Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Bukankah politik itu adalah seni mendapatkan kuasa. Berbagai-bagai cara digunakan untuk mendapat kuasa sehingga kadangkala digunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’. Apabila sudah mendapat kuasa, mereka akan berebut harta pula. Tidak lengkap jika ada kuasa tanpa harta. Orang yang berkuasa biasanya akan berharta. Jika sudah berkuasa, banyak harta mestilah diseri-serikan dengan wanita. Maka lengkaplah kuasa, harta dan wanita. Sebab itu Tengku Razaliegh Hamzah masih lagi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO kerana beliau ingin mencukupkan kuota iaitu kuota ‘KUASA’.
Politik? Segalanya Mungkin.

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan. Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato’Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu. Malah Dato’Onn meninggal dunia di luar parti UMNO. Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia. Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya. Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razaleigh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia. Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada. Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan. Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya atau DS Abdullah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 sama-sama kita nantikan kerana dalam politik SEGALANYA MUNGKIN!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: