Oleh: Tenda Biru
Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu. Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad. Bohong! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS. Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah. Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.
Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS. Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T. Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah. Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam. Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang–orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka. Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya. Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS. Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam, mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO. Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka. Baca baki entri ini »