PAS TERSEPIT DIANTARA PKR DAN DAP
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 18 Januari 2011
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung
Kita sudah naik jelak dengan soal perpaduan yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar PAS, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus UMNO disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci maki dilontarkan kepada UMNO.
Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam muktamarnya juga ada perwakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip, terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara islam. Tetapi sekarang , atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayunya, Pas seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal denagn Cauvanis semata-mata mahu menjatuhkan BN.
PAS sanggup mengikut acuan yang mesti selari dengan kepentingan rakan sekutu mereka, PKR dan DAP. Lebih teruk lagi, dengan menggadaikan prinsip dan mengenepikan perjuangan asal. Mungkin PAS takut disergah oleh Anwar Ibrahim dan DAP, atau mahu mengambil hati sehingga sanggup menggugurkan penubuhan negara islam dan mengenepikan perjuangan asal mereka?
Mereka tidak sedar sikap talam dua muka Anwar Ibrahim dan DAP yang semata-mata ingin menangguk peluang keemasan diatas keasyikan segelintir orang Melayu yang sanggup menerima PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menhancurkan dan memecahbelahkan orang Melayu sendiri… !
Fikir-fikirkanlah…
Habib Ahmad said
MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
(Ketua Ulama al-Quran di Syiria)
DI MASJID AL-FALAH USJ 9
pada :
RABU , 19 JAN 2011
LEPAS MAGHRIB
(jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)
biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )
* Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
* Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
* Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
* Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
* Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
* Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
* Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
* Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
* Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
* Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
* Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
* Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
* Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
* Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.
Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong sebar-sebarkan maklumat ini.
wassalam
LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : BLOG PONDOKHABIB