Oleh: Tenda Biru
DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan. Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian. Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?
Menarik sekali..bila Nizar dicalonkan menjadi calon di Bukit Gantang…inikah maknanya, orang Cina mahu tunjuk kepada Sultan dan Raja Melayu bahawa orang melayu sendiri sudah tidak mahu bersultan dan berajakan orang Melayu? Jika Nizar menang, maka SAHIH lah dakwaan mereka itu. Orang melayu sudah tidak mahu sultan dan raja lagi, meraka mahu jadi Republik seperti Singapura dan menjadi seperti orang Melayu Singapura yang melukut di tepi gantang di tanahair kepunyaan nenek moyang mereka dahulu. Sekarang bagai mengemis pula di rumah-rumah merpati tanpa sekangkang katak pun tanah yang dapat ditanam lada… Baca baki entri ini »