Oleh: Mawar Berdarah
Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu ketamadunan Melayu dunia.
Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia. Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar jangkauan. Baca baki entri ini »