Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 24 Januari 2011

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.

Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam?

Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

Kita tidak perlu label “ Membangun Bersama Islam “ kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat islam kerana tidak mahu islam miskin dan tidak ada kekuatan.

8 Respons to “MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM”

  1. sumir said

    Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

    Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

    pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

    PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

    “Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu,”

    Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

    Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

    kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

    “Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh iaitu UMNO,MCA dan MIC(BN).

    “Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara,”

    Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

    DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

    Sehubungan itu, satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.

    umno weiiii PAS ambik masa hampir 20 tahun nak memahamkan perkara ini pada DAP……..umno bila nak memahamkan perkara ini pada hero Porno presiden SEKS chua soi lek isu mempertikaikan isu bersalam calon pas di RPK TEnang malah mahudin(tim presiden umno mengarah agar MCA jangan lupa menakutkan isu negara islam pada pengundi cina di tenang .aparahhhhhhhhhhh

  2. sumir said

    Kalo kereta proton macammana nak ngaku kereta BMW… orang tengok ciri2 pun dah tau la jangan la umno dok ngaku negara ini negara islam…..ada perbebezaan antara negara umat islam dengan bernegarakan islam

    • abg joe said

      MCA BERPESTA MENGHINA ISLAM DI DUN TENANG,

      MANA UMNO PARTI SAKA MELAYU PEMBELA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA,TEGUR LA MCA TU SIKIT.BERKAWAN DENGAN MCA DAH 50 TAHUN TAPI MCA MAKIN LANGTANG MEMPERMAINKAN ISLAM DI TENANG,KERANA NAK MENANG KOT

      • shabriduda said

        Model BN yang mempertanggungjawabkan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India semakin ditolak. Ramai orang yang agak tidak senang, termasuk komuniti Cina apabila MCA cuba menakutkan pengundi Cina dengan nilai Islam.

        Tidak lupa juga pengundi Melayu di tenang. Tahniah kerana Harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter

        “Adakah Chua SOI LEK mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?”Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam?

        UMNO PENGKIANAT!!!!!! DEPAN UMAT MELAYU ISLAM MEREKA MENGATAKAN PAS SUDAH LUPA MATLAMATNYA UNTUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA KEPADA PELEMBANGAAN ISLAM SUPAYA ORANG MELAYU ISLAM HILANG KEPERCAYAAN PADA PAS,TAPI BILA BERDEPAN DENGAN ORANG CINA DAN INDIA UMNO MENGGUGUT DAN MENAKUTKAN MEREKA MENGATAKAN PAS TIDAK PERNAH MELUPAI NEGARA ISLAM YANG AKAN DITUBUH NANTI APABILA PAS MENANG,AWAS UMNO PENGKIANAT PARTI YANG AKAN MEMERINTAH MALAYSIA SAMPAI KIAMAT….

        TIGA PARTI PERKAUMAN YANG BERCANTUM NAK MEMEBELA BANGSA MALAYSIA, BOLEH KA????? MATLAMAT MEMEPERJUANGKAN HAK2 BANGSA SENDIRI DAN CEMBURU KEJAYAAN KAUM LAIN MALAH IRIATI HAK KEISTIMEWAAN BANGSA LAIN ..ITU LAH BN (GABUNGAN 15 PARTI POLITIK)BIJAK BERSILAT LIDAH BILA BERDEPAN DENGAN KAUM SENDIRI DAN MENGUTUK BANGSA LAIN .HUAHUAHUAHUAHUA…MIMPI MEREKA AMAT SAMA WALAUPUN DAH TIDUR SEBANTAL DAH 53 TAHUN…

        ADAKAH PELAKON LUCAH MR CHUA SOI LEK PRESIDEN PARTI PERKAUMAN CINA(MCA) INI HARUS DILAYAN MANJA OLEH MELAYU UMNO SEBAGAI RAKAN YANG AMAT MENGHORMATI AGAMA YANG DIANUTI OLEH UMNO TEMAN SATU SELIMUT DENGAN
        MCA SEJAK 50 TAHUN.MCA TIDAK PERNAH MENGHINA ISLAM MAKA HUKUM KAFIR ZIMMI AMATLAH SESUAI UNTUK MCA YANG BUDIMAN

      • sumir said

        Sebelum ini gerombolan songkok tinggi heboh di blog-blog dan di facebook pung pang pung pang bagai nak rak kononnya Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sengaja membenarkan penjualan loteri dan judi. Malah mereka mendakwa Kerajaan Kelantan sengaja mengeluarkan lesen untuk membenarkan rakyatnya berjudi. Siap kutuk Kelantan serambi loteri bagai.

        Hari ini tuhan nak tunjukkan ternyata premis-premis judi yang gerombolan songkok tinggi hebohkan sebenarnya diberikan lesen oleh kerajaan pusat dan bukanlah lesen dari Kerajaan Negeri kerana Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sebarang aktiviti judi di negeri tersebut [Sinar]. Kalau ada pun mungkin judi haram dan judi-judi yang dikeluarkan lesennya oleh kerajaan pusat. Hambik kau!

        MCA pulak bangun melenting bagaikan hero kononnya untuk membela penjual-penjual loteri di Negeri Kelantan. Sebelum ini akhbar pencacai Utusan Malaysia heboh menghina pentadbiran Kelantan dengan niat untuk memburuk-burukkan Kerajaan PAS Kelantan [Utusan Kelentong]. Ternyata isu yang digembar gemburkan untuk memburukkan kerajaan Kelantan akhirnya terpalit bagaikan taik di atas kepala-kepala mereka.

        Jelas sekali MCA menghina Islam, menghina kerajaan negeri yang mahu menghapuskan judi di Kelantan. ReJaM© juga dah dapat maklumat tentang rumah-rumah pelacuran di Kota Bharu sebenarnya milik Barisan Nasional, tunggu masa untuk didedahkan bukti-buktinya.

        Sebaik sahaja bukti-bukti sahih maklumat tersebut diperolehi, kita lihat apa mereka nak putar belit? Mereka yang buat pusat pelacuran haram, kemudian Tuan Guru Nik Aziz yang diaibkan, kononnya membenarkan pelacuran.

        “Bodohnyalah, sendiri berak tapi heboh kat orang kata orang lain berak…”

        APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya?
        Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

        Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut.

        Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut.

        Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

        DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi’ di sini, saya tidak berani huraikan.

  3. abg joe said

    ITULAH UMNO Bila terdapat judi haram di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dituduh tidak mengamalkan Islam sebenar, pembohong, penakut, diperkudakan DAP dan sebagainya. Bila ambil tindakan, mereka kata menyentuh hak Orang Cina pula. Orang yang mengaku Islam, sepatutnya menyokong sebaliknya mengkritik tindakan mengharamkan judi dan loteri. Perangai sama UMNO sahaja macam orang MCA dan RAKAN2NYA DALAM BARISAN NASIONAL

  4. shabriduda said

    AWASSS!!!!!!!1 ANJING GARANG UMNO(PENYALAK) TELAH DI LEPASKAN

    Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan MB KELANTAN bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

    “Judi bukan satu budaya orang Cina… Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

    “Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain,” katanya pelakon filem lucah chua soi lek rakan karib umno dalam barisan nasiaonal wakil MCA kafir zimmi yang mulia

    Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

    Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

    Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

    Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

    Umno tidak mahu menggunakan penyalak2 Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing (penyalak Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan penyalak2 Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.

  5. sumir said

    Kemana menghilangnya geng songkok tinggi & cap keris?? Kalau takde kumpulan demo songkok sejengkal ni.. rasa sunyi pulak media. Selama ini bukan main rasisnya UMNO dan beberapa NGO hulubaya dan penjilat PM & Menteri-menteri BN. Tetapi apabila timbul dua isu sensitif yang pelakon porno, Presiden MCA nak tunjuk hero… kemana menghilangnya NGO-NGO melayu ni. Mana Majlis Perunding Melayu? Mana 76 NGO Melayu Islam? Mana PEKIDA,PERKASA dan NGO-NGO Cap Sheltox yang memperjuang untuk mempertahankan melayu & kedaulatan Islam? Dah kecut ke atau projek dah masyuukk? Itu pasal senyap! Mana pulak JAKIM ke Mufti ke?

    Selama ini bukan main lagi berarak kononnya demi mempertahankan Islam dengan isu kalimah Allah. Pas difitnah dengan pelbagai tuduhan. Kononnya DAP ganti PAS. Apabila Kini apabila pemimpin MCA menyentuh isu bible melayu dan saman judi di Kelantan, UMNO jadi bisu kelu. Kini Chua Soi Lek dah desak agar Bible melayu diedarkan. Tidakkah pejuang melayu rasa tercabar? Apabila MCA nak saman pulak kerana tak izin judi, mana dia mereka ini yang mengaku mempertahankan kedaulatan Islam? Dah mandom kot? Layaklah kini (MCA GANTI UMNO) ???

Tinggalkan komen