Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERSELINDUNG DI SEBALIK TUNTUTAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Membaca artikel Sdr Zakir dalam blog beliau Bigdogdot.com yang bertajuk ‘Chauvinis Cina Kembali Menuntut’ semalam, bukanlah merupakan sesuatu yang baru dilakukan oleh pertubuhan-prtubuhan bukan melayu khususnya kaum Cina. Tuntutan-tuntutan yang dilakukan juga tidak pernah menyimpang daripada tuntutan asal mereka sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka, tuntuan ini disalurkan melalui pemimpin-pemimpin persatuan khususnya persatuan-persatuan perniagaan yang terlibat dan berurusan secara langsung dengan penjajah. Namun pendekatan ini bertukar selepas merdeka iaitu saluran politik.

Apa yang kita terlepas pandang adalah bagi masyarakat Cina, Pertubuhan/Persatuan mereka adalah lebih teratas kedudukannya berbanding dengan saluran politik. Saluran politik hanyalah sebagai alat dalam memastikan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ia mengambil masa yang panjang. Justeru itu, kita dengan jelas dapat melihat bahwa melalui saluran politik, sama ada dalam parti memerintah mahupun pembangkang, mereka tetap mempunyai wakil atau suara dalam dalam mengketengahkan tuntutan mereka.

Di sini penulis hanya melakarkan beberpa contoh peristiwa/tuntutan penting yang melibat tuntutan masyarakat Cina pada era ini:

Tuntutan Pra Merdeka

a. Tuntutan kewarganegaraan melalui Jus Soli.

Tiga tokoh utama kaum Cina pad masa itu, Lee Kuan Yew, Tan Chee Koon dan Tan Cheng Lock telah ke Goa India untuk mebincangkan agar kaum Cina perlulah diberikan kerakyatan secara terus sebagai “British subject”. Mereka juga memohon agar perkara ini dimaktubkan di dalam Malayan Union.

Kegagalan Malayan Union hasil daripada kebangkitan semangat dan perpaduan orang Melayu di dalam UMNO UMNO menentang Malayan Union berteraskan kepada faktor kuasa Raja-Raja Melayu yang akan hilang. Tambahan pula, dalam Malayan Union, kewarganegaraan yang akan diberikan kepada kaum Cina kelahiran Singapura adalah tidak bijak kerana Singapura tidak termasuk dalam gagasan Malayan Union.  Tambahan pula, sekiranya mereka diberikan kewarganegaraan, orang Melayu akan menjadi masyarakat minoriti dan kepentingan orang Melayu dilihat akan terhakis.

Kegagalan perlaksanaan Malayan Union ini tidak membantutkan usaha para pemimpin masyarakat Cina pada masa itu. Usaha tetap mereka lakukan agar kaum mereka dapat menjadi warga negara Tanah Melayu kerana bagi menjaga kepentingan mereka khususnya dalam bidang perniagaan dan ditambah pula dengan ramai di kalangan mereka yang telah dilahirkan di sini.

(Impian dan hasrat mereka akhir terkabul apabila pihak penjajah meletakkan syarat untuk merdeka adalah orang Melayu mesti menerima mereka sebagai warganegara dan sebagai imbalannya hak dan kepentingan orang Melayu perlu diterima dan diakui oleh mereka)

b. Mendapat Kuasa Pemerintahan Mutlak

Revolusi Rakyat China yang dipelopori oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan pemerintahan beraja di negeri China. China akhirnya menjadi sebagai sebuah negara Republik. Fahaman komunisme di China yang dasaskan oleh Mao Tze Tung telah menular dan menjadi aspirasi kepada segelintir kaum cina di Tanah Melayu. Usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan mutlak ini telah dijalankan oleh Chin Peng melalui Bintang Tiga.

Kumpulan yang bersama Chin Peng ini rata-ratanya adalah dari kalangan kaum Cina. Mereka telah mengambil kesempatan selepas Jepun menyerah kalah kepada Inggeris dalam perang Dunia kedua. Dua minggu era kerakusan Bintang Tiga ini telah memperlihatkan bagaimana kejamnya mereka terhadap bukan sahaja pejajah British malahan terhadap orang Melayu dan kaum Cina yang tidak bersama mereka.

Namun kita bersyukur kerana kefahaman, kerjasama dan semangat bersama semua kaum akhirnya Bintang Tiga dapat dikuburkan.

c. Mempertahankan hak ekonomi mereka

Dalam era menuju kepada kemerdekaan Tanah Melayu, para pemimpin masyarakat Cina p[ada ketika itu meminta agar hak ekonomi mereka tidak diganggu gugat oleh kepeimpinan Melayu selepas mendapat kemerdekaan.

Sehingga kini, hak ekonomi atau perniagaan mereka tidak diganggu gugat oleh pemimpin Melayu. Bukan itu sahaja, malahan mereka juga telah diberikan hak keagamaan, pendidikan dan mereka masih dibenarkan untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka malahan mempunyai wakil-wakil mereka dalam saluran politik.

Tuntutan Pasca Merdeka

a. Tuntutan Kemerdekaan Singapura

Singapura sebelum ini di kenali sebgai Temasik merupakan salah sebuah negeri Melayu yang telah dijajah oleh Bristish. Kedudukannya yang strategik telah menajdikannya sebagai pusat ekonomi rantau ini.

Lee Kuan Yew telah bebearpa kali mencuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura, namun gagal kerana pihak penjajah masih lagi yakin bahawa Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu bukannya sebuah negara yang tersendiri.

Walaupun gagal mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura, namun Lee Kuan Yew mendapat peluang terbaiknya apabila pihak penjajah mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Peluangnya adalah untuk mendapatkan kemerdekaan Singapura adalah dengan menjadi salah sebuah negeri Tanah Melayu

Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaannya, Lee Kuan Yew amat bijak atau dengan kata lain ‘menggunakan helah politik’ dalam usaha untuk memastikan Singapura menjadi negara merdeka dan dipimpin oleh beliau. Pelbagai usaha dijalankan dalam menyemarakkan rasa tidak puas hati mereka. PAP, parti yang beliau tubuh telah brjaya mendapat kemenangan besar. Dalam tempoh tak sampai dua tahun pelbagai desakan dilakukan dan akhirnya Tunku Abdul Rahman pada ketika itu terpaksa ‘melepaskan’ Singapura kepada Lee Kuan Yew.

b. Penentangan terhadap Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan

Perkara ini amat jelas dalam lipatan sejarah negara. Penentangan ini dizahirkan oleh Parti Komunis Malaya melalui kekerasan dan pembunuhan. Ianya kemudian diteruskan oleh Parti Buruh pimpinan Tan Chee Koon. Kebanyakan ahlinya lebih mirip kepada chuvinistik dan dilihat mempunyai ahli dan pengikut yang dipengaruhi oleh unsur-unsur perjuangan PKM.

Kita tahu bahawa parti Buruh akan sentiasa memburuk-burukkan kerjaan yang memerintah.  Namun apa yang kita sedih adalah apabila sebuah parti politik kerajaan khususnya PAP pimpinan Lee Kuan Yew juga cuba menanamkan semangat rasisme dan chauvinistik cina melalui Malayan Malaya dan kini diteruskan oleh DAP yang berselindung dibalik perkataan Demokratik kononnya

c. Menghapuskan DEB

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai tujuan murni dalam usaha kerajaan BN untuk mengemabalikan dan mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat telah mendapat tentangan DAP dan sekutunya. Kalau sebelum ini mereka menyerang dan melabelkan Perlembagaan Persekutuan sebagai sesuatu yang rasis, DEB pun diberikan gambaran yang serupa. Mereka ke setiap pelusuk negeri mencanagkan kepada masyarakat khususnya kaum Cina bahawa DEB akan menghancurkan kepentingan kaum Cina.

Namun kejayaan DEB tidak dapat disangkal dan telah berjaya menjadikan Malaysia dan rakyatnya makmur dan harmoni. Bahkan kebanyakkan negara luar amat mengkagumi dasar DEB ini dan mahu mempelajarinya dan melaksanakan dalam konteks negara mereka sendiri.

Segala peristiwa dan sejarah negara khususnya mengenai tuntutan dan perjuangan mereka lakukan selama ini adalah untuk memastikan hak dan nasib kaum mereka sentiasa terpelihara khususnya dalam hal ehwal yang melibatkan agama, bahasa, perniagaan dan pendidikan. Namun jika ditelusuri dengan lebih mendalam, tuntutan-tuntutan mereka ini sebenarnya telahpun terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan termeterai melalui Persetiaan Murni’ pemimpin tiga kaum utama Melayu, Cina dan India sejak kita menuju ke arah negara merdeka dan berdaulat.

Apa yang berlaku atau dicoretkan penulis ini bukan bertujuan untuk memberikan pandangan serong terhadap sebilangan besar kaum bukan Melayu. Namun ada segelintir daripada mereka ini yang ‘melangkaui batas’ dan mempergunakan unsur rasisme dan chauvinitik khususnya DAP dan sekutu-sekutunya. Kuasa ekonomi masih lagi dipegang oleh bukan Melayu khususnya kaum Cina. Kuasa politik juga diberikan sehingga kini. Mereka mempunyai wakil dalam kerajaan dan juga pentadbiran. Peluang pendidikan juga diberikan. Kebebsan untuk mengamalkan agama mereka juga tidak pernah disekat dan macam lagi.

Penulis berharap agar kita semua faham bahawa membela nasib bangsa itu adalah baik dan tidak bersalahan. Namun janganlah kita mempergunakan untuk kita berbalah dan menghancurkan keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan yang telah kita nikmati selama ini.

Advertisement

4 Respons kepada “BERSELINDUNG DI SEBALIK TUNTUTAN?”

  1. sumir said

    KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.
    “Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

    APA KOMEN SAHABAT BAIK UMNO NI ..KAPIR ZIMMI KE??

    Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

    Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

    “Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

    Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

  2. sumir said

    MCA PARTI CINA YANG TIDAK JAHAT MACAM DAP…..PARTI PERKAUMAN CINA YANG AMAT SAYANGKAN MELAYU hehehehe,SUPAYA MCA BOLEH JADI TAUKEH KEPADA KETUANAN MELAYU UMNO …PELAKON FILEM LUCAH TU DAH AMAT BERANI BUAT KOMEN TENTANG ISLAM …..

    parti yang memperjuangkan ketuanan cina boleh mimpi sama ka semasa tidor sebilik dengan parti yang menjadi parti saka bangsa melayu yang memeperjuangkan ketuannan melayu umno…..berlakon ja …

    Cuba anda bayangkan jika kenyataan ini keluar dari Guan Eng. Sah Guan Eng kena ISA tetapi bila pemimpin kesayangan b-end dan umno yang bercakap, pemimpin umno pun diam membisu. Diam tanda setuju.

    Isu perkauman dan keagamaan akan terus didendangkan oleh pemimpin umno dan b-end, inilah sahaja modal politik mereka dan isu talian hayat mereka untuk mempertahankan Putrajaya.

    Kita nak tunggu juga komen PEMUDA UMNO,Perkasa dan NGO yang menjadi penjilat tegar kepada UMNO…pejuang Melayu Islam 1 Malaysia…HUAHUAHUAHUAHUAHUA

    PARTI CINA TU TIDAK PENAH BENCI ISLAM MAKA UMNO BERDENDANG SAKAN LA KESELURUH NEGARA YANG MCA TU BUKAN KAFIR HARBI MACAM DAP

  3. abg joe said

    chua SOI LEK SEOLAH2 MEMPERTIKAIKAN CUTI UMUN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA

    Apa niat sebenar Presiden parti Cina bangsat nih… ini bukan kali haramjadah sialan pelakon porno nih.. cuba menghina umat Islam. Mana puak2 haramjadah yang lain macam pemuda umno geng kepala lembu..??? mana puak2 pekida yang meloncat terlompat kat masjid negara pasal isu nama Allah hari tu…??? mana puak2 Perkasa… lu orang tak nak buat Solat Hajat lepas Asar ke.. mohon supaya si cina pelakon porno tu pecah perut.. tak pun mampus kena gelek steamroll sebab cuba mencetuskan isu agama dan perkauman.

    Yang paling penting… mana teloq si auw..auw… KDN. apasal lu tak sumbat jer… si PRESIDEN PARTI CINA (MCA) tu ke dalam ISA. Apa yang lu orang diamkan… apa yang lu orang takutkan…

    Jika kenyataan di atas dibuat oleh DAP nescaya puak puak UMNO, Pekida DAN Perkasa akan melenting dan membuat demo.. selama ini mereka menuduh PAS bersekongkol dengan Komunis yang anti islam.. mananya pejuang pejuang islam UMNO.. mananya pejuang pejuang Pekida dan Perkasa ? tido ke.. haha…

    • abg joe said

      Kali ini si sundal pelakon lucah ni menghina perayaan umat Islam, bulan Ogos hari tu, si sundal pelakon lucah ni jugak telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

      KDN tak nak tanya ke… pada pelakon lucah tua ni.. apa yang dia nak sebenarnya dengan menghina Islam, umnoApco janganlah jadi BONEKA MCA…. jangan hanya berani bertindak kepada kaum melayu yang menentang keraaaaajaan jer…, dengan kaum cina lu orang pijak anak semut pun tak mati… teloq masing2 tersentot ke dalam… piiiraaahhhhh…
      Gua dah jelak dan jijik dengan sikap kera-keraaaajaan malaysia nih… bagi “WARNING” kononnya tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa yang menyentuh bab Agama dan Perkauman.

      Tapi bila si cina bangsat tu.. menghina Agama Islam, apa tindakan keparat2 keraaaaaajaan tu..

      Macam Gampang..!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: