jadi TPM – takkan le pengemudi kepimpinan pakatan pembangkang (PAS) tak pegang tampok pemerinyahan negara….)
Tinggalkan Jawapan