Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 20 Mac 2009

“MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sedih dengan keadaan perpaduan Melayu pada hari ini, kita tengok orang Melayu bukan lagi berpecah dua – UMNO dan PAS bahkan tiga, tambah dengan PKR. Orang Melayu semua sekali ada 13 Juta orang di Negara ini. Kalau masuk dengan Bumiputera semuanya ada 15 Juta orang saja

Di manakah Perpaduan Melayu? cubalah kita fikirkan sejenak, sudahlah kita bertegang dalam soal agama dan tafsiran sekarang kita bertegang fasal Politik pula, Pilihan Raya dah habis, Bersatulah Bangsa Melayu. Nasib kita tak tahu lagi ke mana. Sudahlah kuasa ekonomi ditangan orang lain. Bahkan kuasa Politik pula akan terhakis. Apa yang akan jadi dengan Bangsa kita nanti Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 2 Comments »

PAKATAN RAKYAT – RETAK MENANTI BELAH?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

OLEH: TENDA BIRU

Ibarat seekor gajah yang gagah, menyelamatkan rakan rimba yang jauh lebih kerdil daripadanya, tertusuk panah pemburu, tetapi masih tahan berdiri, walaupun sedang terumbang-ambing, menanti saat merebah bumi. Pakatan Rakyat, meniti hari-hari sukar, selepas gagah menumbangkan kerajaan, selepas 50 tahun kemerdekaan. Walaupun ia cuba dinafikan, walaupun ia cuba dielak, tetapi jelas, pakatan rakyat sedang diuji dengan sehebat-hebatnya pada masa ini.

PAS terus dengan pendirian bahawa tiada siapa menjadi ketua dalam pakatan rakyat, disebalik fakta bahawa mereka satu ketika dahulu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri. DAP yang sudah diketahui hala tuju perjuangan mereka, mewujudkan sebuah negara bebas yang demokratik, amatlah tidak selari dengan perjuangan mulia PAS yang mahu menegakkan Islam. PKR seperti biasa, ibarat anak yang kecil, masih tercari-cari siapa bapa mereka, PAS atau DAP, yang harus dituruti. Walaupun sedar hala tuju yang amat berbeza, mereka masih mahu membentuk satu barisan, dengan harapan dapat mengalahkan BN, dan mereka berjaya. tetapi, saban hari selepas meraikan kejayaan mereka, mereka semakin buntu dan hilang punca, seperti anak yang kehilangan bapa. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »