Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for the ‘Pautan Web’ Category

Hangat-hangat ‘tahi ayam’ atau mengikut acuan DAP- cara PAS menegakkan dasar Islam di Kelantan ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Januari 2011

Oleh : Hatta_Adnan

Rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.

Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS di Kelantan memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS Kelantan sanggup berbuat apa sahaja.

Terbaharu, Bagaimana kerajaan PAS Kelantan membenarkan konsert berbentuk hiburan oleh kumpulan Wali Band di Kota Baharu. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Aziz, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.

PERSOALANNYA, apakah persembahan yang berlaku pada malam itu tidak membabitkan percampuran antara pengunjung lelaki dan perempuan ?
Begitu juga dengan persembahan wayang kulit, mak yong, dikir barat dan sebagainya, semuanya diharamkan oleh tok guru Nik Aziz…… tapi la ni halal belaka !!

Kalau dulu, suara perempuan dikatakan ‘aurat’ sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni, Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.


Inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pautan Web, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

H1N1 Telah meragut 8 nyawa TETAPI Pakatan Rakyat dengan mudahnya mendedahkan rakyat untuk dijangkiti…Apa sumbangan Pakatan Rakyat dalam menangani wabak ini?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditutup kerana wabak ini. Sehingga ke hari ini wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa. Moga-moga dengan lapan terkorban di sebabkan wabak H1N1 ini, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.

Pihak Pakatan Rakyat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah “pembela nasib rakyat Malaysia” juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan “political millage” seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

DAP, PAS DAN PKR PECAHKAN KUASA POLITIK MELAYU?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

DAP, PKR,PAS

Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara demokrasi. Kuasa politik juga akan menentukan kaum yang mana lebih berhak memerintah sesebuah negara.

Sebagai contoh, satu masa dulu di Singapura, melayu ada suara dalam pemerintahan negara itu. Tetapi malangnya pada hari ini suara melayu sudah ditenggelamkan dan melayu sudah tidak bersuara lagi. Inilah bencana dan bahana yang di timpa oleh melayu Singapura bila sudah kehilangan kuasa politiknya.

Kebijaksanaan Lee Kuan Yew memerintah telah dengan mudah kuasa politik melayu dapat dihapuskannya. Sekarang kita kena berfikir bijak sebelum terjerat. Kita kena ingat siapa Lim Kit Siang, apa hubungannya dengan Lee kuan Yew, dan apa kaitan DAP dengan PAP?

Mengapa DAP yang anti-islam sanggup membantu dan menyokong PAS, adakah mereka benar-benar ikhlas?

Mengapa LKY tetiba datang memberi ucap tahniah kepada DAP, PAS dan PKR?

Persoalan ini perlu dikaji dan dijawab secara ilmiah bukannya emosi.

Mungkin, DAP dan PAP ada niat buruk untuk menghapuskan kuasa politik melayu di Malaysia pula.

Orang melayu harus sedar dan ingat jangan jadi melayu Singapura, mula-mula berkongsi kuasa politik dan akhirnya terus kehilangan kuasa politik.

SUMBER:-BLOGGER

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 1 Comment »

LAGI CERITA PASAL PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Senarai lengkap kabinet 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin Baca baki entri ini »

Posted in Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Hadiah berharga buat PM baru : Taib

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussen Lamoh, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, sebagai hadiah paling berharga BN Sarawak kepada Datuk Seri Najib Razak. Ia katanya, adalah hadiah rakyat Sarawak kepada Perdana Menteri yang baru itu sebagai tanda keyakinan mereka terhadap slogan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa oleh Najib. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 1 Comment »

Barisan 1, Pakatan 2

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Anak Kajang

bas1

Penderhaka kepada Raja Melayu akhirnya dipilih oleh 21,860 orang pengundi untuk menjadi wakil mereka di Bukit Gantang. Kemenangan ini pastinya disambut gembira oleh DAP. Harus diingat bahawa masih ada lagi 13,890 orang yang layak mengundi tetapi tidak turun mengundi. Mereka ini juga berhak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada wakil parlimen Bukit Gantang yang baru. Mungkinkah orang-orang PAS di Changkat Ibol akan menjadi jutawan segera setelah tanah yang dijanjikan dibeli oleh orang-orang di Kuala Sepetang. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

PAS Akan Dihalau Penyokong Sendiri

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding. Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris. Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan parti masing-masing. Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan kepimpinan baru yang padu dan segar.

Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato’ Seri Nizar ‘seorang MB yang sah’ telah melancarkan kempen mengelirukan rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN. Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon pilihan DS Hadi Awang. Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan. Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok tarian PAS yang kini sibuk meng’ortodok’an rakyat Perak dengan dakyah karut untuk meng’kelantan’kan Perak kononnya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 3 Comments »

Pakatan Rakyat Harus Profesional Dan Perlu Akur Dengan Keputusan Sultan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

POLITIK Perak terus bergolak apabila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletak jawatan Menteri Besar dan menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan kedudukannya itu, sedangkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan beliau dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan Mohammad Nizar itu jelas menentang keputusan baginda yang sudah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), seperti juga sikapnya kelmarin yang tidak menghormati institusi istana apabila terus mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dulu mengadap dan memohon perkenan Sultan Perak. Semalam juga kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh memohon bagi mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi DUN iaitu kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Pengisytiharan itu dipohon bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Sejauh yang berkaitan dengan Barisan Nasional (BN) dan istana, pergolakan di Perak itu berakhir apabila Sultan Azlan sudah diyakini bahawa BN dengan sokongan majoriti 31 Adun menguasai DUN, sekali gus berupaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Perkara ini jelas apabila Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan semalam menyatakan Baginda selepas menemui semua 28 Adun BN dan juga tiga anggota Bebas, yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota Dewan. Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK terbabit dianggap telah dikosongkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pautan Web, Perundangan, Politik | Leave a Comment »