Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pas, Nik Aziz Perguna Islam Untuk Untung Politik Bukan Pertahan Islam

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011

Petikan Artikel daripada blog : http://www.isuhot.com untuk bacaan Semua

Bekas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menggunakan apa juga peluang yang ada untuk memburukkan musuh politiknya di Malaysia termasuk sanggup mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew.

Beliau berkata Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk daripada Islam nasionalis Melayu.

“Nik Aziz lebih teruk daripada Islam nasionalis. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik daripada segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal (Singh), (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya dalam entri terbaru beliau di http://www.chedet.co.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata zaman sekarang berbeza dengan zaman British di mana ketika itu, ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum tadi. Namun, katanya hasil perjuangan nasionalis Melayu, negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.

“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam,” katanya. Sebaliknya, kata Dr Mahathir, hasil terbesar Pas dan Nik Abdul Aziz ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. “Penubuhan Pas itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam. “Pas turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila Pas mengadakan solat Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang Pas dengan orang UMNO, larangan anggota Pas menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang Pas daripada orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga Pas ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata apabila Pas bertanding pada pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986, ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. “Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia,” katanya. Menurutnya apabila Pas bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP pada pilihan raya 1990 dan 1995, parti Semangat 46, iaitu serpihan daripada UMNO, mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan. “Alhamdulillah, Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO dikeluarkan daripada parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada anggota UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz, orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini, Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan (Rakyat),” katanya sambil menambah Pas sanggup mengetepikan soal kafir kerana ingin menjadikan Pakatan Rakyat musuh kuat UMNO.
Dengan cara ini, katanya Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

“Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara, tidak dihiraukan oleh Nik Aziz,” katanya.


4 Respons to “Pas, Nik Aziz Perguna Islam Untuk Untung Politik Bukan Pertahan Islam”

  1. sumir said

    UMNO LAH LIDAH BERCABAANG TIGA

    Satu ketika dulu apabila tersebar cerita bahawa YB Teresa Kok (terbukti tidak benar kemudian) beri arahan supaya azan diperlahankan atau dihentikan di kawasan bukan Islam, maka melantun-lantun UMNO dan kuncu mereka mengutuk dan menghina Teresa. Teresa dianggap menghina umat Islam dan anti-Islam. Tetapi apabila orang kuat MCA terbukti sememangnya menyuruh masjid berhampiran rumahnya memperlahankan azan maka ia dianggap salah faham. Bukan saja UMNO turut memaafkan beliau malah satu majlis berpeluk-peluk di hadapan media turut diadakan.

    Apabila Anwar Ibrahim ajak Najib berdebat berhubung Buku Jingga PR, Najib jadi kecut perut lalu memberi alasan ia membuang masa kerana kononnya dia tahu semua sedangkan perdebatan antara ketua negara dan ketua pembangkang adalah sesuatu yang lumrah di negara yang mengamalkan demokrasi.

    Apabila Markom Giran, Pengarah Pelajaran Johor di”tangkap” berkempen untuk BN di Tenang, maka jawabnya adalah menjadi tugasnya mengenalpasti mana-mana guru yang menyokong pembangkang. Itu mungkin sebabnya dia cuba pindahkan suami calon PAS di Tenang ke Johor Baru secara mengejut. Tetapi apabila MB Selangor menolak calon SUK negeri kerana beliau tidak dimaklum terlebih dahulu dan kerana Khusrin sememangnya tidak layak, maka UMNO kata MB tidak menghormati kakitangan awam dan Sultan.

    Apabila kerajaan Selangor berhasrat menambah peruntukan RM 1 juta kepada ADUN-ADUN PR Selangor untuk kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur, maka UMNO tuduh PR tidak demokratik kerana tidak memperuntukkan jumlah yang sama untuk ADUN-ADUN BN sedangkan dah berpuluh tahun mereka mengabaikan sebarang peruntukan kepada ADUN dan ahli parlimen pembangkang.

    Apabila isu larangan MPSJ ke atas umat Islam yang bekerja di premis-premis yang menjual arak ditegur oleh YB Ronnie Liu atas alasan perkara ini perlu diteliti dan diperhalusi oleh kerajaan negeri terlebih dahulu maka UMNO dan balaci mereka lantas saja menghentam dan mengutuk Ronnie habis-habisan.kerajaan PR selangor mengeluarkan dana Rm 10 juta untuk memebantu pekerja-pejerja yang terlibat dengan perkaerjaan yang berkaitan dengan arak untuk memeula hidup baru iaitu untuk berniaga dan sebagainya.melopong umno Tetapi apa yang UMNO buat tentang nasib umat Islam yang terbabit di negeri-negeri yang mereka perintah. Malah ada di kalangan kaum kerabat mereka bukan saja bekerja di premis-premis yang dimaksudkan malah jadi tauke dan pengarah di syarikat judi dan arak.

    Apabila YB Teo Nie Ching melawat masjid dan surau beliau dianggap menghina Islam kerana tidak tutup aurat dan berstatus perempuan haid, sedangkan semua maklum beliau bukan Islam dan tentu tidak ada istilah aurat dan mandi hadas baginya. Tetapi apabila Rosmah dan puteri UMNO bukan kerja yang sama tak ada pula UMNO kata apa walaupun mereka dikehendaki menutup aurat sentiasa apabila di luar rumah.

    Pekara besar kita akan saksikan satu lagi kelidahcabangan UMNO yang paling mega setakat ini. Jika selama ini mereka mengaku taatkan Sultan dan bersedia menjunjung kasih ke atas baginda kini apabila kerajaan Selangor akan meminda undang-undang negeri yang mengembalikan kuasa asal Sultan dan MB berhubung perlantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri, UMNO kata mereka tidak akan menyokongnya. Jika kuasa Sultan yang mereka buang dulu masa tahun 1993 nak dikembalikan oleh PR, UMNO tak nak sokong jadi siapa yang derhaka?

    • Kelawar said

      Hai si Sumir… apalah hang ne bangang sangat… Fikirkan lah.. betulkah Nik Ajis tu… Orang PAS (PITI AMBIIK SOKMO) lagi dahsyat daripada UMNO. Pesongkan akidah umat Islam…. Hang ne Bodoh bin Bahlol bin Bangang bin Tolol… EEeeee

  2. shabriduda said

    kelawar..

    bagi lah hujah2 ataupun bukti2 jangan memaki hamun orang,umno dan penyokongnya amat takut berdebat dan berhujah.kalo pasal serang peribadi memang menjadi anutan umno dan pengikut tegar.belajar kat najib ke???takut berdebat bila ajak berdebat maka seranagan peribadi tanpa bukti dilancarkan hihihihohi

  3. shabriduda said

    Namun rakyat Mesir membuktikan kuasa sebenar adalah di tangan rakyat. Perlu kita ingat bahawa selama ini tentera Mesir memang macai nombor 1 Datuk Seri Husni Mubarak tetapi bila rakyat bangkit….tenterapun tak boleh buat apa.

    Jadi kepada mana2 negara yang diperintah oleh rejim yang zalim, korup, First Lady yang lebih lemak dari daging, ahli politik yang mangkok, kroni adik beradik dan anak beranak dan kriteria2 lain seumpamanya…sendiri kena ingatlah ye…!! He he…

Tinggalkan komen