Oleh:- Mawar Berdarah
Sultan dicemuh, diperlekehkan dan dihina, hanya kerana baginda berfungsi mengikut budi bicara dan kuasa yang ada. Cuma melangnya keputusan Sultan Perak berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu yang menjadi punca institusi diraja diperlukan sedemikian rupa.
Keadaan seperti itu tidak berlaku selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008, Ketika Sultan juga menggunakan Budi Bicara dan kuasanya untuk menerima pakatan tiga buah parti bagi menubuhkan Kerajaan Negeri. Biar pun Parti-Parti itu bertanding atas tiket masing- masing dan induknya “Pakatan Pembangkang” tidak didaftarkan secara sah dan Rasmi. Senyap sunyi Wakil Rakyat tiga parti ketika itu, tidak diketahui sama ada mereka berterima kasih kepada Sultan Perak. Yang pasti Istana tidak diperlekeh jauh sekali ada niat untuk mengheret penaung negeri itu ke Mahkamah.Suasana sebegitu tidak berlaku sekarang. Istana bukan sahaja ditentang malah ‘Ditelanjangkan’ di Blog- Blog. Seolah-olah Intitusi Raja dipijak dan Dijadikan Bahan Senda Gurauan. Begitu juga dalam Kemelut di Parlimen ketika mana Intitusi yang fungsi dan Peranannya tercacat di dalam Perlembagaan secara begitu jelas, ada saja cubaan untuk menurunkan mertabatnya. Parlimen yabg menjadi pelindung kepentingan intipati Perlembagaan termasuk Kemuliaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijadikan Platform untuk mengesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan. Baca baki entri ini »