PATRIOTIK ATAU TIDAK?
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama
Sejak beberapa minggu yang lalu persoalan mengenai patriotisme menjadi bauh mulut dan sanggahan baik daripada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Ini ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi dalam menjawab soalan di parlimen mengenai keanggotaan dalam ketenteraan mengikut kaum di Malaysia. Penulis yakin semua rakyat Malaysia sayangkan tanah tumpah darahnya. Mereka akan melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan rasa cinta terhadap Malaysia. Semangat patriotisme memang tidak dapat dinafikan, merupakan fitrah dalam diri manusia dalam mempertahankan diri dan tanah air (wilayah yang diduduki). Ikatan ini juga terdapat dalam dunia haiwan dan sentiasa emosional sifatnya. Namun apabila menyentuh mengenai patriotisme persoalan yang timbul di benak fikiran yang dangkal ini, apakah tahap/nilai partoitisme yang ada pada masyarakat kita pada hari ini? Apakah dengan menjadi warganegara sudah cukup untuk menyatakan bahawa semangat patriotisme ini tersedia wujud sejak dilahirkan di bumi bertuah ini?
Patriotisme berasal daripada dua suku kata Yunani, Peter bererti ‘father’ dan Patris bererti ‘land’. Gabungan kedua-dua suku kata itu membawa maksud dalam bahasa Inggeris ‘the love of a fatherland’. Pengertian yang diberikan oleh kamus, Webster’s Dictionary mengatakan patriotisme sebagai ‘the devoted love, support and defence of one’s country’
Patriotisme dapat ditakrifkan sebagai semangat cintakan negara dan ada kesanggupan untuk berkorban mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Kecintaan pada ibu pertiwi iaitu perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah. Individu yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan sedar bahawa beliau telah mencintai negara kerana semangat ini bersifat abstrak.
Justeru itu, seseorang patriotis merupakan orang yang memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan dan hak tanah air kerana sayangkannya. Dalam bahasa Arab, patriotisme disebut sebagai ‘wataniyah’ bermaksud cintakan negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Ungkapan yang digunakan bermaksud ‘ Cintakan negara sebahgian daripada Iman’.
Patriotisme mempunyai hubungkait yang rapat dengan nasionalisme. Dapat dikatakan bahawa ia adalah salah satu cabangan penting dalam nasionalisme. Sejarah membuktikan nasionalisme telah berjaya membentuk perpaduan, menyatukan perasaan rakyat terutama tatkala kita dijajah oleh kuasa asing. Semangat ini telah melahirkan rasa benci terhadap penjajahan dan mahu melepas bebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Kemudian semangat ini diteruskan apabila wujudnya ancaman daripada pengaruh komunis yang mahu menguasai pemerintaan negara. Bermula dengan kebangkitan orang Melayu dalam menafikan Malayan Union dan diikuti pula dengan kaum-kaum lain yang telah mendapat taraf kewarganegaraan dalam mencapai kemerdekaan dan ancaman komunis, maka hari ini kita mempunyai sebuah negara yang aman, harmoni dan dipandang tinggi oleh dunia luar.
Patriotisme ini lahir dalam pelbagai bentuk. Semasa mempertahankan negara daripada kuasa asing dan ancaman komunis, ia lebih terarah kepada perjuangan mengangkat senjata. Namun pada hari ini, nilaian patriotism diterjemahkan dalam pelbagai bentuk yang menjurus kepada usaha usaha membangunkan diri dan negara.
Penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan manifestasi yang jelas untuk menggambarkan semangat patriotisme. Di negara kita yang mempunyai masyarakat plural yang terdiri daripada pelbagai agama, ras dan budaya, penyertaan kaum-kaum bukan Melayu dalam ATM amat kecil angkanya. Sehingga kini terdapat lebih 95,000 anggota tentera sepenuh masa. Peratusan mengikut kaum dalam ATM adalah Melayu (85.5%), Iban (5.16%), India (2.04%), Cina (0.54%) dan keturunan lain (6.76%). Manakala penyertaan dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) mengikut kaum adalah Melayu (78%), Cina (8.8%), India (6.6%) dan lain-lain (6.6%)
Di universiti-universiti tempatan, terdapat juga ko-kurikulum seperti ROTU dan Kesatria namun penyertaan mereka juga kurang. Bahkan semasa PLKN diperkenalkan diperingkat awal, ianya amat tidak disenangi oleh mereka. Apabila ia diwajibkan dan menjadi pra syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke university/biasiswa, maka barulah ia mendapat penyertaan sepenuhnya.
Ini bukan merupakan fenomena baru. Kenapa dan mengapa, biarlah mereka sendiri menjelaskannya Namun kalau dilihat dari sudut sejarah, ia lebih menonjolkan sifat kurang minat kaum Cina untuk menyertai pasukan keamanan dan keselamatan, baik Polis mahupun Tentera. Pada tahun 1949 – 1951, apabila kerajaan melaksanakan usaha mengambil kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina untuk menyertai pasukan Polis dalam usaha untuk menangani masalah komunis, hanya 200 orang sahaja yang mendaftar. Pada tahun 1950, apabila Khidmat Negara diperkenalkan, ramai di kalangan kaum bukan Melayu telah ‘melarikan’ diri dengan berhijrah keluar negara atau balik ke negara asal mereka. Dianggarkan 10,000 kaum Cina telah pulang ke China untuk mengelakkan diri daripada menyertainya.
Berhubung dengan kurangnya penyertaan kaum Cina mengenai perkara di atas, Sir Henry Gurney menyatakan:
“A feeling of resentment is growing among all the other communities of the apparent reluctance of the Chinese to help. These people (the Chinese) live comfortably and devote themselves wholly to making money…”
Apakah kenyataan yang dibuat oleh Sir Henry Gurney merujuk kepada kurang nilai jatidiri kaum Cina berhubung dengan isu ini masih kekal menebal dalam diri kaum Cina kita pada hari ini?
Bagi kaum-kaum bukan Melayu yang berkhidmat dalam ATM khususnya mereka yang berjuang menentang komunis, kita amat bangga. Sumbangan mereka amat besar dan tidak boleh dipandang kecil. Mereka telah meletakkan kepentingan dan keselamatan negara di hadapan. Mereka adalah contoh terbaik bagi memberikan tafsiran sebenar kepada nilaian patriotsime di kalangan kaum bukan Melayu. Mereka adalah jambatan kepada penambahan jumlah penyertaan kaum bukan Melayu dalam ATM.
Tapi apa yang dikesalkan adalah terjahan dan kritikan yang dilemparkan apabila kurangnya penyertaan kaum bukan dalam ATM dipersoalkan. ATM adalah ‘direct interpretation’ patriotisme. Untuk mentafsirkan kenyataan kurangnya patriotism di kalangan kaum bukan Melayu kerana kurangnya penglibatan dalam ATM tidak bermaksud semua kaum bukan Melayu tidak patriotistik. Ianya tidak tepat. Kita kena lihat dari segi konteks ia disalurkan.
Pada pandangan penulis, langkah yang lebih wajar dilakukan adalah mengkaji, menilai dan memberikan’ jalan penyelesaian’ dalam usaha untuk menggalakkan dan menambah penyertaan mereka dalam ATM. Penulis amat berharap dan begitu juga rakyat Malaysia, sekiranya ramai di kalangan para pemimpin bukan Melayu baik dalam kerajaan mahupun pembangkang dapat mewujudkan kempen penerangan dan galakan kepada generasi muda mereka untuk menyertai ATM dalam kujungan mereka secara rasmi ataupun tidak rasmi. Parti- parti politik MCA, MIC, PPP, Gerakan, hatta DAP dan PKR sekalipun boleh memainkan peranan ini.
(Bagaimana pula sikap para pemimpin dan individu-individu tertentu yang meburuk-burukkan nama negara dan mempermainkan isu perkauman? Bagaiman pula dengan individu yang memperlekehkan lagu Negaraku? Mereka ini patriotik ke?)
abg joe said
Mula-mula menteri kata kekal harga minyak sampai hujung tahun,
Tup-tup tak sampai seminggu naik harga,
Bukan minyak saja naik, barang makan pun naik,
Orang dulu-dulu kata..
“Orang melayu ni penuh sopan santun,
Kalau cakap bodoh mereka marah, tapi kalau cakap kurang pandai tak apa..”
Tapi aku kata..
“Kalau setahun dua kena tipu memang kurang pandai,
Kalau sepenggal dua penggal kena bohong memang bodoh,
Tapi kalau 52 tahun kena kelentong memang sah bodoh piang!!”