Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RAKYAT SELANGOR PERLU BERTINDAK

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 3 Januari 2011

Oleh: Kawan Lama

 

 

DAULAT TUANKU

 

Kelancangan dan sikap keterlaluan para pemimpin pakatan pembangkang semakin hari kian jelas memperlihatkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja hatta membelakangkan Perlembagaan demi untuk kekal berkuasa dan mentadbir negeri mengikut kehendak dan tafisran mereka sendiri. Konsep pemerintahan Raja Berpelembagaan dikesampingkan. Institusi Raja diperlekehkan. Maruah dan kedaulatan Raja dipersendakan. Lebih memalukan ia dibawa dan dicanangkan oleh para pencacai Melayu yang tak sedar diri dan mabuk kuasa.

Penulis difahamkan, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan membuat laporan polis terhadap ADUN Seri Muda, YB Suhaimi Shafiei ekoran kenyataan derhaka beliau terhadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkenan DYMM Sultan terhadap perlantikan Dato Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini.

I. Laporan Polis

Pengerusinya, Sdr Hamidzun Khairuddin akan mengetuiai rombongan untuk membuat laporan tersebut pada jam tiga petang ini. Beliau yang juga seorang peguam melihat perkara ini merupakan sesuatu yang amat serius dan tindakan ini adalah langkah yang wajib dan mesti dilakukan. Menurut sumber, laporan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan mungkin juga 121 (b) kanun yang sama seperti yang dinyatakan oleh YB Zulkifli Nordin dalam blog beliau.

II. Penyerahan Memorandum

Penulis juga dimaklumkan bahawa gerakan ini akan mengadakan satu perarakkan penyerahan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor pada hari Rabu ini jam tiga petang. Perarakan akan bermula dari Klang Sentral sehingga ke pejabat SUK Negeri.

III. Menghina Islam

Seperkara lagi adalah mengenai wakil rakyat DAP, YB Teo Nie Ching. Beliau yang suatu ketika dahulu hangat dengan isu memberikan tazkirah di masjid Nurul Huda Kajang. Sekali lagi umat Islam di Selangor dikejutkan dengan tindakan beliau mengadakan senamrobik pulak di masjid Taman Cheras Jaya baru-baru ini. Walaupun niat beliau baik tapi apa yang dikesalkan adalah program dan pakaian kurang bersesuaian dilakukan di rumah ibadah umat Islam.

Mungkin beliau ini telah mendapat keizinan Nik Aziz ataupun ahli-ahli ulamak besar PAS di Selangor untuk melaksanakan program sedemikian. Mungkin juga inilah cara dan pendekatan yang dibuat oleh DAP untuk pancing hati orang Islam. Sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah menghina kesucian masjid dan menghina agama Islam itu sendiri. Tapi mungkin juga bagi ulamak dan penyokong PAS, tindakan Nie Ching ini menunjukkan DAP dah mula mendekati Islam kot…………???

Satu Respons to “RAKYAT SELANGOR PERLU BERTINDAK”

  1. sumir said

    1)”Menteri Agama Kerajaan Najib, Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

    Saya tidak faham siapa yang sebenarnya yang tersinggung kerana setakat ini orang yang riuh rendah cuma pemimpin dan penyokong Umno sahaja sedangkan ahli kariah masjid yang terlibat pun tidak bising. Malah Nazir masjid yang berkenaan iaitu Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Hj Azman Idris pun berkata bagi beliau isu itu bukanlah suatu isu yang sensitif dan besar.

    Yang saya tahu, pemimpin Umno dan Utusan Meloya beriya-iya memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Apakah mereka benar-benar ikhlas membuat teguran dan nasihat kepada YB Teo sedangkan pada semua orang tahu ramai dikalangan orang Islam yang memasuki masjid tidak menutup aurat khususnya ketika majlis akad nikah dan lain-lain. Apakah masjid tidak tercemar dengan gelagat wanita Islam yang sengaja tidak menutup aurat di dalam masjid.
    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jamil Khair kerana begitu prihatin terhadap YB Teo tetapi tidak pula sensitif kepada amalan tidak menutup aurat isteri-isteri pemimpin Umno dan pemimpin-pemimpin wanita/puteri Umno yang tidak menutup aurat. Adakah aurat TIDAK WAJIB bagi orang Umno sehingga ianya dipersendakan, sekali tutup kepala sekali tidak. Tutup kepala pun tidak memenuhi tuntutan menutup aurat, jambul nampak, leher nampak dan kadang-kadang jarang pula.
    Di harapkan pada masa hadapan Jamil Khair terus sensitif terhadap isu-isu YB yang bukan beragama Islam yang datang masjid tetapi pada masa yang sama berani menasihat dan memberi peringatan kepada isteri-isteri ‘boss’nya yang terus ingkar perintah Allah supaya menutup aurat.

    2))“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,”kata pakar undang2

    “Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata pakar undang2 lagi.
    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

    “Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata pakar undang2

    Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.

    “Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata pengawai undang2 negeri
    Sehubungan itu MB Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

    Aziz Bari pensyarah undang2 dan peguam veteran Karpal Singh melahirkan pendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

    Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan kepada Menteri Besar Selangor.

    Mereka berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar, bukannya Sultan Selangor.

    Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.
    “melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”

    krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

    “Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,”

    “Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

    “Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),”jika mahkamah membuat keputusan memihak Umno dalam kemelut Selangor, maka ia perlu memutuskan bahawa pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.huahuahauahauahaua

Tinggalkan komen